“Saya mahu disayangi.” Sedih ditinggalkan suami, seorang ibu tergamak cederakan anak-anak menggunakan pisau pemotong.
Barangkali tindakan yang dilakukan ini di luar batas pemikirannya. Mana ada ibu senggup mencederakan anak yang dia kandung jika dia benar-benar waras.
Sedih DiTinggalkan Suami
Seorang wanita di wilayah Jawa Timur mengaku bahawa dia cuba membunuh tiga anaknya kerana enggan mereka berasa sedih sepertinya, lapor portal Coconuts hari ini.
Suspek yang hanya dikenali sebagai KU, 35, itu dilaporkan membunuh seorang anaknya dengan dua lagi mengalami luka pada bahagian leher, rahang dan dada.
Baca Di Sini: “Takut DiTinggalkan Suami.” Isteri Sanggup Benam Paku Di Kepala Untuk Dapatkan Bayi Lelaki
Seorang Ibu
Menurut polis Daerah Tonjong, kira-kira pukul 4.30 pagi (waktu tempatan) semalam, penduduk tempatan dikejutkan dengan bunyi jeritan dari rumah milik suspek.
Penduduk kemudian memecah masuk menerusi pintu hadapan rumahnya dan menemui salah seorang daripada anaknya, ARK, 7, mati dalam keadaan mempunyai kesan kelar pada leher.
Dua lagi anaknya yang masing-masing berumur 10 dan lima tahun terselamat walaupun mempunyai kesan luka pada bahagian sama.
Artikel Berkaitan : Isteri Ini Cukup Tertekan Bila Suami Kaki Cemburu, Dah Bagi Peluang Pun Masih Tak Berubah!
Tergamak Cederakan Anak-Anak
“ARK mempunyai luka berukuran 12 sentimeter (sm) panjang dan sedalam 5 sm pada sebelah kiri lehernya. Dua lagi mangsa luka pada bahagian leher, rahang dan dada,” kata Ketua Polis Tonjong, M Yusuf.
Suspek turut dilaporkan menggunakan pisau pemotong kotak untuk mencederakan anak-anaknya.
Juga Di Sini: Isteri Sihat, Boleh Memasak Dan Mengemas, Bukan Bermakna Dia OK
Saya Mahu DiSayangi
Selepas ditahan, sebuah video yang dirakam ketika suspek berada dalam tahanan polis telah tersebar. Raut wajahnya langsung tidak menunjukkan penyesalan selain dia turut tersenyum.
“Saya tertekan kerana suami saya tidak bekerja, menganggur. Saya yang terpaksa bekerja untuk membayar sewa rumah. Saya sedih kerana suami tidak bekerja.
“Hanya ingin menyelamatkan anak-anak supaya mereka tidak mengalami kesusahan dalam hidup. Mereka tidak perlu berasa sedih lagi. Mereka perlu mati supaya tidak berasa sedih seperti saya,” kata KU.
Polis bagaimanapun belum mengumumkan sebarang dakwaan terhadap suspek yang kini menjalani pemeriksaan doktor bagi menentukan keadaan kesihatan mentalnya. – AGENSI
Mingguan Wanita : Tekanan emosi jika tidak diuruskan dengan baik pasti membawa kemudaratan dalam hubungan. Sebaiknya bila timbul masalah, berbincang dan luahkan pada pasangan.
Sumber : Kosmo Online
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI