‘Sebelum kahwin, ke mana pasti keluarga hantar.’ Selepas nikah, kecil hati suami suruh berdikari, disuruhnya ambil lesen agar mudah hendak ke mana-mana.
Padahal tindakan suami itu betul kerana mahu isterinya lebih berdikari dan dirinya tidak risau bila terpaksa berjauhan dengan isteri kerana tugas atau sebagainya.
Begitulah perkongsian Puan Farizal Radzali tentang pentingnya untuk wanita berdikari. Bukan untuk orang, sebaliknya berdikari untuk diri sendiri di masa depan.
Saya mempunyai 3 adik lelaki dan abah yang baik. Sebelum berkahwin, nak ke mana-mana ada saja orang akan bawakan. Saya tak perlu risau kalau tak pandai bawa kereta atau motor sendiri.
Kalau naik bas sekalipun, dekat bus stop sudah ada yang menunggu untuk bawa saya balik sampai rumah dengan selamat.
Tapi, lepas berkahwin, suami suruh saya ambil lesen motor dan kereta. Katanya saya kena berdikari, nanti senang nak ke sana sini. Masa tu, saya kecil hati.
Ke Mana Pasti Keluarga Hantar
Saya rasa adik-adik dan ayah saya lebih sayangkan saya, sebab itu mereka boleh bawa saya ke mana saya hendak pergi. Tapi bila dengan suami, dia suruh saya ambil lesen pula. Terus fikir betullah kata orang, kasih ayah tak akan sama dengan kasih suami.
Ads
Bila usia makin meningkat, adik-adik pun sudah ada keluarga sendiri, abah pula semakin tua, masa ni saya rasa berterima kasih kepada suami saya yang menyuruh saya ambil lesen.
Tak selamanya kita boleh mengharap kepada orang lain untuk membantu kita. Tak kiralah adik beradik, ibu ayah, hatta suami sendiri sekalipun. Pada akhirnya, kita perlu berdikari walau untuk perkara yang kecil.
Kalaulah saya berdegil dengan rasa kecil hati dekat suami dulu, mungkin saya belum ada lesen kereta motor sekarang ini. Atau mungkin sudah tua baru hendak ambil lesen, baru terkial-kial hendak belajar bawa kenderaan. Sudahlah harga makin mahal.
Bukannya encik suami itu tak boleh bawa ke sana sini, tapi rupanya dia sudah fikir lebih jauh. Dia tak akan selalu ada untuk saya. Adik-adik tak akan terus menerus boleh bawa saya ke mana-mana.
Lesen kereta motor ini cuma contoh ilmu yang perlu ada. Apa yang cuba saya sampaikan buat para wanita ialah belajarlah sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita sendiri. Bukan hendak tunjuk pandai atau untuk rasa gah, tapi ianya boleh digunakan pada masa yang diperlukan.
Ads
Kecil Hati Suami Suruh Berdikari
Sekarang sudah tak macam dulu. Wanita di rumah, suami keluar. Walau suri rumah sekalipun, walau semua ditanggung suami sekalipun, belajarlah sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita. Percayalah, kita akan bersyukur satu hati nanti kerana kita tahu sesuatu.
Walau siapa pun orang-orang di keliling kita, akhirnya kita perlu menjaga diri sendiri. Baik buruk kita, adalah dari diri sendiri. Hatta, di dalam kubur nanti pun kita sendiri. Belajarlah walau sejengkal ilmu. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita sendiri.
Farizal Radzali
Mingguan Wanita : Kadang-kadang kita perlu belajar sesuatu dan keluar daripada keselesaan. Belajarlah sesuatu untuk manfaat sendiri.
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Banyak perkongsian daripada pihak lelaki mengatakan mereka lebih suka kahwin dengan janda malah ada yang memilih golongan perempuan yang lebih berumur dan bekas isteri orang. Agaknya kenapa ya?
Ya, jodoh tetapi ada tak jawapan yang lebih tepat tentang persoalan ini?
Padahal ramai perempuan muda dan cantik-cantik. Anda boleh tengok sendiri anak-anak perempuan sekarang umur sekolah menengah pun dah pandai bersolek bagai, terus nampak matang! Jadi kenapa janda juga jadi pilihan?
Ok, nak tahu apa keistimewaan janda di mata lelaki, cuba semak point di bawah. Mana yang betul dan logik…
1. Cukup menggoda
Jangan main-main, janda dah ada pengalaman, tak perlu nak ajar macam mana cara nak goda suami. Kalau dapat yang jenis suka melawa, hari-hari dia bersolek untuk suami!
2. Sudah sedia
Dalam segala apa pun mereka dah bersedia untuk fokus dunia rumah tangga. Contoh mudah, bab anak. Tak ada istilah “tak nak anak lagi” sebab mereka lebih bahagia jika lelaki bahagia dengan anak-anak. Asal lelaki bantu dan tak kedekut bab nafkah. Eh!
3. Senang kira
Apa masalah pun, mereka boleh tolak ansur dengan suami. Mungkin pengalaman lalu mengajar mereka jadi lebih matang dan tidak berkira dengan suami dalam segala hal.
4. Mudah mesra
In shaa Allah mereka lebih pandai bergaul dan bermesra dengan sesiapa pun yang akan muncul. Mereka akan jadi lebih ramah dan tak suka orang pandang rendah padanya atas ‘sejarah lalu’. Jadi, tiada istilah sombong dengan keluarga atau kawan-kawan keluarga belah suami. Automatik dia pandai bawa diri.
5. Bijak ‘menggula’
Pernah dengar orang jenis ‘mulut manis’? Ya, selalunya janda pandai jaga hati. Tak perlu bubuh gula, confirm lelaki cair dengar ayat-ayat mulut dari janda!
6. Expert menjaga
Dah pernah kahwin, pastinya golongan janda lebih bijak menguruskan hal rumah tangga. Seharusnya mereka tak akan ulang kesilapan dalam hubungan suami seperti dulu. Nak pergi kerja atau balik dari kerja ada nasi siap lauk bawah saji. Kalau dengan anak dara belum tentu pandai masak ya. Silap-silap bangun pagi pun suami kejutkan. Ops! Hal anak-anak tak yah cakap, mesti terurus!
7. Pandai cari rezeki
Bukan nak kata anak dara tak pandai cari duit tetapi pengalaman janda pernah berdiri atas kaki sendiri menjadikan sebab utama golongan janda punya hati kental dua ganda berbanding orang bujang. Paling bagus, kerja apa pun tak kisah janji duit masuk! Mereka dah biasa tak cukup tidur demi anak-anak dan uruskan hal rezeki tanpa seorang lelaki, jadi tak pelik kalau janda lebih ‘win’ bab ini.
8. Tahu semua benda
Masa jadi janda, merekalah ibu dan merekalah bapa. Jadi, pastinya mereka terpaksa tahu semua benda walau perkara itu patutnya hanya lelaki yang tahu. Senang nak jawab kalau anak-anak soal. Yang tak ada anak pun, pastinya lebih suka gali ilmu dan usaha sendiri dalam segala bagai hal.
9. Suka jaga body
Mereka cukup menjaga badan mungkin sebab nak nampak cantik walau status janda. Lebih pandai hargai body dan kesihatan untuk elak orang pandang rendah. Haaa… pernah tak berdepan dengan janda yang mahir bab jaga badan? Tergodaaaa….
10. Kurang belanja
Maksud belanja di sini ialah perbelanjaan kahwin. Standard anak dara sekarang nilai hantarannya mesti 10 ribu ke atas. Tetapi kalau janda dah tak letak harga mahal-mahal. Mereka lebih pandai berjimat dan target mereka adalah bahagia dan ada masa depan anak-anak.
Jangan marah ya… Inilah jawapan kenapa janda jadi MAHAL! Ada yang tak setuju? Anda boleh beri pendapat sendiri di bahagian komen. Pandangan setiap orang tak sama, tapi jika ada yang setuju dengan point di atas, anda mesti akui!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kadang-kadang terluah juga yang penatlah jaga anak, penatlah kerja dan bila dapat gaji, duit semua pergi kepeda keperluan anak. Jangan salah ya mak, ayah. Sebenarnya setiap apa yang kita dapat dari Allah adalah rezeki anak-anak.
Cuma kadang-kadang kita tak sedar, setiap anak membawa rezeki yang berbeza. Dapat anak pertama, rezeki gaji naik. Kemudian, dapat anak kedua, dapat beli kereta lebih besar. Semuanya hadir dengan kelahiran anak.
Kita dapat beli kereta. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat beli rumah. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik gaji. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat makan cukup. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita dapat kerja baik. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat bonus. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat networking luas. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik pangkat. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita hidup bahagia. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita banyak masa lapang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak dibeban hutang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak putus duit. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita Yang Menumpang
Hakikatnya kita yang sebenarnya menumpang rezeki anak-anak. Bukan anak-anak yang menumpang rezeki kita.
Semuanya boleh jadi rezeki anak-anak yang datang melalui kita.
p/s : Jangan sesekali anggap anak-anak dan pasangan sebagai beban. Mereka inilah pembawa rezeki yang sebenar-benarnya.
MW: Sesungguhnya setiap anak memberi rezeki yang berbeza buat mak, ayah. Jadi hargailah setiap anak kita dan jangan jadikan meraka sebagai bebanan. Bimbang nanti bila ditarik Allah, kita yang menyesal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dalam rumah tangga kita hendaklah saling bekerjasama dalam apa jua tujuan pun. Tidak kiralah soal membeli rumah, simpanan masa depan atau menuju jalan ke syurga.
Sesungguhnya rumah tangga bukan acara lumba lari, bersungguh atasi pasangan sendiri tetapi sebaiknya harus bersama. Mendukung antara satu sama lain.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan fahami apa yang cuba disampaikan.
Daripada sekecilnya tentang hendak makan apa hari ini hinggalah kepada yang paling utama kemuncaknya nak sama-sama dapat redha Allah di akhirat nanti.
Semuanya perlu dilakukan dengan teliti. Perancangan yang rapi, tersusun dan akhirnya dilaksanakan bersama.
Iya, bukan pandai merancang untuk gah dan indahnya majlis persandingan sahaja, tapi kena pandai merancang jalan bersama ke syurga nanti.
Rumah Tangga Bukan Acara Lumba Lari
Bercerita tentang jalan ke syurga, kita semua tahu dan faham.
Bukan jalan yang mudah. Rasulullah sendiri berhadapan dengan jalan yang penuh sakit dan air mata. Itu Nabi kita, lebih lagi lah kita.
Maka, berpegangan tangan menuju je jalan syurga rumah tangga itu mesti pegang erat dan kuat. Supaya tak ada yang tertinggal di belakang atau seorang yang jauh ke depan.
Sudahnya terlepas, terlerai genggaman tangan.
Terpisah.
Harus Bersama Bukan Bersungguh Atasi Pasangan
Ramai pasangan yang begini. Puncanya tak sama-sama menempuh ujian. Seorang dengan kekuatan sendiri, seorang lagi jatuh dengan kelemahan sendiri.
Masing-masing tidak kuat menguatkan. Aku aku, kau kau.
Itu bukan rumah tangga, itu acara lumba lari. Bersungguh-sungguh mengatasi pasangan sendiri. Nak menang seorang diri, bukan berpasangan.
Kalian pasangan suami isteri yang baik,
Macam mana pun ujian yang rumah tangga kalian hadapi, kembali lah kepada tujuan asal kalian berumah tangga.
Kalaulah tujuan itu sudah samar, tak jelas dan seakan hilang tak tahu ke mana, susunlah semula bersama-sama.
Katakan sama-sama ke pasangan kalian;
“Kita akan sama-sama mencari redha Allah, dalam rumah tangga ini.”
Begitulah…
MW: Semoga rumah tangga yang dibina mak, ayah bahagia hingga ke syurga serta diredhai Allah. Untuk berada di jalan yang diredai Allah sudah tentu perlukan usaha yang kuat dan saling bekerjasama.
Kisah inspirasi tentang Shamsuri dan isterinya yang menerima cahaya mata ke-13, membuktikan bahawa rezeki anak ramai adalah anugerah penuh keberkatan. Ketabahan dan kasih sayang pasangan ini menjadikan keluarga besar mereka sumber kekuatan.