Dalam keadaan sekarang, semuanya tidak boleh harapkan pada suami seorang dalam mencari rezeki. Isteri juga turut sama membantu untuk menambahkan sumber kewangan keluarga. Boleh dikatakan isteri berdikari dan mampu uruskan segalanya tanpa bantuan suami.

Isteri sekarang ini boleh dikatakan berbeza dengan dahulu. Maklum sahaja, dia pun turut sama bekerja untuk meringankan beban suami. Jangan pelik dan hairan kalau isteri berdikari dan boleh buat semuanya dalam satu masa.

Bayangkan, pagi hari sibuk uruskan anak, sediakan sarapan, ke tempat kerja dan pulangnya menguruskan hal-hal di rumah lagi. Tak pernah habis. Malah, tidak keterlaluan, isteri sendiri yang ke pasar untuk membeli keperluan rumah, mahu pun uruskan segalanya dalam hal rumah tangga.

Ini belum lagi isteri berdikari seorang diri bersama anak-anak dek kerana suami bekerja di negeri lain, PJJ dan sebagainnya. Cukup bangga melihat isteri yang sanggup lakukan semua ini tanpa ada rasa penat dan perit.

Jadi, melihat keadaan isteri yang pandai uruskan sendiri, suami jangan ambil ringan atau kesempatan atas apa yang isteri lakukan. Bagi isteri yang berjauhan dengan suami, mungkin ada alasannya untuk dia berdikari.

Tapi bagi pasangan yang tinggal sebumbung, keadaan isteri berdikari ini patut suami ambil serius. Ada sebab lain dia lakukan semua ini tanpa perlu bantuan suami. Hati-hati ye!. Begitulah apa yang dikongsikan oleh Akhtar Syamir ini. Ada sebabnya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Jangan Tunjukkan Kebergantungan Tinggi Pada Pasangan, Nanti Suami Gunakan Kelebihan Itu

IKLAN

Isteri Ambil Tahu Kewangan Suami, Bukan ‘Mata Duitan’ Tapi Elak Perkara Tidak Dijangka

Info Lebih Menarik DI SINI

Isteri Berdikari Bukan Tak Nak Susahkan Suami

Memang bagus semua isteri boleh buat sendiri. Pergi kerja, uruskan rumah, uruskan anak, uruskan keperluan sendiri, uruskan suami. Tapi, jangan salah faham isteri berdikari itu bagaimana.

Waktu mengandung pun semua buat sendiri. Ada yang terpaksa pikul anak ke sana ke mari. Waktu susah pun semuanya selesaikan sendiri.

IKLAN

Isteri yang berdikari itu bukan semuanya sebab dia tak nak susahkan suami, tetapi sebenarnya dia dah tak boleh harapkan suami.

Hatinya dah tawar, perasaannya sudah tiada, harapannya pada si suami hilang ditelan waktu-waktu bersendirian menguruskan diri sendiri.

Suami Jangan Bangga

Jangan berbangga sangat dengan keadaan sebegini para suami. Kadang-kala ianya bukan nikmat yang membahagiakan tetapi retak yang menanti belah.

Jika orang kata suami adalah pinjaman, isteri pun boleh saya kata sama. Allah nak tarik, dari sekelip mata hatinya boleh berbalik, sepantas kilat nyawanya boleh ditarik.

IKLAN

Bila waktu itu sampai, ego yang menggunung tidak berguna lagi. Kebanggaan yang dimegah-megahkan kepada kawan-kawan tidak lagi memberi erti.

Fikir-fikirkanlah. Layanlah isteri kita dengan baik. Jangan semuanya menjadi jelas hanya apabila dia sudah tidak di depan mata.

BroOhsem

MW: Betul apa yang dikatakan itu. Kadang-kadang, isteri jangan terlalu berdikari sangat dan ada juga isteri jangan terlalu mengharapkan semuanya pada suami. Isteri kena balance, barulah rumah tangga bahagia.

Sumber: Akhtar Syamir

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI