Buat-buat lupa pasal duit belanja isteri, akhirnya suami makin kaya tak? Haaa… itu soalan panas buat golongan lelaki yang masih tak sedar tentang tanggungjawab.
Yang nazaknya siapa? Suami juga… sedikit demi sedikit rezeki hilang atau mungkin ditakuk yang sama.
Cubalah suami isteri berpakat dan belapang dada tentang rezeki, masing-masing sedar dan praktik cara seperti yang saudara Firdaus Mokhtarini amalkan.
Dahulukan Duit Belanja Pada Isteri
Suami isteri nak murah rezeki, ini kena buat selalu.
1. Makan sama-sama.
Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan.
Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Kahkah.
Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
“Adik tu dah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi. Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”
Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri.
Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.
Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
4. Beri isteri duit belanja sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri.
Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar.
Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah.
Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.
Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
Rezeki Akan Melimpah Tanpa Disangka
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Sekian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengembara berbasikal, Ahmad Mohd Isa mendedahkan pernah terjadi salah faham. Antara dirinya dan isteri, Noradilah Mohd Sapie sehingga tak bertegur sapa selama seminggu.
Bayangkan berada di luar negara, membuat misi kayuhan bersama. Tapi tak bercakap antara satu sama lain. Kongsinya, perselisihan faham seringkali juga terjadi antara mereka.
Apabila keadaan kembali reda, fahamlah suami ini bahawa untuk menjadi suami yang terbaik, dirinya perlu bertenang.
Tahu tak..
Waktu kami kayuh basikal ke Mekah dulu, banyak kali terjadi salah faham & banyak kali juga saya & Adilah bertikam lidah.
Ada orang tanya saya.
“Korang masa kayuh basikal selama 1 tahun 3 bulan, tak pernah gaduh ke?”
Tuan Puan..
Kalau saya masukkan cerita kami gaduh, nescaya Buku Ustazah Basikal 2 kali ganda tebalnya, sebab banyak sangat! haha
Saya teringat waktu kami di Pakistan.
Seminggu saya tak tegur isteri saya sebab waktu tu saya rasa isteri saya tak faham saya.
Bayangkan, kami ada kat luar negara & kami tak tegur seminggu, boleh bayang?
Kalau kat Malaysia, mungkin Adilah boleh merajuk & balik rumah mak. Tapi kat Pakistan, nak balik rumah siapa?
Puncanya simple je. Saya ni jenis introvert & Adilah extrovert, kelemahan saya adalah nak mula menegur orang yang saya tak kenal.
Adilah ‘paksa’ saya untuk beri salam pada stranger. Kalau tak dia akan belebe (orang ganu faham la ni).
Saya kalau nak mulakan perbualan, menggigil satu badan weh!.(sampai sekarang, maaf kalau saya tak tegur kalau jumpa depan-depan orang yang saya tak kenal).
Bila dia dah mula belebe, saya pulak naiklah angin. Berlakulah salah faham. Gitu je.
Mujur masa kat Pakistan tu, kami duduk di rumah Kak Dila selama seminggu. Host di Islamabad. The best part, tuan rumah tak tahu pun kami tengah dalam krisis ‘silent mode’ selama seminggu.
Tak Bertegur, Berbaik Semula Selepas Seminggu
Lepas seminggu, kami berbaik semula. Sebab kami tiada keluarga di luar negara. Hanya kami berdua sahaja di jalanan.
Saya kena jaga Adilah. Adilah kena jaga saya.
Dalam perjalanan, saya belajar sesuatu.
Kenapa orang sekeliling saya respon atau buat perkara yang kita tak suka & menyakitkan hati saya?
Rupanya, saya yang mula dulu.
Tanpa saya sedari, percakapan saya menyakitkan hati orang. Perbuatan saya mengecilkan hati orang.
Seorang guru saya pernah beritahu konsep ni. ADA > BERI > DAPAT.
Kalau saya ADA marah, saya akan BERI marah & saya akan DAPAT balik marah.
Kalau saya ADA cinta, saya BERI cinta, saya akan DAPAT balik cinta.
Mat Saleh Jawa selalu cakap.
“What you give is what you’ll get back”
Justin KayuBalakTasik cakap,
“What Goes Around… Comes Around”
Bila Tak Bertegur.. ‘Saya Kena Jadi Tenang Dulu’
Dalam perjalanan kayuh basikal ke Mekah tu, saya banyak belajar, lagi-lagi macam mana belajar nak betulkan diri. Nak orang lain selesa dengan saya. Nak jadi suami terbaik dalam dunia (cewah).
Salah satunya, saya kena jadi tenang dulu.
Saya sangat terinspirasi dengan satu ayat Al-Quran ni : Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhoi-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.
(Q.S. Al-Fajr [89]: 27-30)
Allah swt kata, Allah swt hanya redho orang yang hatinya TENANG sahaja masuk ke dalam SyurgaNya. Logik juga.
Kalau kita pun, kalau orang tak tenang datang rumah, kita pun tak bagi masuk rumah. Saya kena tenang, supaya boleh masuk Syurga.
So, nak jadi lelaki atau suami tenang ni, ada 30 perkara yang saya kena buat. Kalau kalian yang lelaki atau suami nak buat, lagi bagus.
Ini cadangan je, saya copy paste dari facebook, tak tahu siapa empunya, but it’s make sense for me. “What Goes Around… Comes Around”
30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only):
1. Kalau isteri bergaji RM3K dan kau bergaji RM4K, ingat household income is not RM7K but it remains RM4k. That’s the math of happy marriage. 2. No matter how right you are, minta maaf dulu walaupun kita tak bersalah. Say sorry and straight masuk dapur cuci periuk. Forgive our lovely wife all time. It takes training guys. 3. Jangan mengeluh kalau tunaikan tanggungjawab. Jangan sekali pernah cakap penat kalau tunaikan amanah sebagai suami. 4. Wife first, anak second. Anak first, kerja second. 5. Jangan tinggikan suara serentak. Ikut turn. Unless periuk kat dapur terbakar. 6. Gigit lidah, paksa jugak zip mulut bila dia buat sesuatu yang tidak kena dengan mata kita. Terima itu kekurangan dia. 7. Jangan tidur dalam keadaan marah. Cinta tak padamkan kemarahan, tapi kesabaran boleh matikan api kemarahan. Selamat datang ke alam kesabaran. 8. Bila dia buat salah, kau minta maaf. Bila kau buat salah, kau minta maaf. Simple. 9. Wife never think about divorce, murder yes. Live together elok-elok. 10. Rule to stay together no matter what is first; stay together; and second; no matter what.
Terima Pendapat Isteri
11. Kalau berbeza pendapat, terima pendapat dia. Trust your wife six sense. 12. Keep the house clean. Keep the sex dirty. hiks. 13. Jangan happy lebih-lebih dengan member. Never show your happiness. 14. Guys, the toughest job in the whole world is jaga anak. Acknowledge it! This is fact. 15. Tidak akan ada pergaduhan bila suami duduk lipat baju depan TV. Mustahil berlaku apa-apa pertengkaran situasi itu. 16. Kalau kecil hati dengan isteri, ingat Allah sayang kita – Ebit Lew. 17. Jangan sesekali letak apa-apa expectation selepas kahwin. Marriage is like walking in the park. Jurassic Park. 18. Weekend je ambil alih kerja jaga anak. Dari anak bangun sampai anak tidur. Weekend je pun. 19. Dont show your tears. Kan Allah sayang kita. Kekuatan kita hanya pada Dia. Bukan dear. lol. 20. Kalau dia tak sure nak makan nasi atau mee, buy both. Don’t risk it.
Beli Apa Isteri Nak..
21. Jangan tangguh apa keinginan isteri. Keep your mouth shut and keep your wallet open. 22. Don’t try to explain your financial position. Manage it. Kalau short setiap bulan, ingat kan Allah sayang kita? 23. Solat 24. Minta pendapat isteri dalam apa jua keputusan. 25. Jangan cuba build your six pack while your wife is busy babysitting your children. 26. Jangan suka bagi statement tergantung. Always finish your word with yes, i’ll buy it. 27. Don’t change your routine, don’t change anything suddenly. 28. Be strong when she is weak. 29. Never cheat. Be loyal. With the dishes and laundry, no time lah for other things. 30. Never expect isteri faham kita. Apa-apapun, Allah sayang kita. Allah sayang kita guys.
Lagi sekali saya ulang.
“What Goes Around… Comes Around“.
Saya pun masih banyak kelemahan yang nak kena betulkan & tak buat lagi macam kat atas ni.
Jom usaha masuk syurga.
Jom bantu isteri kita masuk syuga dengan tenangkan hati mereka.
Mingguan Wanita : Jika tiba-tiba terjadi tak bertegur sapa dengan isteri atau suami, belajarlah untuk kembali bertenang. Semoga daripada tak bertegur itu, akhir kembali sayang menyayangi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tamparan Hebat Hilang Suami & 7 Anak, Reda Satu Keluarga Diuji Hidap KANSER! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Besar sungguh ujian buat keluarga ini, masakan tidak satu keluarga diuji dengan penyakit kanser, malah seorang demi seorang telah meninggal dunia.
Ibu mana yang tidak mahu melihat semua anak dilahirkan hidup sihat, begitu juga Che Noorsiah Abdul Rashid apabila menerima kehadiran lima anak yang menjadi penyeri hidup bersama suami.
Namun, takdir Allah SWT ‘menuliskan’ sebaliknya apabila semua anaknya bersama tiga anak tiri serta suami diuji penyakit kanser, malah dirinya dan seorang cucu lelaki juga diuji penyakit sama.
Lebih menyedihkan tujuh anak dan suaminya kini sudah meninggal dunia kerana penyakit mereka.
Suami, Abdul Latif Md Jali yang menghidap kanser paru-paru dan tumor otak meninggal pada 1998 manakala anak kandungnya, Nur Hidayati Ayu yang menghidap kanser adrenal meninggal dunia pada 1995, Irfan Effendy meninggal dunia pada 2013 kerana kanser limfoma dan Nur Aqilah Atiqah menghidap kanser payudara yang meninggal dunia pada 2019.
Seorang lagi anaknya, Shaheedy Effendy yang meninggal dunia kerana jangkitan bakteria salmonella tahun ini juga mempunyai ketulan di tulang selangka namun tidak sempat membuat ujian dan pemeriksaan lanjut.
Tiga anak tirinya, Noraini meninggal dunia pada 2002 akibat kanser payudara, Mohd Jefri menghidap kanser esofagus meninggal dunia pada 2018 dan Mohd Musa meninggal dunia pada 2016 kerana kanser darah.
Kini hanya tinggal Che Noorsiah, 69, dan anak bongsunya, Nur Alia Wahidah, 32, yang masih berjuang melawan kanser payudara manakala cucu lelakinya Haleef Hayyan Effendy Irfan Effendy, 11, kanser limfoma, tulang dan leukemia.
Tamparan Hebat Kehilangan Anak & Suami
Bercerita kisahnya, Che Noorsiah berkata, kehilangan suami dan tujuh anak termasuk tiga anak tiri boleh dianggap satu tamparan hebat buatnya, namun menerima ketentuan takdir dengan reda.
“Apabila semua anak sakit kanser, hati saya seolah-olah hancur biarpun tiga anak lain cuma anak tiri, tetapi saya tidak pernah membezakan kasih sayang buat mereka. Rasa itu tetap sama.
“Bagaimanapun saya sentiasa kuatkan semangat dan bersangka baik dengan Allah SWT kerana perjalanan hidup kita seperti menaiki kereta api yang akan berhenti di hentian stesen, apabila tiba masa kita akan ‘pergi’ dan sakit cuma asbab.
“Kini hanya tinggal saya bersama anak bongsu dan cucu bersama-sama melawan penyakit ini. Bagi saya selagi ada hayat saya akan berjuang dan hidup dengan gembira, malah sokongan ahli keluarga lain sangat menguatkan kami,” katanya ketika ditemui.
Bernasib Baik Kanser Dikesan Awal
Pesara kerajaan itu berkata, dia bernasib baik apabila kansernya dapat dikesan awal dan kini berada di tahap awal namun sudah melakukan pembedahan membuang payudara kanan pada Januari tahun lalu.
Katanya, dia disahkan menghidap penyakit itu pada November 2020 dan mengakui keluarganya tiada sejarah penyakit kanser, namun penyakitnya itu bukanlah penamat kehidupannya.
“Ketika disahkan kanser payudara saya memang terkejut kerana keluarga saya tiada sejarah penyakit kanser. Ini dugaan keluarga saya apabila kami semua diuji dengan penyakit ini.
“Sebagai pesakit kanser dan ada anak dan cucu yang mempunyai penyakit sama kami perlu positif dan menjalani kehidupan dengan gembira selain melakukan aktiviti kegemaran sebagai terapi diri.
“Tiga elemen penting untuk lawan kanser adalah kuatkan semangat, makan makanan berkhasiat dan buat rawatan disyorkan pakar. Hidup dan mati kita serahkan kepada Allah SWT,” katanya yang turut mempunyai sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Tidak Salahkan Takdir
Bercerita lanjut, saat paling sukar yang dilaluinya adalah anak perempuan yang lama ditunggu, Nur Hidayati Ayu disahkan menghidap kanser adrenal ketika berusia empat tahun.
Katanya, sejarah keluarga suaminya memang ada yang sakit kanser tetapi dia tidak menyalahkan takdir kerana baginya semua aturan Allah SWT mempunyai hikmah.
‘Hayyan Ada ‘Super Power’ Kuat Lawan Sakit’
“Hayyan, wan (Che Noorsiah) dan mummy (Nur Alia Wahidah) ada ‘super power’ jadi kami kena kuat lawan sakit,” kata pesakit kanser tahap empat, Haleef Hayyan Effendy Irfan Effendy.
Haleef Hayyan Effendy, 11, atau mesra disapa Hayyan diuji penyakit kanser limfoma seawal usia lima tahun sebelum kanser itu merebak ke tulang dan kini turut disahkan mempunyai leukemia pada Februari lalu.
Menurutnya, ketika disahkan kanser kembali dia menangis, terdiam dan kecewa tetapi sokongan ibu, Mimi Zarina Omar, 48, membuatnya kuat.
“Masa usia lima tahun, Hayyan tak tahu kanser itu apa cuma tahu ABC sahaja dan sakit macam arwah ayah.
“Bila doktor cakap Hayyan ada kanser lagi baru-baru ini saya menangis dan terkedu sebab kena buat rawatan lagi.
“Masa buat rawatan memang sakit tapi Hayyan ada mummy yang selalu temankan di hospital tapi Hayyan harap sangat Hayyan, wan dan mummy terus kuat dan sihat,” katanya.
Kekal Positif Sembuh Daripada Penyakit
Sementara itu ibunya, Mimi Zarina berkata, kekuatan sebenarnya adalah melihat kekuatan anak bongsu kesayangannya kekal positif untuk sembuh daripada penyakitnya.
Menurutnya, Allahyarham suaminya, Irfan Effendy Abdul Latif, 39, meninggal dunia kerana kanser limfoma pada 2013.
“Biarpun ‘sakit’ melihat Hayyan sakit tetapi saya tidak menyalahkan takdir atau genetik sebaliknya menerima dengan reda kerana ini ujian Allah SWT untuk saya dan keluarga kami.
“Sebelum ini saya berjuang bersama suami yang melawan kanser selama tujuh bulan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir dan kini bersama Hayyan pula untuk berjuang melawan penyakit.
“Pada mulanya saya tidak kuat tetapi melihat betapa positifnya anak buat saya juga jadi kuat. Kita perlu kuat dan positif untuk menjaga pesakit kanser bukan mereka sahaja kena kuat,” katanya.
Kekal Cekal Lepas Hilang ‘Mahkota’ wanita
Kehilangan ‘mahkota’ kewanitaan dan melalui 12 sesi kemoterapi dan 15 kali radioterapi, tidak membuatkan wanita ini ‘gentar’ untuk berjuang melawan kanser payudara tahap empat yang dihidapinya sejak dua tahun lalu.
Nur Alia Wahidah Abdul Latif, 32, menjalani pembedahan membuang payudara kanannya dan kini bakal kehilangan satu lagi ‘mahkota’ apabila akan menjalani pembedahan membuang ovari.
Nur Alia Wahidah berkata, kehidupannya berubah sepenuhnya selepas disahkan menghidap kanser payudara selepas baharu tujuh bulan berkahwin dan mengecapi kebahagiaan bersama suami.
Menurutnya, biarpun mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit kanser tetapi ujian genetik yang dibuat pada 2018 mengesahkannya bukan pembawa gen P53 seperti dua adik beradiknya.
“Pada mulanya kanser berada di tahap dua dan ia berpunca daripada hormon. Saya mengambil keputusan membuang payudara kanan dan ‘membinanya’ semula supaya ia tidak serius. Itu satu keputusan berat kerana ia adalah ‘mahkota’ kita sebagai seorang wanita.
“Kemudian doktor beritahu kanser saya berulang pada Mei lalu dan sudah berada di tahap empat selain merebak ke paru-paru,” katanya yang kehilangan kerja kerana penyakitnya itu.
Menurutnya, dia kini sudah membuat enam sesi kemoterapi dan menunggu untuk membuat pembedahan membuang ovari bagi mencegah kanser kembali kerana ia membabitkan hormon.
“Pembedahan ini akan melenyapkan hasrat saya memiliki anak sendiri. Ini realiti yang dilalui biarpun saya sendiri teringin mahu punya anak sendiri dan ia memang membuatkan saya sedih.
“Semua yang ada pada kita adalah milik Allah SWT dan apabila sedikit yang dipinjamkan itu diambil saya tetap bersyukur kerana Dia masih memberikan peluang saya bernafas.
“Siapa saya untuk mempersoalkan ketentuan-Nya jadi saya perlu positif dan bersemangat untuk melawan sakit ini. Allah SWT mahu lihat saya bersabar dan menerima ujian-Nya. Lagipun saya fikir dugaan mana lebih hebat dan jika dia boleh melaluinya kenapa tidak saya,” katanya.
Mingguan Wanita: Masya Allah, sungguh hebat dugaan buat wanita ini. Bukan mudah untuk berdepan sengan ujian sebegini, kehilangan suami dan anak-anak tersayang akibat penyakit kanser yang cukup ‘digeruni’. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan buat wanita ini dan diberikan kesembuhan buatnya.
Ternyata perubahan fizikal isteri selepas melahirkan anak bukanlah kekurangan, itu adalah pengorbanan.
Naik berat badan berkilo-kilo ketika mengandung, menanggung alahan sepanjang masa, seksa ketika melahirkan dan berpantang ternyata bukan sedikit pengorbanan seorang isteri lakukan.
Oleh itu sebagai suami hargailah dan berterima kasih dengan pengorbanan yang telah isteri lakukan. Mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan zuriat untuk suami adalah seberat-berat perkara yang isteri sanggup lakukan demi suami tercinta.
Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Jangan Pertikai Badan Isteri
Sedih sangat bila baca ada suami yang pertikai tubuh badan isteri selepas dah berderet bersalin dan melahirkan anak.
Tahu tak lebih 55 peratus wanita hamil akan dapat Striae Gravidarum ataupun kita panggil Stretch Marks di perut itu.
Itu belum masuk lagi perubahan yang lain. Patutnya setiap kali kita tengok parut dan perubahan badan isteri, kita rasa berterima kasih sangat.
Perubahan Fizikal Isteri Selepas Melahirkan Anak Bukanlah Kekurangan
“Ya Allah. Dengan setiap parut dan perubahan yang berada di tubuh isteriku ini, Engkau kurniakanlah pahala dan darjat yang tinggi di sisimu Ya Allah”.
Para isteri ini sudah tahu selepas bersalin nanti mungkin berat badannya akan bertambah, mungkin kulitnya bertukar kusam, mungkin parutnya akan kekal tetapi mereka tetap teruskan juga demi melahirkan zuriat suaminya.
Setidaknya berterima kasihlah. Jangan tengok sangat fizikal kerana perubahan fizikal isteri selepas melahirkan anak itu bukan kekurangan, itu adalah pengorbanan!
Taufiq Razif Sebak tengok ada yang mempertikaikan sebuah pengorbanan.
Mingguan Wanita : Tentu sedih seorang isteri pabila pengorbanannya tidak dihargai, apa lagi dipertikaikan bentuk tubuh tidak seperti sebelumnya. Tentu juga sangat mengguris hati. Renung-renungkan.
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
TERBARU!!!
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Fattah sering kongsi rindu anak & isteri, Pekin Ibrahim kongsi "bila masuk waktu dia minta nak solat terus. Sejak semalam kisah perceraian Fattah Amin...