Comel sungguh! Sewaktu hamil, wanita ini menjaga kucingnya dengan baik.
Sekarang setelah bayi dilahirkan, inilah masanya kucing ini membalas jasa tuannya. Gelagatnya yang bersahaja menjaga bayi mencuri tumpuan ramai netizen.
Sekarang Masanya Membalas Jasa
Tular sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan aksi seekor kucing membantu pemiliknya mendodoikan bayi di dalam buaian, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi keterangan video tersebut, pemilik kucing berkenaan telah menjaga haiwan peliharaannya itu dengan baik walaupun ketika dia sedang hamil.
Oleh itu, kucing tersebut dikatakan membalas kebaikan pemiliknya itu dengan membantu menidurkan bayi tersebut.
Sewaktu Hamil, Saya Menjaga Kucing Dengan Baik
“Ketika hamil, saya menjaga kucing itu dengan baik dan kini, ia membalas budi saya dengan menjaga bayi saya,” demikian keterangan yang ditulis pada video tersebut.
Netizen kemudiannya berkongsi pendapat menerusi ruangan komen.
“Sama seperti kucing saya, ia selalu menjaga anak saya jika saya sibuk membersihkan rumah,” tulis seorang netizen.
“Kucing tahu balas budi ya,” tulis seorang netizen lain. – AGENSI
Mingguan Wanita : Gelagat si comel ini memang membuatkan kita terhibur. Kadang-kadang jelas kelihatan kasih sayang walaupun kucing adalah haiwan peliharaan, seperti adik-beradik.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Masih dirawat di MAEPS, Maria Tunku Sabri mohon maaf, minta halalkan makan minum. Begitulah yang diluahkan oleh pengacara terkenal Maria Tunku Sabri yang kini menerima rawatan akibat jangkitan Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
Terdahulu, Maria dikejarkan ke MAEPS susulan gejala bacaan darah tinggi rendah, jantung berdegup laju dan demam. Ketika itu, Maria sedang menjalani rawatan kendiri di rumah yang masih berbaki tiga hari.
Terbaru seperti mana yang dikongsi Maria juga turut minta dihalalkan makan minum dan segala kesilapannya.
“Saya Maria Tunku Sabri mohon maaf jika saya ada salah dan silap dengan sesiapa sahaja halalkan makan minum saya selama ini ya. Baiklah saya nak berehat ya semua sejujurnya saya rasa dah letih dan penat sangat,” tulisnya.
Menerusi perkongsian yang sama juga, Maria ada menghantar sebuah video menerusi akaun Instagramnya dan berkongsi keadaan terkininya dan keadaan semasa di MAEPS.
“Saya perlukan rehat betul-betul kerana saya letih. Saya tak larat sangat. Saya perlu rehat yang banyak untuk memulihkan diri saya.
“Tekanan darah tinggi dan paras oksigen pada paras baik. Bagaimanapun, keputusan ujian darah tidak begitu baik kerana ada jangkitan kuman.
“Kuman makin meningkat, menyerang paru-paru saya. Saya minta semua orang doakan saya supaya saya dapat kembali pulih dan pulang ke rumah.
“Saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap kepada anda semua, ahli keluarga, kawan-kawan.
“Kalau ada salah, maafkan saya.
“Saya maafkan semua orang dan saya halalkan semua makan minum semua sahabat handai, suami dan anak-anak. Sampai kita jumpa lagi,” katanya sebak sambil mengalirkan air mata.
Maria juga menerangkan ketika ini di MAEPS yang tidak kosong seperti yang dikatakan pelbagai pihak. Katanya, yang berkurangan mungkin di bahagian pemerhatian dan rawatan.
Syatilla alami alahan luar biasa. Mengidam makanan yang pelik-pelik semasa hamil memang lumrah sebagai ibu yang sedang sarat mengandung, namun agak pelik buat pelakon Syatilla Melvin yang mengalami alahan yang luar biasa mengandung zuriat ketiga ini disusuli loya melihat rumah sendiri.
Tidak seperti sewaktu hamil anak pertama dan kedua, Syatilla mengatakan kehamilan anak pertama dan keduanya semua lancar tidak seperti kali ini.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagramnya, Syatilla sangat menghargai pengorbanan suaminya, Shaheizy Sam yang menempah sebuah hotel sekali gus membawa pelbagai barangan kelengkapan termasuklah sebuah TV besar.
“Sam terpaksa hadap sebab dia yang mengandungkan aku, sanggup bawak TV besar dari rumah supaya tak boring
“Kalau dah bawak TV maksudnya bukan duduk sekejap eh.
“Dua minggu berlawan dengan diri sendiri untuk tak nak keluar dari rumah, lawan emosi, lawan alahan pelik tak boleh tengok rumah sendiri ni, tewas akhirnya…
“Rasa hidup takdak kualiti duduk tengok perabot rumah, nak buat semua benda tak jadi, lembik, longlai badan.
“Demi ALLAH ni 1st time Tilla ada alahan macam ni, pragnancy sebelum ni langsung tak merasa, siap boleh perdi shooting hari-hari sampai perut besaq!
“Kali ni sangat-sangat luar biasa, rasa serik pun ada. Insya-ALLAH doakan baby nombor tiga ni sihat sempurna sifat… itu paling penting.
“Terima kasih suamiku yang sentiasa setia ada di mana-mana, aku tidur kat bawah dia ikut, tidur atas dia ikut, tidur kat ruang tamu dia ikut. Ini barula namanya kerjasama selamanya! Sayang awak!” coretnya.
Sebelum ini Syatilla pernah berkongsi dia pernah pernah tiga kali keguguran. Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Syatilla Melvin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramai suami berharap isteri melayan dirinya macam raja. Bukan sekadar jaga makan minum, pakai malah serba serbi tip top. Tapi sedar kah suami, jika mahu dilayan sebegitu sebenarnya suami itu dulu kenalah layan isterinya macam puteri raja.
Barulah isteri seronok, ikhlas dan tak berkira pun nak melayan suaminya kelas terbaik bak raja. Haa.. ini kisah benar yang dikongsikan Eddie Diena. Tentang sepasang suami isteri yang sudah 35 tahun berkahwin, tapi hubungannya macam baru jatuh cinta.
Tadi saya luangkan masa jumpa kawan lama. Sedang rancak berbual di kedai makan. Datang sepasang suami isteri berumur lingkungan 50an. Mereka jalan berpimpin tangan lalu menyapa kami.
“Adik, meja ni ada orang tak?”
“Tak ada orang pakcik.” jawab kawan saya kepada pakcik tersebut.
Tak lama berselang.
Pakcik tu pun berkata kepada isterinya.
“Sayang, awak duduk dulu. Cop meja, nanti orang lain ambil pulak. Orang tengah ramai ni.”
“Eh, tak apa bang. Biar saya yg pergi beli. Abang yg duduk.” jawab isteri pakcik tu sambil tersenyum.
“Eh, tak apalah. Biar saya pergi beli, awak tu rehat. Nanti darah naik pulak.”
“Tak apa, saya dah biasa. Biar saya buat semua. Kalau awak taknak dengar cakap nanti saya merajuk.”
“Okay okay, saya kalah. Dah awak pergi beli.nSaya tunggu sini.” Sambil tersenyum kearah kami berdua.
Saya dan kawan saya tersenyum melihat gelagat pakcik tu suami isteri yang berebut nak belikan makanan. Nampak romantik walau sudah tua.
Saat isteri pakcik tu sudah pergi meninggalkan meja.
Kawan saya tadi tu beranikan diri untuk menyapa pakcik tu.
“Kamu dah berkahwin?” soal pakcik tu.
“Sudah pakcik” jawab kawan saya.
“Isteri kamu layan kamu macam Raja tak?”
“Tak pakcik, dia layan biasa biasa je.”
“Habis tu kamu layan dia macam puteri raja tak?”
“Tak jugak pakcik. Saya layan dia biasa biasa aje.”
“Oh, okay. Ni pakcik share 1 tips. Pakcik pun baru je berumah tangga. Tak adalah expert mana pun. Adalah lebih kurang 35 tahun kahwin dan baru je ada 6 anak dan 2 cucu.”
Kawan saya tersenyum dengar sambil berkata.
“35 tahun kahwin pakcik cakap baru?”
“Yelah, bagi pakcik macam baru sebab perasaan tu masih sama macam dul-dulu.”
jawab pakcik tu.
“Oh,okay pakcik. Barulah saya faham. Apa tipsnya?”
“Kalau kamu nak isteri kamu ni layan kamu macam Raja. Pertama sekali diri kamu yg nak kena layan dia macam puteri raja dulu.”
Nak dia hormat kamu, kamu jugak kena hormat kepada dia dulu. Jangan berkasar dengan dia dan kena saling bertolak ansur dalam semua perkara.
Kalau kamu layan dia endah tak endah.
Dia pun akan balas apa yang kamu buat pada dia. Sebab isteri kita ni kita yang didik. Kita yang bentuk dia. Baik layanan kita terhadap dia. Baiklah layanan dia kepada kita.
Kalau dari awal kita tunjuk contoh yg baik pada dia. InshaAllah, dia jugak akan menjadi baik. Kalau tak percaya. Adik boleh cuba dekat rumah tangga adik nanti.
Begitu jugak kalau kita jadi ketua di tempat kerja. Kalau nak orang bawahan hormat kepada kita. Kita terlebih dahulu kena tunjuk yang kita hormat kepada mereka. Barulah semua pekerja akan ikhlas melakukan kerja.
Sebab dalam kehidupan seharian kita ni.
Kita tak boleh nak harapkan orang layan kita baik-baik kalau kita sendiri tak layan orang tu baik-baik. Bak kata orang putih.
Tak lama lepas tu isteri pakcik tu pun sampai di meja makan. Kami pun tak berani nak tanya apa² lagi dan hanya melihat gelagat pakcik tu dan isterinya.
Tak lama berselang. Kami pun minta diri untuk beredar. Semasa kami hendak bangun dan berlalu pergi.
Sempat pakcik tu berkata.
“Jangan lupa cuba pesan pakcik” Sambil menyuap makanan ke arah mulut isterinya.
Sepanjang perjalanan saya cuba untuk ingat segala kata² pakcik tadi untuk saya sampaikan kepada yg lain. Sebab bagi saya apa yg pakcik tu sampaikan sangat jelas dan saya bersetuju dengan pendapat pakcik tu.
Kalau kita nak orang hargai kita. Kita terlebih dahulu perlu menghargai pasangan kita.
Renung-renungkan.
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.