
Isi Kandungan
ToggleTakkan jatuh martabat suami yang sama-sama sinsing lengan buat pikul kerja rumah dengan isteri. Lagilah suami makin disayangi, dikasihi isterinya bila sama prihatin dengan susah payah isteri.
Janganlah indahnya isteri itu cuma dilihat waktu jadi raja sehari saja. Selepas hilang serinya, terus isteri dilayan bak orang gaji. Kasihan isteri diperlakukan sebegitu.
Hadamkan pesanan Ustaz Don Daniyal ini. Dalam melayari bahtera perkahwinan, besar sebenarnya amanah dan tanggungjawab seorang suami.

Suami Itu Pemimpin Keluarga
Abang-abang
Nak jadi suami ni senang.
Kahwin, terus dapat title suami.
Tapi ada apa pada gelaran
Kalau kita tidak benar-benar berfungsi
Sebagai sebenar-benar suami
Suami adalah pemimpin rumahtangga
Bukan bos kepada isteri & anak-anak
Perlu sama ambil tahu tentang isi rumah
Bukan sekadar hulur duit lepas tekak
Suami jangan ego bila ditegur
Jangan pula ringan tangan bila marah
Lelaki sejati dihormati bila merendah diri
Disayang anak isteri bila menyayangi
Sama-sama Pikul Kerja Rumah
Suami, sama-samalah pikul kerja rumah
Dulu raja sehari kenapa sekarang macam orang gaji
Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua
Mulianya kalian bila bantu sama-sama
Isteri, bersabarlah dengan kelemahan suami
Bersyukur tatkala masih punya dia di sisi
Tegur baik-baik, doa yang baik-baik
Insya Allah rezeki yang datang juga baik-baik
I Love You All my Beloved Brother di luaq sana…
Brotherhood forever…
Baca sini : Khas buat para suami, tip amalan Ustaz Don sepanjang 8 tahun bernikah yang sangat berguna

Khas Buat Para Suami, Tip Amalan Ustaz Don Sepanjang 8 Tahun Bernikah Ini Sangat Berguna!
MW : Suami dan isteri kenalah saling bekerjasama, bertolak ansur.. barulah rumah tangga aman harmoni. Buang ego masing-masing pun penting juga.
Sumber/Foto : ddaniyaldbiyajid
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rumah Tangga Jadi MUDAH Bila Pasangan Memahami, SUAMI Tak Perlu Bergantung Pada ISTERI

Pasangan Kena Saling Memahami

Bila Saling Memahami Suami Tak Bergantung Pada Isteri
Perlu Saling Memahami, Bertolak Ansur
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Bayi Sihat, Wanita Hamil Elakkan 5 Makanan Ini Sebaliknya Amal 9 Pemakanan Yang Disarankan Dr!

Isi Kandungan
ToggleMasa hamil inilah ibu kena jaga betul-betul pemakanannya. Ambil suplemen, makan makanan yang sihat dan hindari makanan jenis fast food malah banyakkan membaca al-Quran. Sebabnya ada janin dalam kandungan yang sedang berkembang.
Walaupun dia diam dalam perut, setiap apa yang ibu sumbat dan perdengarkan padanya, dia boleh merasai. Naluri ibu dan bayinya itu memang saling melekat. Guru di SK Sg. Penchala, Nik Mohd Fahmi ini berkongsi tip mengenai jenis makanan yang ibu hamil perlu hindari dan pemakanan yang sepatutnya diambil seperti saranan Dr yang merawat dan mengendalikan isterinya ketika kehamilan dua orang anak mereka.
Baru-baru ni saya terdengar berita tentang pengacara televisyen yang dikurniakan cahaya mata. Lama dah beliau usaha. Bertahun-tahun jugalah.
Kemudian beliau bina sebuah group whatsapp untuk kongsi cara beliau ikhtiar kepada sesiapa yang ingin tahu. Isteri saya, Aimi Nazihah antara yang join. Saja ingin tahu. Terima kasih kepada Azizah Arifin yang sudi berkongsi.
Pagi tadi Aimi cerita, rupanya beliau cadangkan Dr Marsita Mansor untuk dirujuk sebagai pakar sakit puan. Itulah Dr yang merawat Aimi sepanjang check up mengandung Insyirah dan Ibah. Bersalin pun dengan Dr.
Pemakanan yang dicadangkan adalah sama dengan tips yang kami dapat sepanjang check up Aimi dengan Dr Marsita.
Alhamdulillah ramai yang dah dapat kesedaran tentang pemakanan yang sihat ini. Dr Marsita banyak berjasa pada masyarakat. Terima kasih Dr.
Tahun lepas, saya telah tulis pengalaman kami semasa dapat rawatan dengan Dr. Syukur, ramai yang kongsi. Kali ini saya susun semula penulisan tahun lepas dalam bentuk poin untuk senang dibaca. Saya sertakan tambahan pesanan-pesanan dari Dr yang saya cuba ingat semula.
Sangat bagus untuk sesiapa sahaja terutama wanita mengandung. Bagus juga untuk perkembangan bayi dalam kandungan.
5 Jenis Makanan Perlu Dielakkan
1. Elakkan ambil produk berasaskan pati gamat atau pati ikan haruan. Ia adalah super healing yang menyebabkan bahagian dalam perut melekat dan membawa masalah bila bersalin nanti.
Banyak kes-kes sebelum ini yang guna produk tersebut, akhirnya bermasalah untuk bersalin.
2. Elakkan makan durian. Sebab ia akan menaikkan kadar gula dalam darah. Kalau nak makan sekalipun, seulas sahaja. Lepas tu minum air masak yang banyak.
3. Kurangkan ambil fastfood. Kami pun suka fastfood. Tapi cuba untuk kurangkan dari semasa ke semasa.
Kalau pasal pemakanan ni, Dr suka terangkan kenapa dan bagaimana.
Tapi bab fastfood ni, Dr tak terangkan apa-apa pun. Pesanan beliau, jangan sentuh fastfood. Itu sahaja.
4. Elakkan minum soya. Dr pernah ceritakan pengalaman minum soya. Masa tu masih muda, jadi masih banyak yang tak tahu.
Memang dapat anak kulit putih, tapi seksanya bila timbul masalah kulit. Nak rawat semula tu, sangat memeritkan. Jadi, Dr pesan jangan ambil soya.
5. Elakkan makan ayam cucuk. Ini agak sukar. Kami pun hari-hari jumpa lauk ayam dan gemar makan ayam. Cuma kita boleh cuba kurangkan.
Kalaupun kita tak boleh elak makan ayam di luar, kita boleh beli ayam organik atau ayam kampung untuk makan di rumah.
9 Jenis Makanan Yang Bagus Ibu Hamil Amalkan
1. Minum 1 sudu minyak zaitun setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur.
Saya guna jenama ravika, kurang rasa tengik. Mungkin sebab itu, Dr syorkan yang ni.
2. Minum 1 sudu madu setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur. Kalau nak campur dengan air suam pun boleh.
Sekarang saya sekeluarga amalkan madu kelulut. Agak mahal tapi berbaloi. Bagus untuk anak-anak.
3. Minum 1 sudu pati delima sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur.
Saya guna pati delima jenama gulsan. Tapi nak guna yang lain pun boleh juga. Pati delima dan minyak zaitun ini ada kandungan anti oksidan untuk cegah kanser.
4. Amalkan susu kambing. Beli yang segar. Jika tak ada, boleh minum susu lembu segar jenama Goodday.
Dr Marsita bagitahu susu Goodday ini susu fresh. Cuba tengok pada tarikh luput, ia cepat tamat. Jika tak ada juga, barulah beli yang sachet.

5. Amalkan za’faran (safron). Ambil 7 helai atau beberapa za’faran, rendam dalam air suam dan 1 sudu madu.
Tunggu hingga air jadi kekuningan. Boleh bawa bekal ke tempat kerja. Orang kata boleh putihkan kulit bayi bila bersalin nanti. Orang katalah.
6. Makan 7 biji kurma setiap hari. Kalau mampu amalkan setiap hari, tak perlu lagi ambil folic acid ketika mengandung. Dr Marsita bagitahu, dalam kurma itu pun dah sangat banyak.
Kurma ni boleh makan dengan banyak cara. Blender kemudian simpan dalam peti. Campur dengan susu Goodday tadi. Sedap rasanya. Ataupun makan macam tu je.
7. Gantikan jajan anak-anak dengan kekacang yang sihat. Badam, pystachio, hazelnut, walnut. Sangat bagus untuk perkembangan otak.
Jadikan sebagai makanan semasa mengantuk bila memandu, waktu tengok tv dan sebagainya.
8. Kalau ibu-ibu mengandung loya tekak, jangan cari asam. Gantikan asam dengan cranberry. Sangat sedap dimakan terutama bila beli yang dah dikeringkan. Lebih bagus berbanding asam sebenarnya.
9. Minum air kelapa di hujung kehamilan. 8 bulan kandungan dah boleh mula minum. Dr cakap boleh bersihkan kulit bayi ketika bersalin. Memang benar, masa lahirkan insyirah, kulit bersih dan cantik.
Dulu, setiap kali balik sekolah saya akan beli air kelapa yang tak dicampur dengan ais dan gula. Dapatlah Aimi minum hampir setiap hari.
Kawan-kawan, jom kita mulakan pemakanan yang sihat ini untuk anak-anak. Jadikan ia amalan keluarga kita. Amalkan dari awal, insyaallah anak-anak akan sihat. Alhamdulillah, walaupun saya sibuk uruskan klien amanah saham Public Mutual, tapi saya masih tak lupa amalkan pemakanan ini bersama isteri dan anak-anak.
Sumber/Foto: FB Nik Mohd Fahmi via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dapat Jenguk Atap Rumah Pun Jadi..” Sayu Luahan Hati Anak Yang Rindukan Restu Ayah Ibu Dalam Pernikahannya

Isi Kandungan
TogglePerkahwinan tanpa restu ayah ibu sememangnya perit. Lebih seksa bila sudah ada anak pun ibu dan ayah masih tak mahu lagi memberi restu. Sudahnya, cucu sampai ke besar tak kenal atuk dan nenek.
Takkan hendak dikongsi cerita perkahwinan yang tak direstui dengan anak-anak. Mereka pun takkan faham. Akhirnya suami isteri memendam rasa. Walau bahagia, tetap ada kudisnya. Yang parutnya susah hendak ditutup.
Inilah yang berlaku pada pengirim kisah peribadi S.W dari Pasir Mas, Kelantan. Beliau mahu meringankan beban perasaan yang bersarang di hatinya selama ini.
Assalamualaikum Puan,
Saya berusia 23 tahun dan telah berkahwin. Kini mempunyai anak berusia setahun. Selepas berkahwin saya menjadi suri rumah tangga. Suami pula membantu menguruskan kedai runcit milik keluarganya
di kampung.
Tak pernah sekali saya menyesal bertemu jodoh dengan suami pada usia yang masih muda. Bahkan,
bergelar ibu pada usia muda jugalah yang membuatkan saya lebih matang.
Sayangnya, jauh di sudut hati, saya terbeban dengan permasalahan keluarga. Apabila perkahwinan saya dan suami tak direstui keluarga saya.
Perkahwinan kami dijalankan di Selatan Thai. Ia tidak begitu sukar kerana kami tinggal di Kelantan. Majlis perkahwinan itu dilangsungkan di rumah pakcik saya iaitu abang kepada emak saya yang sememangnya tinggal di sana.
Keluarga suami turut hadir kerana perkahwinan kami direstui sebelah suami.
Beza Fahaman Politik Jadi Punca Hilang Restu
Saya dan suami sebaya dan kami mula bercinta sejak di bangku sekolah.
Kami sekampung, malangnya keluarga saya menentang keras hubungan kami sejak awal lagi. Ini kerana keluarga kami berbeza fahaman politik.
Ayah dan mama tidak mahu menantu daripada parti politik yang berbeza. Ditambah pula keluarga saya yang berketurunan ‘syarifah’ dan ‘syed’ ingin menjodohkan saya dengan lelaki yang berketurunan sama.
Bukan niat saya hendak menjadi anak derhaka tapi saya rasakan alasan keluarga membantah
hubungan cinta saya tidak logik.
Lebih-lebih lagi pada zaman serba maju ini. Apakah saya tidak mampu bahagia jika memilih suami bukan daripada keturunan yang sama? Soal politik juga hal yang remeh bagi saya. Lainlah jika saya ingin berkahwin dengan lelaki berlainan agama.
Akhirnya saya tekad bernikah di Selatan Thai.
Selepas kahwin, keluarga tidak membenarkan saya dan suami menjejakkan kaki ke rumah. Sejak
itu saya tinggal bersama keluarga suami. Hampir setiap hari saya sengaja lalu di depan rumah
mama dan ayah saya.
Dapat jenguk atap rumah pun jadi. Sering kali juga saya menelefon ayah dan mama. Kiriman
whatsapp tetap saya berikan pada mereka walau pun tak pernah dibalas.
Sayang saya pada mama dan ayah tak pernah berkurang. Sepanjang tempoh kejauhan inilah, adik saya sering berkongsi cerita dan maklumkan apa yang berlaku dalam keluarga dengan saya.
Kami hanya dua beradik sahaja dan sebab itu hubungan kami rapat. Dalam diam, adik merestui hubungan saya dan suami.
Syarat Mama Dan Ayah Buat Saya Terkedu
Syukur, beberapa bulan selepas kahwin, saya disahkan hamil. Saya menghantar whatsapp pada
ayah dan mama untuk berkongsi kegembiraan. Siapa sangka, tiba-tiba mendapat balasan daripada ayah.
Kata ayah, baliklah jumpa mereka.
Hari itu juga suami hantar saya balik ke rumah ayah dan mama. Tapi saya disuruh masuk seorang
diri. Katanya, tengok dahulu penerimaan ayah dan mama.
Ya, mereka dapat menerima saya semula tapi bukan suami! Saya dibenarkan pulang bila-bila masa tapi suami tak boleh ikut.

Saya menangis, sedih kerana suami masih tidak diterima keluarga saya.
Mulianya hati suami kerana mengizinkan saya pulang bertemu keluarga. Jika ada kenduri dan
sebagainya, saya akan bermalam di sana. Pergi dan pulang saya akan dijemput suami.
Kata suami, suatu hari nanti pasti keluarga saya akan terima kehadiran dirinya. Itulah doa saya sepanjang masa.
Selepas melahirkan anak, saya memilih untuk berpantang di rumah mentua kerana tidak mahu
berpisah dengan suami. Saya beruntung kerana suami menjaga saya dan anak dengan baik.
Tidak sia-sia pengorbanan saya memilihnya. Mungkin Allah ingin menduga kesabaran kami menerusi keluarga saya.
Hingga kini, saya dan anak sering pulang ke rumah ayah dan mama tapi suami tak boleh ikut. Puan, saya sedih kerana sampai bila keadaan ini berterusan?
Bukan tak pernah saya bawa suami, tapi ayah dan mama terus masuk bilik atau keluar dari rumah. Bersalam pun mereka tak sudi.
Saya kasihkan suami yang banyak mengalah. Suami saya terlalu baik dan saya tidak tahu bagaimana cara untuk memujuk ayah dan mama menerima kehadirannya.
Saya yakin dia akan menjadi menantu yang baik.
S.W, Pasir Mas, Kelantan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI