Tip yang dikongsikan lelaki ini, Tai Zee Kin berkenaan cara orang cina pesan seafood di restoran. Rupanya, mereka amalkan kira dulu, pesan kemudian.
Biar pun nampak seakan berkira-kira, namun tindakan sebegini membolehkan mereka mendapatkan hidangan yang setimpal dengan bayaran.
Ini Cara Orang Cina Pesan Seafood Di Restoran
1. Akuarium tepi restoran seafood, bukan galeri atau underwater world. Dia tidak kenakan caj tiket masuk. Itu tempat kalian pilih seafood segar.
1.5 Kalau anak-anak kecil ikut makan sekali, boleh bawa jalan-jalan tepi akuarium sambil ajar anak-anak nama ikan dan jenis ketam.
2. Sudut kanan (atau kiri) akuarium ada tanda tertera dengan jelas nama seafood (di situlah ayahanda saya mengajar nama dan jenis ikan) dan harga setiap 100g, 1kg, atau sukatan yang sesuai.
3. Tepi akuarium ada penimbang. Kalian boleh minta tauke untuk timbang sebelum makan, atau minta dia membuat anggaran berat.
4. Kalau tiada akuarium pun, orang cina akan terus order seafood ikut berat (kalau bukan harga tetap). Contoh, kalau kami pesan siakap, terus bagitau nak 1.5kg. Tauke akan tengok ada tak 1.5kg. Kalau tiada, tauke akan bagi anggaran julat berat.
5. Peminat seafood dah ada harga seafood darab keberatan dalam kunci kira-kira minda.
Orang cina tidak suka style makan dulu kira nanti. Bila budaya makanan restoran mamak mula berbuat demikian, banyak di kalangan orang cina kurang selesa. Zaman 2000-han, kedai mamak biasa minta pelanggan makan dulu, baru dia datang kira.
Ads
Kalau ikut budaya orang cina, selalu kena buat ‘bajeting’ sebelum ‘perbelanjaan’. Makan kedai pun sama. Kalau makan besar, siap hitung dulu, buat kiraan bajet, periksa harga betul-betul, kira berapa kepala, baru layan buat pesanan dan tempahan.
Tabiat ini memang sudah terpahat dalam DNA kami.
Budaya ‘makan dulu, kira kemudian’ sangat bahaya, kerana ketidakselesaan ‘caj terlampau’ adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak, ianya cuma akibat ketidaksepadanan kehendak (dengan izin, ‘mismatch of expectation’).
Isu siakap terlampau caj ini, bagi orang cina, jarang berlaku. Kami tertanya-tanya, kenapa tidak membuat kepastian berat ikan sebelum pesan? Kenapa tidak sebut sahaja ‘Siakap tu, bagi 1.5kg cukup’?
Saya bila buat tempahan ketam dulu, siap tawar menawar dari segi berat ketam dengan tauke sebelum turunkan pesanan. Tiada masalah.
Ingat tatacara ini kalian, ‘Kira dulu, pesan kemudian’. Tak payah segan-segan. Segan dahulu, menyesal kemudian.
Ads
Dalam hal ini, pelanggan tiada salah, restoran pun tiada salah. Restoran siap bagitau harga setiap 100g awal awal. Caj pun ikut harga per 100g. Pelanggan bagi kebebasan kepada restoran untuk anggaran berat ikan.
Mingguan Wanita : Dah faham kan.. tentunya lepas ini dapat makan dengan tenang, aman malah duit dalam poket tak melayang pada bayaran yang tidak sepatutnya.
Pelakon jelita, Afifah Nasir berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak sulung lelaki, hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Syed Hariz.
Berita itu dikongsikan Afifah menerusi satu majlis ‘gender reveal’ yang berlangsung dalam suasana penuh intim bersama keluarga terdekat. Dalam hantaran Instagram miliknya, Afifah, 32, meluahkan rasa syukur apabila impiannya memiliki cahaya mata lelaki akhirnya menjadi kenyataan.
Turut kelihatan memeriahkan majlis gender reveal tersebut sudah semestinya keluarga kedua belah pihak yang tidak sabar mengetahui jantina bayi pasangan ini.
“Bila sesuatu itu sudah tertulis untuk kita, doa yang tak terluah pun boleh jadi kenyataan,” tulisnya menyentuh hati.
Menurut pelakon drama Pengantin Satu Malam itu, suaminya, Syed Hariz sememangnya menyuarakan hasrat untuk menikmati fasa bulan madu sepenuhnya pada tahun pertama perkahwinan mereka sebelum menimang cahaya mata.
“Hariz pernah beritahu saya, dia mahu tahun 2024 hanya tertumpu pada kami berdua saja dan berharap menimang cahaya mata pada tahun 2025,” ujar Afifah.
Syed Or Sharifah?
Ternyata, perancangan yang disusun dengan baik itu dipermudahkan Allah SWT dan kini pasangan bahagia itu sedang menantikan kehadiran seorang bayi lelaki yang pastinya akan menyerikan lagi rumah tangga mereka.
“Alhamdulillah, semuanya menjadi kenyataan dengan kehadiran seorang bayi lelaki, seorang Syed. Nikmat Allah memang tak terhitung,” tambahnya penuh syukur.
Genap Setahun, Hadiah Terindah
Afifah dan Syed Hariz sah bergelar suami isteri pada 5 Mei 2024, selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. Genap setahun perkahwinan mereka, hadirnya zuriat pertama ini ibarat hadiah paling bermakna buat pasangan bahagia ini.
Semoga urusan kehamilan Afifah dipermudahkan dan kehadiran cahaya mata sulung ini menjadi pelengkap kasih sayang dalam rumah tangga mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jalan TAR meriah diserbu menjelang Syawal, pengunjung sanggup bersesak pada jam 2 pagi. Kekal meriah seperti tahun-tahun lalu, biar dikatakan jualan dalam talian banyak mendominasi namun Jalan TAR terus kekal menjadi destinasi utama rakyat Malaysia yang mencari kelengkapan Syawal.
Jalan TAR Meriah Diserbu Menjelang Syawal
Raya setahun sekali. Jalan TAR menjadi syurga membeli belah bagi pengunjung dan lubuk duit bagi peniaga. Kredit gambar:- Hermann Zeindt
Dari petang menjelang malam membawa ke dinihari, jalan TAR berubah menjadi “pasar malam gergasi” yang penuh dengan lautan manusia, kesibukan peniaga dan sorakan tawar-menawar.
Dengan pelbagai pilihan baju kurung, baju Melayu, songkok, tudung, kain ela dan kasut, tempat ini menjadi tumpuan utama bukan sahaja warga kota, malah pembeli dari luar bandar yang sanggup datang ke sini semata-mata untuk menikmati pengalaman membeli-belah di tengah hiruk-pikuk kemeriahan raya. Biar masa menginjak ke dinihari namun sekitar jam 2 pagi, orang ramai masih berpusu-pusu di kawasan ini.
Bagi peniaga di sekitar Jalan TAR, fenomena ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Setiap tahun menjelang Syawal, kawasan ini menjadi ‘syurga membeli-belah’ buat orang ramai yang mencari baju raya, tudung, songkok, kain ela, kuih raya serta pelbagai aksesori fesyen dengan harga yang lebih berpatutan. Ditambah pula dengan jualan murah dan promosi agresif, ramai yang sanggup berasak-asak demi mendapatkan tawaran terbaik.
Timbul rungutan dalam kalangan pengunjung, air dijual pada harga RM10 per cup walau sewa hanya RM500 dikenakan DBKL. Ini kerana peniaga tahu lokasi ini adalah lubuk duit sepanjang Ramadan. Kredit gambar:- Hermann Zeindt
Pengunjung Masih Bersesak Pada Jam 2 Pagi
Isu kesesakan lalu lintas dan kesukaran mencari parkir sering menjadi cabaran utama bagi mereka yang berkunjung ke Jalan TAR. Beberapa jalan utama di sekitar kawasan itu sering mengalami kesesakan teruk terutama pada hujung minggu dan malam-malam terakhir sebelum raya.
Walaupun sesak dan mencabar, ramai yang menganggap pengalaman membeli-belah di Jalan TAR sebagai sebahagian daripada tradisi raya yang tidak boleh ditinggalkan. Keseronokan memilih baju raya, menawar harga, dan menikmati makanan di gerai-gerai tepi jalan menjadikan pengalaman ini lebih bermakna.
Bukan saja dipenuhi dengan peniaga berjualan tetapi busking dari penyanyi jalanan di kawasan sekitar menjadi nadi kemeriahan kenapa Jalan TAR tetap dikunjungi ramai saban tahun. Dan ini sudah pastinya berbeza jika membeli dalam talian sahaja.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita sememangnya kuat. Selebriti Ardell Aryana umpamanya, walaupun kesihatannya tidak menentu dan berbadan dua, dia tetap menjalani rutin hidupnya seperti biasa. Biar pun menurut doktor, Ardell akan jatuh pengsan pada bila-bila masa walaupun ketika duduk.
Dia tidak pernah meletakkan kesakitan sebagai penghalang untuk meneruskan hidup. Malah dia juga sentiasa memaksa diri untuk kelihatan sihat seperti orang lain. Sikapnya membuatkan suaminya, Nadzmi Adhwa tidak pernah putus asa memberi sokongan.
Ikuti perkongsian Nadzmi Adhwa di akaun Instagram:
Doctor kata bila-bila masa saja dia boleh pengsan even waktu dia duduk sahaja, pun boleh pengsan. Doctor suruh bawa kerusi roda kalau keluar tapi degil Come on sayang you can do it Dia selalu cabar diri dia jalan kaki 2 kilometer lebih sehari, kuat betul semangat dia ni .Tapi tak tercapai… Tak apa sayang cuba lagi cuba lagi dan cuba lagi !!! Awak boleh ! You are one of the strongest women ive meet since we were still best friend years ago…
Menerusi video yang dimuatnaik, Ardell kelihatan duduk di lantai di sebuah pusat membeli belah gara-gara kepenatan. Namun Adhwa tidak putus memberi semangat kepada isterinya dan meminta Aryana bertenang. Netizen juga rata-ratanya mendoakan kesihatan pelakon ini.
Sentiasa Berdoa Untuk Ardell
Di samping itu, sebelum itu Nadzmi Adhwa turut berkongsi perkara ini di akaun Instagramnya,
Kisah Geum Jandi dan Gu Jun Pyo Setiap hari awak mengadu sakit, mengadu diri makin gemuk Awak kena selalu ingat yang awak paling cantik and tak gemuk pun di mata saya. Comel saja selalu saya tengok. Makin hari makin sayang. Perjuangan kita masih panjang. Dia adalah amanah dari Allah yang harus dijaga keberadaannya. Berikan yang terbaik selama dia dalam kandungan. Syukurilah keberadaannya dengan doa. Terus kuatlah wahai isteri ku. Aku akan sentisa ada menemanimu.
Saat kamu merasa lelah akan kehamilanmu. Ingatlah bahwa malaikat beristighfar untukmu setiap waktu. 1000 kebaikan tercatat untukmu dan 1000 keburukan terhapus darimu. Solatmu terbilang 80 rakaat untuk setiap rakaat yang terdapat seorang janin di dalam rahimmu. Semoga Allah permudahkan urusan kita. I love you to infinity.
Ternyata Adhwa sentiasa mendoakan kesihatan isterinya dan anak yang dikandung. Dia juga mengingatkan bahawa besarnya pahala yang diperoleh Ardell bagi setiap amalan yang dia lakukan sepanjang kehamilan.
MW: Semoga Ardell sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan. Sememangnya bukan perkara yang mudah hamil di saat kesihatan tidak menentu. Semoga kemanisan mengakhiri pengorbanan seorang ibu seperti Ardell.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.