Apabila Allah menghadirkan 5 orang anak lelaki dalam hidupnya, wanita ini, Puan Siti Maisarah Saifuddin, 29 tak melihat anugerah itu dari sudut yang negatif. Pahlawan muda inilah bakal menjadi pahlawan muda yang menjaga dirinya dan bakal pengusung jenazah dirinya apabila dia dipanggil pulang oleh Yang Esa.

Siti Maisarah juga seperti kebanyakan ibu yang lain. Melalui susah senang mendidik 5 hero dengan tangannya sendiri. “Anak pertama kedua, memang jadi harimau singa. Masuk no. 5 dah jadi Naga berapi uminya.” Tulisnya dalam perkongsian facebooknya tak lama dulu.

Mingguan Wanita mendekati ibu muda ini mencari lebih detail tip dirinya dan suami, Mohamad Russaini Che Ngah, 39 mendidik 5 pahlawan mudanya,Muhammad Habib Tajuddin, 8, Muhammad Hanif Muslim, 6, Muhammad Naasiruddin Hafiz, 5, Muhammad Fiqhuddin AlHasyri, 3 dan Muhammad Rafi’e Hakim, 5 bulan agar menjadi anak-anak yang hebat.

Rutin mereka sama seperti anak-anak yang lain. Selalunya setiap pagi, saya bahagi tugas dengan suami. Bukanlah kami tetapkan bahagian masing-masing. Tapi saling membantu berdasarkan situasi pada pagi tersebut.

Adakalanya saya mengejutkan anak-anak, siapkan pakaian mereka ke sekolah. Waktu ini suami ambil alih tugas menyediakan sarapan. Suamilah orang yang paling faham bagaimana situasi waktu pagi.

Sebagaimana kerenah mereka juga berlainan setiap pagi. Ada masa umi uruskan. Ada masa nak ayah yang mandikan. Dalam masa sama, yang kecil juga meragam waktu pagi. Suami akan hantar anak ke sekolah waktu pagi dan saya akan mula menyiapkan tugasan rumah sebelum menantikan staff datang.”

Siti Maisarah bukan sekadar seorang IBU, dalam masa yang sama menjalankan bisnes produk sendiri iaitu Jus Kurma Homemade dan Susu Kurma Homemad dan 100% aktif berniaga di rumah.

“Kadang kala saya ambil tempahan untuk Doorgift makanan sunnah seperti goodies dan hamper.” Boleh bayangkan bagaimana sibuknya ibu 5 hero ini?

Hidupkan Sunnah Nabi Dalam Keluarga Rahsia Bahagia Ibu 5 Anak Lelaki, Makan 1 Talam Antara Tipnya

Rutin Malam

Petang harinya anak akan pulang dari sekolah, Siti Maisarah siapkan dahulu makanan mereka. Dan bersiap untuk solat mahgrib berjemaah bersama di rumah.

“Waktu ini juga, saya dan suami ambil peluang untuk tasmik atau mengulang surah yang anak-anak saya hafal.”

Waktu malam, saya bergilir dengan sumi untuk tidurkan anak-anak. Sama ada 2 orang dengan saya atau 3 orang dengan suami di bilik berasingan. Bila dah tidur semua, barulah letak dalam satu bilik. Ada juga yang ketikanya tidurkan mereka berlima sekaligus. Tapi selalunya mereka gaduh sebab berebut nak tempat tidur sebelah umi atau ayah.”

Sekitar jam 11 malam, anak-anak dah masuk tidur, Siti Maisarah settlekan apa yang patut. Kemas rumah atau siapkan untuk persiapan esok hari.

Hidupkan Sunnah Nabi Dalam Keluarga Rahsia Bahagia Ibu 5 Anak Lelaki, Makan 1 Talam Antara Tipnya

Ibu Kenali Karektor Anak-anak

ANAK SULUNG lebih manja berbanding yang lain, makan minum adakala cerewet tapi punya sifat caring dengan adik-adik, dia juga suka membantu saya dan suami.

ANAK KEDUA lebih berdikari, suka bercerita dan suka bertanya.

ANAK KETIGA lebih banyak follow abang-abangnya, ringan tulang dan manja dengan suami

ANAK KEEMPAT sangat disayangi abang-abang dan mudah meminta tolong

Usia anak-anak ini sangat rapat antara satu sama lain. Itu yang membuatkan Siti Maisarah dan suami perlu bijak mainkan peranan.

“Diaorang mudah bergaduh tapi cepat berbaik. Dan sifat saya dari dulu, kalau belikan apa-apa untuk mereka mesti semua sama. Baik buku ataupun baju.” Bila dah besar, diaorang suka berkongsi sebab semua yang ada diaorang share.

Dulu situasi kritikal, diaorang cepat bergaduh bila tiba waktu makan dan solat jumaat. Awal-awal dulu pinggan pun diaorang berebut, lauk dan kuah. Pening juga nak handle 4 orang sekali gus duduk makan.

IKLAN

Saya belikan pinggan yang besar seperti TALAM. Dan campurkan semua dalam satu. Alhamdulillah! Diaorang pandai sharing makan, tak berebut dan bonding time lebih lama. Bila talam besar, makan pun suka hati.” Kadang seronok tengok diaorang makan, kami pun join sekaki.

“Anak-anak lagi suka sebab main suap-suap, siapa cepat habis dia menang. Yang sulung saya ajarkan buat air, kerja rumah yang ringan. Alhamdulillah, diaorang rajin membantu.

“Kalau bab SOLAT JEMAAH di rumah sangatlah mencabar. Masing-masing BEREBUT NAK JADI IMAM. Kena buat giliran, even nak susun sejadah dan nak kemas balik.

Hidupkan Sunnah Nabi Dalam Keluarga Rahsia Bahagia Ibu 5 Anak Lelaki, Makan 1 Talam Antara Tipnya

Ini Cara Tukar Mood Moody Kepada Happy

Siti Maisarah, akui dirinya garang dengan anak-anak. Jaga mereka yang lasak, sangat-sangat mencabar emosinya.

“Dulu sering saya marah-marah, sebab penat. Malu nak ke rumah orang, modah moody dan susah handle emosi. Suamilah orang yang paling banyak menyaksikan keadaan saya.

“Balik dari kerja, dia bantu buat kerja rumah. Kadang tengah malam pun dia bawa saya dan anak-anak keluar, biarpun sekadar ambil angin luar. Sebab siang hari dia sibuk di tempat kerja.

“Bila sampai satu tahap STRESS, dia jadi PENDENGAR SETIA. Sampailah dapat anak ke-3, saya bersalin ceaserean, tak banyak boleh buat kerja. DIA UPAH CLEANER HARIAN UNTUK SAYA. katanya supaya saya lebih banyak masa dengan anak dan tak stress.

“Kami banyak masa bersama, buat rutin bersama. kata orang nak kawal emosi diri, buat sesuatu yang lain dari yang lain. Barulah kita rasa happy”

BEG ITULAH SUAMI.. “Kadang lepas anak tidur, kami kemas halaman rumah, tanam pokok. Walaupun masa itu dah 11 malam. Sebab siang dah sibuk dengan anak-anak. Waktu inilah ME TIME kami berdua.”

Bila buat sesuatu yang luar biasa, barulah emosi Siti Maisarah terkawal.

“Suami juga faham saya suka rumah kemas. Suka alih perabot, pusing sana sini. Saya anggap ia terapi minda buat saya dengan berdeko atau hias/kemas rumah. MASA MENGEMAS TULAH SEMUA STRESS DILEPASKAN. ”

Katanya, anak-anak pun akan join sama tolong menukar cadar dan hias bilik sendiri.

IKLAN

BILA SUAMI FAHAM SITUASI PENATNYA, dialah yang akan memasak dan uruskan anak belajar dan sebagainya.

“Kadang kami ajak mereka memasak bersama. Belek buku resipi, cari resipi nak makan. Dan mula!

“Bila anak tenang dan tak meragam. Bagi reward kat mereka. Even lepaskan diaorang mandu hujan pun dah cukup besar reward tu.

“Anak sepah, anak meragam itu biasa. Kami lebih banyak bermain dengan mood anak-anak. Ada tempat perlu tegas, ada masa kita pun jadi kanak-kanak juga.”

Hidupkan Sunnah Nabi Dalam Keluarga Rahsia Bahagia Ibu 5 Anak Lelaki, Makan 1 Talam Antara Tipnya

9 Tip Didik Anak-anak Lelaki Cara Siti Maisarah

1. Beri Tanggungjawab Pada Anak

Selalunya bila ada tanggungjawab, mereka lebih peka tugas masing-masing. Contoh, Hanif bahagian buang sampah. So dia akan pastikan sampah tak ada dalam tong sampah. Waktu ni dia takkan saling berebut atau tuduh menuduh dengan adik-beradik yang lain.

Setiap seorang saya pastikan ada tugas.

2. Bagi Reward Berdasarkan Kejayaan Hari Ini

Selalunya saya tak menjanjikan permainan atau tempat yang menarik untuk anak-anak sebagai reward. Sebolehnya saya cari reward yang boleh dikongsi bersama 4 beradik. Seperti contoh, semua behave hari ini. So saya masakkan atau belikan makanan mereka yang boleh dikongsi. Sekali pun buah, atau minuman.

Dan siapa yang rajin bantu, buat apa yang umi ayah suruh, saya bagi reward satu bintang yang suami sediakan di whiteboard.

So bila buat satu kerja, dapat bintang. Dengan sendiri diorang berlumba untuk dapat lebih banyak bintang.

3. Sediakan Ruang Khas Untuk Mereka

Anak lelaki tak dapat lari dari bersepah, suka explore benda baru.Begitu juga anak-anak saya. Awal dulu saya kerap stress, buku merata, mainan merata. Akhirnya saya buat satu sudut mainan khas untuk diorang. Sudut membaca dan sudut sepah. Sudut tula yang akan diorg buat macam-macam aktiviti, main-mainan dan lain-lain.

Dan sapa yang sepahkan selalunya saya beri hukuman. Contoh, cancel keluar jalan-jalan ke, dan lain-lain.

Sudut tu juga memberi impak positif untuk diorang. Sebab bila ada anak-anak kawan datang bermain, diorang hanya bermain di sudut itu sahaja.

IKLAN

Tak semestinya besar. Cukup hanya diorg peka itu sudut untuk apa.

4. Ajar Berkongsi Dari Awal

Anak-anak ini semua kena share dan mesti sama. Even warna baju, kasut, seluar. Bila diaorang belajar berkongsi, kuranglah bergaduh.

5. Tegur Kesilapan Dengan Bahasa Memujuk

Mulakan dengan berterima kasih dan memohon maaf. Hati anak-anak ini suci. Kalau salah tegur, dia memberontak. Tapi bila tegur dengan lembut, diorang lebih mudah mendengar. Mertua saya pernah berpesan, pukul anak hanya untuk mengajar. Tapi jangan sesekali usik telinga anak. Baik mencubit, tarik telinga atau jentik. Sebab di situ tempat pertama dia mendengar kata ibu bapanya.

6. Slowtalk Dengan Anak-anak

Kalau nak ke pasar raya, saya pesan siap-siap dalam kereta. Tak nak berlari, kena pimpin tangan adik, dengar cakap umi ayah.

Mainan tak boleh beli tapi buku dan makanan boleh. Selalunya diaorang tanya kenapa tak boleh beli mainan?

Saya akan beritahu, sebab dah ada buku. Dan nanti kita cari buku yang boleh bermain sama-sama. Kalau buku tak ada, saya beli makanan apa yang anak-anak Suka. Selalunya roti kegemaran.

Sebelum tidur juga saya akan banyak bagi nasihat.Do dan donts. Kadang bercerita.

Suami kadang bila letih sangat, tak dapat ganti saya bercerita, dia pasangkan Quran. Jadi, anak-anak tidur dengan sendirinya.

7. Doa Sepenuh Hati Selepas Solat

Selepas solat, saya pastikan doa sepenuh hati, minta Allah kurniakan saya anak soleh Solehah. Mohon ditunjukkan jalan yang lurus dan benar. Banyakkan membaca al-Quran, ajak anak-anak baca bersama, aminkan doa bersama.

Saya juga ajar anak spesifikkan doa.

Apa-apa yang nak, minta DOA dengan Allah.

Kadang diorang main game pun, diaorang sebut kuat-kuat, “Ya Allah, bagilah menang!”

Begitu juga DOA IBU BAPA..

8. Pemakanan yang sihat

Suami juga akan pastikan pemakanan yang sihat untuk ank-anak. Kurma, madu, buah dan sebagainya.

9. Ketegasan & Prihatinnya Suami

Anak walaupun manja dengan ayahnya, tetapi ada juga tegasnya. Kalau kena marah dengan ayah, sayalah tempat anak mengadu sedih.

Masa ni juga suami selalu pesan, peranan saya sebagai pemujuk. Bukan menambah api yang membara.

Dari situ diaorang belajar memohon maaf dengan ayah dan janji tak buat lagi.

Awal-awal dulu mungkin suami tak faham tentang tugas isteri di rumah. Tapi sejak anak dah bertambah ramai, dia sendiri yang menjaga anak ketika saya berpantang, lama-lama dia faham tugas seorang IBU di rumah.

Even nak beli apa-apa, atau anak nak minta sesuatu, dia akan suruh anak minta izin dengan umi dahulu. Kalau rasa OK, baru dia menyokong keputusan saya.

Sumber / Foto: Facebook Siti Maisarah Saifuddin – Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI