Ada mak ayah diuji anak gagap atau lambat bercakap. Ibu ini, Suraiyya Suraya berkongsi kisah anaknya yang masih sukar bercakap lancar biar pun dah masuk usia 14 tahun.
Macam-macam ikhtiar ibu buat. Dari belikan makanan tambahan, sampailah berubat kampung. Tetap masalah gagap anak tak dapat disembuhkan.
Sehinggalah, akhirnya ibu ini memenuhi sahaja hasrat anaknya yang mahu meneruskan pengajian tahfiz. Dua tahun belajar di sana. Membaca Al-Quran hari-hari, rupanya dalam tempoh itu, anaknya ini semakin petah berkata-kata.
Kongsinya,
Assalammualaikum suri-suri solehah.
Saya kongsi pengalaman anak sulung saya yang ada masalah cakap, gagap. Bila cakap tersangkut-sangkut. Ambil masa lama bila bertutur. Anak gagap masa dia kecik lagi sampai umoq 14 tahun.
Kesian kat dia. Tiap kali nak bercakap puas nak keluaq satu perkataan. Sampai dia abis sekolah rendah saya hantaq dia p sekolah tahfiz. Masa nak hantaq tu saya terpikir jugak boleh ka anak saya ni menghafal dan baca Al-Quran.
Dua Tahun Masalah Gagap Dah Hilang
Last saya bertekad nak hantaq jugak anak saya kat sekolah tahfiz. Lagi pun dia minat ke arah tu. Dalam masa 2 tahun masalah gagap dah hilang.
Allahuakhbar saya macam tak percaya ja tapi tu la hakikatnya. Semua family terkejut dia boleh buat bercakap normal tak ada langsung gagap dan tersangkut-sangkut… semua orang terkejut.
Masa dia gagap macam-macam saya ikhtiar. Saya buat.. beli supplemen..berubat kampung tapi tak jadi. Sampai la saya hantaq anak masuk tahfiz. Alhamdulillah dia dah sembuh.
Di Tahfiz, Hari-hari Dengan Al-Quran
Kat tahfiz budak hari-hari dengan Al-Quran. Lani anak saya dah 17 tahun. Itu lah mukjizat Al-Quran. Subhanallah.. Alhamdulilah, saya bersyukur sangat.
Sesungguhnya Al-Quran ni penawar segala penyakit luaq dan dalam. Kalau kita rasa serabut, hati tak tenang, jiwa rasa kosong baca lah Al-Quran. InsyaAllah semua tu akan hilang. Bila kita selalu membacanya ia rasa sebati dengan kita.
Jujur saya nak bagi tau Al-Quran ni bila selalu baca buat kita ketagih tak boleh nak tinggai. Rasa sayang dan rindu pada dia. Sebab apa.. sebab dia sahabat penyelamat kita dunia dan akhirat.
Baca setakat mana kita mampu. InsyaAllah, lagi kita dekat dia lagi kita rasa nikmat ketenangan. Terima kasih yang sudi baca coretan saya.
Mingguan Wanita : Sebak membacanya.. sememangnya di dalam Al-Quran ini mengandungi kalam Allah yang menjadi panduan umat manusia.
Baca sini : ‘Kalau ada seringgit, anggaplah ia sebagai nafkah pemberian abang kepada sayang’
Sumber/Foto : Suraiyya Suraya
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI