Bagi peminat sambal dan masakan yang pedas-pedas, kena cuba buat sendiri sambal ayam geprek ini sendiri. Memang sedap dan lain daripada yang lain. Istimewanya, ramuannya sambalnya tak perlu dimasak, hanya perlu di geprek (lenyek) dengan minyak panas.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Juwita Afifah ini.Katanya resipi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta, Indonesia.
Berikut perkongsian tersebut;
SAMBAL GEPREK PALING ENAKKK
Haritu saya ada share resepi sambal penyet kan. Harini saya nak share pula resepi sambal geprek.
Ayam geprek ni berbeza dengan ayam penyet dan berbeza juga dengan ayam gepuk. Sebab ayam geprek mesti digoreng dengan ayam celup tepung yang takde tulang (boneless/fillet). Ayam celup tepung ni saya tak buat sendiri. Beli yang frozen je kat tesco. Sebab nak cepat.
Sambal juga berbeza. Kalau sambal penyet, kena masak dua kali atas api. Sambal geprek tak perlu masak, sama macam sambal gepuk. Hanya letak minyak panas.
Cuma sambal gepuk tak perlu digaul dengan ayam, dan sambal geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.
Resepi ni sedikit berbeza, tapi memang paling sedap di tekak saya. Macam biasa, saya godek-godek dan ambil dari blog orang Indonesia. Katanya, resepi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta.
Cili padi
Cili besar (dicincang kasar)
Bawang putih
Kacang gajus
Minyak panas bekas goreng ayam
Cara-caranya :
1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung cobek yang suami beli dari Jogjakarta.
2. Lumatkan lah semua bahan tu guna lesung.
3. Masukkan cili besar.
4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat. Perut pun selamat. Gittew.Ni gambar dah letak cili besar. Lepastu letak minyak panas. Dalam 3 sudu. Ni saya ambil direct dari kuali. Sebab dalam kuali tengah goreng ayam. Kalau ambil minyak yang tak berapa panas, nanti tak berapa menjadi tau.
5. Dah letak minyak, dia akan keluar bunyi berdesir.Gaul rata.
Ads
6. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng.
7.Geprek-kan ayam tersebut bersama dengan sambal.
8.Dan gaul dengan sambal.
Ads
9.Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih. Fuhh. Memang bertambah ni. MashaAllah. Sedapnya. Boleh makan dengan tauhu/tempe. Ni saya goreng tauhu celup tepung jugak.
Selamat mencuba semua.
P/s : Geprek = lenyek/tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.
Juwita Afifah
MW:Sedapnya sambal geprek ni. Mak-mak yang suka makan pedas-pedas boleh cuba resipi yang dikongsikan ni. Makan dengan nasi putih je pun, dah boleh bertambah-tambah nasi.
Agar-Agar Gula Merah antara resipi ‘lejen’ orang dulu-dulu. Sering dihidangkan sewaktu kenduri kendara. Namun jika tak kena caranya, tak menjadi agar-agar ini. Kena cuba buat berkali-kali untuk dapatkan hasil yang menepati citarasa dan ikut selera.
Boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Humie Kalsum Kamaruddinini sebagai panduan;
Saya kongsikan resepi Agar-Agar Gula Merah. Saya tak pasti dah jual berapa set setakat ni. Alhamdulillah, ramai suka. Rezeki ilmu, hidayah dan kudrat dari Allah SWT.
Hari ni, saya sempat draft resepi dan saya kongsikan disini sebegai memenuhi permintaan beberapa teman dan perkongsian untuk semua. Resepi ni, saya belajar dari laman tik tok, google dan Youtube. Saya satukan dan R&D sampai saya puas hati dan mula buat untuk jualan perniagaan.
Bahan-Bahan :
*1 paket agarx2 tali ( 20gm )
*Gula 3 sudu besar { ikut suka kita)
*Gula Merah : 250gm { ikut suka kita)
*1 liter air
*Gula Melaka seketul ( boleh masukkan gula batu sedikit kalau nak. Humie jarang masukkan)
*Daun pandan (Tak letak, tak pe. Tapi, kalau letak ia lebih wangi & aromanya sedap)
Santan 200ml + air (sukatan dalam kotak santan juga.. 200 ml juga agaknya)
Secubit garam
Telur sebiji ( Grade B)
Cara Membuat:
1.Didihkan air dalam satu periuk dan letak barang-barang yang saya letar tanda * di atas. Masak dalam rice cooker pun boleh.
2.Masa agar-agar tengah mendidih, ambil satu mangkuk. Tuang santan kotak kecil. Lepas tu, dalam kotak yang sama, isi air penuh sukatan dalam kotak. Tuang dalam mangkuk tadi. Letak garam secubit. Sebatikan (Kacau sekejap saja).
3. Apabila agar-agar dah hancur. Perlahankan api dan tuang campuran santan, air, telur dan garam tadi. Kacau perlahan berterusan hingga ia menggelegak dan mula naik buih. Jangan ditinggalkan waktu ni. Kalau buih tu melimpah keluar, rasanya memang agak kurang sikit. Belajar dari kesilapan .
4. Tip Loyang yang kita pakai untuk memudahkan agar-agar keluar. Basahkan sedikit sebelum adunan dituang ke dalamnya.
Ni yang mampu Humie terangkan. Sekiranya kelam kabut atau kurang menjadi, maaf.
Hari ni, ada customer request minta masukkan esen vanilla sikit. Pada awalnya takut tapi suami kata rasanya amat berbeza dari sebelum ni dan lebih sedap. Ni pendangan peribadi suami. Kita R&D sampai dapat rasa ikut tekak kita dan keluarga kita. In Syaa Allah. Moga Berjaya.
Cara Masak IKAN SAMBAL THAILAND Sedap, Cukup Rasa Masam Masin Manis Pedas! Bagi mak-mak penggemar sambal ikan, jika selalu kita masak sambal merah biasa, boleh cuba kelainan buat Ikan Sambal Thailand ini. Guna apa-apa ikan pun boleh, yang penting goreng terlebh dahulu. Memang sedap, makan pula dengan nasi panas-panas.
Boleh cuba resipi Sambal Ikan Thailand yang dikongsikan oleh Puan Ameera ini sebagai panduan;
Ikan Sambal Thailand
Bahan-Bahan:
Ikan (digoreng)
10 biji cili padi
3 biji cili besar hijau
1 biji tomato
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 batang serai (hiris serong)
Daun limau purut
2 sudu makan Sos cili
2 sudu makan Sos tiram
Mushroom seasoning/secukup rasa
1 sudu sos ikan
1 sudu Gula somtan
1 biji Limau nipis
Hirisan bawang merah
Cara Membuat:
1.Gorengkan ikan dulu. Nak guna ikan apa pun boleh.
2.Bahan utama. Kalau nak pedas lagi tambah lebih. Semua bahan ni pakai chooper. Kalau tak ada chooper pakai lesung batu. Sebabnya kita nak hasil dia jadi kasar.
3.Pakai minyak goreng ikan tadi je. Tumiskan bahan sehingga pecah minyak. Pecah minyak tu Maksudnya minyak tu dah bertakung atas sambal kita.
4.Masukkan hirisan serai.
5.Masukkan daun limau. Batang tengah buang okeh, nanti pahit.
6.Masukkan pula sos cili.
7.Kemudian masukkan pula sos tiram.
8.Mushroom seasoning. Kalau tak ada pakai secukup rasa. Sama je.
9.Masukkan sos ikan.
10.Masukkan Gula somtan.
11.Masukkan pula Limau nipis. Gaul rata. Tak yah garam dah, sebab sos ikan tu masin.
Sudah tak tahu nak masak kuih apa untuk berbuka. Apa kata cuba bebola kristal, idea dari Khairul Nisah Mohammad Akhir. Bahan yang digunakan pun senang. Mak-mak boleh cuba buat petang nie yer.
Bahan-bahan:
500 gram keledek ungu
125 gram selfrising
1 sudu besar tepung ubi
1sudu besar tepung beras
1sudu besar margerin
Gula kastor untuk disalut
Cara Membuat:
1. Kupas kulit keledek, basuh dan kukus. Sejukkan seketika.
2. Selepas itu, uli ubi tersebut dengan masukkan marjerin dan sedikit demi sedikit tepung. Uli sehingga menjadi doh.
.
.
.
3. Bentukkan menjadi doh yang kecil.
.
.
4. Goreng sehingga keemasan.
.
5. Angkat dan toskan.
6. Golekkan bebola tadi di dalam gulaa kastor.
7. Sedia dihidang dan makan panas-panas ketika berbuka nanti.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...