Sokongan Warga Maya Beli Tiara Candy, KEUNTUNGANNYA Achey Sumbang Van Jenazah Percuma. Tahniah buat Achey Bocey kerana telah menyumbangkan keuntungan penjualan perniagaan candy puterinya dengan membeli sebuah van jenazah.
Seperti yang dikongsi di sosial media, Achey menyumbangkan van jenazah tersebut untuk membantu waris yang kurang berkemampuan.
Sokongan Warga Maya Beli Tiara Candy
Dek kerana berkat rezeki daripada jualan gula-gula anaknya, Tiara Candy, Achey telah membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menjadikan ia van jenazah untuk kegunaan secara percuma bagi pihak yang memerlukan.
Achey turut menyatakan adalah pencapaian jualan perniagaan puterinya hasil sokongan daripada warga maya yang membeli.
“INI ADALAH ACHIEVEMENT ANAK BERNAMA NUR TIARA ZINNIRAH DAN ANDA YANG MENYOKONG TIARA CANDY.
“Semoga semua dapat merasa hasilnya,” kongsi pelakon dan pelawak Achey.
“Doakan Kami Dapat Sediakan Van Jenazah Untuk Kawasan-Kawasan Memerlukan”
Pada masa yang sama Achey telah berkongsi sebuah video memaparkan kenderaan berupa KIA Carnival berwarna hitam yang tertera ‘Van Jenazah’ dan ayat-ayat suci al-Quran.
Ads
“Walaupun kenderaan terpakai, kami percaya ia membantu.
“Peti jenazah belum siap, jadi belum beroperasi lagi. Insya-ALLAH kami cuba secepat mungkin.
“Untuk cover perjalanan yang dekat, insya-ALLAH. Doakan kami dapat sediakan van jenazah lagi untuk kawasan-kawasan yang memerlukan,” luah Achey.
Ads
Selain perkhidmatan mengambil dan menghantar jenazah tanpa sebarang bayaran kepada golongan kurang berkemampuan, pihaknya juga menyediakan set kain kafan percuma.
Mingguan Wanita: Terbaiklah Achey! Memang bagus ajar anak-anak bersedekah sejak kecil!
Gadis dedah lirik lagu rap malampagi ada double meaning, klip video papar hubungan bebas. Di sebalik ramai bergoyang mendengar lagu rap berjudul Malam Pagi nyanyian Saixse X MK Clique di mana perkataan “malam masih muda, healing sampai pagi” sentiasa diulang-ulang dengar, ada sesuatu yang tersirat di sebalik lirik lagu berkenaan.
Dikongsikan oleh seorang penulis novel juga penerbit, Anna Lee yang sudah berkecimpung 14 tahun dalam dunia kreatif mengupas lirik lagu berkenaan ada makna tersirat selain klip videonya yang memaparkan hubungan bebas (mohon jangan tengok katanya agar view tak tinggi).
Jelas Anna selepas dia memuat naik pendapatanya, sudah ada yang menegurnya atas alasan “kreatif”. Namun dirinya membalas dengan pendapat yang bernas “Saya pun kerja dalam bidang kreatif. Tapi saya tak pilih novel Lucah untuk dijadikan ‘kreatif’🤷. Banyak cara untuk jadi kreatif,” tulisnya.
Baca perkongsiannya dan fikirkan kebenaran serta cabaran dilalui oleh mak-mak zaman ini yang mana anak mudah menyerap seperti span apa saja di tontonya di media sosial.
Sampai hari ni saya tertunggu juga ada pihak bersuara pasal lirik ‘Malam Masih Muda’ tu, tapi tak nampak atau saya yang tak ternampak?
Hari tu kan saya ada kongsi pasal husnozon lirik ‘healing sampai pagi’ kan?
Lepas saya baca keseluruhan lirik. Saya tak jadi husnozon. Jadi annoying dan geli. Nak tahu kenapa? Sebab ini …
******
Tonight is my night
Yea I’m gettin loose
She wanted to drink so i gave her my juice
Aku still stuck but aku kena move
Takyah nak close friend kau boleh remove
****
Bahagian yang ada anak panah tu. Maaflah, sis tak boleh nak husnozon atau acah-acah blurr kononnya dorg lepak kat kedai mamak lepas tu kongsi minum watermelon atau orange jus.
Apatah lagi bila tengok muzik video ni (mohon jangan pi tengok, nanti naik rating view.
Meh saya bagi tau je … part ni video depa sedang nak ehem ehem … jadi, takkan nak acah-acah blur lagi, kan?).
Sampai sekarang saya pelik kenapa radio berterusan pasang. Tak baca lirik agaknya DJ ni.
Kadang tu syukur juga saya tak ada anak. Zaman sekarang keras dalam segala hal.
Besar sungguh tanggungjawab para ibu bapa sekarang. Semoga kalian menyedarinya dan cuba lakukan yang terbaik untuk anak-anak. Kerana anak-anak tu span. Mudah menyerap. Didik dan pantaulah sebaik mungkin.
Semoga kalian terus kuat untuk hadapi ujian sebagai ibubapa di zaman serba serbi menakutkan ini.
Nota : Beberapa hari lepas, saya tahan telinga dengar lagu ni dekat radio, semata² nak check sama ada part tu dipotong ke tak. Yup, memang tak potong. Part ni dekat hujung² lagu.
Lelaki kongsikan tips mengorat perempuan Cina, demand agak tinggi banding gadis Melayu. Dalam memilih pasangan, setiap dari kita pasti mempunyai cita rasa berbeza. Ada yang meletakkan standard tinggi dalam memilih pasangan tetapi dalam masa yang sama ada yang menyerahkan kepada takdir.
Cita rasa tentang memilih pasangan juga berbeza-beza setiap dari kita. Tapi bagi yang bercadang untuk mengorat perempuan Cina sebagai suri hati mereka, dikongsikan oleh Adam Kelvin paling utama lelaki tersebut perlu ada wang yang banyak. Itu syarat pertama selain beberapa syarat lain termasuk perlu ada rumah, kerja yang stabil dan paling utama perlu ada kereta. Bukan motor ya.
Bacalah, kalau-kalau berhajat untuk mengorat Ah Moi sebagai suri hati.
Mencabar sangat sebenarnya nak dapatkan pasangan Cina terutamanya buat Cina Muslim. Standard yang ditetapkan amat tinggi.
Saya pernah rasa macam not worth it. Kononnya kalau dapat perempuan Cina, lagi senanglah nak dakwah pada ayah saya.
Haha.. btw, ni saya share la buat followers saya yang sukakan Ah Moi.
Bukanlah kata wajib kaya. Paling kurang lelaki tu mesti bijak dalam menguruskan kewangan. Lebih kepada financial management.
Macam mana nak kembangkan duit yang ada untuk memberi keselesaan buat keluarga di masa depan. It not about how much you gain, it is all about how much you can save and invest.
Tapi kalau kaya, memang bonus! Haha..cuma berhati-hatilah. Kalau cinta atas dasar material semata-mata, be prepare. untuk diabaikan bila jatuh kelak.
Benda ni dah tertanam sejak azali, mesti beli sebuah rumah pada usia yang muda. Pakai kereta biasa dulu tak apa ketika awal-awal kerja. Yang penting mesti beli rumah sebuah.
Hartanah dan orang Cina tak dapat dipisahkan. Kami memang suka hartanah. Lambang kekayaan sebenar dan returnnya akan menaik berbanding kenderaan yang nilainya semakin menurun.
Kalau ada rumah sebiji pun dah cukup untuk yakinkan Ah Moi bahawa kita ni mampu bagi keselesaan buat keluarga. Ada kondominium, lagi wowww!
Haiya. Jatuhlah air muka kalau dating naik motor. Nampak sangat pokai. Paling kurang kereta Axia atau Myvi pun okay. Ni zaman belajarlah.
Nanti dah kerja, mau upgrade. Kena pulak GF dari family kaya, mana pandang kereta kecil. Paling kurang, Honda atau Toyota la.
Sebab kereta ni transport untuk ke mana-mana kalau berlaku emergency. Lambang kita ni berfikir jauhlah kalau ada kereta ni. Taklah GF panas dan rambut rosak bila naik motor pakai helmet.
Ni saya kagum dengan perempuan Melayu. Ada segelintir yang berkahwin dalam keadaan suaminya tak ada kereta. Mereka sanggup susah bersama. Ke hulu ke hilir naik motor dengan anak-anak. Salute beb!
Bukanlah kena kerja hebat, tapi kalau kerja tu bagus, lagilah dapat greenlight. Haha..
Cumanya Ah Moi ni nak security. Kerja yang stabil atau pun kalau berniaga mesti mau ada duit masuk setiap hari.
Kena ada vision untuk stabilkan kerjaya dan pendapatan sepanjang hubungan tu sebelum berkahwin. Nak jaga anak orang, bukan main hentam saja.
Mau fikir cinta saja takkan kenyangkan perut. Muka hensem takkan dapat bayar bil-bil. Mereka lebih realistik dalam sesebuah perhubungan.
Itu saja kot yang saya tahu kalau nak Ah Moi.
Cuma bila fikir balik, saya rasa bukan Ah Moi saja, mana-mana perempuan pun perlukan lelaki sebegini. Bezanya orang Islam ni ada konsep tawakal. Mereka sanggup susah masa awal-awal kahwin kerana tahu rezeki Allah akan bagi apabila berusaha.
Berbeza dengan kami orang Cina, selagi tak kaya, maksudnya tak betul-betul usahalah tu. Tuah belum ada. Konsep tawakal? Jauh sekali.
Walaupun saya berkahwin dengan Melayu, ia bukan penghalang untuk saya bagi tip kepada mereka yang nakkan Ah Moi. Hahaha.. perempuan Melayu di luar sana, ramai Ah Cai sedang menunggu!
Cuti kemerdekaan bertukar tragedi, bapa lemas ketika selamatkan anak. Niat seorang bapa yang membawa keluarga bercuti di Pulau Pinang sempena cuti kemerdekaan bertukar menjadi igauan ngeri apabila dilaporkan lemas ketika cubaan menyelamatkan anak lelakinya yang dilihat tergapai-gapai ketika mandi di Pantai Miami, Jalan Batu Feringgi.
Dalam fb terakhirnya, Ustaz Haryadi Salleh dilihat sempat memuat naik gambar keluarga sebagai kenang-kenangan sempena cuti kemerdekaan sebelum terjadinya tragedi menyayat hati ini.
Memetik laporan Harian Metro, kegembiraan tiga beranak berkelah sempena cuti Hari Kebangsaan di tepi Pantai Miami di Jalan Batu Feringgi, di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika mangsa, Haryadi Salleh, 43, tenggelam sewaktu cuba menyelamatkan anaknya yang berusia 13 tahun yang hampir lemas.
Anak mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam.
Dilaporkan arwah membawa keluarga bercuti untuk mengurangkan tekanan belajar dan memenangkan anak sulungnya yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini selain mahu menghantar anak keduanya ke asrama sebuah sekolah agama di Kedah.
Semua barangan juga sudah dibawa namun perancangan Allah SWT mengatasi segala-galanya apabila arwah yang juga guru agama mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Itam, Kedah.
Seorang rakan arwah, Nurul Husna yang juga kawan baik kepada isteri Ishafinaz Ismail yang ditemui di di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini berkata, jenazah arwah akan disemadi berhampiran pusara anak mereka yang meninggal selepas dilahirkan 10 tahun lalu,” katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Pertahanan Awam Unit Tanjung Bungah (PA) Leftenan Mohd Lili Ibrahim berkata, mangsa ditemukan kira-kira 70 meter dari menara tinjau Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan empat anggota penyelamat mengambil masa hampir 20 minit untuk membawanya ke pantai.
Beliau berkata, mangsa kemudian diberi rawatan awal dan bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.
“Kes diserah kepada polis sebelum mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bagi tindakan lanjut,” katanya memaklumkan mangsa yang berasal dari Kedah dikatakan datang bercuti ke Pulau Pinang bersama isteri dan anaknya.
Dalam kes berasingan, Mohd Lili berkata, pihaknya turut menyelamatkan dua kanak-kanak berusia lima dan enam tahun yang hampir lemas di Pantai Bayu Senja di Batu Feringgi.
Kejadian berlaku jam 2.50 petang dengan kedua-dua mangsa kini berada di hospital untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Ahmad Rezki Faris Ismail berkata, lapan anggota termasuk dua dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) tiba di lokasi sejurus menerima panggilan.
“Keadaan ombak ketika itu tidak bergelora walaupun selepas hujan dan pantai dipenuhi pengunjung yang berkelah serta mandi manda,” katanya.
Seorang lelaki rebah ketika menunaikan solat, ini satu pemergian yang cukup menginsafkan. Dijemput Ilahi dalam keadaan paling mulia ketika umat Islam sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri.