Walaupun hanya sekadar goreng telur namun ada teknik dan caranya tersendiri, barulah ia rangup diluar dan cair di tengahnya.Bukan apa, salah teknik, telurnya jadi serap minyak, bahagian kuning tengahnya keras atau mungkin boleh jadi hangus!
Telur goreng ni makan dengan kicap, cili potong dan nasi panas pun dah cukup! Tak toleh kiri kanan. Nak buat telur macam ni, mak-mak boleh cuba tips goreng telur ‘gedik’ perkongsian dari suami, Puan Dila Noordin yang dikongsikan didalam page “Masak Apa Hari Ini”.
Menurut wanita ini lagi, perkongsian tersebut hanya sekadar suka-suka, namun mendapat respon positif daripada para follower di page tersebut. Sehingga waktu dikongsikan ini, posting tersebut mendapat 97 ribu tanda suka.
Ads
Berikut perkongsian tersebut;
“Saya puji suami saya pandai dia goreng telur. Rangup kat luar..cair di tengah. Lepas tu saya cakap nak letak dalam FB. Dia kata, gambaq teloq pun ada orang nak like ke? Saya cakap kalau dapat like banyak saya nak spek mata baru. Sebab silau makin teruk. Hihi.. ada ke yang nak tolong saya dapatkan spek mata baru.”
note: just for funnnn.
Ads
Tips telur gedik by hubby.
1. Pilih telur yang kecik supaya bila masak putih tak melebar.
2. Pecahkan dalam mangkuk kalau tak yakin takut kuning pecah. Baru letak dalam kuali.
3. Minyak banyak telur tengelam. Tapi tak lah penuh sekuali.
4. Minyak betul-betul panas sampai berasap-asap. Dah berasap kecikkan api baru masuk telur.
5. Sira minyak atas kuning telur.
6. Masak sekejap sahaja tak smpai 1 minit.
Ads
Siap!
Selamat mencuba.
MW: Semoga perkongsian goreng telur ini bermanfaat. Buat mak-mak yang suka makan telur rangup di luar dan cair ditengah-tengah boleh cuba tips yang dikongsikan ini.
Selalu kalau jalan-jalan ke shopping mall memang ada jual waffle di kiosk kecil. Semerbak baunya dan sedap dimakan panas-panas. Tapi harga nya boleh tahan juga, lebih jimat dan berbaloi kalau mak-mak buat sendiri di rumah. Mudahn je malah boleh letak macam-macam perisa ikut citarasa.
Boleh cuba resipi waffle yang dikongsikan oleh Puan Nik Fatma Amirahini.
“Ini first time buat waffle sendiri kat rumah. Biasanya kita beli kat kedai je kan. Rupanya mudah je!”
Ni resepi yang saya guna.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan Air
1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
1 Biji Telur
3 Sudu kecil gula
Sedikit garam
Cara Membuat:
1. Campur semua bahan-bahan diatas, kacau adunan sebati.
2.Sebelum masak, sapu planta atau minyak di permukaan maker (kalau tak nak sapu pun ok), masak sekejap je kalau guna mini waffle maker ni sekitar 1 minit 40 saat je boleh siap.
3. Lepas dah siap boleh lah sapu macam-macam perisa ikut kesukaan. Peanut, planta, kaya, jem dan sebagainya.
Bukan sahaja anak-anak suka ni. Tapi mak-mak ayah-ayah pun suka. Makan time panas-panas. Fuh!
Boleh lah cuba untuk keluarga. Mudah nak sediakan.
Info Ekstra!
Cara basuh kuali waffle ni, saya alirkan air sikit, selepas itu lap dengan kain/tisu
Bagi peminat kuih-kuih lama tradisional, kuih Dangai ni antara kegemaran ramai. Selalu disediakan sewaktu kenduri kendara, majlis perkahwinan dan sebagainya. Rupanya mudah sahaja nak buat kuih Dangai ni.Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Pertama kali buat pun boleh jadi. Boleh buat makan sendiri untuk keluarga mahupun untuk jualan.
Salah satu tip yang boleh diamalkan ketika buat kuih dangai ini ialah sejukkan dulu kelapa parutnya. Ini supaya, ketika menggaul kelapa dan adunan nanti tangan kurang melekit, jadi mudahlah nak buat kerja.
Minggu lepas mak nak buat yassin perempuan. Dia nak panggil geng-geng dia. Jadi saya pun sajalah offer nak buatkan kuih dangai untuk dia. Yelah, kalau dia nak, saya buatkan, taknak takpe.
“Mak, mak nak tak orang buatkan kuih dangai nanti masa yasin?” Saya tanya. “Haa,boleh juga” Mak jawab. “Habis nak buat 1 loyang ke 2?”
Saya dah tahu, kalau mak nak buat yassin, abah mesti nak join gak. Dia mesti nak panggil geng-geng masjid dia. Mana boleh kalah.
“Ya jugak. Boleh lah buat 2 loyang” “Nak orang beli kelapa tak?” “Takyah-takyah, banyak kelapa ni ada kat rumah” “Ok mak”
Jadi Rabu malam kami dah tidur rumah mak. Jumaat pagi tu, apa lagi terus bersilat lah. Pagi tu buat sarapan dulu. Kemudian saya hantar isteri saya ada kelas tambahan. Saya apa lagi. Balik dari kelas tambahan terus parut kelapa.
7 biji kelapa haritu. Yelah, nak buat dangai ni kelapanya kenalah seputih salju sesuci awan dilangit tu. Barulah best. Sekali dengan untuk santan bubur lambuk dan kari ayam untuk buat lawan roti jala. Kesian roti jala tu kena lawan dengan kari ayam.
Bahan-Bahan:
600 gram kelapa putih (kalau beli kat kedai, cakap je nak kelapa putih,nanti acik kedai tu tolong parutkan).
250 tepung pulut cap 3 kepala gajah
300 gram gula pasir
1-2 sudu kecil garam
Cara Membuat:
1. Tips ulung, sila simpan dulu kelapa tu dalam peti ais bahagian chiller je. Tak payah yang beku biarlah dalam setengah jam ke, sejam ke. Bagi dia sejuk betul. Supaya senang kerja nanti.
2. Agak-agak kelapa dah sejuk, ambil satu besen besar, agak-agak muat nak buat kerja. Jangan ambil yang rap-rap.. leceh nanti. Nanti dia rap pulak dalam tu.
3. Campurkan tepung, gula dan garam. Gaul sebati. Guna jari jemari Salleh je.
4. Dah sebati, masukkan kelapa yang sejuk tadi separuh dalam adunan. Kenapa kita sejukkan, supaya bila kita gaul, tangan kurang melekit. Sebab kalau kelapa tu dibiar kat luar, dia akan jadi macam berwap,basah,basah sikit gitu kan. Jadinya bila kita sejukkan, dia akan jadi kering. Senang nak buat kerja.
5. Gaul, angkat, kirai sampai sekata. Masukkan separuh lagi. Ulang step yang sama sampai sekata.
6. Guna loyang 9 inchi. Nak letak dalam loyang pun, kirai tau adunan tu. Tak perlu nak tekan-tekan. Nanti dah siap bakar dia akan mampat sendiri.
7. Bakar suhu 190 darjah celcius, 50 minit.
8. Ambil papan alas, terbalikkan loyang. Kiranya bahagian bawah semasa bakar, akan duduk atas lah.
Apam Balik selalunya dijual di Pasar Malam.Namun payah nak jumpa apam balik yang betul-betul ikut cita rasa tekak sendiri. Selalunya yang dijual, tepungnya terlalu tebal dan isi jagung, kacang dan gulanya sikit sangat.Buat mak-mak yang suka makan apam balik, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah. Letak jagung penuh meleleh, kacang tabur ikut citarasa sendiri, puas hati makan.
Boleh cuba resipi Apam Balik yang dikongsikan oleh Puan EmyRul Nurulini.
Teringin nak makan Apam Balik, susah pulak nak cari musim PKP ni. Kita buatlah sendiri. Bagi yang teringin, saya ada share macam mana nak buat.
Bahan-Bahan:
* 1 1/2 cawan Susu segar
* 1 biji Telur
* 1/4 cawan Gula
* Perwarna kuning
* 2 cawan Tepung gandum
* 1 sudu kecil Baking powder
* 1 sudu kecil Soda bikarbonat
* 1/2 sudu kecil Garam
P/S – Blend bahan bertanda *
– Biarkan bahan 10-15 minit selepas di blend
– Tujuan blend supaya bahan cantik sekata
Gula untuk tabur
Kacang tanah (goreng & kisar) untuk tabur
Krim Jagung untuk tabur
Cara Membuat:
1.Masukkn dalam 3 senduk adunan yang di blend tadi.
2.Kecilkan api. Biarkan sampai adunan tadi masak macam ni.
3.Kemudian sapu planta.
4.Tabur gula pasir. Tak suka manis letak sikit je.
5.Tabur kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar.
6.Letak cream corn. Tak letak pun takpe kalau sape yang tak suka jagung.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...