Marah atau gaduh, sudah menjadi asam garam dalam kehidupan suami isteri. Kalau diingat kembali, masa bercinta memang susah nak bermasam muka, mesti cepat-cepat pasangan akan memujuk.
Tapi bila sudah berkahwin dan tahu hati budi luar dan dalam, semua ini tidak boleh ditahan-tahan lagi. Semuanya boleh terlepaslah. Kadang-kadang bila marah atau gaduh, mulalah keluar perkataan aku dan kau.
Sampaikan dah tak hilang panggilan manja masing-masing dek kerana geram dengan pasangan. Ini belum lagi ada yang terjerit-jerit mahu pun bertempik kerana terlalu marah, walaupun mungkin itu hanyalah perkara kecil sahaja.
Sepatutnya, perkara seperti ini tidak berlaku, kalau dibiarkan boleh bertambah besar masalah. Carilah penyelesaian yang terbaik. Setiap masalah ada penyelesaian, cepat atau lambat bergantung kepada timbang tara atau timbang rasa setiap pasangan.
Perkongsian daripada Zulfikarullah Ren boleh memberi pengajaran buat suami isteri di luar sana. Tak perlulah menjerit atau bertempik dan mulalah panggilan aku kau sebab terlalu geram dan marah.
Suami isteri, andai bergaduh macam mana sekalipun jangan sesekali bertempik. Jangan sesekali kata aku kau.
Andai ianya terjadi, maka penyatuan hubungan kalian mula terbubar perlahan-lahan.
Ads
Hebat mana pun masalah yang melanda hubungan kalian, cari jalan penyelesaian bersama. Ye, mesti bersama-sama.
Tak boleh suami atau isteri sahaja yang bersungguh nak baiki hubungan. Sedangkan sebelah pihak lagi buat bodoh saja.
Titik penyelesaian itu pasti tidak akan ditemui sekiranya hanya sebelah pihak yang berusaha.
Sebuah sampan andai satu pendayung sahaja yang mendayung, tidak akan sampai ke destinasi.
Sebuah perkahwinan, sekiranya sebelah pihak sahaja yang berusaha, tidak akan ketemu destinasi bahagia.
Peranan Suami Isteri
Perkahwinan itu adalah sebuah penyatuan dua hati dan dua perasaan. Oleh sebab itu kedua-duanya perlu memainkan peranan masing-masing.
Sekiranya penyatuan ini mula terputus, maka tidak ada apa lagi yang dapat dilakukan jika tidak ada usaha bersama untuk perbaikinya.
Ads
Ingat! Semua orang buat silap. Tetapi bukanlah bermakna selama-lamanya kesilapan itu bertakhta dalam diri mereka.
Tuhan itu Maha Pengampun. Setiap kesilapan sentiasa ada pintu maaf yang bersedia untuk menyambutnya.
Tetapi andai hati keras seperti batu. Tidak mahu berusaha melakukan perubahan diri. Maka tidak ada sesiapa lagi yang dapat membantu.
Sebab itu penyatuan itu penting dalam rumah tangga. Selagi kalian duduk dalam penyatuan, Insya-Allah jalan penyelesaian masih ada.
Banyakkan Berdoa
Rumah tangga ni umpama kapal yang belayar di lautan. Terkadang lautnya tenang, terkadang lautnya bergelora. Selagi kapal dikemudi dengan baik oleh semua anak kapal, Insya-Allah ianya tidak akan karam.
Ads
Masalah rumah tangga ini hanya boleh diselesaikan oleh kalian dan pasangan kalian. Orang lain hanya boleh memberi pendapat dan nasihat sahaja.
Keputusannya hanya ada dalam tangan kalian dan pasangan. Andai masih duduk dalam penyatuan, Insya-Allah positif keputusannya.
Jika tidak, terima lah hakikat bahawa kalian tidak lagi dapat bersatu.
Begitulah resam dalam perhubungan suami isteri.
Apa-apa pun, banyakkan berdoa dan mohon petunjuk dari Yang Maha Esa.
#MekanikCinta
MW: Setiap masalah yang ada pasti ada penyelesaian. Sama ada baik atau buruk, terimalah seadanya. Mugnkin ada yang lebih baik menanti.
Boleh ‘tabik spring’ buat mak-mak. Mana taknya, dalam satu masa dia boleh buat macam-macam kerja. Kiranya multitasking. Sekejap kemas di dapur, keluar jemur baju dan macam-macam lagi.
Peliknya, kalau lelaki bila buat kerja, itulah yang dia akan fokus sampailah siap. Lepas tu baru buat kerja lain pula.
Inilah yang dianugerahkan oleh Allah buat wanita. Mampu multitasking demi memudahkan dan menyenangkan keluarga.
Bayangkan sambil cuci pinggan mangkuk, otak ligat berfikir nak buat apa lagi selepas ini dan selepas ini. Tengok-tengok semua kerja rumah dah siap.
Rupanya, tisu Corpus Collasum yang penyambung otak kiri dan kanan permpuan lebih tebal daripada lelaki. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan tentang perkara ini.
Suami Kalau Nak Buat Sebarang Keputusan, Berbincang Dengan Isteri Dahulu Bukan Mak
Penting untuk suami berbincang dengan pasangan sebelum membuat sebarang keputusan. Ia amat penting dalam sesebuah hubungan yang sihat dan berfungsi. Ini dapat membantu mencegah konflik, memastikan kedua belah pihak merasa didengari dan dihargai, serta memungkinkan untuk bekerja sama dalam membuat keputusan yang baik bagi kedua belah pihak.
Jika suami ingin membuat keputusan yang melibatkan perubahan besar dalam hidupnya atau dalam hubungannya dengan isteri, berbicaralah terlebih dahulu dengan isteri. Ini boleh mencakupi keputusan tentang pekerjaan,kewangan, tempat tinggal, atau perubahan penting lainnya. Berbicara dengan isteri akan memberi kesempatan untuk berbicara tentang pandangannya, kekuatirannya, dan perasaannya terhadap keputusan tersebut.
Ini bukan bererti bahawa anda tidak boleh berbicara dengan orang tua atau anggota keluarga lainnya tentang keputusan anda, tetapi berbicara terlebih dahulu dengan pasangan anda adalah cara yang baik untuk memastikan bahawa keputusan tersebut sejalan dengan harapan dan keinginan anda suami isteri. Komunikasi yang baik dalam hubungan adalah kunci keberhasilan dan kebahagiaan bersama.
Berikut info yang dikongsikan oleh Dr Ben Fadhil Mohd Salleh. Moga membawa manfaat untuk semua pasangan suami isteri.
SENARIO BERCINTA
Bila kenal lelaki yang rapat dengan mak, dalam proses nak mengenali hati budi pasangan, anda akan nampak pasangan seorang yang:
1.Ambil berat tentang maknya.
2. Bagus! Sebab dia seorang yang bertanggungjawab
REALITI BILA SUDAH BERKAHWIN
Barulah tahu sikap sebenar suami yang terlalu manja dengan mak sampai balik kerja pun nak duduk bawah ketiak mak. Ini solusi perdamaian untuk kedua-dua belah pihak.
Suami anak manja mak pun kena baca, isteri yang sabar pun kena fahami. Jadi, bila dua-dua dah faham situasi masing-masing, konflik takkan timbul. Tak perlulah nak sentap-sentap sangat dengan mentua tu.
WAHAI SUAMI, INI CARA YANG SEPATUTNYA:
*Kalau nak buat sebarang keputusan, bincanglah dengan isteri dan bukannya mak.
*Berenggang dengan mak tidak bermakna anda berpisah dengannya. Ini kerana anda sudah ada keluarga sendiri. Jagalah perasaan isteri.
*Setiap keputusan, berbincanglah dengan isteri bukan dengan mak. Jangan kecilkan hati mak tapi katakan itu keputusan keluarga bukannya keputusan anda sendiri.
*Jangan sesekali libatkan mak dalam sebarang perancangan. Cuma sekadar memberitahu saja. Sekurang-kurangnya mak tak rasa terpencil.
ISTERI CUBA FAHAMI SUAMI:
*Kena banyak bersabar dan berbincang. Kadang-kadang ada rasa sakit hati tetapi ingatkan suami supaya buat keputusan demi keluarga.
*Jika boleh, jadilah rakan baik mak mentua dan berkongsi perasaannya terhadap suami. Nasihat yang akan diberi kepada isteri adalah nasihat yang sama yang akan di beri pada suami.
*Guna perantaraan dengan suami dan mentua tetapi tidaklah memisahkan perasaan suami anda dengan maknya.
Sumber: Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat
Kajian menunjukkan kemungkinan ketidaksuburan lelaki dengan berat badan berlebihan akan meningkat 10 peratus untuk setiap 9kg (20 paun). Selain menurunkan berat badan, kualiti sperma boleh diperbaiki dengan mencuba makanan ini seterusnya memudahkan pasangan obesiti ini mendapatkan zuriat.
Makanan Kaya Vitamin
Zink : Tiram
Selenium & B6 : Bawang putih
Vitamin C, A, B1 : Pisang
L-arginine : Coklat gelap (dark chocolate)
Folic Acid : Bayam
Vitamin E : Telur
Antioksidan : Buah delima
Makanan tambahan/suplemen yang mengandungi micronutrient terutama PROFERTIL (mengandungi Zink, Folic Acid, L-arginine, L-Carnitine, Glutathione, enzim Co Q10, Vitamin E, Selenium)
Ini Dari Laporan WHO
Pasangan yang obesiti akan mengurangkan kualiti air mani dan ia juga boleh menyebabkan penurunan kadar spermatogenesis.
Beza Kesuburan Lelaki Obes Dengan Normal 1. Tahap testosteron jadi lebih rendah 2. Kualiti sperma lebih rendah. 3. Tahap kesuburan berkurangan
Fahamkan Ini, Tengok BMI Anda Di Tahap Mana
WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia
Klasifikasi BMI (kg/m2) Risiko Kesihatan
Kurang berat badan <18.5 Rendah
Julat normal 18.5 – 22.9 Risiko meningkat tetapi boleh diterima
Berlebihan berat badan > 23
Pra-Obes 23.0 – 27.4 Risiko meningkat dengan ketara
Obes 1 27.5 – 34.9 Risiko tinggi
Obes II 35.0 – 39.9 Risiko sangat tinggi
Obes III > 40.0 Risiko terlalu tinggi
Kaitan Lemak, Hormon & Kesuburan Lelaki
Lemak berlebihan menyebabkan hormon lelaki iaitu testosteron untuk ditukarkan kepada estrogen dan estrogen menyebabkan saiz testis kecil dan penurunan kadar hormon testosteron.
Penyelidik dari Reproductive Biology Associates melaporkan bahawa BMI yang tinggi dalam lelaki bersangkut paut dengan tahap testosteron yang berkurangan. Kajian menunjukkan: Lelaki berlebihan berat badan mempunyai paras testosteron 24 peratus lebih rendah berbanding lelaki biasa dan lelaki gemuk mempunyai tahap 26 peratus lebih rendah.
Keadaan ini memberi kesan kepada masalah ereksi dan kurang aktif dalam melakukan hubungan intim.
Setiap pasangan perlu bijak memainkan peranan jika merasakan diri mereka lemah dalam mengawal klimaks diri. Mungkin membiarkan isteri merasa klimaks dahulu sebelum diri mencapainya
Sumber: Doktor Maiza Tusimin, Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi, FSK,UPM dan merangkap Pakar Perunding (Jemputan) Perubatan Reproduktif & Infertiliti, Hospital Pakar An-Nur
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.