Bolehkah seorang isteri yang kematian suami mengiringi jenazah suaminya yang meninggal dunia di rumah ke masjid?
Bagi yang tidak pasti akan hal ini namun kita biasa melihat kaum isteri yang kematian suami akan turut sama ke masjid kerana mahu melihat suami buat kali terakhir. Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam e-booknya, Maktabah Al Bakri mengupas persoalan ini.
Suami Meninggal Di Rumah
Jika suami seorang wanita meninggal dunia di rumah dan jenazahnya hendak diuruskan di masjid, bolehkah wanita itu turut pergi ke masjid sebagai penghormatan terakhir kepada arwah suaminya?
JAWAPAN
Dari sudut istilah, iddah memberi maksud tegahan kepada wanita untuk berhias dan yang membawa kepada maknanya pada tempoh tertentu dalam keadaan tertentu. Ia membawa maksud tegahan daripada bermalam selain daripada rumahnya.[1]
Maksudnya: “Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat berkabung di atas kematian seseorang melebihi tiga hari melainkan apabila kematian suaminya. Dia hendaklah berkabung selama empat bulan dan sepuluh hari.”[2]
Bolehkah Isteri Iringi Jenazah Ke Masjid Sebagai Tanda Penghormatan Terakhir?
Jika perempuan itu mengandung semasa kematian suaminya, maka `iddahnya berakhir dengan kelahiran anaknya sama ada `iddah itu mengambil masa yang panjang atau pendek.
Jika isteri tidak mengandung atau mengandung akan tetapi bukan daripada benih suami yang meninggal dunia. Contohnya isteri mengandung, tetapi suaminya belum baligh atau suaminya telah lama hilang melebihi empat tahun sama ada dia telah menyetubuhi isterinya ataupun belum, maka `iddahnya adalah dengan berakhirnya empat bulan sepuluh hari.[3]
Perempuan yang berada di dalam ‘iddah kerana kematian wajib ke atasnya melakukan perkara seperti berikut:
Berkabung atas kematian suaminya dengan tidak berhias dan mengenakan bau-bauan seperti bersolek, berhias, memakai baju berwarna terang, memakai barang kemas dan selainnya.
Wajib menetap di rumah yang didudukinya selama tempoh ‘iddah. Isteri juga tidak dibenarkan keluar melainkan sekiranya ada keperluan dan hajat. Contohnya membeli keperluan makanan, bekerja sekiranya tidak dibenarkan Bekerja Daripada Rumah (BDR) secara berterusan sepanjang tempoh ‘iddahnya. Begitu juga dibolehkan sekadar keluar untuk berbual-bual dengan jiran bagi menghilangkan kesunyian dan kesedihan.[5]
Imam Ramli di dalam kitabnya menyatakan, keharusan ini terikat dengan satu syarat iaitu hendaklah wanita ber’iddah hanya keluar pada waktu siang dan mesti balik bermalam di rumah tempat ‘iddahnya.[6]
Justeru, tidak dibolehkan untuk seorang isteri yang dalam ‘iddah mengiringi jenazah suami ke masjid sebagai penghormatan terakhir. Sebagai salah satu tanda isteri yang solehah, hendaklah sentiasa mematuhi agama Islam dan syariat walaupun pada saat suaminya telah meninggal dunia.
Ads
Dengan sikap yang ditunjukkan itu, ia akan membawa banyak kebaikan dalam kehidupannya selepas itu. Ziarahlah kubur suami selepas tempoh ‘iddah dengan mematuhi syarat dan adabnya. Wallahu a’lam.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Sejak kecil dah biasa dididik menyantuni asnaf”. Pendakwah terkenal ini berjaya menyampaikan ilmunya dengan begitu hebat sekali sehingga diminati ramai.
Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-39, Ustazah Asma’ Harun mendedahkan kisah hidupnya sepanjang 39 tahun.
Sememangnya bila tibanya hari lahir merupakan hari yang paling bermakna bagi sesiapa sahaja.
Bagi pendakwah, Ustazah Asma’ Harun, sempena hari lahirnya ke 39 tahun, dirinya mengambil kesempatan mendedahkan 39 kisah tentang diri sendiri.
Ternyata apa yang dikongsikan menerusi akaun Facebook miliknya mendapat perhatian ramai.
Berikut perkongsian beliau.
39 KISAH SEMPENA HARI LAHIR KE-39
Alhamdulillah, tepat jam 10.50 malam, 22 September 1983, 39 tahun yang lepas, saya dilahirkan di rumah ibu ayah di Kampung Batu Enam, Kuala Terengganu.
Anak kepada pasangan cinta iaitu Harun Ismail dan Fikriah Awang. Ketika saya dalam kandungan, ibu berumur 20 tahun dan seorang siswazah dalam bidang fizik di Universiti Teknologi Malaysia, saya berada dalam kandungan seorang ibu yang sedang berjuang dalam menuntut ilmu.
Saya seorang kanak-kanak yang aktif, berdikari dan suka berkawan/geng di sekolah dan juga di kampung. Ada kalanya, sikap berani buat keputusan dan tindakan sendiri membuatkan ibu dan ayah rasa membelakangi mereka. Ia perlu dikawal.
Ketika alam kanak-kanak antara umur tujuh hingga 12 tahun, saya terkenal di kampung sebagai seorang jaguh kepada beberapa permainan. Pertama, permainan lompat getah. Biasanya saya akan menjadi ketua ataupun ibu kepada geng. Permainan lompat getah ini menguji ketahanan dan keseimbangan fizikal. Saya boleh lompat ketinggian melebihi kepala.
Permainan yang kedua ialah permainan galah panjang juga antara jaguh kampung dan selalu menang dalam permainan ini. Satu lagi permainan ialah rounders, di kampung dipanggil permaiman bola katok. Permainan rounders ni biasanya akan berlawan antara dua geng, geng perempuan dan geng lelaki, kelebihan lebih kepada lelaki kerana setiap kali bola dilantun, ia akan pergi sangat jauh. Kadang-kadang memecahkan tingkap rumah orang, teruk kena marah tapi main tetap main.
Saya mendapat pendidikan awal di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kampung Batu 6, Kuala Terengganu ketika umur lima dan enam tahun. Setelah itu, belajar di Sekolah Rendah Agama Arab Darul Taqwa. Sekolah ini diasaskan oleh datuk saya, Ustaz Haji Awang Nasaruddin bin Haji Abu Bakar, atau juga dikenali sebagai Tuan Guru Haji Awang Jidin atau Ustaz Awang Tukul Besi. Sekolah Darul Taqwa masih kekal sehingga kini, berusia lebih 41 tahun, moga ia menjadi pahala jariah buat arwah datuk.
Pengajian di sekolah ini adalah berasaskan bahasa Arab, sehingga semua subjek dinamakan dalam bahasa Arab. Sebagai contoh, subjek Matematik dipanggil Al-Hisab, subjek Sains disebut sebagai Al-Ulum, dan subjek Sejarah diberi nama Sirah dan sebagainya.
Satu hari ketika di sekolah rendah, ada seorang guru yang bertanya kepada saya, apakah cita-cita saya? Dan secara spontan saya menjawab, saya ingin jadi Penceramah Bebas. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apakah maksud ‘Penceramah Bebas’. Saya mendapat inspirasi dari datuk saya, Tuan Guru Haji Awang Jidin atau Ustaz Awang Tukul Besi.
Saya selalu melihat datuk menyampaikan ceramah dan dihadiri oleh ratusan malahan ribuan orang dari pelbagai lapisan masyarakat. Bayangkan pada ketika itu hebahan bukan boleh dibuat seperti sekarang.
Dahulu, tiada teknologi canggih dan tiada media sosial namun arwah datuk seorang yang terkenal dengan kemampuannya menyampaikan ceramah seperti pidato, dengan penyampaiannya yang bersemangat, penuh ilmu dan teratur. Sejak dari itu, saya menyelit rasa ingin menjadi seperti datuk.
Ayah saya pula seorang ahli perniagaan yang mengusahakan kedai makan. Salah sebuah restoran kepunyaan ayah adalah Restoran As-Syakirin yang terletak di pintu belakang Universiti Islam Sultan Zainal Abidin (UNISZA) atau dahulunya dikenali sebagai KUSZA.
Ayah pernah membukan restoran sehingga 6 buah, Restoran Nasi Ayam Batu 6 adalah satu-satunya yang masih bertahan selama 41 tahun sehingga ke hari ini, juga terkenal dengan gelaran ‘Nasi Ayam Legend’ dan ‘Nasi Ayam Kayu Api’ kerana masih mengekalkan kaedah masakan tradisional menggunakan kayu api.
Walaupun pada ketika itu, 40 tahun yang lepas, jarang orang melayu yang berani menceburkan diri dalam dunia perniagaan, tetapi ia tidak mematahkan semangat Ayah.
Dengan nekad agar anak-anaknya tidak berhutang apabila ingin melanjutkan pelajaran hingga ke universiti, dan ALLAH permudahkan segalanya.
Ayah merupakan seorang pencinta ilmu juga pelajar yang bijak dan cemerlang di sekolah rendah. Namun, atas faktor kesusahan hidup, ayah tidak berpeluang untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah tetapi minat yang mendalam dalam bidang agama tidak terhenti di situ.
Ayah kerap menghadiri kursus secara formal dan tidak formal di merata tempat sehingga diberi kepercayaan oleh masyarakat untuk menyampaikan kuliah Maghrib dan subuh di masjid dan surau sekitar negeri Terengganu.
Pada ketika itu, beliau adalah seorang peniaga dan pada masa yang sama juga sibuk menyampaikan ilmu. Apabila perniagaan semakin baik dan stabil, ayah melepaskan urusan perniagaan kepada pengurus dan pekerjanya sehingga boleh ditinggalkan perniagaan berminggu-minggu, kerana ayah lebih mengutamakan kerja dakwahnya.
Ibu ayah sangat menitikberatkan masa berkualiti dengan anak-anak. Contohnya, apabila cuti sekolah, ibu ayah akan bawa kami berjalan hampir seluruh Semenanjung dari Johor, singgah di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis hingga Pulau Pinang.
Bergerak dengan kenderaan yang boleh memuatkan semua anak-anak. Ada orang bila dah besar baru kenal negeri orang, alhamdulillah kami sejak kecil dah kenal semua negeri di seluruh Semenanjung. Saat itu, kawan-kawan pun pelik, kerana zaman tersebut ia bukan menjadi kebiasaan, Ini situasi 30 tahun yang lepas.
Saya sebenarnya banyak ikut sikap ayah yang mudah mesra dengan orang. Baru jumpa kali pertama dah boleh bergurau dan bercerita, tengok orang susah di tepi jalan, ayah akan berhenti, tanya dan tolong mereka. Pemurahnya ayah, ALLAH beri rezeki berganda.
Rumah kami sekeluarga boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada asnaf fakir miskin yang datang. Sejak kecil dah biasa dididik menyantuni asnaf yang dengan dihidangkan makanan dan minuman.
Selepas ayah meninggal dunia, ramai yang beritahu bentuk bantuan yang ayah berikan sewaktu hayatnya yang mana kami sendiri tidak ketahui. AllahuAkbar.. semoga arwah Ayah tenang disana.
Ayah juga tidak terlepas daripada pelbagai ujian perniagaan termasuk ujian pekerja, tetapi ia tidak menghentikan usaha ayah untuk terus bantu pekerjanya.
Ayah kata; “Ia tidak sedikitpun mengurangkan rezeki.”
Ayah juga seorang yang tidak akan memberhentikan pekerja kecuali jika benar-benar terpaksa. Kadang ada yang berkata; “Pekerja lebih ramai dari pelanggan.” Tapi ayah tetap dengan pendiriannya, kerana bagi ayah, pekerja datang untuk dididik dan dibantu.
Ayah sangat menjaga kebajikan dan keperluan rohani dan pembentukan akhlak pekerja, di mana pada setiap minggu, ayah mewajibkan adanya usrah di kalangan pekerja.
Jika pekerja yang asalnya tidak solat, ayah akan bersikap tegas dan memantau solat pekerjanya. Untuk semua restoran semua pekerja adalah lelaki, tidak pernah ada pekerja wanita. Kerana ayah nak elakkan daripada pergaulan yang tidak terkawal.
Jelaslah bahawa sedikit kemahiran yang saya ada dalam perniagaan pada hari ini diwarisi dari ayah, manakala dakwah pula lebih kepada sebelah emak yang lahir dari keturunan Alim Ulama’, namun cara saya menyampaikan, banyak juga dipengaruhi oleh arwah ayah.
Datuk sebelah emak, ialah Tuan Guru Haji Awang Nasaruddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Awang Jidin. Beliau terkenal sebagai seorang pemidato yang hebat dan lantang sehingga mendapat gelaran “tukul besi”.
Moyang pula adalah seorang alim yang terkenal dalam bidah feqah iaitu Tok Guru Haji Abas bin Muhammad. Bermula dengan buka pondok dan madrasah di Besut, kemudian telah berhijrah ke Kuala Terengganu dan membuka Pondok Tok Jiring (Sekolah Menengah Agama Tok Jiring) pada tahun 1953. Beliau seorang yang terkenal dengan gelaran “kemuncup” kerana kekuatan daya ingatan yang dimilikinya. Saya merupakan cicit kepada beliau.
Baiklah, peringkat sekolah menengah, bermula tingkatan satu di Sekolah Menengah Ugama Darul Anuar, Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Sekolah ini diasaskan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Di situlah saya dekat dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana asrama betul-betul sebelah rumah Tok Guru. Kami pelajar asrama perempuan, ternanti-nanti waktu yang kami boleh jangka Tok Guru akan keluar rumah untuk menyapu atau siram pokok di bahagian belakang kawasan rumahnya.
Jika salah seorang nampak, kami akan mengintai daripada tingkap asrama tingkat satu atau dua untuk melihat Tok Guru. Kami dididik untuk menghormati Tok Guru agar tidak menganggu privasi beliau walaupun bersebelahan sahaja asrama dengan rumah Tok Guru. Di Masjid Darul Anwar, kami selalu dapat solat berimamkan Tok guru, kenangan saya yang sangat indah.
Isteri Tok Guru ada membuka kedai runcit di belakang rumahnya dan di situ kami dapat berinteraksi dengan isteri Tok Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. Kedai runcit ini sangatlah sederhana kecil, begitulah juga rumah Tok Guru, tak seperti rumah seorang MB.
Selesai solat berjemaah, kami juga akan cuba intai Tok Guru di sebalik tabir, dan untungnya pelajar lelaki kerana dapat bersalaman langsung dengan Tok Guru.
Alhamdulillah, selepas peperiksaan pertengahan tahun, saya diterima masuk ke Sekolah Ma’ahad Muhammadi Lil Banat Kota Bharu, Kelantan. Maka bermulalah perjuangan menuntut ilmu di sebuah sekolah yang mempunyai suasana dan sistem sekolah yang ketat. Sekolah ini terkenal bukan hanya di Kelantan, tapi di seluruh Malaysia.
Ketika di MMP saya bukan pengawas sekolah, tetapi biasanya akan menjadi ketua kelas atau penolong ketua kelas. Selain itu, saya juga pengerusi badan bimbingan dan kaunseling, mungkin kerana minat dan kecenderungan mendengar masalah orang, bahkan guru-guru pun ada yang berkongsi cerita dengan saya.
Saya juga merupakan ketua Kelab Radio merangkap DJ rasmi sekolah. Saya bersiaran lebih kurang 20 minit sebelum waktu kelas bermula dimana suara saya berkumandang di seluruh sekolah dengan membacakan doa serta menitipkan kata-kata motivasi, zikir dan sebagainya.
Saya sebenarnya lebih aktif di asrama. Pembentukan peribadi, perkembangan bakat kepimpinan dan dakwah banyak dibentuk ketika berada di asrama. Memegang jawatan exco biro dakwah dan kebajikan, saya manfaatkan dengan melakukan sehabis baik amanah yang digalas.
Sebenarnya ada banyak kisah yang menarik untuk dikongsikan. Insya-ALLAH saya akan dinukilkan dalam penulisan khas. Ada tak sahabat satu asrama sudi kongsikan kenangan kita. boleh tuliskan di bawah, tapi yang elok la ya.
Alhamdulillah setelah selesai SPM tahun 2000, kami adalah calon SPM sijil terbuka pertama, mendapat keputusan yang agak baik ketika itu, saya mendapat dua tawaran universiti, iaitu Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dalam bidang Syariah.
Ketika itu, sebenarnya saya bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Boleh jadi ia dipengaruhi daripada saranan kawan-kawan, kerana melihat saya aktif dalam pertandingan yang melibatkan perdebatan dan perbahasan. Pernah juga mewakili sekolah dalam forum mahupun debat.
Saya hampir lupa cita-cita ketika kecil, iaitu ingin menjadi seperti datuk. Dan syukurlah ibu saya bertegas untuk tidak membenarkan saya menyambung ataupun menerima tawaran tersebut. Ketika itu, UM adalah antara universiti teratas di Malaysia serta paling susah untuk mendapat tawaran.
Kawan-kawan mengatakan bahawa saya telah melepaskan satu peluang yang diimpikan oleh ramai pelajar untuk masuk ke Universiti, dengan memilih masuk ke kolej.
Alhamdulillah, dengan memahami perlunya mentaati ibu ayah yang meminta saya ke KUSZA dan mengharapkan saya menyambung ke Al-Azhar Mesir. Supaya saya dapat mengikuti jejak langkah arwah datuk, bapa saudara dan ramai lagi ahli keluarga yang belajar di Mesir. Akhirnya saya menyambung ke Mesir dalam Ijazah Pengajian Syariah.
Sudah tentu ada perasaan yang berbolak-balik dalam diri, antara impian sendiri dan hasrat ibu ayah supaya mengikuti jejak langkah arwah datuk, bapa saudara dan ramai lagi ahli keluarga yang belajar di Mesir.
Akhirnya saya menyambung ke Mesir dalam bidang syariah selepas selesai di KUSZA atau UNISZA. Sesungguhnya perjalanan ini rupanya lebih indah dan bermakna.
Di KUSZA, semasa semester pertama, saya dah mula aktif dengan program dan aktiviti bersama persatuan. Dan pada semester ke tiga, saya masuk bertanding pilihan raya peringkat kampus, melihat gambar diri sendiri yang tergantung merata, dan melakukan kempen adalah satu pengalaman berharga.
Alhamdulillah, saya mendapat undian tertinggi ketika itu lalu dilantik sebagai Timbalan Presiden Dewan Tertinggi Pelajar (DTP) ataupun dikenali juga sebagai MPP – Majlis Perwakilan Pelajar.
KUSZA adalah satu tempat pengajian yang paling banyak membentuk jatidiri, disiplin dan hala tuju. Dengan memegang pelbagai jawatan dan aktif berpersatuan serta terlibat dengan program-program dakwah dan kebajikan, tidak mengurangkan fokus dalam pelajaran.
Alhamdulillah, pernah mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Wanita Pengajian Islam Syariah dan mendapat Anugerah Dekan pada setiap semester kecuali satu sem beroleh cgpa 3.49.
Sesungguhnya para guru dan para pensyarah telah banyak membina kemampuan berfikir dan bertindak dalam diri. Terima kasih tidak terhingga, sentiasa didoakan kebaikan dunia dan Akhirat, moga mengalir pahala jaariah buat para guru yang mulia.
Kisah perjuangan menuntut ilmu di Mesir, tersusun kenangan indah dan pahit manis di bumi Sahara, Mesir, di tempat sebaik baik manusia dapat dijumpai dan begitulah sebaliknya.
Kerana di bumi Mesir itulah lahirnya Nabi Musa AS dan di bumi Mesir juga adanya Firaun. Akan diceritakan di lain coretan.
Sebelum ke Mesir, kami mengikat tali pertunangan. Ada beberapa syarat yang dipersetujui, salah satunya adalah kawalan yang ketat dalam perhubungan, saya ambil tindakan meninggalkan handphone di Malaysia, supaya dapat mengelak daripada berhubung dengan tunang, dan boleh memberi fokus kepada pelajaran yang banyak memerlukan hafalan.
Kami menggunakan email dan surat menyurat sebagai medium jika perlu. Alhamdulillah selesai pengajian di Mesir, saya pulang pada September tahun 2005. Tiga bulan selepas itu kami mendirikan rumah tangga pada 6 November 2005.
Alhamdulillah pada tarikh keramat, ALLAH SWT izinkan bersatunya dua hati dan dua rasa pada satu ikatan pernikahan yang suci pada tanggal 6 November 2005. Permulaan kehidupan menjadi seorang isteri, masya-ALLAH.
Setelah itu saya mengikuti suami ke Johor Bahru, kerana beliau masih dalam pengajian master dalam bidang Kimia. Kami berkongsi dengan serba sederhana.
Selama dua tahun lebih, saya tidak memohon mana-mana kerja, bila ditanya, saya menjawab ingin menjadi suri rumah yang terbaik dan berjaya.
Pada tahun 2015, saya mula menyambung pengajian master pada masa yang sama menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Ketika itu juga sedang mengandung anak yang keenam.
Ada waktu yang sama saya mengandung yang mana akhirnya kandungan itu gugur sebelum mengandung lagi anak yang keenam iaitu Raihana alhamdulillah selesai pengajian Islam di OUM.
Bermula tahun 2017 – 2018, dua tahun lebih bergerak sendiri, memandu dan menguruskan semuanya sendirian walaupun ke tempat-tempat jauh di luar daripada Negeri Sembilan. Isu perjalanan jauh dengan sumbangan diberikan tidak mampu untuk menampung kos perjalanan dan pihak yang tidak memberi apa-apa sumbangan adalah perkara yang biasa dilalui.
Setelah beberapa kali kemalangan berlaku ketika saya memandu kerana terlelap dek keletihan. Puratanya tiga ceramah di tiga lokasi yang berbeza. Kadang-kadang, lima kuliah dalam satu hari.
Setelah itu, saya mula berfikir akan keperluan pembantu atau staf yang boleh memandu dan menguruskan jadual, jemputan dan lain-lain. Bermula daripada itulah kami mula buka peluang pekerjaan.
Pada tahun 2019 ada tiga staf, pada tahun 2020 30 orang staf, manakala 2021 lebih kurang 80 orang staf, dan pada tahun 2022 hinggalah sekarang lebih kurang 120 orang semuanya. Doakan semoga semua gerak kerja ini diterima sebagai amal soleh yang diterima ALLAH.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menjadi kebiasaan bila ada kawan-kawan yang berniaga sesuatu barangan atau makanan, ramai yang suka mengambil kesempatan untuk minta percuma atau harga diskaun lebih murah. Katanya nak ‘harga kawan-kawan’. Hakikatnya perlu ubah sikap sebegini. Ini kerana bukan mudah untuk bisnes mereka berjaya. Banyak jatuh bangun, ‘asam garam’ dan onak duri yang perlu ditempuhi demi sesuap nasi.
Lebih-lebih lagi, jika hanya berniaga kecil-kecilan dan baru memulakan perniagaan. Tak dapat bantu banyak, tolonglah mereka seadanya. Tak perlu minta diskaun, mahu percuma atau harga lebih murah pada barang yang diniagakan.
Jemput renungkan perkongsian daripada Mohd Hanizal ini;
Ramai yang ambil kesempatan bila tengok kawan-kawan meniaga.. Bila tengok kawan meniaga dia ingat kawan dia banyak duit kot sampai nak Free atau nak harga terlalu murah dari biasa sampai minta harga bawah dari modal.
Banyak kos yang perlu ditanggung oleh peniaga contohnya kedai makan perlu membayar kos sewa kedai, pekerja, bill air dan bermacam lagi.. Hari tidak selalunya cerah, ada hari rugi disebabkan makanan tidak habis.
Apa salahnya kita sebagai kawan yang bagi duit lebih pada kawan atau makcik yang jual kuih tepi jalan tu niat untuk membantu agar bisnes mereka semakin berkembang.. Contohnya beli barang RM4.50 kita bagi lah duit RM5.00 dan tak perlu ambi baki dengan niat bersedekah 50sen tu.
Jadi lah tangan di atas untuk membantu bukan tangan dibawah untuk menjatuhkan orang lain tanpa kita sedari.. “Orang yang berjaya adalah orang yang gembira melihat orang lain berjaya”
Duit yang tak berkat, banyak macam mana pun tak akan cukup. Hati tak akan rasa puas mengejar dunia. Dah dapat sikit nak banyak. Dah dapat banyak nak lagi banyak. Duit yang berkat, walaupun sikit Allah swt akan cukupkan.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi teguran buat kita. Bantulah kawan-kawan yang buat bisnes agar mereka lebih berjaya.Tak dapat tolong banyak, bayar harga sepatutnya tak minta percuma atau diskaun pun dah memadai.
Memang ada benarnya, dalam kehidupan sudah-sudahlah bunuh jiwa dengan asyik membandingkan diri dengan orang lain. Membandingkan apa yang orang lain ada berbanding apa yang kita ada dan perlu syukuri. Situasi ini, sebenarnya boleh menjerat diri dan membuatkan jiwa kita sakit dalam diam.
Baca dan hadamkan perkongsian daripada Tuan Aidil Adhaini sebagai panduan;
“Sudah-Sudah lah Bunuh Jiwa Dengan Asyik Membandingkan Diri Dengan Orang Lain.”
1. Nampak macam perkara biasa. Tapi ya,ini lah realiti hidup.Kita pantang tengok orang lebih dari kita,pasti kita akan label diri sendiri sebagai seorang yang gagal.
2. Kita kuat memberontak sana sini.Kita seolah-olah anggap hidup kita suram,tiada masa depan.Sedangkan kita terlepas pandang rezeki di depan mata.
3. Kita lahir dari keluarga yang supportive,makan minum cukup,ada tempat tidur yang selesa.Tetapi kita masih rasa semua tidak cukup.
4. Sedangkan tiap fasa kehidupan ada perjalanan yang tersendiri.Setiap perjalanan ada dugaan yang tersendiri.
Dan perjalanan dan dugaan kita adalah tidak sama.
5. Kita terus tekan diri sendiri sehingga membunuh jiwa tanpa sedar.Akhirnya,diri kita sendiri adalah penyebab jiwa kita terdorong ke lembah kehancuran hidup.
6. Ada orang gaji dia besar, tapi tuhan uji dia dapat anak down syndrome.Rupa-rupanya rezeki gaji besar dia untuk bahagiakan anak istimewa dia.Dalam hidup senang dia ada ujian.
7. Ada orang dia dapat kerja stabil,tetapi dia datang dari keluarga yang susah.Rezeki yang dia dapat juga adalah untuk dikongsi bersama keluarganya di kampung.
8. Ada orang datang dari keluarga orang berada.Hidup serba senang dan mewah.Tetapi tuhan uji dia dengan ujian kerjaya.
9. Tuhan dah susun cantik-cantik jalan hidup kita.Siang malam kita asyik fikir nasib hidup kita sampai seksa mental sendiri,
“Akhirnya kita adalah punca mengapa mental kita terus sakit.”
Setiap orang pasti tidak akan terlepas dari ujian dan dugaan hidup.
Hidup kaya raya pun diuji,
Pandai dalam pelajaran pun diuji,
Wajah cantik dan kacak pun diuji,
Kehidupan adalah proses,jika jatuh,sila bangun.
Kalau penat berehat sebentar,kemudian teruskan bangkit tanpa menoleh ke belakang.
Sudah-sudah lah asyik membuat perbandingan hidup,tidak semua orang ada apa yang kita ada.
“Kehidupan adalah pengembaraan dan proses pembelajaran, bukannya perlumbaan.”
Penulisan ini dikongsi semula bagi membangkitkan jiwa-jiwa yang sedang dilanda ujian hidup.
Mingguan Wanita:Memang ada benarnya usah membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Kelak memakan diri, buat diri terseksa dan jiwa merana tak pernah puas dan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...