Pernahkah tak terfikir apa tugas suri rumah yang dilakukan di rumah setiap hari? Dan macam mana anda menghargai apa yang isteri lakukan sebagai seorang suri rumah sepenuh masa?
Haa… tak susah pun tetapi kalau silap gaya boleh jadi perang dingin. Sebab itulah suami dan orang terdekat kena pandai jaga emosi mak-mak. Walaupun sesetengah orang memandang rendah kerana mereka hanya duduk di dapur, tapi kena ingat pengorbanan mak-mak ini cukup hebat. Malah, bukan calang-calang orang yang boleh memikul tanggungjawab tersebut dengan berlapang dada.
Ini boleh dirujuk pengalaman seorang suri rumah, Puan Norasikin Hussein yang menyangka kerja suri rumah cukup pada awalnya tetapi akhirnya dia berjaya kuasai pengurusan yang betul untuk jaga emosinya sendiri.
Emosi Suri Rumah
Baru 4 tahun jadi full housewife. Nak gelak pada diri sendiri kejap. Saya sangkakan pekerjaan ni sangat mudah. Maklumlah dok rumah saja.
Dalam kepala bangun pagi siap breakfast, kemas rumah, masak tengahari, jaga anak, okey…lepas tu tunggu suami balik. Macam dalam drama betul.
6 bulan pertama?hah?
Pengurusan masa kelaut.
Ribut taufan saya.
Namun hari-hari kita BELAJAR dengan anak-anak dan rakan-rakan suri rumah lain.
Macam mana nak uruskan rumah tangga dengan cepat dan terurus.
Macam mana cara nak jimatkan masa supaya ada masa dengan anak-anak dari asyik mengadap membuat kerja rumah sahaja.
Macam mana nak handle emosi yang macam roller coaster ni sebab mengadap anak yang bermacam karenah..menangis, bergaduh berebut barang, anak tengah aktif meneroka.
Macam mana nak handle anak kecil bawah 4 tahun sebelum terjadi, semasa terjadi atau selepas terjadinya tantrum,
Bagaimana nak tangani isu bosan kerana kita lakukan kerja yang sama, berulang ulang kali dan kejadian setiap hari..
Bagaimana cara nak berjimat dan comfortkan diri, tenangkan diri dan sebab tak dapat beli barang seperti dahulu masa bekerja..ini bukan mudah utk mereka yg pernah pegang duit sendiri ketika bekerja sebelum ni.
Paling utama…
Macam mana nak beribadat awal waktu dengan mengadap anak kecil 3,4 orang..jangan kerana anak kita jauh dengan tuhan. Ini yg paling saya takut.
Cabaran ni setiap hari ada sehinggalah anak itu besar. Kalau tak ditangani betul-betul kita akan stress dan boleh bertukar kepada deppress.
Allah ada bersama kita.
Saya jadikan setiap waktu solat sebagai deadline untuk satu-satu urusan.
Kita belajar baiki diri dari hari ke hari. Buat apa yang termampu kerana tiada istilah superwomen bagi saya. Rumah bersepah? Mai kemas bersama-sama anak. Saya dah tak kuasa dah nak kemas sorang. Pembahagian tugas perlu diberi bila mereka dah mampu buat.
Jadual Tugasan Buat Anak
Letak baju kotor dalam bakul.
Letak pinggan lepas makan dalam sinki.
Basuh pinggan sendiri lepas makan.
Lap jika tertumpah air atau kuah
Kemas tempat tidur sendiri
Kemas mainan lepas main.
Kemas buku-buku lepas baca dirak
Dan lain lain bila dah mampu buat bergantung pada kemampuan anak.
Jangan semua kita buat. Nanti penat sendiri. Sihat dan muda boleh lagilah pegang penyapu, pegang mop..Dah tua nanti? Bila tak sihat nanti?
Dan antara isu suri rumah juga adalah bagaimana nak mengadap manusia yg memandang rendah dengan pekerjaan ini. Mental kena kuat dan belajarlah menjadi telinga kalis segala kata-kata sinis mereka itu. Kalau tak overcome perkara ni kita akan datang rasa rendah diri dan tak berguna. Rasa useless segala macam datang hinggap dalam kepala ni. Sekarang saya amalkan lantaklah, ignored golongan sebegitu.
Saya mengalu alukan perkongsian pengalaman atau cara ibu-ibu yg sedang membaca ni. Banyak lagi nak kena belajar. Mana tahu ada yg boleh saya ambil dan amalkan.
Terima kasih didahulukan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI