Rupanya sebelum masak siput sedut, kena gaulkan dulu dengan hampas kelapa dan biarkan semalaman.Barulah siput tersebut muntahkan segala kekotoran dalam badannya dan lebih sedap bila dimasak.
Bukan apa, bila cuci tak bersih siput ni akan mengeluarkan kotoran, lendir dan lumpur. Ia akan mempengaruhi rasa kuah yang akan dimasak nanti.
Nak tahu lebih lanjut tip masak siput sedut, baca tip yang dikongsikan oleh Puan Intan Suraya Haron ini sebagai rujukan;
Tadi nampak ada yang bertanya pasal siput sedut, kebetulan masak siput arini, boleh la share tips. Saya pun jarang masak, sebab tak brapa rajin, kerjanya agak remeh tapi sedap bila dah masak dan anak-anak semua suka makan, maka terpaksa la rajinkan diri.
1. Beli petang semalam, bawa balik masukkan dalam periuk yang agak-agak muat.
2.Gaulkan dengan hampas kelapa, biar semalaman. Supaya siput tu muntahkan segala kekotoran dalam badan dia. (Santannya simpan untuk masak gulai arini.)
3.Jangan lupa tutup dengan penapis rapat-rapat. Saya tindihkan dengan lesung batu.
4. Kerat hujung bontot siput jangan pendek sangat, takut susah nak sedut, agak-agak. Saya kerat guna cutter.
5. Cuci bersih dan boleh la terus dimasak. Kalau ada daun pucuk ubi, semasa cuci siput tu boleh gonyoh-gonyohkan supaya kekotoran dibadannya senang tanggal. Kalau takde pun takpe, saya sental je dengan span cuci pinggan.
5. Masak lemak cili api, saya guna resepi biasa je. Tumbuk cili api, kunyit hidup, serai, daun kunyit. Kalau ada keladi lagi la sodap. Renehkan sekejap, terus masukkan siput kacau jangan bagi pecah minyak. Agak-agak dah menggelegak 2-3 minit boleh dah tutup api. Siap untuk dihidang. Saya lawankan dengan kerisi goreng, sambal tempoyak & ulam-ulam. Memang kelautan dalam la diet hari ni.
Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
Elak Bayam Brazil Dimakan Ulat, Tanam Bawang Putih Sekali, Siput Pun Lari
Petua Calit Kapur Tak Menjadi, Sudahnya Satu Rumah Kena Serang Siput Sedut
Buang Lumpur Bersihkan Siput, Kena Celur Sekejap Dalam Air Panas!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian tip ini bermanfaat. Jadi jika nak masak siput sedut, gaulkan dengan hampas kelapa semalaman barulah ia muntahkan segala kekotoran.
Sumber: Intan Suraya Haron
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI