Dalam meraikan keterujaan hari bahagia, jangan sengaja ingkar SOP yang telah ditetapkan, lebih-lebih lagi apabila majlis dilakukan ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan. Sebolehnya, kebenaran melakukan majlis pernikahan dilakukan seringkas boleh, dengan jemputan yang cukup minimum.

Dilaporkan pasangan pengantin baharu dan 17 rakan mereka ditahan dan dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Taman Nilam, Langkawi Rabu lalu.

Rakam Gambar Berkumpulan

Dalam kejadian 6.30 petang itu, pengantin lelaki berusia 28 tahun dan pasangannya 24 tahun, berserta 17 rakan mereka yang berpakaian sedondon ditahan polis ketika merakam gambar secara berkumpulan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, dalam kejadian itu. Seramai 19 individu berusia di antara 18 dan 27 tahun ditahan.

IKLAN

“Mereka memakai baju sedondon dan didapati berkumpul dan bergambar di hujung sebatang sungai berhampiran rumah kongsi perusahaan ikan bilis di Taman Nilam.

“Semua individu terbabit terdiri dua lelaki dan 17 wanita adalah penduduk tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ingkar SOP: Ambil Gambar Berkumpulan, Pengantin Baharu & 17 Rakan Dikompaun RM19,000!

IKLAN

Dikompaun RM1,000 Setiap Orang

Shariman berkata, hasil siasatan mendapati kesemua individu terbabit kebanyakannya beralamat di Taman Nilam dan mereka dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

Terdahulu, tular satu video menerusi aplikasi WhatsApp yang berdurasi 23 saat memaparkan rangkuman aktiviti sekumpulan individu termasuk pasangan pengantin berpakaian sedondon ditahan polis.

IKLAN

MW: Pesanan buat bakal pengantin, patuhilah SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan. Lakukan majlis pernikahan seringkas mungkin, dan elakkan berkumpul beramai-ramai yang boleh menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan kompaun.

Baca banyak lagi artikel-artikel menarik di www.mingguanwanita.my

Sumber: Hmetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI