Sebak tinggalkan Aafiyah & Afwa tunai umrah. Sempena Ramadan bulan penuh keberkatan Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah.

Perjalanan kali ini Siti ditemani pengurus, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa. Kali terakhir Siti menunaikan umrah pada 2019 bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Siti Aafiyah dan pengasuhnya

Sebak Tinggalkan Aafiyah & Afwa “Perjalananku KeranaMu Allah. Permudahkanlah, Jagalah Keluargaku” Sebak Tinggalkan Aafiyah & Afwa “Perjalananku KeranaMu Allah. Permudahkanlah, Jagalah Keluargaku”

Sebak Tinggalkan Aafiyah & Afwa Tunai Umrah

Menerusi perkongsian sebuah video hantaran di laman Instagram miliknya Siti telah memuat naik video pendek bersama anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa sebelum berangkat.

Ternyata video tersebut mengundang sebak. Malah kelihatan Siti begitu berat untuk melangkah pergi meninggalkan dua cahaya mata kesayangannya itu.

“Perjalananku kerana-Mu Ya Allah. Permudahkanlah dan jagalah keluargaku semua.

“Buat yang mengenali saya, maaf zahir batin dan doakan umrah saya berjalan lancar, diberi kesihatan yang baik serta pulang dengan sihat serta selamat,” coret Siti ringkas pada ruangan kapsyen.

Sebak Tinggalkan Aafiyah & Afwa “Perjalananku KeranaMu Allah. Permudahkanlah, Jagalah Keluargaku” Sebak Tinggalkan Aafiyah & Afwa “Perjalananku KeranaMu Allah. Permudahkanlah, Jagalah Keluargaku”

“Ya Allah, Permudahkanlah Urusanku”

Malah Siti juga turut berkongsi beberapa gambar sejurus tiba di tanah suci Mekah.

IKLAN

“Ya Allah, kepada-Mu aku memohon dan bertawakal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku.

“Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan,” ungkap Siti.

Sebak Tinggalkan Aafiyah & Afwa “Perjalananku KeranaMu Allah. Permudahkanlah, Jagalah Keluargaku” Sebak Tinggalkan Aafiyah & Afwa “Perjalananku KeranaMu Allah. Permudahkanlah, Jagalah Keluargaku”

Baca Disini : Siti Nurhaliza Hulur Bantuan “Ya Allah, Tak Terkata. Semoga Allah Permudahkan & Lindungi Mangsa Banjir Ini”

Siti Nurhaliza Pernah Terfikir Hentikan Perniagaan Kosmetik, Bangkit Bertahan Berkat Sokongan Datuk K

Siti Nurhaliza Ringankan Beban Keluarga Punya Anak Kecil “Hari Ini Kita Terus Kuat Bersatu”

IKLAN

“Semoga Siti Nurhaliza Dipermudahkan Segalanya & Mendapat Umrah Yang Mabrur”

Rakan artis dan warganet mendoakan agar Siti Nurhaliza dipermudahkan segala urusan ibadah sepanjang berada di tanah suci.

Sebak Tinggalkan Aafiyah & Afwa “Perjalananku KeranaMu Allah. Permudahkanlah, Jagalah Keluargaku”

Sebak Tinggalkan Aafiyah & Afwa “Perjalananku KeranaMu Allah. Permudahkanlah, Jagalah Keluargaku” Sebak Tinggalkan Aafiyah & Afwa “Perjalananku KeranaMu Allah. Permudahkanlah, Jagalah Keluargaku” Sebak Tinggalkan Aafiyah & Afwa “Perjalananku KeranaMu Allah. Permudahkanlah, Jagalah Keluargaku”

Mingguan Wanita : Semoga menjalani ibadah umrah dengan tenang di bumi suci Mekah. 

Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

Memang kena ada ekstra pelindung raya musim endemik ni.

IKLAN

Kisah Ramadan Alif Satar

Gigihnya Ayu Raudhah menjaga anak dan sibuk berniaga.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI