Bukan semua wanita berpeluang melahirkan anak secara normal. Atas faktor-faktor tertentu, seperti kehamilan berisiko menyebabkan wanita terpaksa melahirkan anak secara pembedahan Caesarean. Ramai wanita yang tertanya-tanya adakah kelahiran seterusnya masih berpeluang untuk bersalin secara normal?

Menjawab persoalan ini, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak ada berkongsi penerangan berkaitan perkara ini.

Berikut perkongsian tersebut;

“Saya ada 1 caesar – boleh ke saya bersalin normal lepas ni?”

Jika ibu pernah menjalani 1 pembedahan caesar sebelum ni ada 2 pilihan yang boleh dipilih. Bawak berbincang dengan teliti dengan doktor anda ye.

Boleh pilih antara Vaginal birth after caesarean (VBAC) ataupun terus memilih untuk bersalin secara caesar sekali lagi – Elective Repeat Caesarean Section ( ERCS ).Kedua-dua pilihan ada kebaikan dan keburukannya.

Rahim Pecah Antara Risiko Bersalin Normal Selepas Ada 1 Pembedahan Caesarean

Dalam menentukan pilihan mana yang SELAMAT, doktor perlukan semua maklumat ni :

IKLAN

Kenapa buat caesar yg terdahulunya?
Pernah ke bersalin normal lepas caeser tu?
Masa operation, ada pape masalah? Atau masalah timbul semasa berpantang?
Jenis potongan dibuat pada rahim?
Pendapat ibu untuk kelahiran yang sebelumnya?
Kandungan sekarang ni ada masalah atau apa-apa komplikasi
Berapa banyak anak yang ibu mahukan? – risiko meningkat dengan setiap kali pembedahan, jadi jika ibu mahukan banyak anak, kena avoid pembedahan
caesarean jika boleh.

Saya perlukan intraoperative notes (apa yang berlaku masa caesar itu ) untuk membolehkan keputusan bersalin secara normal atau tak itu dibuat dengan teliti.

Intraoperative notes ni biasanya dibekalkan / diberikan oleh doktor yang melakukan pembedahan tersebut.

Ibu-ibu akan diberikan kaunseling ini pada kandungan berusia 34-36 minggu. Tidak terlalu awal, dan tak terlalu lewat.

IKLAN

Lepas 1 pembedahan caesar, 3 dari 4 wanita dengan kehamilan yang tidak bermasalah BOLEH bersalin normal.

Apa FAKTOR-FAKTOR yang meninggikan kejayaan bersalin normal?

  • Pernah melahirkan secara normal, sebelum atau selepas pembedahan caesar. (9 dari 10 wanita)
  • Sakit bersalin tu datang secara semulajadi.
  • BMI ibu kurang 30

KELEBIHAN bersalin secara normal lepas 1 pembedahan caesar

  • Komplikasi dibandingkan dengan caesar sangat KURANG.
  • Peratusan kejayaan untuk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi.
  • Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali ke aktiviti harian dengan mudah.
  • Duduk hospital pun sekejap je.
  • Senang nak mulakan breastfeeding.
  • Risiko-risiko operation dapat dielakkan.
  • Baby kurang risiko dapat masalah pernafasan.

KEBURUKAN bersalin Normal lepas ada 1 pembedahan caesar

  • Mungkin kena emergency caesar ketika cuba bersalin normal. 25 dalam 100 wanita. Pembedahan caesar yang dilakukan secara kecemasan membawa risiko yang lebih jika dibandingkan dengan pembedahan yang dirancang.
  • Rahim Pecah. 1 dalan 200 wanita. Risiko ini meningkat 2-3 kali ganda jika anda kena induce. Jika ada tanda-tanda bahaya yang menandakan rahim nak pecah, pembedahan caesarean akan segera dilakukan.
  • Mungkin ada koyakkan bersalin yang teruk pada vagina.

KEADAAN TAK DINASIHATKAN BERSALIN NORMAL lepas ada pembedahan Caesar

  • Ada 2 atau lebih pembedahan caesarean.
  • Rahim pernah pecah untuk kehamilan sebelumnya.
  • Pembedahan caesar sebelum ini melibatkan pemotongan di bahagian atas
    rahim ( classical lscs ).
  • Kehamilan sekarang ada masalah, dan tak sesuai untuk bersalin normal.

Rahim Pecah Antara Risiko Bersalin Normal Selepas Ada 1 Pembedahan Caesarean

Baca Lagi Di Sini:

Pesan Jururawat Ini, Caesarean Berulang Banyak Risikonya, Ada Sebab Hanya Dibenarkan 3 Kali!

IKLAN

Tak Tahan Sakit Bersalin Minta Pembedahan Caesarean, Ini 5 Risiko Utama Yang Bakal Dihadapi

Kelebihan bersalin secara Elective Repeat Caesarean Section (ERCS)

  • Risiko rahim pecah kecil – 1 dalam 1000
  • Ibu boleh plan nak beranak tarikh bila. Walaubagaimanapun 1 dalam 10.
  • Wanita dah sakit bersalin sebelum tarikh yang dipilih ini.

Keburukkan bersalin secara Elective Repeat Caesarean Section (ERCS)

  • Bukan senang nak buat, mungkin lebih lama dari pembedahan caesar yang pernah buat sebelum ni.
  • Jangkitan kuman.
  • Senang kena darah beku di kaki dan pulmonary embolism.
  • Nak pulih tu mungkin lama sikit dan perlukan pertolongan ekstra kat umah.
  • Dah ada 2 pembedahan, selalunya next pregnancy memang akan dinasihatkan untuk caesar. Lagi banyak caesar dilakukan, lagi Tinggi risiko uri melekat masuk dalam rahim (placenta accreta). Kalau berlaku ni, pendarahan boleh jadi terlampau banyak dan mungkin kena buang rahim. Lagi banyak caesar yang dilakukan lagi tinggi risikonya.
  • Baby terluka akibat terkena pisau pembedahan – 2 dalam 100.
  • Masalah pernafasan pada bayi, selalunya sekejap je. 5 dalam 100 bayi yang lahir secara caesar pada 39 minggu kehamilan akan mengalami masalah pernafasan , jika dibandingkan 2 dalam 100 untuk bayi yang lahir secara normal.
  • Kalau bayi yang lahir secara caesar lebeh awal dari 39 minggu, masalah pernafasan bayi lagi kerap berlaku – 6 dalam 100 jika dilahirkan pada 38 minggu.

Maka dah jelas? Bincang dengan doktor yang mana satu terbaik untuk anda.
Bila doktor explain tu tumpukan perhatian, bukan main whatssap. Doktor tak boleh buat keputusan untuk anda. Doktor hanya membantu anda membuat keputusan. Yang decide tu anda sendiri.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat sekaligus menjawab persoalan buat mak-mak yang pernah bersalin secara pembedahan caesarean dan mahu bersalin secara normal. Apa-apa pun dapatkan nasihat dan pandangan doktor dahulu sebelum membuat keputusan.

Sumber: Muhammad Izzat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI