Izin Ber’Me Time’ Dengan Adik Beradik Juga Terapi Stres Buat Isteri

Izin suami perlu isteri dapatkan sebelum melakukan sesuatu perkara walau pun sekadar hendak pergi berkunjung ke rumah mak ayah sendiri. Bagi wanita Islam, izin suami wajib diperoleh, jika tidak boleh jatuh haram.

Suami pula janganlah sampai gunakan kuasa mereka itu untuk kawal isteri berlebihan. Asalkan isteri keluar bukan melakukan perbuatan maksiat, takkan tak boleh bagi izin kan?

Izin Isteri Ber’Me Time’

Tugas menjaga keluarga bukan mudah. Tak kira bagi isteri yang bekerja atau pun yang bergelar suri rumah tangga. Tugas mereka tak habis-habis. Penat fizikal dan penat mental. Tapi mereka melakukan dengan ikhlas kerana sedar itu adalah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Walau bagaimana pun, suami kena faham, kalau asyik fokus dengan keluarga saja boleh buat isteri stres. Balik kerja, uruskan anak-anak dan rumah. Suami pula sebaliknya ada masa nak ‘ngopi’ dengan kawan, nak keluar jogging dan sebagainya.

Izin Ber’Me Time’ Dengan Adik Beradik Juga Terapi Stres Buat Isteri

Balik Kampung

Memang tak adil kalau suami hanya fikirkan dirinya saja. Bagaimana dengan isteri. Tidakkah terfikir isteri juga perlukan waktu untuk dirinya sendiri. Sebab itu, suami yang prihatin akan izin isteri untuk keluar melakukan aktiviti yang disukainya.  Ada yang suka keluar bersenam, shopping dan sebagainya.

IKLAN

Tapi, pernah tak suami terfikir untuk izinkan isteri ber’me time’ dengan adik beradik dan ipar duai perempuan, bila kebetulan semua balik kampung?  Kena ingat, bila bersama suami dan anak-anak, isteri biasanya takkan fokus pada dirinya. Masing-masing sibuk dengan anak-anak. Tapi kalau jumpa di luar, tentu berbeza. Mereka bebas berbual tanpa perku memantau anak-anak atau melayan suami yang minta itu dan ini.

Sesekali apa salahnya suami benarkan ‘geng isteri’ ini keluar bersama. Selain memberi ruang isteri melepaskan tekanan, dapat juga mengeratkan silaturahim dengan adik beradik dan ipar duai. Soal anak suamilah yang ambil alih buat beberapa jam. Takkan itu pun tak mampu kan?

Baca artikel menarik di sini:

IKLAN

Bila PENAT Dan LETIH, Mulalah Nak Marah. Masa Untuk ‘Me Time’ Ye MAK!

‘Me Time’ Yang Terbaik, Biar Isteri Ada ‘Quality Time’ Dengan TuhanNya

Ikuti Mingguan Wanita di instagram 

IKLAN

Buat Aktiviti Bersama

Untuk isteri, usulkan pada suami rancangan anda itu lebih awal. Jadi suami ada masa untuk mengatur aktivitinya juga. Biasalah, kadangkala suami pun ada aktiviti sendiri, nak jumpa kawan lama dan sebagainya. Tapi, sebelum keluar rumah, pastikan masak dan bereskan segala kerja rumah terlebih dahulu. Pastikan anak-anak masing-masing sudah sedia mandi dan wangi.

Suami hanya perlu tolong tengokkan anak-anak. Tapi suami pula janganlah suruh isteri bawa bersama tiga empat orang anak. Itu bukan ‘me time’ namanya. Kecualilah ada bayi yang masih menyusu. Bolehlah isteri bawa sekali. Kalau anak-anak ikut bersama, dah tak jadi ‘me time’.

Mungkin suami-suami tak tahu, bila izinkan isteri mereka keluar, ia satu perkara yang amat dihargai oleh isteri. Contohnya adik beradik perempuan yang biasanya hubungan lebih erat sejak kecil. Mereka sedar, bila dah beranak pinak, susah nak keluar bersama macam zaman remaja. Jadi, bila suami benarkan mereka keluar bersama, ia membangkitkan kenangan lama. Tentu mereka gembira menghabiskan masa bersama tanpa gangguan. Tak kisahlah walau sekadar pergi ke spa, jalan-jalan di mall atau pergi cuci mata di kedai emas…

Bila balik, pasti mood isteri akan berubah ceria. Walau pun sekejap, percayalah ia sudah buat mereka happy. Mereka sangat menghargai peluang yang diberikan itu kerana sedar ia sukar nak diraih lebih-lebih lagi bila saling berjauhan dan komitmen pada keluarga masing-masing. Tak percaya? Cubalah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI