Memang ada benarnya, hakikat untuk terus bertahan dalam perkahwinan bukan semestinya bahagia, namun memilih untuk berpisah juga bukan bermakna derita berterusan.
Buatlah pilihan yang sebaiknya dalam kehidupan dan perkahwinan, jika diri tak lagi merasa bahagia apatah lagi di dera baik mental mahupun fizikal yang boleh memberi lebih mudarat pada diri. Jangan bimbang jika memilih untuk berpisah. Ini kerana wanita yang meminta cerai atas alasan tertentu, tidak pula dilabelkan sebagai ahli neraka.
Saya pun tak tahu ada ke dalil menyatakan sia-sia amalan seorang isteri dan dia bakal menjadi ahli neraka jika meminta cerai? Kalau sudah didera mental dan fizikal, malah perkahwinan dijangka memberi mudarat besar, kenapa dipertahankan?
Pernah seorang wanita berjumpa Rasulullah mahu bercerai dengan suaminya, tidak pula Rasulullah melabelkan wanita ini sebagai ahli neraka.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas Sesungguhnya isteri Thabit bin Qais datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata,
Ads
“Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya saya tidak mengaibkan akhlak dan agama (suami saya Qais), tetapi saya tidak menyukainya dan tidak mahu hidup bersamanya menyebabkan saya melakukan maksiat (atau kerana kebencian yang bersangatan akan mendorongnya menzahirkan kekufuran supaya terfasakh perkahwinan),”
Maka Rasulullah bersabda, “mahukah kamu kembalikan kepadanya kebun (yang dijadikan maharmu).” kemudian Baginda bersabda (kepada suaminya), “terimalah kembali kebun itu, dan cerailah dia satu talak.
Tapi ingat jika kita rasa kita dizalimi, jangan sampai menzalimi orang lain pula.
Suami zalimi kita, kita pula nak zalimi orang lain, salah tu…. Zalim atas zalim.
Ingat,
Bertahan dalam perkahwinan bukan semestinya bahagia
Berpisah bukan bermakna derita.
Hak masing-masing.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya memilih untuk berpisah bukan bermakna akan terus derita, daripada terus bertahan dalam perkahwinan hakikat diri tak bahagia. Pilihlah yang sebaiknya dalam kehidupan.
10 malam terakhir Ramadan, saat yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Rezeki untuk bertemu lailatul qadar dan mengharapkan doa dimakbulkan.
Sedihnya untuk berpisah dengan Ramadan, tapi gunalah sebaik-baiknya dengan 10 malam terakhir Ramadan ini dengan penuh kusyuk dan Allah angkat doa dan makbulkan apa yang kita inginkan.
Walau bagaimanapun, dalam berdoa, kita perlu ada susunan dan turutan. Kena tertib seperti yang dikongsikan oleh Saira Yusuff untuk kita jadikan amalan untuk hari-hari terakhir Ramadan.
Berdoa Untuk 10 Malam Terakhir Semoga Dimakbulkan Allah SWT.
BAHAGIAN 1 – Pengampunan Dosa
1. Meminta ampun ke atas dosa-dosa diri sendiri
2. Minta ampun ke atas dosa ibu bapa
3. Diikuti minta ampun ke atas dosa pasangan
4. Minta ampun ke atas dosa anak-anak.
5. Meminta ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara adik beradik)
6. Minta ampun ke atas dosa guru-guru/ustaz/ustazah
7. Mintalah ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia)
BAHAGIAN 2 – Keperluan Masa Kehidupan
1. Dimurahkan rezeki
2. Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga
3. Anak-anak dipelihara oleh Allah
4. Minta rezeki diberkati
5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit
6. Minta dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kita tanggung
7. Meminta hati anak-anak kita tidak berpecah belah
8. Minta orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita
9. Dijauhkan dari orang yang dengki khianat, iri hati, cemburu kepada kita
BAHAGIAN 3 – Urusan Ketika Kematian
1. Mohon mati dalam husnul khatimah
2. Memohon mati dijauhkan dari fitnah
3. Mohon dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, muhammadur rasulullah”
4. Minta mati sedang dalam beribadah
BAHAGIAN 4 – Alam Barzakh
1. Jadikan kuburku nanti dari taman-taman syurga
2. Jangan jadikan kuburku dari lubang, lubang api neraka
3. Ya Allah, aku takut gelap (terangkanlah kuburku)
4. Ya Allah, aku takut sempit (luaskanlah kuburku)
5. Ya Allah Engkau lapangkanlah kuburku sejauh mata memandang
6. Engkau berikanlah rezeki pada ku di dalam kubur nanti
7. Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat dudukku di dalam syurga
BAHAGIAN 5 – Ketika di Padang Mahsyar
1. Ya Allah, selamatkanlah aku di padang mahsyar
2. Jadikan aku orang yang duduk di bawah perlindungan arashmu
3. Ya Allah, jangan Engkau seksa aku di padang mahsyar
4. Berikanlah suratan amal dari tangan kanan
5. Padamkan dosa-dosaku di dalam kitab-kitab amal
6. Jangan Engkau tunjuk/tayang dosa-dosaku yang dulu aku lakukan di tayangan amal
7. Tutup dan lindungilah aib-aibku,dosa-dosaku dan kesilapanku dulu
8. Beratkan timbangan amal di sebelah kananku
9. Masukkan aku di dalam golongan yang masuk syurga tanpa hisab.
BAHAGIAN 6 – Lintasan Titian Sirat
1. Permudahkanlah aku milintasi titan sirat
2. Jangan jatuhkanku ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat
3. Ya Allah, tolonglah aku ketika melintas titian sirat
4. Ya Allah, percepatkanlah aku melintas titian sirat sepantas kilat.
BAHAGIAN 7 – Masuk Syurga
1. Ya Allah, kurniakan aku syurga firdaus
2. Bangkitkan aku bersama nabi Muhammad saw di syurga firdaus
3. berilah aku dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad SAW
4. Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab api neraka.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Bantuan dan pertolongan kepada orang lain tak semestinya dengan wang ringgit. Tak kira apa juga jenis ‘pertolongan’ asalkan ia dapat ‘mempermudahkan’ urusan orang lain, cukup besar maknanya dan semoga ia juga menjadi salah satu asbab kita masuk ke dalam syurga hendaknya.Malah percayalah, apabila kita ‘mempermudahkan’ urusan orang lain, nescaya kelak tuhan akan mempermudahkan urusan kita pula nanti.
Masa saya tengah angkat beras masa tu, ada sorang pak cik datang kat saya. “Banyak lagi ke dik beras?”. Saya ingat dia nak beras. Saya pun bagi dia satu beg beras dan barang dapur.
“Eh bukan dik. Pak cik tak nak. Pak cik tengok adik dok angkut beras banyak ni pak ingat nak tolong angkat sekali. Adik ada buat bantuan ya? Pak cik nak bagi duit pak cik tak mampu, tapi kalau tolong adik sikit-sikit ni bolehlah..”.
Mempermudahkan Urusan Orang Lain
Allah, Allah pak cik ni buat saya terharu petang tadi.Disaat ada dikalangan kita yang terkesan, kita kena belajar ‘mempermudahkan’ urusan orang lain, macam yang pak cik ni buat.
Kalau kita jadi suami, kita ‘permudahkanlah’ segala urusan isteri dan keluarga kita.
Jika kita jadi isteri, kita usahalah untuk ‘permudahkan’ urusan suami dan anak-anak kita.
Jika kita jadi kakak atau abang, kita ‘permudahkanlah’ urusan adik-adik kita yang mungkin tengah struggle.
Kalau kita jadi bos, kita ‘permudahkanlah’ urusan pekerja-pekerja bawah kita.
Kalau kita jadi cikgu, kita ‘permudahkanlah’ urusan anak-anak murid kita. Bantu mereka apa yang patut kalau mereka keluarga orang susah.
Kalau kita jadi orang kaya, kita ‘permudahkanlah’ urusan kita untuk bantu orang miskin yang memerlukan.
Kalau kita ada rezeki lebih sikit, kita ‘permudahkanlah’ untuk bantu beli barang-barang kat mak cik, pak cik pasar malam atau mana-mana peniaga tepi jalan.
Kalau kita order food panda atau grab food, kita ‘permudahkanlah’ urusan mereka dan berilah mereka tips sikit.
Kalau kita jadi seorang jiran, kita ‘permudahkanlah’ bantuan kepada jiran-jiran setempat yang memerlukan.
Pendek kata, tak kira siapa pun kita, cubalah untuk ‘mempermudahkan’ segala urusan orang lain. Kelak satu masa nanti Tuhan akan ‘mempermudahkan’ urusan kita bila kita sempit, InsyaAllah.
Sebelum saya balik, pak cik tadi datang ketuk pintu kereta saya. ‘Dik, pak cik tak tau nak sedekah apa. Ni pak cik ada air bersih banyak dalam kereta. Adik gunalah buat basuh tangan ke apa ke ye..’
Saya tak terkata apa. Terharu saya. Moga Syurga buatmu pak cik.
p/s: sharelah ye kalau status ni bermanfaat. Moga kita semua dimasukkan ke dalam Syurga asbab mempermudahkan urusan orang lain. Doakanlah saya Muhammad Yusof termasuk dalam golongan ini.
p/s/s: ni saya sertakan botol air paip yang pak cik ni bagi kat saya. Nanti ada orang kata saya reka cerita pulak.
Baca Lagi Di Sini:
‘Isteri Jenis Apa Kamu Ni, Suami Kena Basuh Pinggan..’ Terkejut Ditegur Saudara Jauh
Bila Tengok Orang Struggle Besarkan Anak, Jangan Mengata! Tapi Ringankan Tulang Membantu
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya sebolehnya, belajarlah mempermudahkanlah urusan orang lain walau apa juga caranya. Kita tak tahu amalan yang manakah diterima. Mudahan-mudahan ia menjadi salah satu asbab kita masuk ke dalam syurga nanti.
Tak dinafikan ayat-ayat Quran merupakan mukjizat dan penawar bagi apa juga masalah mahupun penyakit. Yang penting kena yakin dalam mengamalkannya. Disamping mendapatkan rawatan moden di hospital dan berjumpa doktor, sebaiknya amalkan juga potongan ayat tertentu sebagai salah satu ikhtiar bersama untuk sembuh.
Banyak kelebihan bila amalkan Surah Al Fatihah setiap hari. Antaranya amalan ayat kelima potongan Surah Al Fatihah yang dikongsikan oleh Puan Mas’z Lyna sebagai rujukan ketika sakit.
Berikut perkongsian tersebut;
Suatu ilmu yang sepatutnya saya sebarkan. Bila kita/anak/pasangan/ ibu ayah/ sahabat tak sihat. Apa yang perlu kita amalkan.
Sebagai contoh pasangan kita tak sihat;
1.Ambil tangan kanan pasangan. Letak dekat dada kiri (tempat jantung)
2.Kita baca dan mintak pasangan ikut. Baca Surah Al Fatihah sampai “Iyyakanakbudu waiyyakanastain” 7x
3. Pada Ayat ke5 niatkan dalam hati mintak diringankan kesakitan, mintak disembuhkan segala penyakit, mintak di kurniakan kekuatan untuk beribadah).
4. Selepas itu, habiskan sampai “waladthollin” Amin.
Waktu Amalkan
Kalau boleh amalkan setiap kali selepas solat.
Yakinlah dengan ayat ni.InsyaAllah, sama ada pesakit akan muntah keluarkan segala penyakit atau pun sembuh secara perlahan-lahan.
Saya mendapat kiriman ilmu ini dari seorang hamba Allah yang berhati mulia ketika saya menjaga arwah ibu kesayangn saya Rosmah binti Amir 7 bulan yang lepas dan saya amalkan hingga ke hari ini.
Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan & serta di amalkan pada yang memerlukan. Selebihnya biarlah Allah yang menentukan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita jadikan amalan setiap hari, semoga menjadi salah satu ikhtiar asbab penyembuhan segala penyakit. Namun jangan lupa dapatkan rawatan daripada doktor terlebih dahulu.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...