Bukan Sebab Hamil, Gara-gara Rawat Gegata, Feeya Iskandar Kena Duduk Wad CCU

Jangan main-main dengan gatal gegata ini. Bila dia mula serang satu badan, gatalnya merenyam habis. Petua sapu-sapu pun kadang tak jalan. Lebih baiklah dapatkan rawatan yang betul.

Pengalaman kena gegata ini dilalui penyampai radio Feeya Iskandar atau Cik Piah. Bila gatal gegata tu dah hilang, ada benda lain pula yang Cik Piah alami hinggakan perlu diwadkan dekat critical care unit (CCU).

Tapi lain yang jadi, netizen buat spekulasi kata Cik Piah hamil. Ini penjelasan Cik Piah atau nama sebenarnya, Nor Shafiza Iskandar Azizan, 30.

 

Bukan Sebab Hamil, Gara-gara Rawat Gegata, Feeya Iskandar Kena Duduk Wad CCU

Lepas Gegata Hilang, Jadi Sesak Nafas

Ini antara pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kena duduk wad CCU okey, disebabkan sesak nafas.”

Pada mulanya, Cik Piah ke klinik kerana kena gegata satu badan.

Bayangkan lah gatalnya macam mana? Allergic sebab salah makan ke apa. So, mintak doktor inject. Lepas itu memang hilang terus gegata tu.”

IKLAN

Tup-tup lepas tu, kepala terus pusing-pusing. Rasa nak pitam. Terus rasa susah nak bernafas. Terfikir waktu tu, sebelum nak gi injection tu memang tak sempat breakfast. Perut kosong.”

Mungkin jugak tindak balas ubat tu kot. Teruslah husband bawak gi hospital.”

 

Bukan Sebab Hamil, Gara-gara Rawat Gegata, Feeya Iskandar Kena Duduk Wad CCU

Benda-benda Macam Ni, Puncanya Sikit Je..

Sampai-sampai check pulak tekanan darah rendah. Tapi bila dia kasi neb tu lega rasanya. Oksigen waktu tu pun rendah.”

IKLAN

So kenalah duduk CCU.”

Jadi, janganlah memain dengan benda-benda macam ni. Puncanya sikit je.. nak hilangkan gatal. Tapi sudahnya mendapat kau duduk CCU.” Tulis ibu kepada 2 orang anak lelaki ini, Adam Malique dan Nuh Aryyan.

Cik Piah Bukan Hamil Ya..

Kadangkala tanpa sengaja kita terbuat spekulasi. Gambaran yang tidak betul hanya dengan dengar cerita cakap-cakap orang ini.

Dan itulah yang Cik Piah hadapi bilamana netizen sok sek kata Cik Piah hamil. Padahal Cik Piah rawat gegata je.

IKLAN

Jadi desas desus yang kata Cik Piah pregnant lagi tu dan ucap tahniah, anda silap. Jangan buat sebarang spekulasi tanpa anda ketahui keadaan sebenar ya.”

Tak pasti jangan kongsi. Terima kasih yang mendoakan saya.” Tegas isteri kepada Nurashid Wahab ini.

 

Bukan Sebab Hamil, Gara-gara Rawat Gegata, Feeya Iskandar Kena Duduk Wad CCU
Antara contoh gegata. Kredit foto : infosantai.com

 

Info MW : Gegata ini ruam yang sangat gatal, perit dan membengkak (saiz yang berbeza) yang timbul di mana-mana bahagian badan secara tiba-tiba.

Gegata juga boleh disebabkan oleh alahan. Misalnya, alergik dengan ubat terutamanya ubat tahan sakit dan antibiotik.

Sumber/Foto : Feeya Iskandar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI