Lagi-lagi musim PKP ini, bermacam dugaan hidup mak-mak perlu tempuhi. Baik kewangan mahupun anak-anak, malah kehidupan peribadi. Jadi belajarlah kawal stress itu dengan baik agar tak burnout.
Bak kata, Rosmarlina Binti Abd Ghani ini tanda-tanda itu boleh dikesan baik dari gejala fizikal mahupun emosi yang turun naik. Begitu juga tingkah laku yang berubah mendadak.
Jika ada tanda-tanda yang dikongsikan ini, bolehlah bertindak untuk mendapatkan bantuan. Semoga mak-mak dilindungi dari emosi burnout.
Stress Tu Mesti Ada
Burnout atau dalam bahasa melayu nya
Tandus Upaya
Tak kisah lah kita suri rumah ke atau orang bekerja stress tu mesti ada.
Burnout ni banyak punca nya, disebabkan keadaan PKP sekarang, mungkin masalah rumahtangga, masalah kewangan, masalah anak2, masalah kerja atau masalah keluarga.
Bila stress tu berpanjangan ia akan menggangu emosi, keletihan fizikal dan kesihatan mental kita.
Ads
Kalau kita mengalami masalah dibawah, sebagai contoh
Gejala fizikal- badan rasa gatal-gatal
Sakit kepala, sistem penghadaman tak teratur, mengantuk atau berat badan naik.
Atau mungkin juga tidak boleh tidur serta makan terlalu kerap.
Gejala emosi- mood turun naik, asyik marah-marah
Gejala tingkahlaku- kemurungan jadi senyap atau tidak mahu jumpe sesiapa.
Bila terjadi masalah di atas itu bermakna kita sudah atau sedang mengalami burnout, burnout ni klu berpanjangan akan memberi kesan negatif pada kehidupan seharian kita dan mungkin juga akan membawa penyakit lain dan itu sangat bahaya.
Langkah Kawal Stress Agar Tak Burnout
Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil ialah :
Kita kena ambil masa bertenang bagi tempoh pada diri sendiri, tak payah lama kejap pun takpa, contoh duduk relax tanpa buat apa-apa, golek-golek, tidur sekejap ke, bagi recharge balik tenaga. Time to relax
Ataupun pergi luar kejap, ambil udara segar, tengok pokok-pokok hijau, dengar kicauan burung-burung, bau bunga-bunga yang wangi, menikmati alam semula jadi dengan tenang dan senyap. Mindfulness , relaksasi.
Ads
cantiknya alam semulajadi ciptaan Allah
Takpun belek-belak tanaman bunga atau sayur-sayur yang kita tanam, maknanya ada connection dengan alam sekitar supaya kita fokus pada deria kita.
Selain itu sangat Penting kita kena jaga diri sendiri, self care.
Fizikal – bersenam dan jaga permakanan
Mental- fikir yang baik-baik, pandai urus stress, cari jalan penyelesaian setiap masalah.
Emosi- kawal perasaan marah dan luahkan dan cerita masalah pada individu yang boleh dipercayai.
Komunikasi dengan suami/ isteri selalu, beri kata-kata semangat dan nasihat antara satu sama lain.
Sosial – baiki hubungan dgn keluarga dan orang persekitaran serta kawan-kawan.
Spiritual- santapan rohani dengar ceramah agama dan dekatkan diri pada Allah SWT.
Kemudian kita juga boleh beri sokongan sosial juga, contoh kalau ada kawan datang dan bagitahu masalah mereka, jadilah pendengar yang baik, bagi nasihat, kerana mungkin kawan kita tu pun juga sedang burnout, saling memahami dan bila kawan kita jumpa kita utk beritahu masalah dia tu pun antara salah satu step yang bagus sbb dia cuba luahkan apa yang terpendam di hati nya.
Sokongan moral antara satu sama lain tu penting.
Ads
Kita juga boleh dapatkan bantuan Professional atau bantuan kaunseling dari badan-badan bertauliah jika perlu, cari informasi dan cara berhubung dgn mereka.
Kita kena ingat stress ni kita tak boleh elak, hari-hari ada, yang kita boleh buat kita kena handle stress tu dengan baik.
Kehidupan dan masalah kita tak kan pernah sama.
Salam dari ibu anak 5 dan salah satu dari anak saya adalah moderate autism.
Ada benarnya sebagai seorang anak adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga dan menguruskan mak ayah yang dah tua. Rebutlah peluang berbakti pada mereka, selagi mana mak ayah kita masih ‘dipinjamkan’ sementara di dunia ini. Jangan hanya muncul apabila mereka telah tiada, lebih tragis apabila hanya mahu menuntut harta yang tak seberapa.
Bila mak ayah kita dah tua, maka sebagai anak, kita kena jaga dan uruskan mereka.
Bukan Abang Long yang suruh, bukan Kak Ngah, tapi Rasulullah s.a.w. Setiap anak perlu berbakti kepada orang tuanya dan keredhaan Allah s.w.t bergantung kepada keredhaan orang tua kita.
Murka Allah juga bergantung kepada murka ibu bapa.
Bila masing-masing dah besar, dah berumahtangga, maka masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Sibuk dengan isteri dan anak-anak, sibuk dengan kerjaya, sibuk dengan kehidupan harian.
Takde Masa, Bagi Bantuan Wang Ringgit
Bila ada di antara adik beradik kita yang boleh menguruskan orang tua kita sama ada di kampung atau di rumahnya, maka kita yang takde masa untuk jaga mereka perlu bagi bantuan yang bagaimana…?
Wang ringgit…bagi duit.
Sumbangkan duit kepada adik beradik yang menjaga orang tua kita untuk dia gunakan membeli keperluan hariannya dan juga kelengkapan ibu bapa.
Dah la tak jaga, tak pulak kirim duit.
Takkan nak adik beradik kita tu datang minta sedekah depan umah kita.
“Abang long, boleh tak bagi duit sikit untuk angah gunakan menguruskan mak? Angah dah banyak berhabis untuk diorang sampai angah takde duit dah ni…”
Sampai macam ni baru nak sedar?
Ada Duit Atau Ada Masa
Kalau takde duit, make sure ada masa. Kalau takde masa, make sure ada duit.Kalau takde masa dan duit, maka jangan balik bila pembahagian faraid.
Sibukkan diri macam mana sibuknya kita untuk menjaga orang tua sendiri. bagi harta orang tua kat adik beradik yang menjaga mereka diakhir usia mereka tu sahaja.
Kita jangan tuntut apa-apa..boleh?
Mana boleh, harta banyak kot, ini tidak adil. Jadi, pastikan kita boleh cari jalan untuk berbakti sebagai seorang anak. Jangan lepas tangan dan jangan hanya muncul bila orang tua dah tiada.
Muncul pun sebab harta…bukan sebab nak menjaga. Ingat pesan ni.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita yang masih ada mak ayah. Ada benarnya, seharusnya tanggungjawab menjaga dan menguruskan mak ayah yang dah tua tak perlu diingatkan, sendiri kena sedar. Bertimbang rasalah. Jika tak mempunyai masa, sumbangkan wang ringgit pada anak adik beradik yang mampu menjaga untuk keperluan mereka.
Cemburu memang perlu ada dalam rumah tangga. Walaupun cemburu itu tanda sayang kata kebanyakan orang tapi kalau berlebihan boleh menjadi racun dalam rumah tangga. Apa yang anda fikir sekiranya suami tidak pernah persoalkan anda keluar pada bila-bila masa dengan lelaki lain? Dah tak sayangkah?
Berikut perkongsian daripada Dr. Syed Yusainee Yahya dari Promind Training And Consultation.
Saling ‘Menguji’ Pasangan
Untuk memujuk hati maka anda kata itu memang janji yang anda sendiri minta dia penuhi sebelum berkahwin dulu. Maklumlah tempat anda bekerja memerlukan anda bertemu dengan ramai orang atas berbagai-bagai urusan.
Namun setelah beberapa tahun berkahwin, tidak pernah sekali pun dia bertanya dengan siapa anda keluar walaupun jelas anda ada bercerita tentang betapa kacaknya pelanggan syarikat anda itu.
Berhak Cemburu
Saya boleh sahkan memang ada suami begitu tetapi saya tidak mahu mengulas dalam ruang kecil Nota Untuk Isteri ini. Cuma izinkan saya ubah sedikit soalan tadi.
Apa pula anda fikir jika suami anda yang kacak, sado dan bergaya itu selalu bertemu klien-klien wanita atas urusan kerja? Adakah mendebarkan perasaan anda jika suami selalu menerima panggilan telefon di waktu malam yang suami kata semuanya atas urusan kerja?
Saya percaya anda lebih sanggup dicurah timah panas ke dalam lubang telinga berbanding mendengar bunyi telefon daripada pelanggan wanita yang menelefon suami di waktu malam yang semuanya atas urusan kerja. Maaf jika contoh ini agak keterlaluan tetapi saya setuju anda berhak untuk cemburu dan berhak menjalankan proses soal siasat atas pelanggan itu.
Cemburu Hingga Asyik Bertengkar
Namun bagaimana jika anda sentiasa cemburu setiap kali suami pergi ke pejabat? Jika suami anda seorang doktor ada membayangkan ada saja jururawat muda berkenan dengan suami anda.
Jika suami anda seorang guru, anda sentiasa syak ada pelajar tingkatan 6 yang memandang suami anda dengan perasaan lain. Jika suami anda seorang usahawan berjaya, anda selalu menyerbu ke pejabat kerana tidak percaya kepada setiausaha kepada suami anda.
Memang anda merasa cemburu sebab anda sayang tetapi apalah gunanya rasa sayang itu jika setiap hari anda bertengkar dengan suami disebabkan perkara itu?
Cemburu Itu Perlu
Saya kata cemburu itu memang perlu dalam rumah tangga. Ianya umpama vitamin atau antibiotik yang boleh mencegah apa-apa ancaman terhadap kebahagiaan anda. Namun ianya juga boleh menjadi racun merbahaya jika tidak terkawal.
Rasa cemburu yang keterlaluan menunjukkan anda sentiasa merasa ‘terlalu kurang’ berbanding orang lain sehingga menyakitkan perasaan anda terhadap suami.
Anda selalu terasa tidak selamat dan terasa akan ditinggalkan pada bila-bila masa disebabkan orang lain. Puncanya mungkin bukan daripada suami atau perempuan lain tetapi datang dari dalam diri sendiri. Anda mungkin ada rahsia gelap, pernah menjadi mangsa pencabulan emosi atau seksual semasa kecil atau kesan daripada cara anda dibesarkan sebelum ini.
Suka Bandingkan Diri Sendiri
Bukan satu rahsia orang perempuan selalu membandingkan diri mereka dengan orang lain. Siapa kulitnya paling putih dan gebu, siapa yang lebih cantik, siapa yang lebih seksi dan seterusnya. Walaupun berbuih mulut suami menyatakan anda wanita paling cantik di matanya tetapi anda tetap tidak percaya.
Masalah bermula apabila anda merasa yang anda betul apabila merasa suami sentiasa terus mencari perempuan lain yang lebih cantik berbanding anda. Ini bukan masalah suami tetapi masalah anda tidak yakin kepada diri sendiri.
Lelaki Tak Suka Wanita Tak Yakin Diri
Lelaki sangat tidak suka kepada perempuan yang tidak yakin kepada diri sendiri. Apa yang anda bayang-bayangkan dalam kepala itu menjadikan anda cemburu buta dan akhirnya bertukar menjadi realiti ngeri yang benar-benar berlaku.
Apa yang anda boleh elak jika rasa cemburu itu menjadi semakin teruk? Segalanya terserah pada anda. Jika anda rasa punca cemburu itu ada benarnya maka tindakan untuk berubah adalah penyelesaian terbaik. Contohnya sejak kebelakangan ini mesin penimbang di rumah semakin memberi petunjuk yang anda semakin memberat. Terimalah hakikat itu dan bertindak untuk mengubahnya.
Pergilah bersenam atau apa sahaja sehingga keadaan kembali terkawal. Jika suami ikhlas menegur cara anda berpakaian di rumah maka terimalah teguran itu dan berubahlah. Jika anda cemburu kerana anda ada rahsia gelap maka keluarlah daripada sejarah itu. Anda tidak boleh ubah apa yang sudah berlaku tetapi anda boleh membetulkan keadaan untuk masa yang akan datang.
Sumber: Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation
Genap 100 hari pemergian arwah Sarah, Shuib menangis setiap kali terkenang. Sememangnya kejutan yang dialami selepas kehilangan seseorang adalah sangat berat. Kehilangan orang yang anda cintai sememangnya tidak mudah.
Pastinya hidup mula berubah dengan kehilangan yang berlaku, namun kehidupan mesti diteruskan dan belajar untuk bertahan menjadi lebih matang.
Genap 100 Hari Pemergian Arwah Sarah
Emosi yang sama sering menggangu kehidupan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib selepas pemergian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin (Sarah) pada 9 Ogos lalu.
Malah Shuib akui akan menangis setiap kali terkenang Arwah Sarah.
“Hari ini genap 100 hari pemergian isteri. Anak-anak okay cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh ‘move on’ dan senang menangis apabila teringat dia.
“Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini. Tapi apabila ini terjadi, ia terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. Saya cuba nak ‘move on’, tapi perasaan saya dia ada saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” ungkapnya seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro.
Kenangan bersama arwah Sarah.
Allah Maha Ketahui Segalanya
Sempena 100 hari pemergian arwah Sarah, Shuib telah mengadakan majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak keempatnya, Ayash Affan yang berusia tiga bulan dan tahlil sempena 100 hari arwah Sarah.
“Ayash senyum dekat siapa tu sebelah daddy sayang…Alhamdulillah Syukur Ya Allah…Allah maha tahu di atas segalanya.Amin ya Rab,” begitulah luahan Shuib ketika memuat naik sekeping gambarnya bersama Ayash di akaun Instagramnya.
Akui Shuib dia juga hilang selera makan selepas ketiadaan isteri.
“Ya saya kurang makan sebab tak lalu. Sudah tiga bulan tak selera makan. Kalau dengan arwah dulu dia suka makan. Jadi, saya tak boleh tolak. Malah, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang makan bila lapar saja. Itu yang badan susut sikit,” ungkapnya.
Mingguan Wanita : Semoga Shuib terus tabah harungi kehidupan mendatang bersama anak-anak.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...