Biarpun rumah tangga telah menemui jalan buntu, mak-mak harus bijak mengawal emosi. Jangan kerana terlalu terdesak untuk bercerai, mak-mak sanggup lakukan apa saja agar mendapat penyelesaian dalam rumah tangga.

Bimbang memakan diri jika mak-mak terlalu mengikut kata hati. Ikuti perkongsian peguam syarie, Rabiatul Adawiyah Ramli agar mak-mak tidak terlalu mengikut emosi dalam membuat keputusan untuk bercerai.

𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗡𝗮𝗸 𝗕𝗲𝗿𝗰𝗲𝗿𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗕𝗶𝗷𝗮𝗸 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗘𝗺𝗼𝘀𝗶.

Siapa sangka rumah tangga yang dibina dengan akad nikah yang penuh meriah, majlis yang besar-besaran berakhir dengan perceraian. Siapa yang mahukan perkahwinan diuji dengan pelbagai bentuk ujian.

Siapa yang mahu ini semua berlaku dalam diri. Namun perlu dingat kembali, jika sudah tidak ada lagi jalan penyelesaian, segala usaha telah dibuat untuk dibaikpulihkan hubungan tetapi keadaan masih sama bahkan masih tetap diuji, maka bersabarlah kerana jodoh hanya setekat itu sahaja.

Jangan disalahkan diri sendiri, jangan disalahkan juga pihak yang satu lagi. Masing-masing perlu muhasabah diri.

Jadi jika perceraian adalah pilihan yang terakhir yang terpaksa diambil, suka saya ingatkan supaya bijak mengawal emosi saat hubungan dihujung tanduk. Jangan dek kerana emosi menguasai diri, habis makan diri sendiri.

Kawal Emosi Sebaiknya

Ini antara situasi yang biasa berlaku.

IKLAN

Antaranya apabila si isteri ingin menuntut penceraian di atas alasan-alasan yang dibenarkan syarak, namun si suami meletakkan syarat jika ingin diceraikan, yang mana si isteri ini tadi mungkin sudah tidak sanggup lagi untuk terus kekal dalam hubungan suami isteri jadi sanggup terima syarat-syarat yang tidak masuk akal.

Contoh : Sanggup bayar RM 80k demi membubarkan perkahwinannya dengan suami ataupun syarat yang lain, si isteri bersetuju untuk gugurkan hak nafkah iddah, nafkah mutaah, harta sepencarian dan hak jagaan anak, kalau hendak dilepaskan ikatan perkahwinan itu tadi.

Ingat Nasihat Ini

Dalam situasi di atas, saya nasihatkan pada isteri-isteri di luar sana yang baru berkahwin ke, yang sudah lama berkahwin ke, yang akan berkahwin ke atau kenalan-kenalan yang keadaannya begini ini tolong ingat dan sampaikan nasihat saya ini.

Jika anda bukanlah punca kepada keretakan rumah tangga tersebut tolong jangan bersetuju dengan syarat-syarat yang tidak masuk akal itu. Andai anda redha sekalipun untuk mengugurkan Hak Nafkah Iddah, Hak Mutaah itu sebab tak mahu drag masa sekalipun biarlah kita beritahu mahkamah apa alasan kita untuk bercerai, janganlah nanti di mahkamah hanya letakkan alasan kononnya tidak ada persefahaman.

IKLAN

Tegakkan Hak Isteri

PLEASE JANGAN! Sebab kepada tiada sefahaman melibatkan diri kita sebagai seorang isteri walhal siapa yang menjadikan sefahaman itu tiada, siapa?

Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, jadi kalau tak kena tampar seorang ini takkan rasa sakit. OK??

Jadi jangan buat macam itu. Jika anda buat begitu, seolah-olah anda sedang memberitahu dunia bahawa kesilapan atau punca perceraian adalah disebabkan diri anda.

Jadi tegakkan hak anda, sebab talak bukannya hanya ada suami sahaja, tapi talak itu juga ada pada mahkamah, mahkamah yang berhak untuk membubarkan perkahwinan suami isteri itu tanpa perlukan persetujuan dari si suami pun berdasarkan bukti-bukti yang ada.

Jadi sebagai wanita tolong ya saya nasihatkan pada wanita-wanita tolong jangan sesekali ambil risiko untuk setuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan kalau nak cerai-cerai saja.

IKLAN

JANGAN MEMANDAI-MANDAI IKUT EMOSI.

Kalau nak pertahankan rumah tangga, pertahankanlah SABAR ITU INDAH. Insyallah Allah sabar itu indah kalau tidak dapat di dunia dapat di akhirat tapi peritlah, perit sangat tapi undang-undang itu ada undang-udang dunia ada undang-undang Allah lebih adil.

Itu sahaja nasihat saya dan perkongsian saya untuk wanita hari ini. Kongsikan ia pada teman-teman yang ada sekiranya bermanfaat moga membawa Rahmat.

#RabiatulAdawiyahRamli

MW: Jika penceraikan sahaja jalan penyelesaian, bercerailah secara baik dan jangan terlalu mengikut emosi. Pertahankan hak wanita sebaiknya.

Sumber: Rabiatul Adawiyah Ramli

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI