Sebelum ini, ayah selalu pesan pada anak sulungnya untuk jaga adik baik-baik.” Dek kerana Covid-19, enam beradik jadi yatim sekelip mata.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah gambaran kehidupan yang dilalui enam beradik yatim piatu selepas bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19 pada bulan lalu.
Kerana Covid-19
Bapa mereka, Zulkepeli Ramli, 61, yang mempunyai beberapa masalah kesihatan disahkan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Durian Burung pada 27 September lalu manakala ibu mereka, Tuan Norziana Tuan Sagar telah kembali ke rahmatullah empat tahun lalu kerana kanser hati.
Pada usia yang masih muda, anak sulung pasangan itu, Cempaka Imam, 20, kini memikul tanggungjawab menjaga lima adiknya iaitu Kasih Nurani, 17, Sayang Murni, 15, Suci Sufiah, 13, Wali Al-Hadad, 10 dan Waiz Al-Syahid, 8.
Walaupun berdepan kesukaran khususnya dari segi kewangan, menurut Cempaka Imam, dirinya bersama suami, Muhammad Khairul Syafiq Anwar, 26, akan berusaha memastikan kebajikan dan pendidikan adik-adiknya terbela dan tidak terabai.
Ayah Pesan Jaga Adik Baik-Baik
“Sebelum ini, ayah selalu pesan supaya jaga adik-adik dengan baik tapi tidak sangka ayah pergi dengan cepat. Jadi, saya akan pegang pesanan ayah dengan menjaga dan tidak sesekali pisahkan adik-adik, biar mereka membesar depan mata saya.
“Harapan saya satu, supaya adik-adik berjaya kerana itu juga impian arwah ayah dan mak. Cuma saya kasihan dengan dua adik yang masih kecil, mereka masih perlukan kasih sayang ayah dan ibu.
Walaupun saya jaga, kasih sayang saya dan suami tidak sama,” katanya lagi.
Enam Beradik Jadi Yatim
Selepas kehilangan ketua keluarga, enam beradik itu dengan empat daripada mereka masih bersekolah kini bergantung sepenuhnya kepada Muhammad Khairul Syafiq yang bekerja sebagai penghantar minyak masak dengan bayaran upah sebanyak RM30 sehari.
Sayang Murni dan Suci Sufiah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad manakala Wali Al-Hadad dan Waiz Al-Syahid belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Burung.
“Pendapatan suami memang tidak seberapa tapi saya bersyukur kerana saudara-mara, jiran-jiran, orang ramai dan ketua kampung di sini prihatin dengan keadaan kami dan bantu memberi sumbangan wang serta makanan seperti beras serta bahan kering lain,” katanya.
Ads
Meninggal Dunia Di Rumah
Mengimbas detik kematian Zulkepeli, cerita Cempaka Iman, dia dimaklumkan oleh adiknya bahawa ayah meninggal dunia di rumah pada jam 2 petang selepas beberapa hari tidak sihat dan ujian saringan mengesahkan arwah positif Covid-19.
Dia yang ketika itu sedang menjalani kuarantin di rumah mertua di Marang berkata, lebih menyedihkan adalah semua adik-beradiknya tidak dapat menguruskan jenazah Zulkepeli kerana perlu kuarantin diri.
“Selepas kematian ayah, yang paling terkesan adalah Wali kerana dia paling rapat dengan arwah ayah. Bila rindu dia akan peluk baju ayah dan cakap Wali rindu ayah, ayah baliklah Wali rindu ayah,” katanya sebak.
Salur Bantuan Sewajarnya
Sementara itu, pembantu khas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Azmi Ali berkata, pihaknya akan memantau enam beradik berkenaan dan menyalurkan bantuan sewajarnya khususnya dari aspek pendidikan bagi memastikan kebajikan mereka tidak terabai.
“Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Taman Setia, Abd Khalid Othman telah mengambil tindakan dengan memohon bantuan daripada agensi berkenaan. Kita juga akan menilai sumbangan lain termasuk bantuan modal memulakan perniagaan dan peluang kerja bersesuaian,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga anak sulung keluarga ini yang kini memikul tanggungjawab untuk menjaga lima adik-beradik terus kuat berdepan dengan ujian berat ini.
Ibu dua orang anak ini sama sekali tak menyangka, ruang bilik meliputi ke bahagian dapur kediamannya dijilat api dalam sekelip mata.
Puncanya dari pemetik gas yang sudah rosak. Seperti yang dimaklumkan oleh adiknya, Noor Suhaiza Rashid kepada Mingguan Wanita, “pada pagi hari kejadian 27 Disember 2018, masa itu cuti sekolah.”
“Pagi itu, kakak sesudah memasak lalu mandi. Selang beberapa minit, anaknya berlari ke ruang tamu. Beritahu bilik dah terbakar.”
Diam Diam Anak Main Pemetik Api Rosak
Alangkah terkejut ibu tadi, bergegas dia berlari ke bilik. Dia lihat, keseluruhan tilam telah terbakar. Rupanya dalam diam, anak keduanya yang berumur 5 tahun menggunakan pemetik gas yang rosak di dalam bilik.”
“Tilam yang terbakar itu disebabkan percikan api tadi. Kakak cuba memadamkan api dalam bilik. Tapi api terus marak sehingga ke bahagian dapur.” tulisnya dan memaklumkan kakaknya segera menghubungi pihak bomba.
Rentetan daripada kebakaran itu telah memusnahkan bilik dan sebahagian daripada bahagian dapur. Rumah itu juga terputus bekalan elektrik akibat pencairan pemanasan melampau pada alat elektrik.
“Kipas, plug semua tak berfungsi. Sementara ini, kakak dan keluarga berlindung di bahagian depan rumah yang tak terbakar.”
“Malam pertama dan kedua, jiran pinjamkan bekalan elektrik sambung dari rumahnya. Sekarang ini mereka guna bekalan elektrik dengan pemasangan elektrik sementara untuk bahagian depan rumah.”
“Bimbangnya, waktu hujan nanti air masuk rumah dan terkena punca elektrik sementara yang dibuat. Kami juga bimbangkan syiling roboh.”
Mohon Bantu Kakak Kumpul Dana Baiki Dapur
Musibah yang menimpa kakak, membuatkan adik ini bersimpati dan merayu agar ada orang ramai yang sudi membantu meringankan beban kakaknya membaiki dapur yang musnah.
“Sekarang ini kami sedang berusaha mengumpul dana pembaikan rumah. Kakak ada juga terima bantuan, dalam bentuk makanan dan barangan.”
“Cuma untuk pembaikan dapur masih tak mencukupi. Kata pegawai forensik bomba yang membuat penilaian, anggaran kerugian kebakaran itu dalam RM30,000.” Ujar Suhaiza yang memaklumkan abang iparnya bekerja sebagai pemandu van dengan gaji sekitar RM1100 sahaja, manakala kakaknya seorang suri rumah.
“Allah saja yang dapat membalas jasa baik kalian.” akhirinya.
Anda yang mahu membantu boleh salurkan sumbangan ke :
Noor Suhana Bte Abd Rashid
No. Tel : 0162245381
No akaun : 154044711027 Maybank
Alamat rumah : Lot 3267/2 Batu 17 1/2 Kg Paya Datok, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Antara Kerosakan Yang Dialami
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Makanan seharian yang dinikmati itu juga adalah salah satu bentuk rezeki yang tuhan beri pada kita. Sekali pun memperoleh makanan yang tidak digemari, jangan sesekali mencela makanan yang tidak disukai itu ya.
Ustaz Khairul menjelaskan perbuatan sedemikian boleh menyebabkan hilangnya keberkatan dan rezeki itu sendiri. Malah, rasulullah s.a.w sendiri akan meninggalkan makanan yang baginda tidak sukai.
Fahami adab ketika berdepan dengan makanan yang menjadi rezeki kita itu ya. Hadamkan perkongsian ustaz.
Jangan Mencela Makanan Yang Tidak Disukai
Penulis membantu kawan-kawan Travel agent yang dah setahun lebih tidak boleh beroperasi. Kami beralih kepada pelbagai perniagaan lain. Terutama makanan. Kami bertukar tukar barangan untuk di jual di pelbagai tempat.
Banyak kali penulis bertemu dengan pelanggan yang tidak suka sesuatu makanan contoh nya, patin tempoyak, dodol, rotub, nasi arab, bryani dan lain-lain. Walaupun ramai yang suka tapi ada yang tak suka.
Katakan lah patin tempoyak. Ada yang tak suka kerana isi dia lembut. Geli.. hanyir dan pelbagai alasan. Ditambah dengan emoji menjelir lidah. Geli kut.
BAGINDA SAW.. Pernah di jamu dengan dhab yang menjadi kegemaran orang di padang pasir. Namun, baginda tidak berkata apa-apa dan tidak memakan nya.
Berdasar hadis di bawah. Makanan yang dihidangkan itu adalah rezeki dan keberkatan yang ada. Apabila mencela makanan bererti menolak rezeki dan keberkatan yang ada. Risau Allah tarik rezeki di atas celaan kita.
Jika Tidak Suka, Baginda Rasul Tak Makan Dan Meninggalkannya
Rasulullah mengajarkan kepada kita agar tidak mencela makanan. Bila baginda menyukai makanan tersebut baginda akan memakannya, namun apabila beliau tidak suka, baginda meninggalkannya.
Sebagaimana diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah mencela makanan sekali pun. Apabila beliau berselera (suka), beliau memakannya. Apabila beliau tidak suka, beliau pun meninggalkannya (tidak memakannya).” (HR. Bukhari no. 5409 dan Muslim no. 2064).
Ibnu Baththol rahimahullah mengatakan, “Inilah adab yang baik kepada Allah Ta’ala. Karena jika seseorang menjelek-jelekkan makanan yang tidak disukai, maka seolah-olah dengan ucapan jeleknya itu, ia telah menolak rizki Allah.” (Syarh Al Bukhari, 18: 93)
Jika tidak setuju dengan tekak.. Tinggal kan/tidak dimakan. Jangan diiringi dengan meremehkan /mencela makanan itu.
Akhirnya ibu Asmani Mat, 31 tahun yang bertindak kelar anak kandungnya, Muhammad Nur Rashdan berusia dua tahun di FELDA Jengka dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru, Johor selepas keputusan Mahkamah Masjistret dibuat.
Terima Dengan Hati Terbuka
Muhammad Rizal berusia 42 tahun yang merupakan suami kepada tertuduh bersama sanak saudara dan ahli keluarga hadir di Mahkamah Majistret Temerloh, hari ini, seawal jam 8 pagi untuk mengikuti prosiding kertas pertuduhan terhadap isteri.
“Saya terima dan menghormati keputusan (mahkamah) berkenaan dengan hati terbuka,” kata Muhammad Rizal Jusoh.
Sempat Tenangkan Isternya
Muhammad Rizal sempat bertemu dengan isterinya sebelum prosiding bermula.
“Ketika bertemu, saya menenangkannya dan meminta bersabar dengan ujian Allah SWT,” luahnya.
Ibu itu juga juga sempat bertanya di mana dua lagi anak iaitu Mohamad Nur Rusyaidi, 7, serta Mohamad Rafiuddin, 5, dan lelaki ini cuba tenangkan isterinya agar tak perlu risau kerana dua beradik itu sihat selain sudah mengetahui kejadian sebenar.
Alhamdulillah, sepanjang ketiadaan isterinya, dia sudah bersedia menjadi ‘ibu’ serta bapa dan ketua keluarga bagi menjaga dua-dia anaknya itu.
Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, mangsa anak bongsu daripada tiga beradik disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kehilangan banyak darah.
Kejadian disedari Muhammad Rizal ketika menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 sebelum terdengar suara Muhammad Nur Rashdan merengek lemah di dalam bilik.
Dia bertindak menolak isterinya dan memangku mangsa untuk dikejarkan ke Hospital Bandar Jengka (HBJ), namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...