Sepatutnya Selepas Berkahwin, Privasi Peribadi Suami Jadi Milik Isteri Juga

Bukan nak hasut suruh jadi isteri yang ‘paranoid’. Cuma berhentilah jadi isteri yang mudah kena tipu dek suami. Lagi-lagi suami yang selalu guna kesempatan, ‘dia juga mahukan privasi’ dalam kehidupan sehariannya.

Betul apa kata BroOhsem, Akhtar Syamir ini. Bila dah berumah tangga, privasi itu sudah jadi milik bersama. Kerana sehebat manapun six sense isteri, suami licik tetap bijak memutar autanya.

Isteri, Berhentilah Ditipu Suami

Saya tak faham kenapa isteri yang dah ditipu berkali – kali ini masih lagi setia tak bertempat? Baru – baru ini kecoh lagi pasal penyanyi lelaki tu.

Curang ini adalah penyakit. Ia bukanlah satu kesilapan, tetapi ianya adalah kesalahan. Pilihan itu dibuat tuan empunya badan, bukan tanpa disengajakan.

Bukan tiba – tiba boleh terus menjalinkan hubungan dengan orang lain. Ya, bukan tiba – tiba boleh mesej tanya khabar bersayang – sayang bagai. Bukan tiba – tiba boleh keluar bersama. Bukan tiba – tiba boleh terlanjur.

Jangan salahkan “bertepuk sebelah tangan tak jadi”. Habis sibuk nak tarik rambut orang lain sedangkan suami sendiri yang menggatal.

Orang yang nak ditarik rambut tu hanya sekadar pelengkap je kepada kecurangan, kalau suami sendiri tidak sengaja mencari cinta lain, memang takkan jadi apa – apa. Kalau bukan dengan dia, dengan orang lain dia akan buat.

Masalah besarnya ialah bila benda yang sama berulang – ulang. Dari sini kita dah tahu yang dia tidak mahu berubah. Anda di rumah sibuk menjaga anak, suami sibuk melayan perempuan lain. Kalau dia betul – betul mahu berubah, dia pasti tidak akan ulanginya lagi.

 

IKLAN

Sepatutnya Selepas Berkahwin, Privasi Peribadi Suami Jadi Milik Isteri Juga

Bila Privasi Suami Salah Ertikan

Ini semua terjadi bila privasi disalahertikan. Nak sangat beri privasi kepada suami. Hormat kononnya. Sedangkan sepatutnya selepas berkahwin itu, privasi peribadi sepatutnya sudah jadi privasi bersama. Bukan dikekalkan lagi seperti sebelum berkahwin.

Sekali lagi saya tekankan. Jika suami anda tidak beri anda lihat telefon dia, pasti ada yang dirahsiakannya. Sama juga dengan isteri.

Dan sekali lagi saya tekankan, isteri yang tidak mahu melihat aktiviti suami di telefonnya adalah orang yang sentiasa takut dan menipu diri sendiri. Akhirnya, telan sahaja pahit itu sampai ke tua. Nanti bila dah tua, lagi tiada pilihan lain selain menjadi orang yang tidak sepenting dahulu.

Jadilah isteri yang bijak. Jangan letak diri anda di tempat yang bakal menjadikan diri anda tidak bermakna.

IKLAN

Jangan yakin sangat dengan “sixth sense” seorang isteri kononnya boleh hidu itu ini. Anda tidak tahu selicik mana suami anda sebenarnya. Berhentilah kena tipu. Ambil tahu apa yang suami anda lakukan. Cegah sebelum terlambat.

Jangan Sampai Terpaksa Hadap 2 Situasi Sukar Ini

Ada dua situasi ini, cuba anda pilih.

Situasi 1 : Anda tahu suami telah mula menggatal, anda marah dia dan warning supaya jangan perkara itu berulang lagi serta sama – sama perbaiki hubungan sedia ada.

Atau

Situasi 2 : Anda hanya tahu mengenai bini kedua suami setelah kelahiran anak ketiga madu anda.

IKLAN

Apa pilihan anda? Mencegah sememangnya lebih baik dari merawat. Hati yang dah dikelar pasti akan meninggalkan kesan. Hubungan pasti tidak akan sebaik dahulu.

Jika suami jenis yang memang tidak mahu berubah, dah kantoi 3, 4 kali dah pun, jangan berdiam diri. Sila ke pejabat Agama secepat mungkin. Dapatkan bantuan mereka yang arif dalam hal ini.

Sampai bila anda nak hidup dalam penipuan? Mudah sahaja ditipu suami sendiri dan menipu diri sendiri. Anda tidak bahagia sebenarnya. Berhenti kata pada diri sendiri yang anda bahagia sedangkan suami sedang asyik melayan perempuan lain.

Sedarlah sebelum terlambat. Cegahlah sebelum terlewat.

Semoga penulisan ini dapat membuka mata isteri yang dibuli suami yang curang ini. Kongsilah penulisan ini, saya yakin ramai yang sedang menjadi mangsa.

Sumber/Foto : Akhtar Syamir, penulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI