Sungai Pahang kering teruk, doktor kongsi kesan perubahan iklim yang menakutkan.Sungai Pahang adalah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu sepanjang 459 kilometer. Di hulu sungai ini terdapat Taman Negara yang dapat dilalui menggunakan rakit dan bot kecil.
Antara bandar di sepanjang sungai ini ialah Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Pekan. Lembangan sungai Pahang merangkumi 70% kawasan negeri Pahang dan dua daerah di utara Negeri Sembilan iaitu Jelebu dan sebahagian daerah Jempol.
Sungai Pahang Kering Teruk
Ia menjadi nadi kehidupan kepada sebahagian kepada penduduk yang mencari rezeki di sungai ini. Di dalamnya tersimpan banyak spesis ikan air tawar seperti Patin, Talapia, Jelawat, Kerai, Baung dan Tamalian serta berbagai-bagai lagi jenis ikan yang mana harganya boleh tahan mahal.
Bahkan, bagi peminat ikan baung, Temerloh antara tempat dituju untuk menikmati enaknya masakan ini.
Tetapi hari ini, dengan perubahan cuaca yang ekstrem serta sikap rakus tangan-tangan manusia, kesan perubahan pada iklim dunia sudah jauh berubah.
Antartika sendiri sudah mula kehilangan sejumlah besar ais dan dilaporkan terpecah sebesar saiz negara Argentina.
Kajian saintis dan data kajian dari Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan (NSIDC), menunjukkan Antartika mengalami perubahan sangat ekstrem di mana aisnya berada pada paras sekitar 1.6 juta kilometer persegi, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Doktor Kongsi Kesan Perubahan Iklim Yang Menakutkan
Jika Antartika, aisnya sudah mula terpecah, dalam negara kita, ada sesuatu yang harus kita cakna dan ambil peduli apabila melihat gambar-gambar dikongsikan oleh doktor pakar dalam perikanan iaitu Dr Fitri Yusof di twitternya.
Menurut pakar dalam bidang Akuakultur Dan Perikanan ini, dalam persoalan diajukan, dirinya berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan Sungai Pahang kering.
Ads
Soalnya, apa yang berlaku di Sg Pahang sekarang? Sekarang tengah kering teruk!
Sungai Pahang yang terpanjang di Malaysia sudah mulai mengering dan ia jelas suatu kebimbangan buat kitaBumi yang semakin tua dan kerakusan tangan manusia mengakibatkan berlakunya perubahan iklim dunia yang dahsyatKesan perubahan ini jauh lebih teruk berbanding kejadian sama pernah berlaku pada tahun 1996 dahulu.Mereka yang menternak ikan sangkar antara yang paling teruk terjejas dengan pengeringan sungai Pahang ini
Jelasnya dengan situasi dilalui sekarang, akibat cuaca panas yang melampau hari, mereka yang bergantung pencarian kepada hasil sungai akan terjejas.
“Ini akan memberi kesan kepada penduduk yang bergantung hidup pada sungai Pahang. Aktiviti nelayan dan ternakan ikan air tawar sangat-sangat terjejas. Ikan akan turun ke hilir di mana air lebih banyak berbanding hulu. Sebab tu ramai dapat ikan di hilir Sg Pahang.
Bahkan keringnya Sungai Pahang hari ini jauh lebih teruk berbanding dialami pada tahun 1996 dahulu,” katanya berkongsi info ini di twitternya @drfitriyusof. Sumber : Mak Jehan, Whatsapp Group MNS Pahang.
Siapa sangka, hasil dari sisa dapur pun boleh dijadikan baja untuk suburkan tanaman organik. Haaa… hanya golongan yang berkebun yang gigih buat dan gali ilmu untuk meriahkan kebunnya. Jadi bagi anda yang ada kebun sendiri di rumah, boleh amalkan tip daripada perkongsian saudara Imran Ab Majid ini.
Anda cuma perlu sediakan dan lakukan…
1. Ada polisterin tertutup dan tebuk dibahagian bawah dan letak diatas tanah.. untuk mikrorganisma + semut + cacing tanah menghancurkan sisa.
2. Simpan sisa dapur yang ada tetapi bukan sisa yang berminyak… contoh sisa dapur yang bagus seperti kulit telur, lebihan sayur, serbuk kopi atau teh, bawang, yang pastinya bukan sisa yang berminyak.
3. Letakkan sedikit tanah di dalam polisterin dan kemudian sisa dapur. Biarkan sehingga sisa dapur itu hancur sendiri dengan bantuan semut cacing tanah dan microrganisma.. jangan lupa tutup polisterin tersebut bagi mengelakkan takungan air hujan.
4. Untuk memastikan kelembapan kompos anda buka kotak polisterin 3 hari sekali dan sekiranya kering siram dengan air.
5. Hasilnya anda akan dapati seperti tanah hitam lembab keseluruhanya… itu dipanggil “black gold ” untuk tanaman organik.
Selamat mencuba dan berjaya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini ada bakal pengantin yang nak naik pelamin? Kali ini Mingguan Wanita nak kongsi cara buat bunga manggar gula-gula. Rumah pengantin yang tak ada bunga manggar ini kan macam hilang serinya. Lagilah proses nak buat bunga manggar ini paling seronok bila dapat dikerjakan dengan adik-beradik atau geng rewang. Barulah kenduri kahwin tu meriah suasana.
Sebenarnya bila dah tahu nak buat bunga manggar gula-gula ini, mak-mak yang nak buat bisnes pun boleh. Inilah yang terjadi pada Puan Yusliza Ahjam pemilik tangan seni yang menghasilkan manggar gula-gula. Asalnya cuma suka-suka, sekarang dah jadi satu pendapatan tambahan untuk beliau.
“Dulu bunga manggar ini dibuat dari kertas lembut berwarna. Semakin lama, konsepnya diperkemaskan kepada kertas berkilat yang menarik perhatian.”
“Terkini ia diperbaharui lagi dengan bunga manggar gula-gula. Ia bukan sekadar cantik malah boleh jadi hadiah unik yang comel untuk tetamu-tetamu si kecil.”
Beliau telah mengusahakan bunga manggar gula-gula ini sejak tahun 2010. Pertama kali menatapnya ketika di Johor. Langsung terpikat dan dibawa pulang ke rumah.
“Mula-mula tu try and error. Bila dan berjaya hadiahkan pada anak-anak buah dan sepupu yang nak jadi raja sehari. Lama kelamaan, kawan-kawan terpikat dan buatkan untuk mereka. Nak dapatkan dua pohon tu kena ambil masa seminggu.“
Bahan-bahan Bunga Manggar Gula Gula
Kertas crepe
Dawai paling halus
Pelilit
Lidi
Gula-gula
Tutorial DIY Bunga Manggar Gula Gula
1. Potong kertas crepe bentuk segi empat tepat
2. Lentikkan 1 bahagian gunakan lidi sate
3. Simpulkan jadi bentuk bunga dan ikat dengan dawai. Lepas itu, lilitkan bunga pada lidi gunakan pelilit.
10 peguam wakili Siti Bainun tarik diri, doa justice for Bella didengari Allah. Pasti ramai yang mengikuti kisah penderaan melibatkan seorang gadis kurang upaya, adik Bella yang mengalami kecederaan teruk hingga kesan parut jelas kelihatan di kebanyakan badannya.
Bermula dari menumpang kasih di rumah kebajikan, Rumah Bonda yang ditubuhkan pengasasnya, Siti Bainun Ahd Razali, perjalanan kisah gadis sindrom down ini dipenuhi kesedihan bahkan tragik kerana pernah Bella diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh tertuduh.
10 Peguam Wakili Siti Bainun Tarik Diri
Dari saksi yang dipanggil bagi kes ini, diberitakan tubuh kurus adik Bella pernah menggelupur disimbah air panas di mana OKT, Siti Bainun menggunakan cawan Ikea dan saat melihat anak kecil ini mengelupur, tertuduh dilihat berasa gembira.
Menjijikkan, Bella dipaksa makan najis sendiri dan saat Bella enggan, luka-luka di tubuhnya akan dicurah cuka kalau enggan melakukan perbuatan kotor itu.
Kisah penderaan adik Bella ini turut mendapat perhatian utama negara termasuk bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rina Harun yang turut menerima tempias kerana dilihat kurang prihatin tentang isu ini.
Kisah penderaan yang dialami adik Bella turut mendapat perhatian dari Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam. Bahkan pasangan Di Raja ini berasa pelik hingga tertanya-tanya siapakah Siti Bainun sehingga dirinya diwakili 10 peguam kerana ia sesuatu yang luar biasa.
Tunku Ismail turut menjemput barisan pejuang Ngo yang banyak membantu adik Bella ke Istana dan memberikan komitmen akan menghantar peguam pemerhati untuk kes luar biasa ini.
Dan hari ini, hari pertama OKT dipanggil membela diri. Namun dilaporkan di mahkamah sebentar tadi, kesemua 10 orang peguam yang mewakili Siti Bainun dilaporkan telah menarik diri dari mewakilinya sekaligus mengakibatkan prosiding tergendala.
Hal ini dikongsikan oleh Ngo, Puan Mona Din di fbnya sebentar tadi selain ia turut dikongsikan oleh Aliff Ahmad yang bersama-sama berjuang mempertahankan adik Bella.
Dari sedikit perkongsiannya, difahamkan 10 peguam probono yang mewakili Siti Bainun menarik diri atas alasan tiada masa lapang dan ia pastinya sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini dapat dilihat mereka yang membela adik Bella dan barisan peguam “bertikam lidah” di media sosial masing-masing.
Walau ia dilihat “kemenangan pertama” buat adik Bella namun perbicaraan ini mungkin mengambil masa lebih panjang kerana tertuduh pasti ingin melantik peguam baru dan prosiding kes hari ini juga tergendala.
Apa pun kita semua teruskan berdoa agar kemenangan berpihak pada adik Bella, anak syurga ini.