Menerusi akaun Instagram milik penyanyi terkenal tanahair Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila berjaya menyerahkan 2,000 set Peralatan Perlindungan Diri (PPE) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 30 April lalu.
Sumbangan tersebut difahamkan adalah hasil daripada Dana P.K.P Siti Nurhaliza untuk kategori Peduli yang dilancarkan 15 April lalu.
“Syukur alhamdulillah, hasrat dan kepedulian kita bersama-sama, Yayasan Nurjiwa dan Dana P.K.P Siti Nurhaliza telah menyampaikan sumbangan kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Dr. Adham Baba, di Majlis Penyerahan Sumbangan Covid-19 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada petang tadi (Khamis).
“Sebagaimana dirancangkan, sumbangan ini adalah di dalam kategori Peduli, Dana P.K.P Siti Nurhaliza untuk keperluan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) sebanyak 2,000 set,” ujarnya.
Terima Kasih Sama-Sama Membantu Frontliners
Siti Nurhaliza juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyumbang dana tersebut yang prihatin untuk sama-sama membantu.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang Dana P.K.P Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada 15 April baru-baru dan usaha pertama kita telah dilaksanakan.
Ads
“Saya berharap agar menerusi dana ini, kategori Kemanusiaan dan Prihatin dapat diteruskan sehingga Syawal nanti.
“Pada Youtube Live P.K.P yang pertama, 19 April lalu, saya berasa terharu dengan sifat budiman semua pihak sama ada para peminat (dalam dan luar Malaysia), pihak korporat, individu dan orang ramai yang telah turut sama memberikan sumbangan.
“Ternyata menerusi Youtube Live tersebut, kita berjaya mengumpul dana yang mencukupi bagi membuat sumbangan PPE kepada frontliners dan buktinya, semalam pihak saya sudah pun membuat serahan kepada KKM,” katanya.
Siti Nurhaliza sekali lagi mengajak orang ramai untuk sama-sama menonton di saluran YouTube miliknya, Siti Official Video, pada 3 Mei ini, jam 2.30 hingga 4 petang untuk tujuan yang sama.
“Saya yakin, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Inilah perkongsian. Saya tidak memaksa bagi yang tidak boleh sama menyumbang kerana saya memahami situasi kita, tidak semua berada dalam keadaan yang sama.
Ads
“Saya mengajak mereka yang turut sama mahu mendukung, biarlah RM1, RM5, RM10, bukan nilainya tetapi niat murni kita itu pasti ada ganjarannya,” katanya.
Sumber Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Bagi mereka yang membuat sumbangan, boleh layari laman web rasmi Kitafund.com.
Alhamdulillah, selepas Nora Danish berkongsi kisah khatam Al-Quran dengan penuh sebak, pelakon Elfira Loy pula menceritakan bagaimana akhirnya dia direzekikan khatam Al-Quran pada bulan Ramadan bertepatan jam 5.43 petang, 22 May ini.
Sebagai ibu kepada Muhamad Rayyan Khalaf yang masih kecil, tak mudah untuknya melaksanakan misi khatam Al-Quran nya itu.
Akuinya, debaran untuk menghabiskan bacaan itu semakin dirasai apabila hari ini anak kecilnya itu, seakan tak mahu lekang daripadanya. Nak berdampingan pula, walhal Elfira sanggup bangun jam 4 pagi dan terus mengaji sehingga ke waktu Asar.
Ini perkongsian Elfira yang sarat dengan emosi.
“Alhamdulillah Dengan Izin Allah , Jumaat 29 Ramadhan petang tadi El dah berjaya khatam. Syukur Ya Allah. Ramadhan tahun memang mencabar sangat nak khatam sampai rasa nak give up sebab terlalu letih & tak cukup masa.
“Being a wife and mother is really a big responsibility. Yang masih bujang tu gunakankah masa sebaiknya .
“This year, I tried to read the translation after every surah & tengok sinopsis sebab ambik masa lama. Best! Thanks to @ayeshasyahira for inspiring me walaupun dia tak sedar. Tapi kita takdelah tadabbur macam dia.
“Tadi, I woke up at 4am and start reading the last 4juz I think until after asar tak lekang telekung mengaji mengaji mengaji. Feeling ni rasa macam kat Mekah. Rindunyaaaa.
“Masa nak baca pastu tetiba Rayyan nak kat El je, serious rasa nak nangis takut tak sempat khatam. But Alhamdulillah I gilir gilir ngan mama baca Al-Quran. Mama dah khatam El pulak pulun. Leganyaaa Ya Allah sempat khatam.
“As promised to my telegram family, DiaryElmu, sempena khatam Al-Quran El harini, El akan bagi duit raya pada yang khatam Al-Quran selama 50 orang. Tu memang nazar El nak khatam. InshaAllah esok El agihkan 🙂 Terima kasih yang bagi semangat kat El & mendoakan El.”
Seorang ayah ini kebiasaannya mendidik anak dengan cara tersendiri. Dia tak perlu pun nak membebel macam mak-mak, cukup dengan pandangan tajam atau renungan saja, anak-anak dah sedia maklum.
Ayah kepada penyanyi kumpulan De Fam, Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin ini pun ada cara tersendiri mendidik anaknya.
Sejak dari kecil, ayah Cik Manggis yang mesra dengan panggilan Uncle Sam ini selalu memberinya pesan. Katanya, “Belajar betul-betul, dah besar jadi ORANG.”
Dan pesanan itulah sampai ke hari ini paling lekat dalam mindanya. “Terima kasih kerana membesarkan saya dengan kesabaran tahap dewa dan menjadi contoh yang paling baik untuk saya belajar erti kehidupan.”
Luah Cik Manggus sempena ulang tahun usia ayahnya yang ke-66. Doa anak ini lagi, “Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. In Shaa Allah Ta’ala. @samzurah”
.
Dalam pada itu, Cik Manggis sempat mengimbas cara ayah menegurnya ketika di zaman kanak-kanak. Ketika berkongsi gambar berdua dengan ayah, ini yang Cik Manggis maklumkan.
Perasaan bila nampak Ayah buat pose macam ni time dulu-dulu, ya Allah.. Tuhan je tau betapa kencangnya jantungku berdegup! Cuak gila! Antara situation yang boleh relate dengan pose ni:
1. Bila kau tengah pecut basikal jipang nak balik rumah, sebab dah bunyi azan Maghrib. (Ayah dah standby depan gate)
2. Bila kawan-kawan datang rumah, tak bagi salam or tak salam Ayah. Pose sambil berkata kat diorang “Kau tak reti salam ke?” (Time ni confirm semua muka biru. HAHAHA!)
3. Bila kantoi ponteng ngaji, pi main kompang.
4. Bila ayah masuk bilik. (cc: @itudyana @dayashamsuddin)
5. Bila Ayah panggil makan, kau jawab “malas nak makan”.
…. dan banyak lagi.
Apa pengalaman korang dengan ayah korang? OR ada sesiapa yang berpengalaman dengan Ayah Manggis?
Begitulah.. apa pun harapan setiap ayah tentunya mengharapkan kejayaan yang cemerlang untuk anak-anaknya. Semoga ayah Cik Manggis diberi kesihatan yang baik untuk hari-hari mendatang.
Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula bermula 4hb Mei.
PM berkata langkah ini dalam mencari jalan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak COVID 19.
Sebelum ini satu video telah tular di laman sosial menunjukkan orang ramai mula keluar semasa PKP. Keadaan tersebut menggambarkan seolah-olah orang ramai tidak takut dengan wabak Covid-19.
Dek kerana itu penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir mula bersuara kerana rasa sangat kesal dengan sikap orang ramai yang mementingkan diri sendiri. Malah mereka seoalah-olah langsung tidak memikirkan perasaan para frontliner atau barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi jangkitan virus.
Menerusi IG Live di Instagram Peribadinya FT@faizal_tahir meluahkan segala kekesalan dan mengajak rakyat Malaysia agar bersabar dan melawan Covid-19 ini pendamik wabak merbahaya ini masih belum berakhir.
“Saya ada repost sebuah video ambil dari Instagram Aznil Haji Nawawi, saya nak minta maaf banyak-banyak di atas penggunaan bahasa yang sedikit kasar sebelum ini menerusi dua post saya yang terdahulu dan saya akan delete post tersebut.
“Saya faham yang kita sudah 40 hari lebih tak boleh keluar rumah. Tapi bukan 100 peratus tak boleh keluar rumah, saya pasti dalam tempoh PKP ada keluar rumah memandangkan keluarga keluarga beli makanan di pasaraya apa yang patut.
“Pada 1 Mei Perdana Menteri telah mengumumkan PKPB (Perintah Kawalan Perintah Bersyarat) bermula 4 Mei. Namun hari ini baru 3hb dan saya lihat satu restoran ini berpusu-pusu orang pergi beli makanan.
“Allah, takkan tak boleh tunggu lama sikit. Kalau kita boleh bertahan sedikit, silap-silap boleh beraya seperti biasa. Saya faham dah lama tak keluar rumah, saya pun stress. Tapi keluarlah ke laman rumah untuk ambil udara segar.
“Bersyukurlah! Ada ramai lagi orang keadaan sangat teruk yang sudah kena lockdown bertahun-tahun contohnya seperti di Syria, Gaza.
“Tolonglah anda memberi risiko kepada nyawa orang lain. Kalau anda buat begitu dan kena pada diri sendiri, awak yang tanggung dan tanpa berjangkit pada orang lain saya tak kisah. Namanya pergi mencari masalah. Saya faham, kena keluar, saya faham dari segi ekonomi kerugian banyak. Tapi ini adalah masa kita kena berfikir benda yang masuk akal.
“Saya tahu ekonomi drop kalau yang berpusu-pusu beli di kedai makanan bukanlah orang yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Orang-orang yang pergi kedai makan tu semua orang yang berduit.
“Faham niat baik murni bawa balik makanan untuk keluarga, tapi kalau anda bawa balik virus apa yang akan jadi. Sebab virus tak nampak. Cuba virus tu nampak, kita mesti tak akan keluar. Tak percaya ke ada Corona Virus.
“Takkan tak boleh tunggu sikit lagi, esok baru 4hb. Kerajaan baru longgarkan sedikit. Jangalah terburu-buru, sabarlah.
“Kita suka tengok dan sokong yang Ebit Lew, Datuk Siti Nurhaliza, Noh Hujan apa yang dibuat untuk diberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Jadi janganlah bagi angka bertambah.
“Tolonglah fikir pada Frontliners. Patut mereka yang tak sabar ini jadi Frontliners. Kena fahami apa yang Frontliners lalui. Hargailah mereka yang sudah keletihan. Masih ada kematian dan kes baru yang banyak dalam masa dua hari ini.
“Ini adalah tanggungjawab kita bersama. Bila saya cakap tanggungjawab bersama, dalam situasi ini saya tak salahkan sesiapa 100 peratus, setiap orang dalam masyarakat kita memainkan peranan. Semua kena share tanggungjawab, saya ambil kesalahan ini kepada diri saya sendiri. Mungkin saya sendiri sebagai public figure, tak cukup beri education kepada orang di luar sana. Anda juga perlu faham tanggungjawab anda.
“Silap-silap tunggu sikit lagi, semua orang boleh balik kampung. Ada cucu yang rindukan nenek mereka di kampung.
“Saya pernah jejakkan kaki di Syria, saya tahu bagaimana keadaan mereka. Saya ingin kongsikan bagaimana penderitaan mereka. Kita baru sedikit, tak boleh keluar rumah untuk menentang Covid-19.
“Saya harap mereka yang keluar berpusu-pusu pergi beli makanan di kedai mamak tadi, balik rumah bersihkan diri dan jangan sentuh sesiapa sebelum bersihkan diri.
“Saya ulang kisah nabi, satu waktu dahulu, ada seorang sahabat nabi ada bercakap pasal unta dia takut kena curi. Nabi berkata, percayalah pada Allah dan ikatlah unta kamu. Memang percaya pada Allah tapi kena ada usaha.
“Kita belum menang guys, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
“Alhamdulillah kita masih boleh bernafas, jika tak ada masalah janganlah cari masalah. Yang beragama Islam doakan untuk semua orang, buat baiklah dengan semua orang tak kisah bangsa dan agama. Buat apa-apa bersederhanalah, dalam apa saja yang kita buat, jangan terlebih dan terkurang.
“Saya tak sempurna banyak kelemahan dan kekurangan. Saya bersyukur Allah beri peluang untuk saya perbaiki kelemahan saya. Tolonglah bersabarlah sedikit saja lagi. Patuhi arahan, saling bantu membantu. Mana ada rezeki lebih, hulurkan bantuan. Esok ramai yang sudah masuk kerja, saya doakan yang baik-baik buat mereka. Kita jaga diri semua orang,
“Islam mengajar kita biarlah masuk akal apa yang kita buat dan tak susahkan orang lain,” luah Faizal Tahir menerusi IG LIVE.
Teguran daripada Faizal ini diharap dapat memberi kesan kepada mereka di luar sana. Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah sama-sama menjaga keselamatan sesama kita. Bersamalah kita memerangi wabak Covid-19.
Pasangan humble, Datuk Fizz Fairuz dan Almy Nadia pilih naik motor hantar anak-anak. Kalau ikutkan, tidak semua suami isteri selesa naik motor untuk bergerak ke sana sini, tambah pula apabila ada anak-anak.