isteri berdikari

Lelaki zaman sekarang ramai yang lebih sukakan isteri yang boleh berdikari. Dan jadi satu bonus buatnya kalau isterinya tergolong dalam kategori wanita bekerja.

Ya, bila isteri bekerja, sudah tentu kita punya wang sendiri. Kalau nak self reward tanpa harapkan duit suami pun tak payah tunggu orang hulur, dapat gaji terus gerak ke kedai. Punyalah best!

Malah ada yang pulun beli barang dapur pun tanpa perlu berkepit dengan suami dan guna duit sendiri. Hebatnya kaum isteri. Namun dalam situasi isteri berdikari terselit juga kes yang buat kaum mak-mak menyegat, suami ambil peluang buat hal dalam diam sebab rasa isterinya boleh buat semua benda. Itu kita tak nak!

Haaa… nak gali lagi kebaikan dan keburukan isteri berdikari, ‘godek’ pekongsian saudara Amir Syahir ini…

Mesti ramai yang suka kalau dapat isteri yang pandai berdikari kan? Berdikari yang macam mana? Boleh setelkan semua urusan sendiri tanpa mengharapkan suami. Malah dapat bantu ringankan beban dan tanggungjawab suami.

IKLAN

Kesannya Suami Buat Hal

Tapi sayang. Adakalanya sifat berdikari isteri itu diambil kesempatan oleh suami. Aku pernah terbaca satu kisah mengenai seorang perempuan yang berdikari dan akhirnya dikhianati suami sendiri. Suami dia senang-senang cari perempuan lain.

Sebabnya dah rasa terlalu senang. Semua isteri yang uruskan. Mungkin dah sampai rasa takde tanggungjawab. Kelengkapan anak-anak dan barang dapur semua isteri dah belikan.

Sampai banyak waktu terluang itu pasal boleh cari perempuan lain. Isteri dah buat semua dan pandai uruskan hal keluarga.

IKLAN

Bila isteri dia dah tahu, isteri dia tersedar. Dia dah tak nak berdikari lagi. Duit pun dia tak keluarkan lagi untuk bantu suami.

Kalau Duduk Jauh Lain Cerita

Tak salah jadi seorang perempuan yang berdikari. Tapi jangan terlalu berdikari. Dan suami jangan biarkan isteri terlalu berdikari. Lain lah kalau suami duk jauh. Nak buat macam mana. Memang semua kena urus sendiri.

IKLAN

Bila isteri terlalu berdikari, lama-kelamaan takut dia rasa tak perlukan kau lagi. Dia boleh buat semua sendiri. Dan masa tu jangan kau rasa kau dah hilang isteri.

Isteri ni memang dia boleh buat semua sendiri. Tapi, adakalanya dia mintak tolong kau sebab dia tahu dia ada suami. Jadi, kau layankan ajelah. Dia nak perhatian dan kasih sayang kau je.

Tapi Isteri Kena Berdikari Juga Sebab…

Isteri juga mesti belajar berdikari dari segi pandai bawa kereta sendiri, ada pendapatan sendiri. Bukan apa, jika apa-apa berlaku kau boleh besarkan anak-anak tanpa harapkan bantuan orang lain.

Masa hari minggu, ajaklah suami pergi beli barang dapur, kemas rumah ataupun bersiar-siar sama-sama. Si suami jangan la asyik sibuk je manjang. Sampai isteri dan anak-anak pun terabai. Kah!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI