Suri Rumah merupakan pekerjaan yang mulia. Meskipun tidak bekerja di pejabat, namun kerja-kerja di rumah punyalah banyak nak dibuat.Namun masih ada yang berfikiran sempit dengan menganggap suri rumah tak buat apa-apa kerja, tiada nilai yang hanya tahu menghabiskan duit suami sahaja.

Perlu perbetulkan persepsi bahawa sekali pun tidak mempunyai pendapatan sendiri, itu bukan bermakna suri rumah hanya goyang kaki. Sungguhpun jika ingin ajak berniaga untuk dapat duit tepi, perbetulkan dahulu ayat sebaiknya.

Hadam betul-betul perkongsian daripada Muhammad Hassan ini;

Ada juga yang wasap tanya isteri kerja apa, maka saya jawablah isteri hanya suri rumah sepenuh masa. Then, mesti mereka akan kata begini. Oh suri rumah, jika isteri TIDAK BUAT APA-APA PEKERJAAN , nak tak saya tawarkan kepada isteri encik untuk join bisnes kami hanya perlu buat kerja dari rumah sahaja. Dapatlah juga duit tepi.

Entah, saya rasa annoying sedikit apabila baca part ‘Jika isteri tidak buat apa-apa pekerjaan’. Saya faham maksud dia tu tidak buat apa-apa pekerjaan, relate kepada Cikgu atau kerja office.

Cuma saya tak selesa apabila ada yang berpandangan suri rumah ini lebih banyak masa berbanding ibu-ibu yang bekerjaya, dan hanya mengharapkan duit dari suami sahaja.

Suri Rumah Bukan Goyang Kaki

What?
Masing-masing ada kesibukan tersendiri. Sekali pun jika suri rumah tidak ada pendapatan sendiri, tidak ada bisnes, tidak join mana-mana bisnes, itu bukan bermakna suri rumah goyang kaki.

Dialah segalanya yang menguruskan rumah tangga saat suami keluar mencari rezeki. Dari pagi sampailah ke malam, semuanya dilakukan sendiri. lebih-lebih lagi jika suami balik kerja lewat malam, anak pula masih level kanak-kanak. Tambah pula jika PJJ dengan suami lagi berat bebanan isteri. Boleh burnout weh.

IKLAN

Agaknyalah. Orang anggap suri rumah ni pakai baju kelawar, meniarap depan tv, layan HP, minum kopi, korek taik hidung.Anak berak semua taik merangkak masuk tandas sendiri, pinggan mangkuk span gosok sendiri, baju pula berlari lari masuk mesin basuh dan terbang ke jemuran sendiri. Penyapu, mop berjoget terus lantai jadi berkilat.

Tanggungjawab Suami Beri Nafkah

Dan lagi satu, dah memang tanggungjawab suami untuk mencari duit dan menafkahi isteri dan anak-anak. Jika isteri ada pendapatan sendiri sekali pun, tanggungjawab itu sikit pun tidak terlepas dari suami.

Jika kita nak ajak orang join apa-apa bisnes, cuba kaji dahulu ayat-ayat yang sesuai untuk menarik minat orang lain untuk join bisnes kita. Jangan terlalu try hard. Dan jangan anggap suri rumah ini satu level yang tiada apa-apa nilai, yang tahu menghabiskan duit suami sahaja.

Fikir fikirkan.

Tolonglah kita orang Islam jangan guna ayat begini jika nak bagi ajak orang join apa-apa perniagaan atau perkhidmatan kita.

IKLAN

“Jika suami mati siapa nak jaga puan? siapa nak jaga anak-anak puan?, ramai dah saya jumpa suami meninggal isteri hidup terkapai kapai”

Tolonglah. Ayat begini seolah olah tidak bertuhan Allah.

Perbetulkan Ayat Ajak Berniaga

Gunalah ayat yang buatkan ibu-ibu suri rumah ini terus berminat.
Contohnya ayat begini:

Oh puan suri rumah, sama kita puan, saya juga suri rumah. Nak tak puan saya tawarkan satu perniagaan sambil-sambil kita jaga anak, buat kerja rumah sale masuk. Kita tak perlu nak bungkus parcel, hantar ke pejabat pos, just submit order semua HQ uruskan. CopyWriting, gambar produk, bahan-bahan marketing, support group semua ada. Kita just follow sahaja step yang HQ sediakan.

Kan best ayat begini.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Suri Rumah Tak Ada GAJI Tapi Ada Cara Untuk Bersedekah. Asalkan IKHLAS

Tak Perlu Malu Jadi SURI RUMAH. Sebab Itulah Sebaik-Baik Khidmat Untuk Keluarga

Gambaran SURI RUMAH Tiada Masa Depan. Tapi Dialah Bekerja Siang Malam Untuk Keluarga

MW:Ada benarnya perkongsian ini.Janganlah berfikiran sempit dengan menganggap bahawa pekerjaan suri rumah itu tiada nilainya, yang hanya tahu menghabiskan duit suami sahaja!Ini kerana sekali pun tidak mempunyai pendapatan sendiri, itu bukan bermakna suri rumah hanya goyang kaki. Nak ajak berniaga, gunalah ayat yang betul jangan merendah-rendahkan golongan suri rumah.

Sumber: Muhammad Hassan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI