Syahdunya bacaan doa imam Muzammil, Iman tarawih jemputan di Madad Sungai Petani. Nama Imam Muzammil Hasballah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana Qari terkenal dari Indonesia ini sememangnya mempunyai aura yang hebat.

Mempunyai suara yang merdu, anak kelahiran Acheh ini amat fasih  melantunkan ayat-ayat suci dan mula menjadi perhatian  media sosial pada 2016 apabila membaca Al-Quran dengan sangat merdu selain menjadi imam solat.

Syahdunya Bacaan Doa Imam Muzammil

Kemerduan suaranya turut menerima pujian dari Imam Besar Masjidil Haram, yaitu Syekh Adel Al kabani.‪ Mempunyai jutaan pengikut di akaun instagramnya, @muzzammilhb namun dirinya kekal istiqomah dengan kehidupannya walau menerima pujian ramai.

Dan bagi Ramadan kali ini, orang ramai khususnya di Sungai Petani beruntung kerana Imam Muzammil Hasballah dijemput sebagai Imam Tarawih di Masjid Darul Murtadza bagi tempoh 25-29 Mac  hasil usaha Ustaz Mohammad Yaakub Yusra  Mohd Yusof.

Tulisnya, “Alhamdulillah MADAD berjaya jemput ustaz Muzammil Hasballah, qari terkenal dari Indonesia untuk jadi imam terawikh di Masjid MADAD.” dan mengajak orang ramai bersama-sama ke sini.

“Syahdunya Bacaan Doa Imam Muzammil”, Imam Tarawih Jemputan Di Masjid Darul Murtadza Sungai Petani
Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, Imam Muzammil dan Ustaz Wadi

Imam Tarawih Jemputan Di Masjid Darul Murtadza Sungai Petani

Dikongsikan di page fbnya setiap hari, pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Yaakub mengajak orang ramai ke Masjid Darul Murtadza dan hari ini ia merupakan malam terakhir Imam Muzammil akan menjadi imam di sini sebelum ke lokasi lain. Banyak surah-surah seperti Ar Rahman yang sangat merdu dialunkan oleh Imam Muzammil ketika solat tarawih.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Khatam Al Quran Ganjaran Diri Seniwati Sarimah, RUTIN Setiap Kali Hari Jadi

Tip Abby Abadi Didik Anak Celik Al Quran, Seawal 2 Tahun

IKLAN

Ini Bahaya Jika Mak Ayah Tak Ada Al Quran Dalam Dada

Kubur Bercahaya Walaupun Hidupnya Tidak Pandai Membaca Al Quran. Apakah Amalannya?

Dapat dilihat orang ramai memenuhi ruang solat di masjid ini dan ramai mengakui berasa sebak tatkala mendengar lantunan bacaan ayat-ayat Al-Quran dari Imam Muzammil selain doa selepas tarawih yang dibacanya.

@muzammilhb93 Doa Setelah Tarawih… ⠀ InsyaAllah sampai malam 7 Ramadhan saya masih di MURTADHA DAKWAH CENTER (MADAD), Sungai Petani, Kedah, Malaysia. ⠀ تقبل الله منا ومنكم صااح الأعمال #Doa #Ramadhan #Malaysia #Terawih #Shalat #islamic #sedih #menyentuhhati ♬ original sound – Muzammil Hasballah

IKLAN

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI