Sayuran hijau Bok choy atau lebih dikenali pak choy mempunyai khasiat yang tersendiri. Sayur pak choy sedap ditumis dengan udang mahupun di celur dan dicurahkan sos tiram bawang putih.Mempunyai daun lebar hijau seperti sayur sawi, namun rasanya lebih manis dan rangup.
Jika suka berkebun dan nak tanam sendiri sayur Pak choy ni, boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Liyana Mohd Poad sebagai rujukan. Tip penting semai Pakchoy selepas keluar daun PENTING bagi ‘Direct’ cahaya matahari jamĀ 8pagi hingga 12 tengahari. Selepas 3 minggu ditanam pakchoy sudah boleh dituai hasilnya.
Cara Tanam Pakchoy
1. Sediakan tanah 6 in 1 dan sekam mentah @cocopeat sebagai media semaian.
2. Masukkan tanah ke dalam besen.Tanam benih pakchoy lebih kurang 0.5cm.
3. Letak di tempat teduh selama 3 hari.
4. Spray sahaja pagi dan petang dalam tempoh semaian ni. Kalau nak siram just siram-siram manja. Jangan terlebih air.
5. Selepas keluar daun, beri cahaya 8-12. Ini sangat-sangat penting. Semaian benih yang tumbuh dengan baik tidak kurus dan tinggi atau kutilang sebaliknya gemuk dan rendah.
6. Selepas dua minggu pindahkan anak pakchoy ke tempat lain untuk ditanam.
Ads
7. Sediakan media tanaman 6 in 1, sekam mentah, cocopeat dan pasir. Pindahkan satu satu.Beri full sunlight. Selepas seminggu baru baja.Saya guna tinja kambing dan baja kopi sahaja untuk pakchoy.
8.Selepas 3 minggu ditanam, pakchoy sudah boleh dituai. Jika pakchoy berusia lebih daripada 2 bulan, sayur yang dipetik sudah tua dan batangnya mnjadi keras serta tidak rangup.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Jantung pisang memang sedap dibuat ulaman. Di rebus begitu sahaja dan dicicah dengan sambal belacan. Namun begitu jika salah tekniknya membuatnya jantung pisang ini berbirat hitam dan lebam kerana getahnya. Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan jantung pisang ini putih melepak selepas direbus.
Siapa sangka dengan menyiram tanaman setiap hari menggunakan baja yakult dan telur, daunnya jadi lebar, pucuk semakin meninggi dan bunga pun makin meriah! Memang seronok lihat tanaman semakin subur apabila menggunakan baja yang boleh dibuat sendiri di rumah ni.
Boleh ikut cara buat baja yakult telur seperti yang dikongsikan oleh Puan Muniyati Mohamad ini.
Jom buat baja yakult + telur. Cuma guna sebotol yakult dengan 2 biji. Telur tu saiz apa pon tak pa.Kalau nak buat kuantiti banyak, pandai-pandai la adjust nisbah dia.
Bahan-Bahan:
1 Botol Yakult
2 Biji Telur
Air Hujan/ Air Tapis/Air Basuhan Beras/Air Paip
Botol Spray
Artikel Menarik:Siram Baja Roti Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!
Cara Membuat:
1. Campur telur dengan yakult dalam satu bekas yang boleh tutup rapat. Campur dan goncang-goncang.
2. Peram dalam 3 hari. Selepas 3 hari boleh la ambil 2-3 sudu peraman campur dengan 1 liter air.
3. Lagi best campur dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras, tapi kalau dah tak dak, buh air paip pon boleh.
4. Dah masuk dalam botol spray, yang balance tu boleh simpan dalam peti ais. Tapi jangan duk buat minum pulak.
5. Kalau nak siram ke tanah pun sama ja. Campur selepas itu siram.
Info Ekstra!
Segala jenih pokok boleh. Pokok bunga, pokok sayuq, pokok buah. Spray ja, siram ja. Kekerapan siraman bergantung pada kerajinan masing-masing.
Spray/ siram pagi-pagi nah. Selalu pokok bunga saya spray, pokok sayur saya siram.
Tu hasil dalam seminggu lebih kena spray/siram. Daun dia mak ai besaq gedabak. Pucuk mencacak naik. Bunga pun makin meriah. Buah pon tembun-tembun.
Indoor plant saya tak letak..hehe paham-paham la kenapa yer..bau asham sikit ayaq ni.
Mingguan Wanita:Jika ada bercucuk tanam di rumah boleh cuba buat sendiri baja yakult telur ni. Tanaman elok subur, daun lebar, bunga meriah, buah pun besar!
Bila anak demam, perkara pertama yang mak-mak akan buat adalah guna tuala basah untuk diletakkan di atas kepala atau dahi anak. Maklum, hati mak-mak memang tak tenang. Risaunya tak payah cakap. Kalau boleh biarlah demam tu beralih pada mak.
Selalunya, kalau anak demam, mak-mak pasti akan basahkan tuala dan tepek atas kepala atau dahi anak. Kononnya dapat kurangkan haba panas dalam badan anak. Sementelah ada juga mak ayah bila demam akan selubung satu badan supaya haba panas keluar.
Tak kurang juga, ada mak-mak akan mandikan anak bila tengok suhu anak demam tinggi. Rupanya, cara yang mak -mak buat selama ini salah. Bukan untuk lepaskan haba tapi ada risiko lain yang menunggu.
Dengar apa yang doktor ini pesan. Sekadar untuk pengetahuan kita bersama.
Terdapat dua sebab kenapa kita tak pakai tuala basah pada anak-anak.
1. Haba panas akan perangkap di bawah kepala dan sekaligus menghalang haba panas itu keluar dari badan.
2. Kalau pakai, ia tak lama sebab anak akan tepis dan buang. Tak selesa.
Paling efisen untuk keluarkan haba panas dari badan anak adalah dengan ājerlumā air di kepala anak. Sudah tentu anak tak boleh tepis.
Salah satu sebab juga elak menggunakan tuala basah pada kepala anak kerana ia menghalang haba keluar dan terperangkap di bawah tua. Apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik. Jadi, mak-mak kena ājerlumā air pada kepala anak setiap 5 minit.
Lagi satu, mak-mak jangan kelam kabut untuk terus mandikan anak atau rendam kaki dalam air bila tengok suhu anak tinggi sebab ia boleh menggigil dan naik ke kepala.. Bahaya.
Boleh mandikan selepas diberi ubat, ‘jerlum’ air pada kepala. Mungkin dua tiga jam selepas itu.
Mingguan Wanita : Itulah yang selalu mak-mak buat. Tepek tuala basah pada dahi atau kepala. Lepas ini kena āberingatā ye..jangan buat macam tu, kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku. Minta dijauhkan.
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga...