“Semoga menjadi anak solehah sayang mommy & daddy” begitulah luahan hati pasangan suami isteri yang cukup romantik buat permata hati mereka, Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah yang genap setahun pada 2 Oktober yang lalu.
Pejam celik, pejam celik sudah setahun pelakon jelita ini bergelar seorang ibu. Tergambar dari riak wajah dan juga keceriaan Fazura sekeluarga yang dipaparkan dalam media sosial merupakan satu fasa yang paling bahagia dalam hidup figura yang juga pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin.
“Semoga Menjadi Anak Solehah Sayang Mommy & Daddy”
Apatah lagi sejak berkahwin dan kini dikurniakan Fatima Fazura kelihatan makin berseri-seri! Malah penampilannya bertambah manis bila bertudung. Fazura yang baru bergelar usahawan tudung sejak Julai tahun ini juga meluahkan rasa bahagianya dan bersyukur dengan kurniaan terindah puteri kesayangan oleh Yang Maha Esa.
“It’s been a busy 2 weeks. Syukur Alhamdulillah for Fatima’s small 1st birthday do that we hope she’ll remember. We love you with all our hearts and more sayang.
“Special thanks to @eventsbyazzwaa for the beautiful set up and @delectablebysu for the dreamy mosque birthday cake since Fatima love to make duas and listening to Adzan so much.
“Semoga menjadi anak yang solehah sayang mommy and daddy.. InsyaAllah.. Aminnn,” luah Fazura menerusi hantaran di akaun Instagramnya.
Bukan itu sahaja, malah Fazura juga mendoakan agar Fatima membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang baik dan penuh adab apabila dewasa kelak.
“Happy 1st Birthday Fatima
Ads
“Selamat hari ulangtahun yang pertama anakku sayang. Mommy have no words but lump in my throat and tears in my eyes – of gratitude. Syukur yang paling dalam ke hadrat Allah SWT atas kurniaan terindah ini.
“You have changed me for the better, made me wiser, gave me purpose and a true meaning of life. Watching you grow day by day have been an absolute joy, I would never trade it for the world.
Ads
Sentiasa Dilindungi Allah SWT
“Mommy sentiasa doakan Fatima dilindungi Allah SWT, membesar dengan sempurna, menjadi anak yang baik dan penuh adab, anak solehah, hidup sentiasa bahagia dan membahagiakan orang lain.
“I will always be your mommy, your best friend, your warrior and your care-bear. You can always count on me for anything as long as umur mommy panjang. In shaa Allah.. Amin.
“I love you more than words.
“Happy happy birthday my nyawa. Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah,” tulis Fazura.
Mingguan Wanita: Kami doakan Fatima membesar dengan menjadi anak yang solehah dan disayangi ramai.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Fazura
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sejak beberapa hari lalu, berlegar isu viral mengenai komen seorang lelaki tentang isteri lembik, tertekan jaga anak. Menyangkal dakwaan lelaki berkenaan Dr Say Shazril mengakui jangan buat main-main dengan emosi suri rumah.
Dirinya yang berpengalaman menjaga isteri sepanjang berpantang kedua-dua anak mereka, turut merasai akan beban emosi yang sama. Tidak mudah dan setiapnya mempunyai pengalaman yang berbeza.
Topik : Kepala Landak Dia
Saya tak tengok video suri rumah breakdown tu tapi yang menarik perhatian saya is betapa lancangnya bahasa mamat yang komen terhadap video tu.
Assumption saya samaada dia tak kawin lagi ATAU dah kawin dan dia ada masalah rumahtangga ATAU dia seorang bapa yang mengabaikan anak-anak ATAU HE IS SIMPLY BEBAL.
Again saya bukan nak jadi feminist di sini tapi i was there berpantang 2 bulan untuk kedua-dua anak saya & each time it was a different experience.
Anak pertama toksah cakap memang saya koyak rabak siap saya buat status “Officially Koyak” sebab babies ni 2-3 jam sekali bangun nak susu jadi kita yang biasa tidur malam 8 jam straight semestinya affected a lot by this.
Belum campur babies tu colic/ babies tu demam. Bila ada anak kedua memang tak dinafikan senang menjaganya sebab dah berpengalaman. Tapi time kita berjaya tidurkan anak kedua, datang lah anak pertama melompat menjerit sebelah telinga anak kedua maka terbangun lah dia & sia-sia usaha kita menidurkan anak kedua sebelum tu.
Terus terang cerita sebelum saya ada anak pun saya ingat bestnya jadi suri rumah takyah serabut kepala fikir kerja.
Duduk rumah jaga anak lagi senang tapi setelah 2 bulan menemani bini berpantang baik anak pertama mahupun anak kedua kepala saya dok fikir “kenapa lah aku tak kerja ofis 8am-5pm even better kalau aku kerja outstation sure lagi best” sebab my body & mind were constantly exhausted.
Itupun saya tak jaga anak tu 24 jam apetah lagi housewives yang jaga anak 24 jam & apetah lagi kalau anaknya lebih dari seorang & apetah lagi kalau anaknya require special needs.
Dengar kata mamat tu dah minta maaf tapi again Din, kenapa la ko tak fikir dulu sebelum ko menulis Din? Followers aku ramai mommies Din & kalau ko baca dm diorang, ko patut bersyukur sekarang kena pakai mask kalau tak sorang-sorang nak cari ko tuk cili mulut, duku & starlight ko Din.
Jangan main-main dengan emosi housewives. Singa pun takut ngan diorang Din.
Mingguan Wanita : Perlu set baik-baik dalam fikiran, setiap orang pengalamannya tak sama. Masing-masing ujiannya berbeza.
Sasha Saidin terima 4 dos vaksin, enggan merisikokan diri terhadap wabak dan rindukan keluarga di Malaysia. Sememangnya cukup rindu pada kaum keluarga di Malaysia, Sasha Saidin begitu teruja kaum keluarga dan sahabat handai untuk datang melawat dirinya yang berada di perantauan dalam masa terdekat jika tiada halangan sekatan.
Penyanyi Sasha Saidin yang kini menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suami telah berkongsi kini lengkap menerima empat dos vaksin Covid-19.
Malah Sasha dan suami, Sirhan Wahab tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima empat dos vaksin Covid-19 di negara itu.
Walaupun tiada paksaan untuk mengambil dos penggalak, namun melihat pelbagai varian baru yang semakin agresif membuatkan Sasha dan suami enggan merisikokan diri.
“Pada minggu lalu, saya mendapat khabar berita seorang kenalan rapat disahkan positif Covid-19 dan beliau hilang segala deria rasa dan bau.
“Walau bagaimanapun beliau tetap bersyukur yang beliau telah divaksin terlebih dahulu kerana kalau tidak mungkin lebih padah simptom-simptomnya seperti sesak nafas dan seterusnya.
“Kalau di UAE walaupun immuniti kelompok telah dicapai sekitar pertengahan tahun ini dan kadar jangkitan purata mingguan telah turun kepada angka yang kurang membimbangkan namun kerajaan UAE masih menyarankan mereka yang sudah divaksinasi untuk mengambil ‘booster’ sebagai perlindungan maksimal menentang variant-variant baru yang lebih agresif.
“Contohnya siapa yang telah mengambil vaksin Sinopharm (yang telah mula diberikan kepada penduduk UAE seawal pertengahan 2020) boleh mengambil booster shot Pfizer sebanyak 2 dos juga.
“Alhamdulillah kini kehidupan harian di sini sudah kembali hampir seperti normal dan ini jelas dengan pembukaan Expo 2020 Dubai yang akan berlangsung selama 6 bulan dari 1 Oktober 2020 dan melibatkan 192 negara dari seluruh dunia.
“Walau bagaimanapun SOP tetap dijaga seperti memakai mask selain dari menunjukkan sijil vaksinasi atau keputusan PCR yang negatif untuk sesiapa yang mahu memasuki kawasan tapak Expo 2020 Dubai.
“Saya yang telah menetap di UAE selama 2 tahun sudah mula nampak keadaan keseluruhannya hampir kembali seperti sebelum pandemik dan sangat teruja untuk kaum keluarga serta sahabat handai dari Malaysia untuk datang melawat kami di sini dalam masa terdekat inshallah.
“Sesungguhnya الله senantiasa meminta hamba-hambaNya untuk senantiasa mencari ikhtiar bagi melawan apa-apa penyakit serta melindungi diri kita sendiri sebaik mana kita mampu hendakNya.
“Terpulanglah pada diri kita sendiri untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk kerana tiada siapa yang lebih bertanggungjawab ke atas tubuh badan kita daripada diri kita sendiri.
الله أعلم
“dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku,” (26:80).
Pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang mendalam kepada semua terutamanya bagi para pengusaha Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) komited untuk terus membantu PMKS yang terjejas akibat pandemik kesihatan dan kemelesetan ekonomi ini. Kini ketika ekonomi sedang kembali pulih, sudah tiba masanya PMKS juga bangkit memajukan perniagaan mereka. CGC menawarkan beberapa produk pembiayaan terus dan salah satunya adalah BizWanita-i, khusus untuk usahawan wanita.
Baru-baru ini, Mingguan Wanita telah menemubual Puan Sharifah Attashah Syed Ali, Naib Presiden CGC, Jabatan Pengurusan Cawangan & Penjualan dan beliau telah menjelaskan peranan CGC dalam membantu para usahawan wanita menerusi BizWanita-i dan proses permohonan untuk skim pembiayaan ini.
Puan Sharifah telah mengesyorkan pelbagai usaha dan bantuan perniagaan oleh CGC kepada PMKS untuk terus maju terutamanya pada waktu yang mencabar ini.
“Dilancarkan pada Oktober 2015, BizWanita-i adalah skim pembiayaan terus khusus untuk usahawan wanita yang perniagaannya beroperasi kurang dari 4 tahun dengan menggunakan Dana Bank Negara Malaysia (BNM). Dana ini direka bagi memudahkan akses kepada pembiayaan bagi PMKS yang berdaya maju,” kata beliau.
Menurut Puan Sharifah lagi, BizWanita-i menawarkan pembiayaan bermula dari RM30,000.00 hingga RM300,000.00 dengan kadar keuntungan serendah 6.80% yang sangat kompetitif berbanding produk lain. Kadar keuntungan dimaksudkan sah sehingga 31 Disember 2021.
Sehingga kini, CGC telah meluluskan pembiayaan kepada 1,151 usahawan wanita berjumlah RM78.66 juta.
• Bagi permohonan kemudahan BizWanita-i, anda boleh layari laman web www.cgc.com.my, atau www.imsme.com.my, atau kunjungi mana-mana 16 cawangan CGC di Malaysia.
• Pemohon mestilah PMKS yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta beroperasi kurang dari 4 tahun.
• Perniagaan dikawal dan dimiliki oleh warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
• Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dimiliki oleh wanita dan kakitangan utama adalah wanita.
• Pemohon berusia sekurang-kurangnya 21 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
• Cara bayaran balik Skim Pembiayaan Terus BizWanita-i adalah sama ada melalui Arahan Tetap (Standing Instruction), Auto-Debit atau pembayaran secara dalam talian.
Puan Sharifah sempat berkongsikan kisah seorang usahawan wanita yang boleh dijadikan inspirasi. “Pada mulanya, usahawan ini menjalankan perniagaan sebagai perkhidmatan reka bentuk dapur bagi restoran dan hotel. Akibat pandemik, perniagaan beliau terjejas dan ramai pelanggan terpaksa membatalkan urus niaga dengan syarikatnya. Beliau telah mendekati CGC dan memohon pembiayaan BizWanita-i bagi membantu kelangsungan perniagaannya.
Hasil pembiayaan itu, beliau telah beralih ke perniagaan kafe yang menjual kek dan biskut, dan berpindah ke lot rumah kedai dengan kadar sewa yang lebih rendah.
Perniagaan kek dan biskut yang dijalankan secara bawa pulang dan penghantaran telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya semasa musim perayaan. Hasil jualan itu juga dapat memastikan setiap pekerjanya kekal bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”
Skim BizWanita-i menyediakan kemudahan pembiayaan yang bertujuan untuk menampung modal kerja, kos operasi dan pembelian aset.
“Menerusi BizWanita-i, usahawan wanita PMKS ini dapat dibantu oleh CGC. Mereka boleh menjana pendapatan dengan lebih produktif melalui penambahan stok untuk perniagaan, pembiayaan dan memudahkan pengendalian. Malah, mereka dapat mempertingkatkan pengeluaran produk melalui pembelian aset yang berkenaan untuk perniagaan mereka,” tambah Puan Sharifah lagi.
1. Skim BizJamin SRF & BizJamin-i SRF
• Skim Jaminan sehingga 80% ke atas pinjaman/pembiayaan bernilai sehingga RM1 juta bagi membantu meringankan beban aliran tunai jangka pendek yang dihadapi PMKS yang terjejas. 2. Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)
• Melalui Dana Bank Negara Malaysia, pihak CGC turut menyediakan Kemudahan
Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) melalui skim jaminan pembiayaan khusus
untuk PMKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan
semula langkah-langkah pembendungan Covid-19 sejak Jun 2020. 3. BizBina-i
• Ialah skim pembiayaan terus yang disediakan khas untuk pelanggan CGC yang terjejas akibat bencana alam atau pandemik Covid-19. Ia menawarkan pembiayaan berjangka dengan jumlah minimum RM20,000.00 sehingga RM200,000. 4. BizMula-i & BizWanita-i
• Pembiayaan terus ditawarkan kepada perniagaan baru yang telah beroperasi
minimum 6 bulan dan tidak melebihi dari 4 tahun melalui skim BizMula-i dan
BizWanita-i. 5. Bantuan Bayaran Balik Pinjaman
• Melalui Program PEMULIH, pelanggan CGC telah diberi kemudahan Bantuan
Bayaran Balik Pinjaman bermula pada Julai 2021.
Selaras dengan misi CGC untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang kompetitif, PMKS yang mendapati BizWanita-i bukan pembiayaan yang diperlukan, boleh membuat permohonan untuk pembiayaan yang sesuai dalam talian melalui platform rujukan pembiayaan/pinjaman PMKS pertama di Malaysia iaitu imSME.
imSME telah dilancarkan pada Februari 2018 dan adalah platform rujukan pembiayaan/pinjaman PMKS bagi menyuaipadan PMKS dengan Insitusi Kewangan yang terpilih bagi memperolehi pembiayaan/pinjaman.
Sehingga 31 Julai 2021, imSME telah berjaya membantu lebih 4,000 PMKS memperolehi pembiayaan/pinjaman berjumlah lebih RM 405 juta.
Layari laman web www.imsme.com.my untuk mendaftar dan memperolehi peluang pembiayaan/pinjaman bagi perniagaan anda. Rakan niaga CGC melalui imSME terdiri daripada Institusi Kewangan/Pembangunan Kewangan, syarikat Peer-to-Peer (P2P) dan Agensi Penjanaan Kapasiti.
Bagi perniagaan yang memerlukan bantuan Khidmat Nasihat Pembiayaan pula, anda boleh berurusan dengan CGC melalui MyKNP.
Tujuan MyKNP ini untuk mendapatkan pemahaman tentang faktor yang mempengaruhi permohonan pembiayaan dan mempertingkatkan pengalaman PMKS dalam situasi di mana pembiayaan mereka tidak diluluskan. Pada masa yang sama mengesyorkan pembiayaan atau penyelesaian alternatif.
Untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan CGC, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 03-7880 0088 atau anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan CGC di serata Malaysia.
Butiran lanjut mengenai lokasi cawangan boleh didapati di laman web www.cgc.com.my.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Usah menambahkan kesedihan kepada ahli keluarga mangsa nahas konvoi RXZ, mereka sedang melalui ujian yang sangat berat. Tragedi ini telah meragut nyawa dan meninggalkan luka yang mendalam kepada banyak keluarga.