Sumber/Foto: Instagram @catrionabrianross

Pelakon berdarah kacukan, Catriona Ross akui dia memanfaatkan masa lapangnya sepanjang PKP dengan menghasilkan video untuk menyampaikan pelbagai mesej penting berkenaan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagramnya ternyata mencuri perhatian ramai apabila dia menampilkan sketsa menggunakan dialek Kelantan menerusi karakter wanita kampung bernama Kak Kek Dari Pattani, Thailand.

Kak Kek Dari Pattani Melucukan

Seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus Online, Catriona akui tidak menyangka ideanya itu mendapat sambutan ramai.

Sumber/Foto: Instagram @catrionabrianross
Karakter Kak Kek Dari Pattani menghiburkan pengikut Catriona, Sumber/Foto: Instagram @catrionabrianross

‘Kalau Tak ada Benda Baik Nak Cakap, Lebih Baik Senyum Je’ Padu Pesan Mak Ayah Catriona Ross

Idea menghasilkan video tercetus secara spontan apabila anak perempuan saya teringin makan sejenis sate ikan yang dikenali sebagai LokChing di Thailand tetapi tidak lagi dijual kerana PKP.

“Jadi saya buat video tentang perkara tersebut dan kongsi dalam grup WhatsApp rakan-rakan. Mereka pula menyarankan saya untuk memuat-naik di Instagram (IG) kerana content itu sesuai dengan semua orang.

IKLAN

“Apa yang mengejutkan saya, video tersebut mendapat reaksi luar biasa daripada pengikut di IG yang rata-ratanya mengakui terhibur dan mahu saya menghasilkan lebih banyak video sebegitu.

‘Kak Kek’ Beri Kesedaran Bahaya Covid-19

“Video tersebut menjadi perhatian kerana menampilkan content semasa dan  disampaikan dengan karakter lucu menggunakan cara percakapan orang kampung yang dekat dengan kebanyakan kita.

“Dalam masa yang sama, mungkin ramai yang terkejut dengan sisi berbeza saya dalam video tersebut kerana sebelum ini orang kenal saya sebagai seorang seorang yang serius dan sentiasa menjaga perlakuan.

“Saya langsung tak menyangka pengikut di IG naik mendadak biarpun video tersebut dihasilkan bukan untuk tujuan itu. Apa pun, bila semakin pengikut, tanggungjawab saya jadi lebih besar untuk berkongsi perkara bermanfaat buat semua,” katanya.

IKLAN

Dilema PKP, Puasa Tetap Puasa

Sumber/Foto: Instagram @catrionabrianross

Bercerita tentang sambutan Ramadan yang disambut dalam keadaan yang cukup berbeza, malah tidak pernah dilalui sebelum ini, kata Catriona, dia percaya kepada hikmah yang datang bersama.

“Memang ramadan kali ini sangat berbeza untuk kita semua. Bagaimanapun, puasa tetap puasa dan kita boleh lalui situasi ini dengan cara dan rutin baharu.

“InsyaAllah Ramadan kali ini lebih tenang dan bemakna apabila tidak perlu lagi terkejar-kejar dengan perkara lain di luar. Malah semua aktiviti sepanjang bulan mulia ini kita lakukan bersama keluarga.

Cuma mungkin kita akan terasa dan rindu untuk solat terawih beramai-ramai di masjid sebagaimana kebiasaaan Ramadan sebelum ini,” akhiri Catriona.

IKLAN

Jawapan Catriona Ross Pada Netizen, Siap DM Tanya Beratnya Turun Sebab Pembedahan Ke Suntikan Ubat

Sumber: Sinar Plus Sinar Harian 

Sumber/Foto: Instagram @catrionabrianross