Keletah Siti Aafiyah Khalid ini comel betul. Walau tak dapat tidur dengan ibunya, penyanyi tersohor nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aafiyah tetap relaks dan tak meragam pun.
Dah tiga malam ibu dan anak ini terpaksa tidur berasingan. Puncanya disebabkan ibu dan ayahnya alami batuk dan selesema. Sebab tak nak bagi berjangkit, ibunya ambil keputusan untuk pisahkan tempat tidur.
Tulis Datuk Seri Siti Nurhaliza,
Ads
Dah 3 hari terpaksa tido asing dengan Aafiyah sebab ibu Aafiyah dan ayah Aafiyah pun kena batuk dan selesema.
Kakak Dayah whatsapp ibu bagitau macam-macam gelagar Aafiyah bila tido ngan Kakak.
Ni dia nak ber ‘hi five’ dengan kakak walaupun mata pejam. Aafiyah anak ibu yang soleha. Aafiyah anak ibu yang hebat.. aamin ya rabb..
Ads
Doa Untuk Anak Ibu, Siti Aafiyah..
Walaupun tidur berasingan, ibunya tak lupa menitipkan doa untuk Aafiyah agar menjadi anak yang soleha.
Ads
Perwatakan comel lagi cute Aafiyah ini sentiasa mencuit perhatian peminat ibunya. Aksinya bergambar pun boleh buat kita yang tengok senyum sendiri.
Boleh bayang kan macam mana Aafiyah nak ber’hi five’ bila tidur dengan kakak pengasuhnya. Tentu bersemut tu.
Siti Aafiyah ini satu-satunya permata hati Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dinanti selama 11 tahun bersama pasangannya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
MW :Begitulah mak ayah, akan memastikan anak-anak dalam keadaan sihat biarpun ibu dan ayah terpaksa berdepan kesukaran. Moga anak-anak lebih memahami pengorbanan ibu dan ayah,
Ini yang penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin kongsikan tentang rezeki suami isteri. Bagaimana seorang suami yang tak kedekut dengan isteri mahupun ibu nya, sentiasa murah rezekinya.
Dan macam mana seharusnya hubungan menantu dengan mentua sepatutnya terjalin. Siti Sarah yang juga isteri kepada Shuib Sepahtu menitipkan pesanan ini di dalam laman instagramnya.
Tulisnya,
“Syukur Alhamdulillah Allah meletakkan kami sekeluarga di kedudukan yang tak pernah kami duga. Alhamdulillah… antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah .. suami kene banyak bersedekah, terutamanya jangan kedekut dengan ibu!!!
“Ibu yang melahirkan awak .. kalau bagi sejuta sebulan pun belum cukup untuk bayar balik sewa yang awak pernah duduk dalam perut ibu.
“angan kedekut dengan isteri.. isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas.. tapi isteri pun jangan lah ambil kesempatan pada suami.
“Isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan.
“Kata orang, the art of give and take. Saling memahami dan berkongsi.
“Ada seringgit kita belanja seringgit sama-sama, ada sen 10 kita fikirkan macam mana nak gandakan sama-sama.
“Isteri tak boleh derhaka dengan ibu mertua.. tanpa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak. Janganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua Allah murka pada sebuah keluarga itu..”
“tag your husband and please tag your wife.”
Pasangan sweet ini dikurniakan tiga orang cahaya mata, Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin
MW : Banyak betulnya pesan Sarah tu.. sebab makin pemurah suami, semakin murahlah rezeki untuknya.
Bukan saja pelakon Abby Abadi dan suami, Jai Ezzany menanti perkembangan bayinya yang ketika ini masih lagi diwadkan dalam NICU (neonatal intensive care unit). Malah ramai yang mendoakan dan prihatin dengan perkembangan bayi pramatang, Baby Danial .
Mahu tahu.. bagaimana keadaannya hari ini? Sudah naik beratkah? Masihkah lagi bergantung pernafasan dengan mesin.
Kerana ramai di luar sana, mak-mak yang jatuh sayang dengan bayi comel ini.
Apabila ibunya, Abby Abadi berkongsi gambar kaki Baby Danial di instagram miliknya, ramai yang mendoakan dan bersyukur dengan perkembangan Baby Danial.
Betapa bertuahnya, bayi pramatang ini malah bayi pramatang lain di wad NICU hospital kelahirannya, kerana dijaga dengan baik oleh petugas hospital, jururawat mahupun doktor.
Berkongsi usia ke-21 Baby Danial, Abby mengungkapkan rasa syukur kerana berat anaknya sudah mencecah 618 gram, berbanding waktu dilahirkan kira-kira 535 gram.
Muhammad Danial Firman Faizal
Terima Kasih ALLAH
Untuk perkembangan Baby Danial
Terima kasih juga
Pada yang tak putus mendoakan
Tiap-tiap hari Mama Abah pergi NICU, HSB
Beri sentuhan & kekuatan
Untuk Hero Mama Abah ni
Terus bertahan
Dan Alhamdullillah
Berkat DOA semua
ALLAH Maha Mendengar
Dan Maha Mengetahui yang terbaik
Daripada sreenshot yang dikongsikan Abby terlihat perbualannya mengenai Baby Danial. Maklumnya, berat Baby Danial dah naik kepada 618 gram.
“Alhamdulillah, memang kuat Baby Danial. Berat naik, semua bagus-bagus.. memang terbaik staff NICU jaga.”
“Doktor memang terbaik kat NICU tu. Semoga dia terus kiat. Kita minta elak dari kena jangkitan kuman.”
“Sekarang baby dah 26/52 + 3/7.. moga cepat membesar..” pintanya yang memohon agar tak berhenti mendoakan Baby Danial.
Dikenali dalam bidang hiburan, siapa sangka dua orang selebriti ini terbuka hati mengambil keputusan menceburi dunia politik dan berkhidmat untuk rakyat serta negara. Dua artis popular Indonesia, Krisdayanti dan Mulan Jameela antara 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Indonesia bagi sesi atau penggal 2019-2024, pada hari ini.
Krisdayanti, 44, dan Mulan, 40, memenangi pilihan raya Indonesia pada 17 April lepas, masing-masing mewakili anggota DPR Jawa Timur V dan Jawa Barat XI.Krisdayanti, artis yang turut popular di Malaysia itu, bertanding sebagai calon Partai Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P), manakala Mulan, yang juga isteri kepada artis Ahmad Dhani, bertanding sebagai calon Partai Gerakan Indonesia Raya.
Proses angkat sumpah itu akan dilakukan di depan Ketua Mahkamah Agung, Prof. Dr. H. M. Hatta Ali, dan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dijadualkan turut hadir pada majlis itu. Jokowi, yang menang pada pilihan raya Presiden 2019, dijadual mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal keduanya (2019-2024) pada 20 Oktober ini.
Ketua Biro Hubungan Masyarakat Majlis Perwakilan Rakyat (MPR), Siti Fauziah berkata, antara agenda yang dijadual bermula 8 pagi esok itu adalah proses mengangkat sumpah 575 anggota DPR, 136 anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) dan 711 anggota MPR untuk penggal 2019-2024.
Kedua-dua selebriti ini juga ada mengumumkannya di Instagram serta berkongsi harapan harapan masing-masing setelah secara rasminya menjadi ahli parlimen Indonesia.
Sementara itu, Ketua Bidang Hubungan Masyarakat, Polis Metro Jaya (Polis Jakarta), Argo Yuwono berkata, sebanyak 20,500 anggota polis ditugaskan bagi menjaga keamanan di kawasan parlimen Indonesia.
Jalan utama kawasan parlimen iaitu Jalan Gatot Soebroto yang juga jalan utama di Kota Jakarta, telah ditutup sejak seminggu lepas berikutan beberapa siri demonstrasi dan rusuhan, menjelangnya angkat sumpah itu.
Beberapa siri demonstrasi berskala kecil bermula sejak tiga minggu lepas, dan menjadi semakin buruk bermula 24 September lalu, apabila ribuan mahasiswa, pelajar dan pihak tertentu mengadakan demonstrasi di luar kawasan parlimen Indonesia, membantah pelaksanaan pindaan Rang Undang-undang Kitab Hukum Pidana atau RUU KUHP.
Rancangan pindaan undang-undang itu didakwa mengurangkan kuasa Komisi Pembanterasan Korupsi atau badan yang menangani kes-kes rasuah di Indonesia, menyekat kebebasan hak asasi manusia serta melindungi kepentingan politik pihak-pihak tertentu.
Jokowi telah mengarahkan penangguhan undian parlimen terhadap undang-undang itu pada 20 September lepas, dan pastinya menjadi tanggungjawab anggota baharu DPR yang akan mengangkat sumpah esok untuk proses tindakan selanjutnya.
MW: Tahniah diatas pelantikan sebagai ahli parlimen Indonesia. Meskipun berlainan bidang dan memberikan cabaran baru, semoga dapat menjalankan tugas dan berkhidmat buat rakyat dengan sebaiknya.
Tular kisah anak gadis bernama Lovely Sabana Augustine di media sosial, kisah seorang anak yang mahu kejar cita-citanya dan mungkin akan ubah nasib keluarganya.