Sesungguhnya dengan selalu beristighfar, berzikir dan banyak berdoa merupakan antara amalan murah rezeki yang diamalkan oleh Youtuber terkenal Syahmi Sazli ini.

Bagi yang mengikuti perkembangan beliau, sepanjang bulan ramadan yang lepas, Pengarah Mael Totey The Movie ini ada menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis air balang. Malah ia sangat laris dan mendapat permintaan yang sangat menggalakkan. Masakan tidak, dalam 3 minggu berniaga, Syahmi mampu mendapat pulangan bersih mencecah lebih RM60,000.

Mesti Baca:#MaelToteyTheMovie Apa Yang Kami Buat Sekarang, Adalah Untuk “Kita Lain, Mereka Sama”

Ini yang dikongsikan oleh Syahmi Sazli, antara amalan yang dilakukan agar rezeki murah dan tidak putus-putus mengalir sebagai panduan.

Alhamdulillah, selama 3 minggu dalam bulan puasa lalu pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000 lebih.

Mi taknak cerita macam mana resepi air yang Mi jual tu. Yang tu boleh tengok live yang Mi duk buat air tu. Posting ni Mi nak jawab beberapa persoalan/isu yang tercetus.

Selalu Istighfar, Zikir & Banyak Berdoa Amalan MURAH REZEKI Syahmi Sazli

1. “Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli”

Mi rasa tak juga. Sebelum ni Mi pernah 2 kali jual baju, rugi.. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dgn isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.

2. “Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi”

Kalau macam tu, Shopee pun Mi kena tutup juga sebab alasan tu. Youtube pun Mi dah tak boleh buat sebab “kesian dekat Youtuber baru, takde orang nak tengok”. Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yang nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji?

Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi.

Selalu Istighfar, Zikir & Banyak Berdoa Amalan MURAH REZEKI Syahmi Sazli

IKLAN

3. “Apa amalan Mi murah rezeki macam ni?”

Pertama sekali, Mi tidaklah sebaik apa yg orang sangkakan. Takde beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik. Tapi boleh lah Mi nak bagi tips sikit apa yang Mi tahu.

Kemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita. Jadi, cari cara macam mana nak hapuskan dosa.

Pertama, selalu amalkan istighfar. Antara kelebihan istighfar.

“Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh 10-12)

“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)

Selalu Istighfar, Zikir & Banyak Berdoa Amalan MURAH REZEKI Syahmi Sazli

Cara diampunkan dosa dengan berzikir:

i. Zikir 1: Zikir selepas solat.

IKLAN

“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada Allah 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada Allah 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli sya’in qadir)

“Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)

ii. Zikir 2

“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)

Selain tu perbanyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya adalah ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja. Setiap sujud mana-mana boleh.

“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karena itu perbanyaklah kalian berdo’a” (H.R Muslim dan Abu Daud).

IKLAN

Selalu Istighfar, Zikir & Banyak Berdoa Amalan MURAH REZEKI Syahmi Sazli

Banyak lagi amalan lain tapi tu je yg Mi tahu. Semoga bermanfaat.

Baca lagi Di Sini:Daripada Tak Cukup Duit Dalam Akaun, Selepas Setahun Dapat 3 Kereta Terus, Alha Alfa Kongsi Tip Murah Rezeki

Artikel Menarik: Ustaz Kazim Elias Ajar Amalan Doa Bagi Melembutkan Hati & Jiwa Anak, Serta Dimurahkan Rezeki Dalam Kehidupan!

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-samalah kita memperbanyakkan beristighfar, berzikir, berdoa dan sebagainya, semoga dimurahkan rezeki yang melimpah ruah bagai air zamzam yang tak putus-putus mengalir.

Sumber: Syahmi Sazli Production

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Untung bila ada suami serba boleh ni.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI