Merajuk, perempuan memang tak dapat dipisahkan dengan sikap begini. Sebelum berkahwin, mahu pun telah berkahwin, sikap ini mesti ada dalam setiap wanita. Jika dahulu mampu cemikkan muka dengan kawan baik. Sekarang bila dah berkahwin, isteri merajuk dengan suami pula ye.

Sebenarnya, bukan isteri suka atau buat-buat merajuk. Mungkin ada satu perasaan yang jauh di lubuk paling dalam rasa terguris dengan sikap suami. Atau, mungkin juga ada isteri ‘acah-acah’ merajuk dengan harapan suami bolehlah pujuk.

Kalau sebelum kahwin, bila perempuan mula diam, dah tentu-tentu pasangan tak sedap hati. Pujuk sajalah. Tapi, bila dah kahwin, lambat pula nak dipujuknya. Sampaikan isteri pujuk hati sendiri. Sedih.

Ada tak pasangan yang masih lagi berbuat demikian, bila isteri merajuk. Cuba pujuk. Rasanya, tak semua yang sanggup buat selepas berkahwin. Beruntungnya kalau ada suami yang masih tetap sama seperti awal-awal bercinta dulu.

Tapi, isteri janganlah selalu merajuk tak tentu pasal. Boleh naik jemu atau bosan suami kalau silap sikit, mulalah tarik muncung mulut panjang. Jenuh nak memujuk.

Walau bagaimanapun, isteri merajuk itu sebenarnya tanda dia sayang dan itu adalah luahan emosinya pada suami. Malah, suami janganlah buat tidak tahu. Seperti apa yang dikongsikan oleh Fadzli Aziz ini. Suami yang pandai pujuk akan membuatkan isteri rasa dihargai dan disayangi.

Isteri Merajuk, Signal Untuk Suami Tahu

“Isteri merajuk?

Tak apa…biarlah dia merajuk. Bukan selalu. Merajuk ni penawarnya pujuk”.

“Alah. Malaslah nak fikir. Biarlah dia…”

“Merajuk ni tanda sayang. Kenapa tanda sayang? Sebab merajuk ni hanya pada orang yang kita rapat, dekat dan sayang..

Orang yang tak rapat, baru kenal semalam tetiba nak merajuk. Tak ada maknanya.
Pada saya, isteri merajuk ini, berilah peluang mereka nak merajuk. Itu luahan emosinya.

IKLAN

Berkira betul bila dah kahwin. Belum kahwin bukan main memujuk bila ada tak kena.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Ambil Tahu Kewangan Suami, Bukan ‘Mata Duitan’ Tapi Elak Perkara Tidak Dijangka

Usah Banding SURIRUMAH Dengan ISTERI BEKERJA Sebab Cerita Hidupnya Tak Sama

Info Lebih Menarik DI SINI

Pujuk – Rasa Disayangi

Sebagai suami, pujuklah. Merajuk ini nak dipujuk.

Bila dipujuk, akan rasa makin dihargai, disayangi, makin melekat.

IKLAN

Itulah fungsi dan kelebihan. Itu tanda nakkan perhatian. Tanda minta untuk difahami, didengari dan diberi masa.

Itu signal pada suami mungkin kita tak perasan perkara, hal yang kita buat atau sesuatu yang berlaku tu mencederakan emosi isteri.

Dan bermula daripada signal ini maka akan berlakulah perbincangan yang sihat selepas dipujuk. Kenapa?

Kerana suami sudah merendahkan ego untuk memujuk, jadi perbincangan pun akan mudah kerana ego telah direndahkan. Isteri juga perlu merendahkan ego ye.

Merajuk Tanpa Dipujuk

Jangan dibiarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Kerana bila tak dipujuk, indirectly pada isteri akan membina persepsi dan kepercayaan yang suami aku tak sayang aku, suami aku dah ada orang lain ke, aku ni dah tak penting ke pada dia….

“Tapi en fadzli, saya memang tak pandai nak pujuk. Biasa kalau dia merajuk saya diam je lah. Keluar. Lepak mamak”.

IKLAN

“Aduh” jerit saya dalam hati.

Susahnya rumah tangga apabila suami melayan isteri seperti melayan lelaki. Bukan wanita.

Memang lelaki merajuk sesama lelaki mana ada nak pujuknya. Lantak dia lah nak merajuk ke apa.

Tetapi disebabkan isteri adalah seorang wanita, maka sangat-sangat mendambakan pujukan seorang pelindung, pemberi kasih sayang sayang dan pelengkap hidup iaitu seorang suami.

Bahayanya rumah tangga apabila isteri merajuk, suami buat tak tahu, tiba-tiba ada orang luar yang memujuk. Maka terisi hatinya oleh orang luar, beralih cintanya.

‘Pujuk’ adalah senjata yang power yang ada pada suami bila digunakan dengan cara yang betul, waktu yang betul dan dengan penuh kasih sayang, maka bahagialah rumah tangga.

MW: Kadang-kadang merajuk inilah boleh membuatkan rumah tangga bertambah bahagia.

#fadzliaziz
#akauncinta
#bijakemosi
#minorchangesmajorimpact

Sumber: Fadzli Aziz

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI