Setiap sedekah yang kita beri, tak kisah bila-bila masa atau kepada siapa, asalkan ia ikhlas dari hati dan terbaik untuk memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan.
Pernah dengar tak tentang sedekah subuh dan kenapa ia dipanggil begitu. Adakah kerana diberikan pada waktu subuh atau sebaliknya.
Jarang orang bercerita tentang perkara ini dan jika ada pun hanyalah berapa kerat sahaja. Ada sesetengah orang merasakan tidak lengkap tanpa memberikan sedekah. Tak kisah walaupun hanya RM1. Inilah yang menjadi rutin dan jika tidak buat terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Mungkin ia dianggap terbaik. Kita tidak tahu kan. Perkongsian daripada Ahliya Fariza ini boleh memberi manfaat buat pembaca tentang apa yang dikatakan tentang sedekah subuh.
Kenapa sedekah subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah di waktu lain. Semuanya boleh di setiap waktu dan setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.
Tetapi adakah ia termasuk dalam sedekah terbaik. Kenapa?
Kata Rasulullah, setiap subuh, Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari”
Ads
Sedangkan satu lagi Riwayat Bukhary “Ya Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”
Sediakan satu tabung di rumah. Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.
“Ya Allah, dengan berkat sedekah ini mudahkanlah pekerjaan saya”
“Dengan sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tua ku”
“Ya Allah, dengan berkat sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi”,
Ini antara contohnya.
Jangan Terlepas
Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.
Ads
Rutinkan setiap hari, sehingga 30 – 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah-sedekah itu kepada anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.
Yang solat subuhnya di surau atau masjid sedekahnya masukkan di tabung surau atau masjid.
Biasakan sedekah subuh walau cuma RM1, walau dilakukan secara istiqamah di situ dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah.
Dari perkongsian Ustaz Syekh Ali Jaber.
MW: Masih belum terlambat untuk kita mulakan sedekah subuh. Moga kita semua dipermudahkan.
Memang ada benarnya, antara tip supaya nak suami selalu ingat isteri, berkongsilah makan dalam pinggan yang sama. Apabila rutin ini selalu dilakukan di antara pasangan suami isteri, ia akan jadi tak terbiasa bila makan sendiri. Malah ia juga antara sunnah yang sangat digalakkan untuk diamalkan untuk mengeratkan hubungan serta keharmonian rumahtangga.
Baca perkongsian daripada Puan Nur Farah Ahmadi ini sebagai panduan;
Saya rasa kesilapan besar saya semasa mula berkahwin dulu, saya selalu sangka nak dapatkan bahagia perlu ada segala-galanya.Order dua pinggan bila kami keluar bersama, atau minum dari gelas yang berbeza, to make sure dia dapat cukup, saya dapat cukup. Lebih banyak lebih baik.
Beli dua, to make sure all is enough.
To make sure both of us were happy.
Bila makan tu seboleh mungkin nak bagi satu pinggan besar tu, penuh dengan nasi, sebab rasa gembira sendiri tengok dia makan banyak.
Tapi semakin lama baru saya sedar, lebih banyak tak bererti lebih baik.
Hubungan Lebih Rapat
And now I could only eat well when we eat together. It brought us closer just like best friend.
Bila dia potong ayam ikut portion yang saya suka, and just how I knew the right amount of sambal he liked on his rice.Tak perlu tanya suka apa, automatik kita tahu apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, seperti mana dia tahu apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka, lengkap dengan amountnya.
I think its so beautiful.
Ajar Erti Kebersamaan & Berkat
Apa yang saya diajar bila berkongsi makanan, dari pinggan atau bekas yang sama, ialah kebersamaan.
The value of sharing in a relationship and how sharing brings two people closer together.
Terasa berkatnya, terasa selalu cukup di situ.
Dan sebagai seorang isteri, saya selalu rasa bahagia bila saya balik ke rumah, and he would say ;
“Tak lalu lah nak makan seorang-seorang”
Ada sekali tu, saya kat Mesir, suami kat Malaysia, dia mesej,
“Tak lalu nak makan, dah biasa makan pinggan sama”
Well, saya rasa semuanya kerana sejak dari saya mula kahwin dulu sampai lah sekarang, bila berkongsi kita jadi tak terbiasa makan sendiri. Rasa kurang lengkap.
Segalanya terasa cukup.
Yang sikit terasa banyak.
Yang banyak terasa berganda kenyangnya.
Saat jemari bertaut, saat menghadap rezeki, di situ Allah turunkan mahabbah. Jarang makanan tak dapat dihabiskan.
We love it, we desire it, taste it, we receive pleasure from it, we commune with it, we long for it, we get all excited when we have it, we enjoy the feeling it gives us, and we literally consume it.
Bila nasi tinggal sedikit, kita bagi pada pasangan kita, bila kita nampak pasangan, kawan, atau ahli keluarga kita nak makan lagi, dan begitu juga sebaliknya, the act of giving instead thinking about yourself, I think its so beautiful.
Love only grows by sharing. You can only have more for yourself by giving it away to others.
And you will share who you are, what you want, and even what you eat with the person you want to spend the rest of your life with.
It was so beautiful.
This is so powerful.
Nak suami sayang?
Nak kawan kawan sayang?
Nak ahli beit terasa kehilangan bila kita tak ada?
Try lah.
Dont believe me, but do it and feel it:)
InsyaAllah.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya,makan sepinggan atau satu bekas bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dengan pasangan, malah menghidupkan amalan sunnah. Jadi sama-samalah kita jadikan amalan seharian iya.
Selepas semalaman merehatkan diri, apabila terjaga dari tidur pada waktu subuh, bersegeralah menunaikan kewajipan padaNya. Namun perlu diingatkan bahawa 1 jam selepas subuh sangatlah bermakna. Ia boleh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita seharian nanti. Biasakan ‘pisahkan’ diri dari bantal, selimut dan tilam yang empuk selepas menunaikan Solat Subuh. Nikmatnya yang Allah bagi kita akan rasai sendiri nanti. Ini antara perkara yang kita perlu lakukan.
Renungkan perkongsian daripada Abu Hurairah Asifa ini sebagai panduan buat kita.
1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.
Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?
1. Jangan Tidur Selepas Subuh
Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Mandi & Bersihkan Diri
Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
3. Sarapan
Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
4. Beri ‘Makanan’ Untuk Hati
Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi biasakan diri tidak sambung tidur selepas Subuh. Teruskan melakukan aktiviti seharian, membuat diri kita lebih bertenaga dan hidup lebih bermakna.
Bagi Ustaz Hanafi, dia mempunyai pandangan sebegini tentang duit dan bab harta yang ditinggalkan selepas kematian.
Petang-petang ini ustaz nak kongsi pentingnya ada harta yang bermanfaat untuk diri kita selepas mati.
Kalau ada RM100 ribu dalam akaun, sudah tak guna bila meninggal dunia. Kecuali anak kita ada kesedaran dia wakafkan duit itu ke jalan agama.
Ini duit dalam akaun banyak.
“Kenapa banyak lagi duit tu haji?”
“Untuk simpanan hari tua ustaz.” Jawabnya
“Berapa umur haji?” saya tanya.
“80 tahun ustaz.” Jawab dia selamba.
80 tahun itu sudah hari tua dah tu.
Bagi Anak Harta
Allah
Tuan puan, orang cerdik duit itu wakafkan kepada masjid, surau, pondok, tahfiz dan kerja-kerja kebajikan.
Orang tak cerdik, dia sibuk fikir nak berikan pada anak. Anak-anak pula tholeh, bukan soleh.
Ingat, jadikan duit yang datangkan manfaat bila meninggal. Tulis wasiat pergi cari lawyer upah untuk buat wasiat. Bukannya mahal pun. Barulah anak itu sedar diri.
Saya tengok seorang lelaki tua, tentera zaman British paling lama makan pencen. Jaga isteri dia start umur 60 tahun. Dia jaga isteri dia sampai umur 70 tahun.
Umur dia tua 10 tahun daripada isteri. Sepanjang 10 tahun boleh kira anak 9 orang balik berapa kali. Raya pun tak balik. Tiba-tiba mak meninggal. Habis saja kenduri, anak-anak tanya ayah.
Lebih Baik
“Ayah, macam mana semua harta sepeninggalan mak tu. Ayah kena bahagikan ikut faraid. Anak-anak perempuan pula tak setuju ikut faraid.”
“Aku ni bengkak-bengkak mata menangis, kekasih hati meninggal dunia. Kamu, anak yang lahir daripada perut isteri aku, kamu boleh tanya apa yang ditinggalkan?” Balasnya dengan suara terketar-ketar menahan sedih.
“Tak apa, esok 11.30 pagi peguam datang dan dengar apa yang peguam akan terangkan.” Sambungnya lagi berlalu pergi.
Esoknya, peguam pun datang.
“Harta si mati telah diwakafkan kepada tahfiz. Malah rumah yang pakcik ni duduk, kalau mati nanti juga akan diwakafkan menjadi tahfiz Al-Quran.”
Ya Allah! Hancur harapan anak-anaknya. Yang best pakcik ni jaga isterinya 10 tahun.
Ustazah yang mandikan makcik ni kata, bersih badan isterinya tak ada kudis pun walau sakit lumpuh.
Maksudnya suami jaga betul-betul sangat isterinya. Sejak hari tu, si suami berulang-alik ke kubur di Danau Kota, setiap hari selepas Solat Subuh selama 3 bulan.
Cukup-cukup 3 bulan, orang jumpa suaminya meninggal dunia di atas kubur isteri. Taqwa sama dengan isterinya. Suami juga mewakafkan seluruh harta kepada pihak masjid.
Untuk Bekalan Akhirat
Kadang kala nak ajar anak lupa diri ni memang kena cara macam itu. Nampak kasar tapi pendidikan sampai akhirat, biar mereka ingat.
Nak buat macam mana, masa hidup sudah benci, masa mati memang anaknya lagilah benci.
Jangan salah faham, nasihat ustaz sekarang ni, fokus urus harta sebaiknya sebaiknya bukan sahaja untuk seronok di dunia bahkan untuk kesenangan akhirat.
Buat wakaf
Buat infak berkala
Jangan risau rezeki anak-anak.
Ilmu Yang Manfaat
Harta yang paling penting untuk ditinggalkan kepada mereka ialah ilmu yang bermanfaat.
Daripada ilmu itu mereka ikhtiar hidup, kumpul rezeki insyallah manfaat berpanjangan.
Rasa bersalah jika harta kita tidak membantu di alam sana. Jangan takut anak-anak tak ada rezeki mereka sebab Allah sudah siapkan rezeki setiap manusia.
“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.”
Surah Hud : 6
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Allah telah mencatat takdir setiap makhluk 50,000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi.”
Hadith Riwayat Muslim
“Seandainya kalian semua bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberi kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki pada burung. Burung keluar (mencari makan) di waktu pagi dalam kedaan perut kosong dan pulang di waktu petang dalam keadaan kenyang”.
Hadith Riwayat Tirmidzi
Infaq Harta
Ingat rezeki Allah luas
Jadikan ia asbab untuk kita bahagia di dunia dan akhirat
Jangan jadi orang yang rugi, harta untuk kesenangan dunia sahaja.
Audit semula kewangan.
Berapa yang aku infaqkan untuk jalan Allah supaya dapat aku bersenang-senang di akhirat sana?
Mingguan Wanita : Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dalam menguruskan bab harta ini. Namun begitu, biarlah segala titil peluh kita memberi manfaat hingga ke alam sana. Insyallah.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...