Pengacara cantik yang begitu ramah, Dayah Bakar telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki petang semalam.
Dayah atau nama lengkapnya Nurhidayah Abu Bakar, 31, bersalin menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, dengan ditemani ibu dan keluarga.
Difahamkan suami Dayah, Muhammad Hanif Hamidi yang juga merupakan seorang pegawai tentera tidak dapat berada di sisi menyambut kelahiran tersebut kerana bertugas di Australia.
Berkongsi kisah gembira tersebut di akaun Instagram miliknya, Dayah menulis;
“Alhamdulillah.. saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2.23 petang tadi tadi.
“Both mommy and baby doing fine, Alhamdulillah,”beritahu Dayah.
Titipkan Doa
Pengacara rancangan Borak Kopitiam itu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang menitipkan doa buat dirinya dan bayi yang baru sahaja dilahirkan.
IKLAN
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami. Sehingga saat ini, saya masih tak percaya that little baby is already out.
“Macam mimpi. Indescribable feeling masha-ALLAH. Syukur Alhamdulillah,” luahnya penuh syukur.
Untuk rekod Dayah dan Muhammad Hanif mendirikan rumah tangga pada Jun 2018.
Anugerah Terindah
Sehari sebelum melahirkan, Dayah juga berkongsi luahannya yang terpaksa berjauhan dengan suami tercinta yang juga seorang perajurit.
IKLAN
“Perjuangan ini bukan milikku sahaja,
bukan juga milik kamu,
tapi milik kita bertiga ….
Dalam kejauhan dan perjalanan panjang yang tidak terduga, dari awal kehamilan hingga sudah hampir sampai ke penghujungnya, disini kita. Masih tidak dapat menatap mata, tak berpeluang merasa hebatnya pergerakan si kecil dengan sentuhan seperti yang diimpikan, tetapi percayalah, pasti besar rahsia hikmah dan ganjaran yang Allah sediakan 🤲🏻
IKLAN
Sehingga waktu kita bertemu kembali dengan anugerah terindah, in sha Allah🤍
Untuk yang membaca, mohon kalian mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk saya dan little bb. Semoga Allah membalas kebaikan kalian yang tak putus mendoakan . Terima kasih 🙏🏻🤍
P/s : This photo was taken separately malaysia 🇲🇾 🇦🇺 Thank you to @zaidiel_afiqie for making it happen for us 📸”
Ramai yang mengetahui bahawa penyanyi Elyana menghidap penyakit Kanser Limfoma tahap 4. Semangat juangnya melawan kanser dengan menjalani rawatan dan sentiasa bersikap positif serta ceria amat wajar dijadikan inspirasi buat wanita lain.
Terbaru, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31, memberitahu doktor memaklumkan barah limfoma itu sudah dikesan di sekitar saraf tunjangnya.Selain pernah menjalani rawatan kimoterapi sebelum ini, penyanyi ini memaklumkan buat pertama kalinya dia bakal menjalani rawatan radioterapi di sebuah hospital di ibu negara bermula kelmarin.
“Doktor sudah berjumpa saya dan sekejap lagi saya akan mulakan sesi rawatan radioterapi.
“Ini kali pertama saya menjalani rawatan ini, tak pernah lagi sebab selama ini saya hanya buat kemoterapi.
“Doktor cakap saya punya lymph nodes dah ada kat saraf tunjang, kalau saya tak buat apa-apa boleh menyebabkan lumpuh,” katanya yang bakal menjalani 10 kali sesi rawatan itu.
Kesan Radioterapi
Radioterapi atau terapi sinaran merupakan satu kaedah perubatan untuk merawat dan mengawal sel-sel barah.Setelah menjalani rawatan radioterapi penyanyi lagu Kalis Rindu ini juga ada berkongsi perasaan serta kesan yang dihadapinya di Instastory laman Instagram miliknya. Antaranya kesannya rasa lesu dan penat,rasa pening nak muntah dan loya seperti jalani kimoterapi.Bibirnya juga jadi kering, pecah-pecah.
Bagi Elyana rawatan kimoterapi menyebabkan kesan lebih teruk pada dirinya iaitu muntah teruk dan tiada selera makan berbulan-bulan berbanding rawatan radioterapi ini.Namun baginya ia perkara biasa dan hanya perlu banyakkan bersabar.
Sebelum ini, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser tahap empat ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada meneruskan pertandingan program Gegar Vaganza tahun lalu.
Elyana berkata, dia disahkan menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu dan pernah menjalani kemoterapi antara 5 hingga 7 kali sejak 2014.
Ramai Beri Sokongan & Mendoakan Kesejahteraan
Dalam pada itu, Elyana turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesihatannya.
“Ramai yang mesej bagi doa semangat, terima kasih banyak kepada semua, walau tak dapat balas satu-satu tapi saya baca semua.
“Ada pesakit kronik yang mesej, saya selalu bagi semangat. Alhamdullilah, saya happy sangat sebab saya fikir dalam tak langsung saya bermanfaat untuk orang lain,” ujarnya.
Tidak kurang ramai rakan selebriti yang datang menziarahi Elyana di hospital serta turut memberikan kata-kata sokongan. Antaranya Betty Rahmat, Anne Ngasri, Sherry Ibrahim dan Hatta Dolmat.
Mingguan Wanita mendoakan agar Elyana terus berjuang dan tidak berputus asa untuk melawan kanser ini. Semoga cepat sembuh, diberikan kesihatan terbaik serta kekal positif iya.
Pada usia perkahwinan menjangkau empat tahun, rumah tangga Amiza Binti Abdul Rahman, 32 diuji sehingga membawa kepada penceraian. Memisahkan ibu ini dengan 2 orang anaknya, yang ketika itu berusia 3 tahun dan 11 bulan (masih menyusu badan)
“Perpisahan yang bukan sahaja memisahkan saya dengan suami tapi juga memisahkan sayadengan anak-anak. Bekas suami sangat mahukan hak penjagaan anak-anak.
“Ketika itu saya hanya memikirkan kebajikananak-anak di mana saya tiada pekerjaan tetap dan tiada simpanan jadi saya bersetuju menyerahkan hakpenjagaan kepada bekas suami manakala saya diberikan hak lawatan.
“Saya juga tidak mahu emosi anak-anak terjejas lantaran perebutan hak jagaan mereka antara kami lalusaya mengalah dan redha melepaskan anak-anak kepada suami.
“Saya yakin ayah mereka sangat menyayangi mereka dan boleh menjaga anak-anak dengan baik.” Luah ibu kepada dua cahaya mata Adam Rizqi, 4 dan Ainul Mardiah, 2.
Cara Ibu Ini Melupakan Kerinduan Yang Menebal
Pasangan ini berpisah pada bulan Januari 2017. Waktu itu anak-anak mereka masih kecil dan tak faham sepenuhnya pergolakan yang berlaku antara ayah dan ibu mereka.
“Anak-anak diambil dari saya sejak bulan Disember 2016, pada awalnya saya ibarat ibu kucingkehilangan anak namun berbekalkan sokongan keluarga dan sahabat saya bangkit tak lama selepas itu.
“Saya sibukkan diri demi mengalihkan fokus dari terlalu memikirkan dan merindui anak-anak. Sayamenyambung tugas mengajar sebagai home tutor di bawah pengurusan agensi saya sendiri iaitu RizqiIlmu Home Learning.
“Dalam masa sama menawarkan diri menjadi cikgu sukarelawan di rumah anak-anak yatim selain menyibukkan diri ke kelas mengaji al-Quran dan majlis ilmu.
“Waktu berpisah Adam Rizqi berumur 3 tahun dan Ainul Mardiah berusia 11 bulan dan masih menyusubadan. Ketika itu, masa saya terisi namun ada sesuatu dalam hati yang masih saya genggam dan saya rasa menderita.
“Saya masih ada perasaan marah, dendam, benci dan sakit hati dengan takdir yang telah berlaku. Saya belum benar-benar move on.”
Sehinggalah kemudiannya pada Ogos 2017, Amiza menyertai Program Ehati Coach Mentoring (ECM) sebagai pelapis ehati coach di bawah bimbingan Puan Diyana Tahir sebagai salah satu usaha untuk bangkit berdamai dengan ujian hidup dan mencari ketenangan hati.
“Saya berlatih membangunkan hati agar penuh kesyukuran, kemaafan dan kasih sayang juga belajarmenerima takdir hidup saya dengan berlapang dada dan bersangka baik dengan Allah SWT.
“Menerusi ECM saya menemui panggilan jiwa saya iaitu apa yang ingin saya lakukan dalam kehidupansingkat saya di dunia ini.
“Saya ingin hidup dengan memberi manfaat dan inspirasi kepada wanita yang diuji dengan penceraian melalui modul latihan hati yang komprehensif iaitu DVD 21 hari Ajari Hatiku dan Personal Coaching.
“Berazam agar semua hati yang lelah diuji dengan pelbagai masalah dan ujian kehidupan, merasai dan menikmati ujian sebagai hadiah dari Allah SWT yang penuh hikmah dan nikmat.”
Sebab itu, Amiza percaya penceraian bukanlah suatu penamat kepada kehidupan, melainkan suatu permulaan kepada kehidupan yang lebih baik, bahagia dan bermakna.
Temui Kembali Diri Yang HILANG
Amiza melihat penceraian bukanlah satu musibah tapi hadiah yang terkandung 1001 hikmah yang wajib disyukuri. Allah SWT menguji dirinya kerana sayang dan ujian Nya adalah sangat sesuai dengan kemampuan diri menghadapinya dan Amiza juga bersyukurlah menjadi insan terpilih menerima ujian penceraian ini.
“Ketiadaan anak-anak bersama memberi ruang kepada saya memperbaiki diri, ekonomi dan kewangansaya. Saya mengali semula potensi diri yang ada dalam diri saya yang hilang kerana kurang keyakinandiri semasa dalam perkahwinan.
“Saya juga sibuk memenuhkan masa dengan mengajar tuisyen dan membantu memberi sokongan moral dan motivasi kepada wanita melalui online di media sosial dan personal coaching.
“Perkhidmatan home tuition ini telah saya usahakan semasa hidup bersama bekas suami dahulu, jadisekarang saya cuma menambah baik dari segi pengurusan.
“Manakala perkhidmatan ehati coaching baru dimulakan sejak September tahun lalu dan masih di bawah pemantauan Ehati International Sdn Bhd selama dua tahun.
“Ketika ini saya masih bergerak sendiri menguruskan kedua-dua perkhidmatan saya. Perancanganterdekat saya ialah untuk memiliki pejabat dan beberapa staf sokongan untuk saya melebarkan sayapdengan lebih proaktif sebagai pelapis ehati coach.
“Semoga semua perancangan berjalan lancar dan berjaya. Alhamdulillah, saya beruntung kerana keluarga terutamanya ibu, Wan Zainab Wahab sangat membantu proses kebangkitan saya. Mereka sentiasa ada di sisi saya memberikan sokongan moral tanpa jemu.
“Malah berada dalam lingkungan sahabat terutamanya keluarga ehati yang sangat positif dan salingmemberikan sokongan sangat menjadikan saya lebih kuat, terus kuat dan sentiasa kuat.
“Juga mentor saya iaitu Puan Diyana Tahir yang selalu menasihati dan membakar semangat saya untukterus berjuang demi anak-anak dan masa depan yang lebih baik.
“Betapa bersyukurnya saya saat terpisah dengan insan tersayang, Allah menghadirkan dan menggantikan dengan lebih ramai insan-insan yang sangat baik untuk menemani saya.
Rindu Anak-anak Terus Menebal, Tapi Saya Berjaya Kawal
“Cabaran saya mungkin tak sama dengan ibu tunggal yang lain, saya sangat bergelut dengan perasaan rindu terhadap Adam dan Ainul kerana susah mendapat kerjasama yang baik untuk melawat mereka.
“Namun ianya menjadi pemangkin untuk saya terus berjuang mengubah dan meningkatkan taraf hidupsaya kerana saya yakin suatu masa yang tepat kami bertiga akan bersama semula,” kata Amiza.
“Apabila saya belajar membangunkan kesyukuran dan menjadi lebih positif, rasanya hidup saya kinidipenuhi pengalaman manis. Saya ada pelajar-pelajar tuisyen yang menyayangi saya.
“Saya boleh melakukan hobi seperti mendaki bukit dan menari bersama rakan-rakan. Walaupun kerinduan terhadap Adam dan Ainul sering bertandang, tapi saya mampu menangani emosi saya dengan lebih bijaksana dan matang.”
Foto : Amiza Abdul Rahman
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebak membaca coretan hati ibu pelakon filem Munafik dan One Two Jaga, Izuan Fitri, 19. Ibu Izuan Fitri, Nor Abdul Rani menitipkan doa semoga anak kembarnya yang mengalami penyakit tibi atau batuk kering segera membuka mata dan kembali berbicara seperti selalu.
“Bangunlah anakku, bangunlah kesayanganku. Bukalah matamu, senyumlah. Ucapkan kata seperti selalu ‘Mommy.. hai Mama.. selamat pagi.”
Namun, ketika ini anaknya itu masih lagi tidak sedarkan diri. Maklum abang kembarnya, Izuan Fikri, 19 adiknya yang dikejarkan ke hospital pada 31 Julai lalu masih belum sedarkan diri.
Menerusi pemeriksaan doktor, penyakit tibi yang adiknya hidapi sejak dua tahun lalu dah mula menyerang bahagian otak.
Sebelumnya, Izuan Fitri alami kebas tangan dan kaki hingga tak boleh bergerak ke tandas. Waktu adiknya hubungi, dia dan kakaknya berada di pusat suntikan vaksin untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Sebaik sampai di rumah, segera dia bawa adiknya ke hospital. Dalam perjalanan itulah adiknya diserang sawan.
“Ya Allah sesungguhnya Kau Maha Mengetahui akan sesuatu.. Yang mana baik untuk setiap hamba-hambaMu..!! Kami tetap memohon keampunan Mu dari setiap dan segala dosa-dosa yang kami perbuat. Kau ampuni lah kami.. kau ampuni lah ankaku. Hanya pada Mu aku serahkan. Takdir Mu untuk anakku. Kau pelihara lah anakku Mohamad Izuan Fitri dari segala kesengsaraan. Dari segala penderitaan.. dari segala kegelisahan. Kau kuat kan la semangat nya Ya Allah!!
Titipan Doa Dari Pengarah Sabri Yunus
“Izuan Fitri.. pelakon remaja yang berbakat besar. Dia Butak yang degil dan berani.. yang nakal dan budiman. Dikhabarkan berita duka bahawa Izuan kini sedang berjuang dengan hidup di hospital Selayang.. mari berdoa untuk adik ini.”
*Dia berjuang melawan kuman tibi yang bersarang hingga pada otaknya.
***Foto ini saya rakam tanpa dia sedar di atas kapal korek , Batu Gajah masa shooting filem Butak.
Mingguan Wanita :Semoga Izuan Fitri kembali sedar dan keluarganya dipermudahkan urusan.
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...