Tanpa kita sedar, sisa bahan dapur ini ada gunanya. Biasanya, kalau mak-mak masuk dapur, bahan yang tak dipakai, tanpa fikir panjang terus dibuang ke dalam tong sampah.
Sebenarnya, setiap sisa bahan dapur sangat berfaedah untuk mak-mak yang suka menanam. Gunakan air peraman selama satu hari dan boleh digunakan sebagia baja dan semburan serangga yang datang ‘tak diundang’ pada pokok kesayangan mak-mak.
Perkongsian daripada Liyana Mohd Puad yang banyak memberi idea dan tip untuk mak-mak yang susa bercucuk tanam. Kali ini, dia memberi panduan tentang cara mudah untuk membuat air peraman dan siraman pokok tanaman.
Menariknya, fungsi air peraman sis bahan dapur ini untuk dijadikan bajadan semburan pada serangga pokok. Moga ia bermanfaat.
Kali ini, saya buat peraman sisa bahan dapur untuk tempoh 24 jam. Peraman ini ada 2 fungsi iaitu sebagai baja dan kawalan serangga.
IKLAN
Antara bahan-bahan yang digunakan adalah:
1. Segala jenis kulit seperti kulit pisang berangan, bawang merah, kulit bawang holland dan bawang putih, halia dua inci dipotong nipis, kulit kentang daripada 3 biji kentang dan cili padi 5 tangkai dipatah-patahkan. Campurkan semua, letak dalam satu bekas.
2. Isi penuh air dari penapis air atau air mineral atau air hujan. Saya guna air tapis.Isi sampai penuh.
IKLAN
3. Tutup bekas.
4. Simpan bawah sinki selama 24 jam. Keesokan sudah boleh guna untuk kawalan serangga dan sebagai baja untuk pokok. Tapis airnya dan masukkan ke dalam botol spray.Tak perlu tambah air apa apa lagi. Spray pada keseluruhan pokok pada setiap petang pun tak apa. Jangan risau, ia tidak memberi mudarat, malah pokok bertambah subur.
Selamat mencuba.
IKLAN
MW: Setiap sisa yang kita guna kat dapur, ada manfaatnya untuk digunakan.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Perasan tak bila kita cuba sesuatu resipi baru, adakalanya tak jadi. Walaupun dah ikut resipi tu sebiji-sebiji. Ini yang kita kena tahu selain resipi, teknik dan cara juga memainkan peranan penting, barulah ia elok menjadi. Contohnya bila buat ‘No Bake Cakes/ Chilled Cheesecake’, ini tip penting yang kita kena ingat.
Baca perkongsian ilmu dan tip daripada Pembuat Kek, Muhammad Ali ini sebagai panduan;
Masalah: Kek Batik Keras
Untuk kek batik kebanyakannya mengalami masalah kek keras, susah nak potong. Mudah je..kalau rasa tak yakin..cairkan butter dulu. Dah cair api kena tutup. Dah tutup api baru masukan bahan lain.
Sebabnya kalau api buka bagi yang beginner maybe depa tak tau bajet masa yang betul dan masukan bahan-bahan dengan perlahan sementara api masih on. Sebab tu kadang-kadang sos kek batik tu jadi terlalu pekat. Bila jadi terlalu pekat, kek akan keras.
Dah masuk semua bahan baru on api.Api pulak kena perlahan. Yang menyebabkan sampai telur tu masak betul-betul sampai keluar warna putih sebab api kuat dan kacau perlahan-perlahan. No tak boleh. Bila api dah on..kita kena kacau laju-laju supaya dua tak hangit bawah sos tu dan tak berketul. Tu ja tipsnya.
Kek Batik Lembut
Kek batik : texture lembut. Biskut batik : texture crunchy. Nak kek batik lembut masuk telur masuk susu segar. Nak biskut batik crunchy tak perlu masuk telur, tak perlu masuk susu segar. Simple.
Kek Guna Cheese
Setiap kek yang menggunakam cheese. Cheese kena keluarkan awal. Tapi tengok atas berat cheese. Kalau setakat pakai 250 g yang cheese buku tu,15 minit dah memadai sebab cheese dia bukan dalam kuantiti yang banyak. Jadi dia cepat capai suhu bilik. Bagi cheese yang 1kg keatas seeloknya dikeluarkan 30-40 minit awal. Asalkan tak melebihi 2 jam dekat suhu bilik.
Tip Cheese Cepat Lembut
Yang ni ramai tak tahu. Macam mana nak bagi cheese tu cepat lembut cepat capai suhu bilik. Mudah je potong cheese dalam kiub kecik-kecik. insyaAllah cepat lembut cheese tu untuk diputar.
Apa yang jadi jika cheese dipukul terus dari chiller. Jahanam la mixer uols. Nak-nak stand mixer tu dan satu lagi dia akan membentuk tompok-tompok putih, cheese yang tak blend elok sebab dipukul sejuk-sejuk. Sebab tu cheese ni kena bagi suhu bilik biar dia lembut elok. Sebab bila kita mix pun akan nampak cantik je texture dia.
Cheese yang paling cantik texture dia saya pernah pakai adalah Elle vire / Royal Victoria. Sangat-sangat smooth kalau betul cara handle mecam saya terang diatas.
Cara Simpan Cheese Block
Cara simpan cheese block yang 1-2 kg ni. Timbang cheese pakai pisau panas. Lap bersih-bersih dan potong cheese yang nak guna tu. Jangan sesekali pegang cheese dengan tangan. Walaupum kita yakin tangan kita bersih. Bakteria di tangan kita tak tau.. betul-betul bersih atau tak tangan kita.
Cara kendali kena betul. Dah tinbang siap-siap. Ambil cling wrap, wrap padat-padat jangan bagi ada udara sebab ruang udara tu yang buatkan bakteria senang membiak. Masukan dalam kotak balik.
Cheese tahan 10 hari lepas dah buka. Suhu chiller pun kena sederhana sahaja.
Whipping Cream
Whipping cream yang rosak adalah whipping cream yang berketul, rasa masam. Jangan sesekali guna. Risiko keracunan makanan tu tinggi kalau kita masih guna terutama untuk buat jualann. Whipping cream tahan 7 hari lepas dibuka.
Ganache
Masa kita buat ganache, api kena perlahan-lahan. Buka api bawah tu. Cara saya, sy tak tunggu bekas bawah tu sampai air dia mendidih.Saya terus masukkan Whipping cream + butter agak-agak dalam 2-3 minit baru saya masukkan coklat. Kacau pulak jangan la laju-laju sebab faham kita nak coklat cair cepat kan.
Tapi ketahuilah kacau laju ni akan membuatkan ganache lebih banyak bubble dan jadi tak smooth. Key dia api slow, jangan kacau laju-laju, butter jangan lebih sangat isi. Ikut resepi saya insyaAllah berkilat la ganache hampa.
Mudah mudahan sharing baru saya ni memberi manfaat pada semua
– mr.ali
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bila nak buat ‘No Bake Cakes/ Chilled Cheesecake, kena ingat tip penting yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Pokok bunga Kemboja Cina atau nama saintifiknya Adenium memang sangat cantik dijadikan pokok hiasan di halaman rumah dan mempunyai pelbagai warna.Jika pokok adenium ini sudah jarang-jarang berbunga ada cara mudah untuk membuatkan ia banyak tunas dan kembali berbunga lebat serta merimbun.
Boleh ikut tip ringkas yang dikongsikan oleh Irfan Hulya ini supaya pokok Adenium atau Kemboja Cina berbunga lebat.
1. Potong dahan adenium yang sudah jarang berbunga.
2. Cucuk dahan tersebut dengan pencungkil gigi atau lidi supaya dahan-dahan tersebut dapat menghasilkan tunas-tunas yang lebih banyak.
3. Satu dahan biasanya boleh tumbuh 5 atau 6 tunas bahkan pokok saya ni kebanyakkan tumbuh sehingga 7 tunas baru kerana dahannya agak besar.
4. Siram bahagian akar pada waktu pagi dan petang agar subur dan cepat bertunas.Letak di tempat yang kena panas matahari dan hujan.
5. Dalam masa 3 minggu daun mulai bertunas dan mengeluarkan putik bunga.
Mingguan Wanita: Menarik teknik yang dikongsikan ini. Jadi kalau ada pokok kemboja cina ini di rumah, boleh ikut teknik yang dikongsikan supaya ia berbunga lebat merimbun.
Timun Jepun selalu dijadikan ulaman dimakan dengan nasi putih, dibuat jeruk, dijadikan salad mahupun bahan semulajadi untuk petua kecantikan. Walaupun pokok timun merupakan tumbuhan menjalar/ pemanjat, ia boleh juga ditanam dalam pasu. Malah sangat sesuai ditanam di rumah yang mempunyai kawasan terhad.
Boleh ikut cara mudah, tip lengkap tanam Timun Jepun ini. (Sesuai juga untuk timun batang lain)
1. Penanaman Dalam Pasu atau Bekas
Pokok Timun Jepun sesuai ditanam dalam pasu dan juga bekas tanaman lain.
Gunakan campuran medium tanaman untuk pokok berpasu dalam nisbah 3:2:1
(3 top soil : 2 Bahan organik: 1 Pasir sungai) untuk menanamnya. Lebih mudah beli tanah di kedai nursery. Tanah organik.
Terus tanam 2 biji benih dalam bekas atau pasu. Letak tempat redup. 2 atau 3 hari benih akan bercambah.
Apabila benih tumbuh 5-6 helai daun alih pasu menghadap cahaya matahari/ dedahkan anak pokok pada cahaya matahari terus.
Bila pokok sudah memanjat memerlukan sokongan seperti pancang atau junjung untuk pokoknya tumbuh subur dan berbuah.
Untuk penanaman di tanah sebaiknya ditanam atas batas yang digembur terlebih dahulu dan disuburi dengan kandungan kompos atau najis haiwan seperti ayam atau kelawar.
Kaedah penanamannya mudah sahaja iaitu dengan menanam terus 2 biji benih dalam satu lubang tanpa perlu disemai terlebih dahulu .
Manakala jarak penanaman di antara satu pokok dengan yang lain ialah 35 sentimeter dan jarak di antara batas atau barisan ialah 1.5 meter.
Sebagai pokok pemanjat ia memerlukan sokongan seperti pancang atau junjung untuk pokoknya tumbuh subur dan berbuah.
3.Penjagaan
Siram air dua kali sehari, waktu pagi dan petang pada hari panas.
Ini perlu dilakukan supaya medium tanamannya sentiasa berkeadaan lembap sentiasa agar pokok dapat tumbuh subur dengan daun, bunga atau putik buahnya tidak layu dan gugur secara tiba-tiba.
Siram bila perlu sahaja pada hari hujan.
4. Baja
Tanah yang subur peringkat semai sangat lah penting.
Bila pokok dah dewasa. Selang seli baja subur setiap 2 minggu sekali.
Tinja ayam dan kompos sangat di sukai pokok timun batang.
"Nahas helikopter TLDM, individu komen biadap "askar lain semua mati masa perang..." Di sebalik nahas dua helikopter semasa raptai sempena hari Tentera Laut DiRaja...