Benarlah sabar ada hadnya, jika sampai di satu tahap kesabaran kita diuji dan sudah melampaui hadnya susah tentu hilang juga rasa sabar yang ditahan-tahan selama ini.
Sabar ada hadnya, tak berdosa jika mak ayah gagal bersabar sebab kita bukan manusia sempuna. Ada khilafnya juga dan kita hanya manusia biasa.
1. Sabar terhadap ujian.
Ujian dalam rumah tangga ini banyak… Diuji dengan pasangan curang yang ada skandal di luar.
Diuji dengan pasangan berat tulang yang tidak langsung membantu dalam hal-hal rumah dan diuji dengan pasangan yang tidak bertanggungjawab yang mana culas bab nafkah serta kewajipan.
Serta diuji dengan pasangan yang panas baran yang mana suka maki-hamun naik tangan…
Itu baru pasangan… Belum masuk diuji dengan mertua yang suka campur tangan, diuji dengan ipar yang suka mengambil tahu, dengki dan mengumpat, diuji dengan masalah kesihatan, diuji dengan kesusahan…
Jadi, sabar yang pertama dalam rumah tangga ialah sabar terhadap apa yang diuji…
Sabar Ada Hadnya
2. Sabar dalam mencari jawapan atau penyelesaian.
Ads
Bila diuji, emosi mesti tak selari dengan hati… Dalam keadaan macam ini, kita tak boleh terus buat keputusan sebab keputusan yang dibuat dalam keadaan beremosi dan “tidak waras” selalunya ialah keputusan yang mengikut perasaan, bukan akal fikiran…
Maka, sabar yang kedua ialah sabar dalam mencari jawapan terhadap persoalan dan mencari penyelesaian terhadap permasalahan…
Kenapa dia curang? Kenapa pula dia abai tanggungjawab dan kenapa mertua suka masuk campur. Seterusnya kenapa mertua control anak dia, kemudian kenapa ipar dengki, kenapa jadi susah, kenapa tak bahagia dan kenapa bla bla bla…
Ini persoalan dan ini permasalahan yang kita belum lagi jumpa jawapan dan penyelesaian…
Jadi, bersabar sehingga kita jumpa jawapan dan penyelesaian…
3. Sabar dengan pilihan atau keputusan
Bila kita sudah jumpa jawapan, bila kita sudah ada penyelesaian, bila kita sudah nampak apa pilihan yang kita patut buat dan kita buat keputusan, maka kita kena sabar dengan baik, buruk akan akibat dari keputusan yang kita buat…
Ads
Kita pilih nak lawan ke, nak bertahan ke, nak meninggalkan ke, itu semua antara pilihan yang kita boleh buat…
Apa yang akan terjadi pada diri kita, kehidupan bila kita buat keputusan itu, maka kita kena sabar untuk melaluinya…
Sebab Kita Bukan Manusia Sempurna
Kesimpulannya, banyak orang kata sabar ini tiada had. Dan sabar ini tiada penghujung… Kita perlu bersabar selagi boleh tapi sebenarnya, ramai yang hilang sabar dalam bersabar…
Kita tahu limit kita untuk bersabar dan bukanlah satu dosa andai kita gagal untuk terus bersabar sebab kita manusia, kita tak boleh bersabar untuk sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat serta kebaikan kepada diri kita sendiri…
MW: Kesabaran manusia ada batasnya. Oleh itu jangan rasa berdosa bila mak,ayah tidak mampu lagi bersabar. Lumrah manusia, sampai satu tahap bila kesabaran teruji, kita terpaksa luahkan apa yang terbuku di hati. Betul tak?
Bahagia hati isteri apabila sentiasa disayangi suami. Malah, dalam doa harian pun isteri jaranglah terlupa nak selit minta doa agar suami sayang lebih padanya.
Dalam tak sedar rupanya, ada doa lebih mustajab untuk dipohon dan jika dipraktikkan selalu suami akan jadi tak sampai hati pada isteri untuk menyayangi isterinya itu.
Masa pegi kelas penjagaan ibu lepas bersalin haritu, Pn Mazni ada share satu doa. Mungkin selama ni tiap hari kita doa minta suami sayang kita.
Perasaan sayang tu general. Dia sayang mak ayah dia, anak-anak, adik-beradik dia, pak cik mak cik dia, sepupu rapat dari kecik main sama-sama. Semua dia sayang.
Boleh jadi sapa-sapa yang dia jumpa nanti dia akan sayang dalam masa yang sama dia memang sayangkan kita.
Jadi Pn Mazni tu ajar untuk ubah cara berdoa. Doa ni dia dapat masa dengar ceramah dari sorang ustaz.
“Ya Allah, kau semaikanlah rasa kesian dihati suamiku terhadapku.”
Kesannya insyaAllah, bila suami nak buat sesuatu yang tak elok dia akan rasa kesian dan tak sampai hati sebab teringat susah payah dan pengorbanan si isteri.
Nampak isteri penat uruskan kerja rumah, suami akan rasa kesian dekat isteri. Automatik dia rasa ringan tulang nak tolong kemas rumah sama-sama.
Malam tu juga aku terus praktikkan doa baru tu. Esoknya hari jadi aku. Konsep kita org memang jenis tak bagi hadiah bila birthday ke anniversary ke. Memasing dah faham dan takde terasa apa-apa sebab dah biasa.
Esok pagi tu Zarol suruh siap-siap nak pegi mall. Sebelum ni tiap kali nak pegi mall memang aku je yang usulkan tak pernah dia yang offer dulu.
Eh buat apa pegi sana (buat-buat tak faham tapi macam dapat detect)
“Awak tak nak apa-apa ke. Handbag ke kasut ke.”
Uiii biar betul. Takkan doa semalam dah makbul. Cepatnya! Alhamdulillah dapat sebijik handbag. Last dia bagi masa hantaran 5 tahun lepas.
MW : Semoga kasih sayang suami isteri dalam rumah tangga terus kekal hingga ke jannah.
Suami ini, Eddie Dieana berkongsi kisah. Bagaimana dia sampai berjauh hati dengan isteri kerana enggan melakukan rawatan IVF iaitu persenyawaan in vitro. Sehingga tercetus konflik antara mereka.
Boleh bayang macam mana perasaan suami isteri yang begitu inginkan zuriat, cahaya mata lahir dari rahim seorang isteri. Bertahun-tahun berharap, tuhan masih menguji dengan rezeki anak.
Namun, isteri ini bijak memujuk, sehingga suami memutuskan untuk bertahan terus bersabar, mengharap kasih sayang dariNya. Dan akhirnya tuhan berikan nikmat sepasang cahaya mata untuk mereka.
Indah kisahnya.
Hari ini genaplah anak saya berumur 1 tahun. Pejam celik cepat je masa berlalu.
Rasa macam baru je semalam saya dan isteri berbual pasal nak dapatkan anak.
Masih segar dalam ingatan saya.
Malam tu saya menyatakan hasrat yang saya teringin nak ajak wife untuk cuba jalani rawatan IVF.
Dengan selamba isteri saya cakap,
“membazirlah B, kan duit tu kita boleh gunakan untuk perkara lain.”
Tipulah kalau saya tak tersentak dengan kata-kata tu. Almaklum dah hampir 9 tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat. Mestilah saya berhasrat untuk ikhtiar.
Malah saya cuba meyakinkan isteri masa tu.
“Duit kita boleh cari, tapi untuk dapatkan anak. Belum tentu kita boleh dapatkan?”
Isteri saya membantah lagi sekali.
“Ye tahu kita mesti cuba, tapi belum tentu kita buat terus jadikan, kalau tak jadi rugi je bayar dah la mahal. Baik duit tu kita buat pergi umrah. Doa depan Kaabah.”
Saya agak hampa dengan jawapan tu.
Sebagai seorang suami yang bekerja berhempas pulas.
Saya yakin saya mampu untuk cari duit sebanyak tu untuk mencuba asalkan kami boleh dapat zuriat sendiri.
Setelah mendapat respon yang agak mengecewakan. Malam tu saya cuba mengasingkan diri dari isteri.
Biasalah merajuk orang laki.
Dalam hati saya beranggapan isteri saya tak serius untuk dapatkan anak walau telah hampir 9 tahun menunggu.
Saya pun ambil bantal dan baring depan TV.
Saya bagi alasan nak tunggu tengok bola start. Padahal dalam hati sebenarnya saya amat kecewa. Tapi saya jarang tunjuk depan isteri saya apa yang saya rasa.
Naluri seorang isteri memang takkan dapat dipisahkan. Beliau dapat merasakan yang saya sedang merajuk.
Malam tu lebih kurang jam 2 pagi isteri saya kejut ajak saya masuk bilik.
Saya pun pura-pura mengatakan tunggu game bola pukul 2.45 pagi.
Tak lama lepas tu isteri saya peluk saya erat-erat.
Kemudian melutut di hadapan saya.
Dia mintak maaf, buat saya terasa hati katanya. Saya hanya diam dan pura-pura tak tahu.
Tak lama lepas tu isteri saya dengan bersungguh bercerita. Dia mengatakan sebagai seorang isteri. Siapalah yang tak nak anak. Semua orang nak anak. Cuma dia tak nak saya membazir.
Saya pura-pura keraskan hati. Biasalah, nama pun lelaki. Dalam rumah tangga, mesti ada pasang surut. Mana ada orang bahagia 24 jam. Mesti akan ada waktu yang mereka akan tergelincir sekejap.
Tak lama berselang, saya lihat isteri saya menangis sebab saya tak layan dia. Dia masuk bilik dan ambil Al-Quran. Dia halang pandangan saya dari lihat TV. Tak lama lepas tu dia letak Al-Quran di hadapan saya.
Sambil memegang Al-Quran Isteri saya berkata.
“Demi nama Allah. Sesungguhnya saya memang nak sangat anak. Tetapi belum rezeki kita. Tolonglah faham, bukan saya tak nak anak. Cuma tak nak kita bazir duit.”
Setelah melihat kesungguhan isteri memujuk hati saya. Barulah saya yakin dengan kata-kata beliau walau ada sedikit merajuk lagi.
Saya tanya dia.
“Betul ni? Tak main-main.”
Isteri saya bangun dan peluk saya.
“Mana mungkin nak main-main hal macam ni. I sendiri memang nak sangat anak. Tapi I kan dah operate. Doktor cakap dalam tempoh 2 tahun ni kita akan dapat anak. Kita sabarlah sikit. InshaAllah dalam masa terdekat kita akan dapat anak.”
Allahuakbar.
Malam tu sedikit sebanyak membuat hubungan kami semakin erat.
Saya pun bangun dan ambil semula bantal dan masuk ke bilik.
Tak lama lepas tu isteri perli saya.
“Bukan ke tadi u nak tengok bola, pergilah baring dekat depan tu.”
“Tak apalah, bola tu bila-bila boleh tengok.”
Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar.
Apa yang diperkatakan oleh isteri di hadapan Al-Quran. Benar-benar terjadi.
5 minggu berselang.
Isteri saya pulang dari kerja.
Beliau bersalaman dengan saya yang berada depan TV dan terus masuk ke bilik mandi.
Saya macam biasa. Malam minggu wajib tonton EPL dulu. Tak lama berselang isteri keluar dengan towel dalam keadaan menggigil.
“Cuba U tengok ni.”
Dia tunjuk pregnancy test ada 2 line.
saya agak terkejut dan happy sekejap.
Saya pun pura-pura cakap.
“Nanti call lah adik u tanya. Betul ke mengandung kalau macam tu. Kadang benda ni bukan boleh percaya sangat.”
Saya pura-pura menenangkan keadaan.
Sebab tak nak terlalu berharap.
Kalau tak ada nanti kesian pulak wife.
Wife saya pun menghubungi ahli keluarganya memaklumkan keadaan tersebut.
Saya pun dengan pantas pura-pura nak mandi jugak. Masuk je bilik air. Bukak pancur air tu laju-laju. Selaju mana air tu jatuh. Selaju itulah airmata saya mengalir kegembiraan.
Hanya Allah yang tahu masa tu.
perasaan setelah kian lama menunggu.
Keesokannya saya pergi kerja macam biasa.
Dalam pukul 12 tengahari macam tu isteri saya call mengatakan yang beliau disahkan hamil 5 minggu.
Sekali lagi airmata jantan ni mengalir baq hang. Tapi terpaksa cover cover.
Takut kawan tempat kerja nampak saya menangis kegembiraan.
Setelah pulang ke rumah.
Perkara pertama sekali saya cakap dengan isteri. Berhenti kerja dan saya cakap saya akan tanggung semua perbelanjaan rumah selepas ni.
Sebelum ni bukanlah tak mampu tanggung semua. Tapi isteri bekerja sebab nak hilangkan bosan tinggal di rumah sepanjang hari.
Doa seorang isteri yang bersungguh-sungguh untuk memujuk hati suaminya.
Allah makbulkan.
Bukan 1 anak tuhan bagi.
Sepasang sekali gus.
Alhamdulillah, berkat bersabar.
Akhirnya Allah beri tepat pada waktunya.
Tanpa perlu jalani rawatan IVF. Kami dapat anak secara normal. Berkat doa seorang Isteri yang sentiasa bersabar.
Sekarang kedua-dua anak ni lah yang meneman isteri saya di rumah saat saya terpaksa berjauhan. Dan isteri tak lagi rasa sunyi sebab dia sibuk uruskan kedua-dua doktor yang sedang membesar ni.
Saya redha saya kurang diberi perhatian.
Asalkan perhatian untuk kedua-dua anak saya diberi secukupnya. Saya tak nak anak-anak saya kurang kasih sayang.
Dan terima kasih saya ucapkan kepada yang menyumbang hadiah basikal untuk kedua-dua anak saya dan yang telah menyumbang duit untuk saya beli kek kepada mereka. Semoga murah rezeki anda semua.
Dan saya berharap buat insan di luar sana yang masih belum dikurniakan anak.
Jangan putus harap.
Teruskan berdoa. Doa adalah senjata orang mukmin. Jangan pernah berputus asa dalam berdoa, in shaAllah, Allah kabulkan…
Cepat atau lambat pasti hadir.
MW : Rezeki setiap orang berbeza, walau tanpa rawatan IVF. Sabar dan terus berusaha, tuhan anugerahkan suami isteri sepasang cahayamata. Buat isteri-isteri di luar sana yang diuji jangan mengalah. Jika sedang lalui rawatan IVF, MW doakan urusan untuk mendapatkan zuriat dipermudahkanNya. Ada bermacam lagi ikhtiar untuk mendapatkan zuriat yang isteri boleh lakukan.
Kalau sebut ‘bermadu, semua wanita tidak mahu dan minta dijauhkan. Siapa sanggup berkongsi suami kan! Namun, kalau itu sudah ditakdirkan, kita tidak mampu untuk menolaknya.
Bagi suami, mungkin ‘seronok’ tambah-tambah bila bercakap tentang poligami. Itu kelebihan lelaki yang memang tak boleh nak sangkal. Cumanya, kalau dah poligami, kenalah adil dalam memberi tanggungjawab pada isteri-isteri yang ada.
Begitu juga dengan isteri-isteri, kalau sudah ditakdirkan bermadu, terimalah dengan reda, Dia yang merancang sebaik-baiknya. Tak perlu merasakan diri kekurangan atau silap sampai suami cari yang lain tetapi percayalah semua ini ada rahmatNya.
Perkongsian daripada Khazatul Atiqah Abu Seman yang turut mempunyai ‘madu’ boleh dijadikan panduan terutamanya buat isteri-isteri yang bakal bermadu. Malah, tip ini diharap mampu memberi manfaat kepada isteri di luar sana. Bukan untuk sarankan suami berpoligami ye, tapi sekadar tip untuk bakal madu.
Hujung tahun, makin ramai yang mendirikan masjid. Ada beberapa yang PM dan bertanya, maka, ini 5 tip ringkas untuk yang bakal berpoligami. Tip ini untuk para isteri, tidak kiralah isteri nombor berapa mahupun bakal Madu. Buat Suami yang berhajat, buatlah dengan cara yang baik dan bantu isteri kalian juga ya.
Poligami ada ilmunya. Kena fahami dan tak boleh sembarangan. Bukan seperti yang selalu kita nampak dalam drama sinetron. Memang banyak yang gagal, namun tak kurang banyak juga yang berjaya. Carilah pengamalnya yang berjaya mengamalkan dan tuntut ilmu dari mereka. Bukan ilmu yang pelik dan guna-guna, bukan juga untuk suka-suka. Besar padahnya jika tak betul caranya. Poligami yang baik adalah sepertimana yang Nabi ajar.
Kebanyakan yang ini orang buat. Jika rasa tak kuat, kena kurang bergaul dengan orang yang anti. Bagi yang nak poligami tu, kita. Maka, kita jaga lingkungan kita untuk membantu diri kita lebih positif. Biasanya di peringkat awal, ujian perasaan jadi haru bila kita dengar pandangan yang negatif dari golongan sebegini. Lagi bila tersembang masalah, makin negatif jadinya.
Perasaan kalau dilayan makin menjadi. Pulak tu, tengok cerita romantik dan sebagainya, kita letakkan diri kita dalam cerita tu. Sedangkan dalam Islam, romantik adalah cinta sampai Syurga. Walau monogami, nanti kita juga berMadu dengan bidadari di sana. Maka, bantu diri dengan jaga perasaan dan jangan berperasaan yang bukan-bukan. Bila mana Suami tengah baik, malah cuba menjadi lebih baik dan bertanggungjawab, jangan hambur dan tuduh yang bukan-bukan pada suami. Perasaan perlu dipandu. Rujuk dan tanya, betul ke perasaan demikian dan demikian jika perlu. Kalau sekadar kita sorang berperasaan, jangan diikut sangat. Nanti kelaut jadinya.
Ini sangat crucial. Kata orang, jangan cari penyakit dan cari punca bergaduh. Kena belajar letak boundary. Tak kira pada isteri mana-mana isteri pun. Ia baik buat isteri terutamanya yang mudah beremosi dan berperasaan. Letakkan hormat pada barang suami, sekalipun isteri yang dah bertahun, apatah lagi isteri baru akad nikah. Buang prasangka bukan-bukan kerana suami berhubung dengan yang halal dan yang berhak. Bukanlah kepada yang bukan muhrim. Ia sebahagian dari tanggungjawab Suami untuk berhubung dengan yang berada di bawah tanggungannya.
Ini untuk yang dah berkahwin. Bila mana suami mendatangi mana-mana isteri, kemudian sengaja meninggalkan Love Bite pada uami dan kemudiannya ditonton pada isteri lain.
Tips 4 dan 5 adalah tips yang saya dapat dari seorang sahabat sebulan sebelum saya berjumpa calon dan menginjak alam poligami.
5 tips ini adalah teknikal sahaja sebenarnya. Atau bahasa lainnya, fancy tips. Namun yang sebenarnya, poligami mengajar kita untuk bergantung lebih pada Allah. Dari poligami kita belajar kenal diri dan kenal Pencipta kita. Kalau dulu sandaran hati adalah suami, bila berpoligami, kita belajar tawakal yang lebih tinggi dari itu, namun tetap tidak menidakkan kedudukan suami selagi mana dalam syariat. Belajar taat pada suami walau kita tidak setuju pada beberapa perkara.
Maka ada tambahan 5 tips Extra Special lagi iaitu:
1. Belajar bangun malam. Ia ubat buat hati. Keajaibannya sukar untuk digambarkan.
2. Belajar merintih dan mengadu pada Allah, bukan pada sembarangan orang. Nak menangis, masa itu jugalah.
3. Belajar perbaiki solat, perhalusi cara berdoa. Nak Allah bantu memang tiada cara lain melainkan kita betulkan solat kita. Ia adalah talian hayat utama kita.
4. Tiba-tiba timbul rasa sunyi dan keseorangan, kata pada diri, nanti aku mati juga seorang diri. Tetaplah suami juga tak masuk kubur sekali. Kalau sebelum ni suami boleh outstation atas dasar kerja duniawi, kenapa tidak atas sebab tanggungjawab yang membawa kepada akhirat, kita gundah gulana pula.
Perbanyakkanlah selawat dan zikir. Isi masa dengan perkara berfaedah. Kalau sebelum ini teringin nak ikut kelas mengaji, atau nak buat kerja sukarelawan, inilah masanya. Tengok youtube, banyakkan menonton video yang membangkitkan hati kepada ilmu Agama, perihal akhir zaman dan sebagainya. Perkara yang lagha boleh mematikan Hati. Maka, berhati-hatilah.
5. Sebelum persoal orang lain, persoal diri sendiri dulu. Ia membantu kita untuk kenal diri kita. Aku nak kahwin atas niat apa sebenarnya. Suami itu jambatan menuju akhirat. Suami juga pinjaman dari Allah. Apa jua kesenangan mahupun kesusahan, penghujungnya Allah mahu kita dekat dan ingat padaNya sebelum kita menghadapNya. Allah nak kita sedar, di sebalik semua ini, Allah jualah semuanya.
Maka, ujian dari suami atau madu, susah mahupun senang, jangan lepaskan Allah. Manusia takkan pernah sempurna, semua dari kita adalah hamba. Maka santuni satu persatu dengan penuh sabar dan berhikmah selagi ada umur Allah pinjamkan di dunia.
Perkahwinan itu satu ibadah dan satu bentuk kasih sayang. Ia adalah separuh kesempurnaan dalam beragama. Suburkan rasa kasih, cinta dan sayang. Jangan letakkan perasaan yang tidak sihat di dalamnya. Bagi yang nampak salah dan kurang suami, doakan kesalahannya.
Perkahwinan monogami juga boleh bertolak ansur dan berlebih kurang, maka poligami juga sama.
Semoga bermanfaat buat yang memerlukan.
TiQa Ummimerahjambu,
semuanya Allah punya
MW: kalau itulah yang ditakdirkan oleh kita untuk hidup bermadu, boleh guna tip ini sebagai panduan.