Tahniah diucapkan buat pelakon Sari Yanti yang telah selamat melahirkan anak yang kelima.
Isteri kepada Jep Sepahtu sebelum ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir yang kini berusia 11 bulan.
Menerusi perkahwinan terdahulu pula, Sari Yanti mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.
Jep Bersyukur Sari Yanti Selamat Melahirkan
Cahaya mata yang juga anak ketiga hasil perkongsian hidup Jep itu telah selamat dilahirkan pada Sabtu lalu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Jep melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi. Malah dia juga mengucapkan terima kasih atas pengorbanan isteri melahirkan anak mereka.
“Subahanallah.. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih sayang Sari Yanti,” kongsi Jep yang turut memuat naik foto pertama bayi lelakinya itu bersama isteri.
Ads
Terima Kasih Yang Mendoakan – Sari Yanti
Malah menerusi hantaran yang dikongsi, Sari Yanti turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan terbaik buat dirinya.
“Assalammualaikum.. terima kasih pada semua yang mendoakan yang baik baik untuk Sari dan baby. Semoga Allah lipat gandakan kebaikan buat anda semua. Amin Allahumma Amin,” ungkapnya.
Dihujani Doa Buat Sari Yanti & Bayi
Berita gembira ini mendapat perhatian daripada peminat dan rakan-rakan artis yang turut mengucapkan tahniah, selain kiriman doa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Tong Gas Meletup, Bakal Pengantin Wanita Cedera Parah Melecur Seluruh Badan! Besar sungguh dugaan yang dihadapi oleh bakal pengantin ini, saat menanti debaran hari bahagia tidak lama lagi namun diuji dengan kecederaan parah apabila gas meletup sewaktu hendak memasak.
Tong Gas Petroleum Cecair (LPG) Meletup
Seorang bakal pengantin melecur hampir keseluruhan badan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) meletup ketika wanita itu dikatakan mahu memasak di kediamannya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dilaporkan ingin menggoreng ikan sebelum gas memasak berkenaan tiba-tiba meletup sehingga memusnahkan rumah dua tingkat terbabit.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohamad Hazam Hassan, berkata pihaknya bergegas ke lokasi sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi berhubung insiden itu.
“Setiba di tempat kejadian, anggota mendapati seorang wanita mengalami kecederaan dan sudah dibawa keluar oleh jiran sebelum pasukan bomba sampai.
“Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB), di sini, untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bakal Mendirikan Rumahtangga Januari Depan
Difahamkan, mangsa bakal mendirikan rumah tangga pada Januari depan dan mendiami rumah terbabit bersama adik lelaki serta isterinya.
Mohamad Hazam memaklumkan, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kereta dan motosikal yang diparkir di halaman rumah berkenaan mengalami kerosakan.
Seterusnya, beliau berkata, anggota bomba melakukan kerja-kerja pemantauan dan kawalan supaya tiada letupan susulan berlaku.
“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Kenangan seumur hidup. Itulah yang boleh digambarkan oleh setiap pengantin baru. Duduk bersanding di atas pelamin yang indah bersama pasangan tercinta.
Persandingan menjadi detik bersejarah dan ditunggu-tunggu oleh setiap mempelai yang mendirikan rumahtangga. Masa inilah sanak saudara jauh dekat dan kawan-kawan datang untuk meraikan. Maklumlah raja sehari dan kenangan seumur hidup.
Namun, kita hanya merancang, Dia Yang Lebih Mengetahui. Ada juga cerita tentang pasangan yang tak sempat untuk bersanding bersama. Lebih menyayat hati bila pasangan pergi semasa inai masih merah di jari.
Walau bagaimanapun, lain pula halnya dengan pengantin lelaki ini. Segalanya telah dirancang dan majlis akan nikah berlangsung dengan penuh kebahagiaan. Tapi, sedihnya bila tiba hari persandingan, pengantin lelaki terpaksa bersanding seorang diri tanpa isteri di sisi. Ini pun boleh juga dijadikan kenangan seumur hidup.
.
Menurut Syaf dalam video tiktoknya. Isteri tersayang diuji masalah kesihatan dan terpaksa ditahan di pusat perubatan pada hari persandingan mereka.
Cukup terkilan kerana dia teringin sangat untuk menyarungkan busana songket bersama isteri dan meraikan hari penuh bermakna itu. Dalam video tersebut juga, kelihatan pengantin sebak di pentas pelann dan makan beradab tanpa ditemani isteri.
.
Lagipun, pasangan ini telah lama menanti detik bersejarah ketika musim PKP lagi. Walau bagaimanapun, dia reda dan berharap pengalaman ini bakal diganti dengan sinar bahagia.
.
Dalam perkongsian juga, dia turut mengatakan sebelum ini mereka terpaksa tangguh pernikahan dan sehari sebelum nikah pula dia dapat panggilan PULAPOL dengan inai masih merah di jari.
.
Mingguan Wanita : Kalau dah tertulis. Kita dah rancang elok-elok, tapi DIA Lagi Maha Perancang. Nanti buat majlis bersanding bertiga la pula ye. Tahniah kerana bakal dapat cahaya mata nanti.
Personaliti media sosial dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee, menerusi laman Instagramnya menyeru rakyat Malaysia untuk memakai baju T-shirt putih sebagai simbol hijab ketika hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.
Menurut Farah Lee, tindakan itu bertujuan menunjukkan sokongan moral kepada wanita Palestin yang terus menghadapi penindasan dan penghinaan terhadap nilai Islam. Katanya, serangan terhadap wanita, khususnya yang berhijab, jelas menunjukkan usaha sistematik untuk menghina serta menjatuhkan identiti Muslimah.
“Dari Gaza hingga Kuala Lumpur, semangat wanita Muslim tidak pernah luntur,” tulisnya sambil menegaskan bahawa solidariti ini bukan sekadar pakaian, tetapi manifestasi maruah dan kekuatan iman yang tidak dapat ditundukkan oleh mana-mana rejim,” ujarnya.
Delegasi Malaysia Bukti Keutuhan Maruah Muslimah
Farah Lee turut menyatakan bahawa delegasi wanita Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan menjadi bukti bahawa maruah dan prinsip tidak boleh dikalahkan dengan senjata mahupun penjajahan. Sebaliknya, tekanan yang dihadapi menjadi bahan bakar untuk memperkukuh solidariti antara umat Islam di seluruh dunia.
Beliau menegaskan, seruan itu bukan sekadar satu perhimpunan, tetapi panggilan hati nurani untuk berdiri bersama mereka yang dizalimi. “Ia lambang kasih sayang dan persaudaraan rentas sempadan yang menyatukan kita sebagai satu ummah,” katanya lagi.
Panggilan Solidariti Untuk Semua
“Panggilan Solidariti! Bersama saya, Farah Lee dan Delegasi Malaysia. IOF sangka mereka sudah menjatuhkan maruah wanita Muslim, tetapi mereka lupa, selagi ada sehelai benang pada tubuh, wanita Muslim akan tetap berusaha menutup auratnya dengan penuh harga diri. Tindakan mereka tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya menjadi modal untuk kita bersolidariti!
Mari kita sama-sama penuhi KLIA dengan berpakaian T-shirt putih sebagai simbol hijab, tanda sokongan dan kasih terhadap delegasi wanita Malaysia serta wanita-wanita di Palestin yang terus berjuang dalam penindasan,” tulisnya lagi di Instagram.
Seruan Untuk Semua Lapisan Rakyat
Seruan ini bukan hanya ditujukan kepada wanita, tetapi kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu kemanusiaan. Farah Lee menyeru agar semua tampil ke KLIA dengan berpakaian putih sebagai tanda kebersamaan dan penghormatan kepada mereka yang terus mempertahankan maruah, agama dan hak asasi.
“Mari kita zahirkan kasih dan solidariti ini melalui simbol kesatuan — putih yang melambangkan suci, hijab dan kekuatan iman,” katanya mengakhiri seruan yang kini mendapat sambutan luar biasa di media sosial.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.