Sumber/Foto: Instagram ddaniyaldbiyajid

Penceramah bebas, pengacara televisyen dan pensyarah Don Daniyal Don Biyajid atau lebih terkenal sebagai Ustaz Don telah berkongsi tip yang cukup berguna buat golongan suami.

Khas Buat Para Suami, Tip Amalan Ustaz Don Sepanjang 8 Tahun Bernikah Ini Sangat Berguna!

Baru-baru ini sempena menyambut ulang tahun pernikahannya yang kelapan bersama isteri tercinta Husna Zahry Rafie, Ustaz Don menerusi entri di Instagram telah melahirkan kesyukuran dan memberi petua dan amalan yang diterapkan dalam mengemudi mahligai.

2 Solusi Ini Islam Ajar Untuk Tangani Hati Yang Alami Depresi – Ustaz Don Doniyal

Tegur Untuk Kebaikan Bersama, Bukan NIAT Isteri Jatuhkan Air Muka SUAMI

Khas Buat Para Suami, Tip Amalan Ustaz Don Sepanjang 8 Tahun Bernikah Ini Sangat Berguna!

 

Seperti mana yang dikongsi;

Aku Suami
“Saya sentiasa ingat pesan Datuk Ustaz Badlishah Alauddin hafizahullah, “jangan cakap tajuk keluarga sebab ini bukan padang hang. Bagi la Prof Muhaya ka, Dato Bahiyah ka, Ayahanda Dato Fadhilah Kamsah…”“
‘’Saya tulis ini sebagai berkongsi sahaja. Bukan nk tunjuk pandai. 🙂 ok.
“Gambaq ni, adalah pada hari Akad Nikah 23/08/2012 bersamaan hari Khamis. Hari Raya. Syawal.

IKLAN

Tip Amalan Sepanjang Perkahwinan Buat Kaum Lelaki

“Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan
(P/s: maksud 8 tahun ni, dh lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau org tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata org tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan.. terima kasih org tua tua ataih nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)
“Petua yang saya amal dan amik dari orang2 lama…

1. Tanggungjawab
Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’… Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”.
Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang.
Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah.
Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah.
Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah.
Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah.
Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah.
Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah.
Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah.
Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.

2. Sembahyang Berjemaah
Ini memang satu miracle laaa… Xtau nak kata mcm mn, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana… Amalkan lah… jangan tinggai…
Kalau lambat, qadha’.
Kalau lupa, peringat.
Kalau malas, bantu.
Kalau tak reti, ajaq.
Kalau tidoq kalu…bagi masa, agak2 lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut n minta pi sembahyang.

3. Rumah
Bagi rumah yang selesa…
Sewa pun xpa.
Kecik bukaan dia pun xpa.
Beli pun xpa. Baguih.
Studio style ka, banglow ka, teres ka, xpa.
(Alamak, syempoiii… masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)

4. Kewangan
Abang, please… jangan jadi mcm saya.. umuq 35 baru nak belajaq jaga duit n urus duit.. nnt menyesai tak sudah Abang.. mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat mcm saya Abang… maklumat sekarang dh banyak.
Buka Youtube, dengaq.
Bukak Pinterest, baca.
Bukak Instagram, amik manfaat.
Bukak Facebook, baca.

IKLAN

5. Kenderaan
Mesti kena ada. Moto baguih, xsalah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang2 kita buat moto, kira2 dh boleh beli satu Kancil. Saya x kata pun salah buat moto. Buat. Xdak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers…

I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever…”

Buat Cinta Hati

Khas Buat Para Suami, Tip Amalan Ustaz Don Sepanjang 8 Tahun Bernikah Ini Sangat Berguna!

Sebelum memuat naik entri tersebut Ustaz Don turut memberikan ucapan yang cukup romantik dan manis buat isteri kesayangannya;
“Dengan nama Allah Taala aku mulai;
Selamat Hari Ulang Tahun Pernikahan Wahai Cinta Hati
Hinggap mari di pohon duku
Duku dekat pohon melati
Cintaku puteri belahan jiwaku
Hatiku terlekat sampai ke mati

Naik kapal sampai ke Cina
Kapal asap berbunga-bunga
Wahai Cik Adik, Abang nak tanya
Apakah penyakit tidur tak lena

IKLAN

Hutan melarat dimakan api
Pokok diranam habis mati
Intan manikam mahligai hati
Kalau hilang payah berganti

Sayang jembalang bermata tujuh
Ditukang oleh tukang emas
Jangan digusar jangan digaduh
Di dalam tangan digenggam kemas

إنْ شَآء الله

23/08/2020

P/S : Selamat Hari Ulang Tahun Pernikahan buat Ibu & Bapak… kerana Ibu n Bapak punya tarikh ni, kami menumpang amik #barakah .”

Khas Buat Para Suami, Tip Amalan Ustaz Don Sepanjang 8 Tahun Bernikah Ini Sangat Berguna!
Bersama isteri dan anak-anak tercinta.

Sepanjang lapan tahun berkahwin, Ustaz Don telah dikurniakan tiga cahaya mata Don Mustofa,7 Don Ibrohim,5 dan Don Sulaiman, 1.

Sumber/Foto: Instagram ddaniyaldbiyajid

Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI