isteri berdikari

Inilah realiti rumah tangga hari zaman sekarang, isteri berdikari dalam semua benda sebab suami terlalu sibuk mencari rezeki. Malah walau ada sesetengah kaum isteri juga bekerja, bab uruskan anak semua serahkan kaum ibu yang settle!

Allah, betapa penatnya jadi wanita. Andai dapat suami yang menolong, alhamdulilah itu satu rezeki. Tetapi macam mana pula bagi pihak isteri yang sendirian buat semua kerja rumah?

Moga perkongsian daripada Intan Dzulkefli ini boleh membuka kaum lelaki yang terlalu berkira nak tolong isteri di rumah…

Apabila suami terlalu mengambil sikap berlepas diri & membiarkan isteri menyelesaikan hampir semua urusan dalam rumah tangga, ia akan meninggalkan dua kesan, baik & buruk.

IKLAN

BAIK BURUK

Kesan positifnya, ia membuat si isteri belajar berdikari. Tetapi buruknya, ia mungkin menimbulkan persepsi dalam fikiran isteri bahawa suami tidak lagi mempunyai peranan yang signifikan dalam rumahtangga, ada atau tiada sama sahaja.

Natijahnya?

Isteri tidak lagi mampu menghormati & memuliakan suami seikhlas hati.

IKLAN

Suami yang bersifat ‘qowam’, yakni bersifat pemimpin, pelindung & bertanggungjawab adalah key-point utama bagi membuat isteri hormat & memuliakan suami, ikhlas dari hati.

Walau sesuper-woman mana sekalipun isterimu, janganlah sesekali membuat dia sampai tak terkesan dengan ketiadaanmu & tidak teruja dengan keberadaanmu.

IKLAN

Jangan sampai hilang rasa keperluan suami dalam rumahtangga. Nauzubillah min zaliq.

Sesungguhnya rumahtangga yang sakinah mawaddah warohmah itu memerlukan kerjasama, pengorbanan & kebersamaan kedua pihak, yakni suami & isteri dalam menunaikan amanah & tanggungjawab, baik saat susah mahupun senang.

Kata nak masuk syurga sama-sama, kan?

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI