‘Sepanjang Tempoh Edah Mama Patuh.. Kuat’ Kentalnya Ibu Dr Norzizi Zulkifli

Diam tak diam, dekat lima bulan pelakon veteran, Allahyarham Datuk Zulkifli Zain, 76 telah meninggalkan ahli keluarga untuk selamanya. Akui anak sulungnya, Dr Norzizi Zulkifli, ibunya yang juga pelakon veteran terkenal, Datin Normala Omar begitu kental hatinya.

Sebaik arwah suami meninggalkannya, Normala tahu yang edah sudah jatuh ke atas dirinya. Ibunya patuh dalam tempoh edah. Malah, sewaktu dia mengajak ibu ke kubur arwah ayah di hari pengebumian.. ibunya menolak pelawaan.

Kata Dr Norzizi dalam instagramnya, “Minggu lalu, tamatlah edah buat Mama selepas pemergian arwah Papa. Mama sangat kuat dan patuh. Malahan kubur juga tidak dia pergi di hari pengembumian.

Masa jenazah Papa di bawa keluar, saya “Ma, Jom
Hangpa pi lah. Mama tak boleh pi. Dah start edah.”

Saya nak memujuk lagi, tapi saya tak jadi. Dan betullah tu.
Tapi saya juga bergegas tidak mahu ketinggalan mengiringi jenazah Papa, berlari keluar rumah dan saya tak tau kereta mana aje yang dah ada untuk saya tumpang, ternyata saya berlari keluar je saya dengar suara melaung memanggil “Zizi,nak naik van jenazah?”
Alhamdulillah!! Peluang emas!” Saya berlari masuk ke van, saya pikir mama sungguh kuat.

IKLAN

Mama Patuh Edah – Dr Norzizi

Kalau hati saya, saya nak tengok semuanya! Mama PATUH. Alhamdulillah. Sepanjang tempoh edah Mama memang kuat. Ygan lebih teruk nangis is anak-anak dia.

Banyak soalan-soalan saya bertanyakan Mama dan dia redha akan pemergian ini. Dan dia control mind dia. Bila dia nak rasa sedih, dia akan shift minda.

IKLAN

Buat apa nak sedih. Papa penyudahnya yang baik dan dia dah di tempat yang lebih baik. Kita ni yang belum tahu macam mana,” Hebat Normala Omar. Hati kental! Alhamdulillah dalam lindungan Allah.

Allahyarham meninggal dunia pada 5 September 2020, meninggalkan isteri dan lima orang anak-anaknya, Norzizi, Norzaza, Norzazila, Nozazleen dan Mohd Noor Zabaiq.

IKLAN

Sekitar Ramadan 2016, Normala alami patah kaki kiri akibar terjatuh dari katil sehingga menyebabkannya tak dapat bergerak untuk menjaga suami sewaktu suami sakit.

“3 tip dari mama, kalau bergaduh dengan suami..” Dr Norzizi Zulkifli pegang kemas pesan Datin Normala Omar.

MW : Secebis kisah yang boleh dijadikan panduan untuk para isteri menjaga edah selepas berlaku penceraian atau kematian suami.

Sumber/Foto : Norzizi Zulkifli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI