Memang cukup luar biasa seorang wanita mampu mengandung dan melahirkan anak kembar sembilan. Namun disebabkan bimbang kesihatan ibu dan anak, wanita yang lahirkan kembar Sembilan ini telah diterbangkan ke Maghribi dari negara asalnya.
Tahniah buat ibu ini kerana berjaya mengandung dan melahirkan sembilan orang anak dalam satu masa. Ternyata bukan mudah.
Wanita Lahirkan Kembar Sembilan Diterbangkan Ke Maghribi
Pihak berkuasa Mali menerbangkan Halima Cisse, 25, tahun dari utara negara miskin Afrika Barat itu ke Maghribi pada 30 Mac lalu supaya ibu berkenaan mendapat penjagaan yang lebih baik.
Pada awalnya, wanita itu dipercayai mengandungkan bayi kembar tujuh.
Kes membabitkan wanita yang berjaya mengandungkan kembar tujuh adalah amat jarang, tetapi kembar sembilan adalah sangat luar biasa.
Bimbang Kesihatan Ibu & Anak
Jurucakap kementerian kesihatan Maghribi Rachid Koudhari berkata, beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai kelahiran kembar dalam jumlah itu di salah satu hospital negara berkenaan.
Tetapi, kementerian kesihatan Mali dalam satu kenyataan berkata, Cisse melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki.
“Ibu dan semua bayi itu dalam keadaan baik setakat ini,” kata Menteri Kesihatan Mali Fanta Siby kepada AFP, sambil menambah beliau diberitahu oleh doktor Mali yang mengiringi Cisse ke Maghribi.
Ads
Menurutnya, bayi dan kembar sembilan itu akan kembali ke tanah air dalam beberapa minggu lagi.
Bayi Kembar Sembilan Selamat
Doktor sebelum ini khuatir akan kesihatan Cisse, menurut laporan media tempatan, termasuk peluang bayi itu untuk selamat.
Kementerian kesihatan Mali dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan ultrabunyi di Mali dan Maghribi pada mulanya menunjukkan wanita itu mengandung kembar tujuh.
Siby turut mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatan di Mali dan Maghribi yang membantu proses kelahiran bayi kembar berkenaan.
MW: Berkongsi kisah orang hamil anak kembar memang teruja dan tumpeng gembira, namun tidak dapat bayangkan bagaimana menguruskan anak-anak kecil ini. Semoga urusan ibu ini dipermudahkan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Ads
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Cara buat DIY rumah kucing yang ditunjukkan ini memang mudah dan cepat. Tak perlu nak bertukang bagai. Paling penting, guna bahan terpakai seperti bakul. Dan kosnya tak sampai pun RM10. Kreatif sungguh!
Ketika cerita ini dikongsi, anak yatim piatu #anaktahfiz seusia 11 tahun ini sudah pun keluar dari hospital dan disahkan pulih, negatif dari virus Covid-19.
Sepanjang diwadkan di hospital, anak tahfiz ini sama seperti pesakit yang lain, perlu diasingkan. Duduk sendirian tanpa siapa pun menemani. Dia tiada pun gajet di tangan, cuma Al-Quran menjadi penemannya sepanjang berada di wad isolasi.
Sendirian di dalam bilik kuarantin, keadaan anak yatim piatu yang dikenali dengan nama adik Alhan mengundang sebak di hati petugas pengurusan sisa klinikal hospital bernama Mohd Irman Mat.
Tiada Gajet, Hanya Bertemankan Al-Quran
“Alhamdulilah.. hari ini adik Alhan #anaktahfiz dah boleh discharge selepas berada di sini lebih kurang 5 ke 6 hari. Sebelum itu di Hospital Pasir Mas, 10 hari kerana suspek jangkitan Covid-19. Syukur pada mu ya ALLAH.”
Kali pertama melihat adik Alhan di dalam bilik kuarantin, perasaan Mohd Irman bertukar sayu. “Manakan tidak sedih, tengok seorang budak umur 11 tahun duduk keseorangan tanpa kedua ibu bapa.”
Pesakit ini juga tidak mempunyai gajet, hanya bertemankan Al-Quran.
“Mula-mula sekali perkataan yang dituturkan.. Puas abe!”
Faham akan risiko berdepan pesakit Covid-19, Mohd Irman cuma ambil masa sekejap berbual dengan adik Alhan.
“Tanya ibu bapanya duk mana.. dia senyap. Nampak lain muka dia. Aku cuba risik tanya ore-ore. Rupanya adik Alhan ini anak yatim piatu.”
Lepas pada tu, setiap hari pagi dan petang bila aku masuk melakukan kerja mengutip sisa klinikal. Aku meluangkan sekejap masa 5 ke 10 minit untuk berbual dengan adik Alhan.
Kadang-kadang saja Mohd Irman bertanyakan makanan yang diinginkan adik Alhan. “Jarang-jarang sekali bertanya dia ada nak makan gapo. Aku cuba gi beli ko dia, walaupun aku pun bukan berkemampuan. Tapi boleh la berkongsi sedikit rezeki.”
“Hari ini, bila aku masuk mengutip sisa klinikal.. aku tengok dia gembira. Rupa-rupanya dia dah boleh keluar.”
Staff hospital ini tahu anak kecil itu sudah bebas dari Covid-19, jadi dia memberanikan diri memberikan adik Alhan telefon bimbitnya. Dapatlah anak itu berbual dengan ustaznya yang juga suspek Covid-19. Tetapi diwadkan di wad yang berbeza.
“InsyaAllah dik, semoga kita dapat berjumpa lagi di luar.” Kongsi Mohd Imran.
Dalam pada itu, petugas barisan hadapan ini menegaskan perkongsiannya itu bukan mahu mengaibkan adik Alhan. Bukan juga untuk menjadikan dirinya dihormati.
“Tapi sekadar perkongsian untuk kita bersama.”
“Cuba kita bayangkan anak itu, anak kita yang tak pernah berpisah dengan kita. Terpaksa hidup keseorangan kerana virus Covid-19 yang kita pandang remeh.”
Jadi TURUTILAH ARAHAN #PKP #STAYATHOME #KITAJAGAKITA #FIGHTCOVID19 #PRAY4MALAYSIA
MW : Ini cuma secebis kisah adik Alhan yang dikongsikan. Ramai lagi sebenarnya anak-anak kecil yang terpaksa berpisah dari ibu bapa kerana virus Covid-19 ini. Teruslah prihatin dan ikut arahan #DudukRumah untuk 2 minggu lagi.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Perkembangan terkini dilaporkan jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan kepala air dari rumah mereka di Kampung Iboi ditemukan dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.
Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan itu ditemukan bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, pada jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.
Jasad Dalam Keadaan Baik
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, kedua-dua jasad mangsa ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.
Beliau berkata, pihaknya percaya bongkah kayu dilanggar arus deras dan menghempap rumah mangsa.
“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan mangsa terperangkap di bawah timbunan kayu.
“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama dan diikuti mayat kedua,” katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (Sar) hari ini.
Pencarian Remaja Lelaki
Sayani berkata, tumpuan kita seterusnya adalah melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.
Beliau berkata, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.
“Kita turut menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa dan semua yang terlibat dalam kejadian banjir besar di Baling. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.Alfatihah
Setahun suami keluar khuruj, isteri kongsi rasa seperti bercinta semula tapi versi halal. Bila kita meletakkan keyakinan tinggi kepada Allah, kita akan sentiasa yakini...