Sumber/Foto: Instagram syanie_hisham
Selama 7 jam bertarung nyawa di dalam dewan bedah Syanie menyatakan dia paling terharu, apabila ibu kesayangannya  Ruhanie Abd Rahman antara individu yang paling risau mengenai keadaannya dan tidak putus berzikir serta menunaikan solat sunat.
Akhirnya Syanie selamat menjalani pembedahan membuang rahim dan kedua-dua ovari pada 29 April yang lalu. Ya Allah, begitulah yang sukar diungkapkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. 
IBU Tidak Putus Berzikir & Lakukan Solat Sunat, 7 Jam Syanie BERTARUNG NYAWA Jalani Pembedahan
Bersama ibu dan ahli keluarga tersayang. Sumber/Foto: Instagram syanie_hisham
Seperti mana yang diluahkan di akaun Instagram peribadi miliknya @syanie_hisham pada tanggal 7 Mei lalu yang juga tarikh ulangtahunnya yang ke-46, pelakon itu memanjatkan rasa syukur apabila proses pembedahan berjalan dengan lancar meskipun terdapat beberapa komplikasi.

Bersyukur Selamat Jalani Pembedahan

IBU Tidak Putus Berzikir & Lakukan Solat Sunat, 7 Jam Syanie BERTARUNG NYAWA Jalani Pembedahan
Sumber/Foto: Instagram syanie_hisham

“It’s my birthday!!! Turning 46 today is a blessing. One might ask me why…let me tell you why.
Last month on the 29th of April I had to undergo a surgery, a surgery that I would have never have thought I would have to go through. I had problems with my ovaries and uterus. And it needed to be removed. Anyway, being my age and my size, I was really afraid…afraid of what could and would happen. Yes me… someone who has probably gone under the knife more than others. One would probably think…”oh she’s been there and done that” but seriously this time around it was totally different. My mindset was way at the bottom and I was thinking the worst most of the time.

“Thankfully I had my family especially my sister Ayin who kept on scolding me (her way of showing as if she is strong of which I know she was cracking inside too) and telling me to think positive and always have Allah SWT at heart. I had my mum, whom of course cried every time we spoke about surgery and all but the one thing that got me choked up was when she said “Syanie, money I can find but I can never find another daughter so don’t be sad but always think of Allah, zikir and selawat’ and of course all my other siblings bros..sis..BIL and SIL…all of them have their own way of showing their love to me and making sure I felt at ease. And my special person (u know who u are) who always makes me smile and always has something to say to ensure I felt good.
Then I have my relatives that always have their best interest for me, my close friends that constantly ask how I was doing and to stop thinking negatively.”

Akui setiap ahli keluarganya berasa sangat berdebar-debar sementara menantikan proses pembedahan selesai. Syanie dibedah di sebuah pusat perubatan swasta. Wanita ini juga memanjatkan rasa syukur apabila proses pembedahan berjalan dengan lancar meskipun terdapat beberapa komplikasi.

Antara Pembedahan Yang Sukar 

IBU Tidak Putus Berzikir & Lakukan Solat Sunat, 7 Jam Syanie BERTARUNG NYAWA Jalani Pembedahan
Sumber/Foto: Instagram syanie_hisham
Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, Syanie menerangkan;

“Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan buang rahim dan ovari dilakukan itu. Pembedahan yang disangka mengambil masa tiga jam, tapi selesai selama tujuh jam.

“Memandangkan hanya adik saya saja yang boleh teman di hospital dan diminta tunggu di wad, jadi seluruh keluarga amat risau dengan keadaan saya.

“Mereka kerap menghubungi dan menghantar mesej kepada adik  untuk mengetahui perkembangan kerana tidak menyangka proses pembedahan memakan masa yang lama.

IKLAN

“Sebenarnya,ketika pembedahan berlaku beberapa komplikasi seperti darah tak cukup dan ovari saya bernanah. Malah doktor yang merawat juga memaklumkan ini antara pembedahan yang paling sukar pernah dilakukannya,” ungkapnya.

Tidak Sangka Masalah Di Bahagian Ovari 20 Tahun Lalu Berulang Kembali

“Dua minggu sebelum dimasukkan ke hospital, saya mengalami masalah senggugut teruk dan demam panas hingga nekad membuat pemeriksaan di hospital kerana bimbang dengan keadaan diri.

IKLAN

“Lagipun 20 tahun lalu, saya pernah menjalani pembedahan membuang nanah di ovari kanan sebanyak satu liter. Jadi secara tidak langsung saya terfikir adakah masalah lama berulang lagi.

“Namun kali ini tak sangka apabila hasil pemeriksaan doktor memaklumkan ada tiga ketulan di bahagian rahim yang perlu dibuang dan kedua-dua ovari saya dijangkiti kuman,” luah Syanie.

IKLAN

Pelakon ini juga menganggap segala yang berlaku adalah ujian dari Allah SWT dan reda dengan segala yang berlaku.

MW mendoakan  agar Syanie segera pulih dan tabah dalam mengharungi kehidupan.

Sumber/Foto: Instagram syanie_hisham

Sumber: Harian Metro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI