Tidak dinafikan tidak salah seseorang isteri meletakkan harapan atau kebergantungan yang tinggi pada pasangan. Sebab dialah suami dan dialah syurga. Namun berpada-padalah.

Syukur jika mak-mak dapat suami yang bertanggungjawab dan memikirkan anda dan keluarga dalam setiap inci perkara yang dia lakukan.

Tetapi ada juga segelintir suami yang gunakan sikap kebergantungan isteri padanya untuknya berbuat suka hati. Jadi isteri jangan tunjukkan kebergantungan tinggi pada pasangan, nanti suami gunakan kelebihan itu.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya.

Tak Salah Bergantung Pada Suami

Kebergantungan kepada suami…

Suami memang tempat isteri bergantung hidup disebabkan isteri itu dibawah tanggungjawab suami, kewajipan suami dan tanggungan suami…

Namun jangan terlalu tunjuk dan nampak sangat yang awak bergantung sepenuhnya kepada suami…

Kenapa saya kata macam ini…

IKLAN

Baca Juga Di sini:

Rumah Tangga Jadi MUDAH Bila Pasangan Memahami, SUAMI Tak Perlu Bergantung Pada ISTERI

Dalam Berumah Tangga, Tidak Ada Resipi Khas PENGIKAT Suami, Semuanya Soal HATI

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Isteri Jangan Tunjukkan Kebergantungan Tinggi Pada Pasangan

Sebab realiti yang berlaku ialah, ada suami yang menggunakan kebergantungan tinggi isteri terhadap dirinya untuk dia buat sesuka hati…

IKLAN

Dia boleh buat apa saja, jadi apa saja, dapat apa saja sebab dia tahu, isteri tak akan boleh hidup tanpa dia, isteri tak akan boleh pergi dari hidup dia…

Isteri terlalu bergantung kepada dia, jadi dia guna betul-betul kelebihan itu…

Nanti Suami Gunakan Kelebihan Itu

Bila berlaku, maka isteri itu sentiasa pilih untuk rela dan redha… Benda yang saya sendiri nampak… Dia macam tak nampak pilihan lain sebab dia tak yakin dia boleh hidup tanpa suami…

Jadi suami bermaharajalela untuk buat apa saja dan dia terpaksa terima keadaan tersebut…

IKLAN

Jangan Sampai Dipergunakan Suami

Dia dipergunakan suami…

Nak bergantung tak salah, tapi jangan tunjuk yang awak itu “terlalu” bergantung…

Bagi nampak yang awak juga boleh berdiri di kaki sendiri, boleh melakukan sesuatu tanpa suami… Ambil tahu untuk apa yang awak perlu tahu…

Pengetahuan asas, kemahiran asas itu bagi ada dalam diri supaya kelak, tak terkapai-kapai dalam mencorak langkah utk hidup andai takdir tak menyebelahi…

Sekadar berpesan…

MW: Semoga pasangan mak-mak di kalangan suami yang baik dan mencintai isteri tiada tolok bandingnya. Ianya hanyalah sekadar ingatan bersama.

Sumber: Firdaus Shakirin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI