Boleh ‘tabik spring’ buat mak-mak. Mana taknya, dalam satu masa dia boleh buat macam-macam kerja. Kiranya multitasking. Sekejap kemas di dapur, keluar jemur baju dan macam-macam lagi.

Peliknya, kalau lelaki bila buat kerja, itulah yang dia akan fokus sampailah siap. Lepas tu baru buat kerja lain pula.

Inilah yang dianugerahkan oleh Allah buat wanita. Mampu multitasking demi memudahkan dan menyenangkan keluarga.

Bayangkan sambil cuci pinggan mangkuk, otak ligat berfikir nak buat apa lagi selepas ini dan selepas ini. Tengok-tengok semua kerja rumah dah siap.

Rupanya, tisu Corpus Collasum yang penyambung otak kiri dan kanan permpuan lebih tebal daripada lelaki. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan tentang perkara ini.

Info Lebih Menarik Di Sini: Orang Lelaki Pun Rajin Buat Kerja Rumah, Syaratnya Jangan Mengarah

Kerjaya SURIRUMAH Tak Mewah Tapi PENGORBANANnya Pada Keluarga Kena Hargai

Info Lebih Menarik DI SINI

Multitasking Buat Kerja

Kenapa orang perempuan boleh buat banyak kerja dalam satu masa?

Orang perempuan ni sambil goreng ikan, boleh cuci pinggan, boleh kemas meja siap boleh basuh baju.

IKLAN

Tapi lelaki kena buat satu kerja je, fokus.

Lepas siap satu baru boleh buat satu lagi kerja.

Lelaki kalau buat banyak perkara dalam satu masa, jawabnya memang hancur kerja tu.

Kalau bercakap pun begitu.

Perempuan boleh bercakap banyak topik dalam satu masa.

Kejap pasal anak, kejap pasal keluarga, kejap pasal tempat kerja, lompat balik pasal anak.
Fuh!

Kalau lelaki kena cakap topik demi topik.

IKLAN

Kalau buka topik kereta, sembang dulu sampai lumat. Tutup dulu hal kereta baru boleh bincang topik hal motor.

Jangan lompat topik, nanti jadi stress!

Ketebalan Tisu Corpus Callosum

Kenapa ini terjadi?

Ini disebabkan perbezaan Corpus Callosum pada otak lelaki dan perempuan.

Corpus callosum ialah tisu panjang penyambung otak kiri dan kanan.

Corpus Collasum lelaki lebih nipis berbanding wanita yang mempunyai ketebalan sebanyak 20%.

IKLAN

Ketebalan Corpus Collasum wanita menjadikan perhubungan pantas kedua-dua belah otak dan dapat berfikir secara menyeluruh.

Transfer rate otak kiri dan kanan lagi cepat berbanding lelaki.

Semua tajuk dapat difikir dan bicara dalam satu masa. Disebabkan itu perempuan power task-switching dan multi-tasking.

Mingguan Wanita : Betul sangat. Itulah anugerah yang Allah beri pada setiap wanita. Kalau satu-satu berapa lama la nak siap ye.

Sumber: Dr Ahmad Samhan

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI