Setiap hari kita terdedah kepada media sosial yang ada kalanya tunjukkan cara kehidupan keluarga masing-masing. Sampaikan kita banding keluarga lain yang berbeza dengan kehidupan kita.

Ada masa hati dan perasaan isteri dan ibu cemburu dengan kehidupan mereka yang kita rasa cukup bahagia dan sempurna. Belum lagi melihat kehidupan mereka yang nampak mewah dan berduit.

Sebaliknya, kita mula bandingkan dengan cara keluarga kita yang mungkin jauh berbeza. Rutin kita sebagai seorang isteri dan ibu yang memang tak pernah habis. Dari situ, mulalah kita nak bandingkan dengan keluarga lain yang lebih bahagia daripada kita.

Jangan begitu, rasanya, setiap isteri mahu pun ibu tidak dapat lari dengan rutin kehidupan yang sama. Bangun awal pagi, memasak, melayan karenah anak, membersihkan rumah dan belum lagi termasuk rasa nak marah pada suami, geram dan ‘bad mood’.

Semua ini sama dilalui oleh setiap isteri dan ibu di dunia ini. Cuma yang membezakan adalah cara kita meraikan kehidupan keluarga kita. Sama juga apa yang dikongsikan oleh Nur Farhana Fizal sebagai seorang isteri dan ibu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Hidup Ini Pilihan, Nak Bahagia & Gembira, Jangan Bandingkan Dengan Orang Lain

Mentua Jangan Suka Bandingkan Menantu, Bahagia Tak Diukur Dengan Harta

Info Lebih Menarik DI SINI

Keluarga Lain, Kehidupan Lain

Saya dapat banyak mesej di inbox bertanyakan macam-macam tentang kehidupan normal saya sebagai isteri dan ibu.

IKLAN

Kawan-kawan, saya sama je. 100% sama macam kawan-kawan yang bergelar ibu di luar sana. Sebab saya juga manusia biasa macam kalian.

Saya pun hari-hari marah anak dan saya pun banyak masa terasa hati dengan suami.

Begitu juga, bila rajin saya akan buat banyak kerja rumah. Tapi bila datang angin M, saya pun order juga makan. Saya biar saja kain tak basuh dan rumah tak kemas.

Perasaan Seorang Isteri

Ada masa, saya cepat terasa bila suami bercakap. Rasa dia tinggi suara lah, macam rasa dia tak nak layanlah, dia asyik sibuk je lah, sampai saya pun buat perangai diam tak bercakap-cakap. Sampai suami pula terasa dengan saya.

Mood saya terumbang ambing juga. Terbuai-buai emosi tu, pun sama juga macam kawan-kawan. Sampai sakit kepala berhari-hari. Rasa nak tidur dan nak baring saja. Tak nak buat apa-apa.

IKLAN

Kadang-kadang ada rasa nak berjalan, ambil cuti, tapi tak nak duduk rumah. Nak jalan-jalan ke tak ada tujuan. Dah penat, baru balik. Nak ‘me time’ konon.

Tak ada yang lain pun kan? Sama je kita. Malah pasti kawan-kawan jauh lebih baik daripada saya.

Raikan Diri Kita

Jadi, apa yang saya nak sampaikan di sini, just embrace our life. Raikan diri kita dan raikan kehidupan kita.

Latar belakang keluarga kita, cara rutin family kita dan setiap individu dalam keluarga kita berbeza dan unik.

Kita boleh ambil kebaikan daripada perkongsian yang kita baca, namun kita tak boleh terikat dengan membandingkan mengapa keluarga kita tak macam dia.

IKLAN

Kita sesuaikanlah cara itu dengan keluarga kita, buat cara keluarga kita dan laksanakan. Praktikkan ikut cara keluarga kita.

Berhenti mencari kesempurnaan dan membuat perbandingan. Malah, berhentilah merendahkan kemampuan kasih sayang keluarga yang kita ada.

Mari kita berbahagia dengan keluarga yang kita ada. Pasangan yang Allah dah berikan pada kita, lengkapilah kekurangan kita dengan kelebihan dia, juga sebaliknya. Anak-anak yang Allah hadiahkan pada kita, coraklah mereka sepenuh usaha yang kita ada.

Ingat, kita bukan dan takkan jadi sempurna. Tapi kita selalu usaha yang terbaik untuk menjadi ibu, ayah, anak-anak juga adik beradik dalam keluarga kita.

MW: Betul apa yang dikatakan itu. Kalau asyik nak bandingkan dengan orang lain tidak akan habis. Bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan pada kita dan keluarga.

Sumber: Nur Farhana Fizal

Masih bertatih mengawal ammarah dan melawan lelah.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita